DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 20, 2012

Not Necessary..

...

Hari ni aku puasa lagi.

Aisya dah report kat Daddy dia yang aku asyik puasa direct, gastrik pun puasa jugak, tak makan a day before tapi keesokan puasa jugak & lain-lain lagi.

So, permission for fasting is under consideration with terms & condition. Ha.. ambik gitu!

As a result, xleh puasa sembarangan, kalau tak.. dapat penat je la.. Tapi kan...

I HAVE TO !!!!!

Ala Aisya ni, kalau mummy tak puasa pun sama jugak. Mummy still makan sehari sekali. Tak de beza pun :p


...

Sunday..

...

19022012


Lepas Zohor, kami bertolak ke Banting. As usual, follow abang-abang Aisya cum my adik-adik punya show. Suppose kata show pukul 1pm tapi 1.30pm kat KL lagi. Hehe, standard la tu.. Then pergi sana xde GPS, sesat-barat. Sampai pekan Klang jammed teruk. Patah balik, masuk NKVE semula, ikut signage Pulau Indah then sampailah IKBN Banting. Pergh.. rasa jauh jgk sebab dah sesat kan + beberapa kali dok patah balik cari jalan yang betul.

Sampai sana ada few artis lain tengah perform. Lepas beberapa orang bakat baru menyanyikan beberapa lagu jugak, their turn comes! They performed 2 songs only - Tiga Kata by KRU & Lagu Sedih.


Abes je performed, geng-geng VIP kena berkejar ke Sri Pentas. Nak tolong bigboss Adam yang tengah menjalankan sesi ujibakat bagi MENTOR 6. Otw balik tak lah rasa jauh pun. Dekat je rupanya. Kitorg singgah makan jap.

Sampai je Sri Pentas, nampak sangat wajah keletihan Abang Aisya. Yelah, since morning 10.00am dah start audition.


Macam-macam gaya ada.. Yang menyanyi dalam bilik air pun ada! Hahahaha...

By 7pm kitorg dah sampai rumah & berehat.

Thanx pada insan-insan yang baik hati, sudi bawak Aisya ke sana-sini untuk menghiburkannya.. Juga bersusah-payah datang & hantar ke rumah.

Terima kasih tak terhingga kerana melayan kami seperti keluarga sendiri. Semoga Allah swt merahmati semua :-)

...

Surprise Dinner..

...

Aku tak ada buat any celebration for Aisya's Birthday. Aku tahu, Aisya mengharapkan adanya Birthday Party / Celebration for her. Sori sayang..

So, last Saturday aku surprise kan dia. Pukul 6 lebih petang Sabtu tu aku bagitau dia.

"Malam ni Mummy nak bawak Aisya dinner kat luar. Mummy takde buat atau bagi apa-apa for Aisya's Birthday. Ni kira birthday present from Mummy. Special dinner for Aisya"

"Ye ke Mummy? Thank you Mummy"
berseri-seri wajah dia sambil memeluk & mencium pipiku.

Aku tahu dia mengharapkan 'Special Dinner with Abang'. No no no... Ini lain. Abang busy. Sunday audition Mentor.

Jeng jeng jeng..

Aku suruh dia siap. Lepas Maghrib around 8pm jugak baru kuar rumah. Janjinya 8.30pm have to be 'there'. So, memang lambat la kan.

Aisya tahu yang Kak Piqa & Kak Zieha nya will be joining us.


Sampai je sana, Aisya rilex lagi. Tak lama lepas tu dia menjerit kegirangan.

"Mummy tak cakap dengan Aisya nak dinner dengan abang FORTEEN"

"Hehehe.. dah namanya pun surprise kan :D"


Apabila abang-abang FORTEEN nya dah sampai - Ariz, One & Ameer (cuma bertiga sahaja), as usual, Aisya salam cium tangan people who is elder than her.

Then she asked them, "Mana abang Izzue? Abang Izzue tak datang ke?"

"Abang Izzue belum sampai lagi"


Tersengih-sengih dia suka. Aisya agak lebih mesra dengan Ariz berbanding dengan yang lain. Kitorang dok menyakat Aisya = as Ariz's scandal. Hahaha.. suka-suka je :p

Sambil duduk-duduk menunggu yang lain sampai, Pika bawa Aisya pergi Tutti-Frutti berhampiran. Excited nyer dia, sebab dia tak pernah makan Tutti-Frutti.


Tersenyum lebar dia kembali ke meja kitorang bersama semangkuk Tutti-Frutti. Thank you very much Pika. That was her 1st time of tasting it! *Mummy pun tumpang sekali* Biarlah orang nak kutuk ke apa, itu adalah kenyataan XD

Tak lama kemudian Izzue sampai, lepas salam semua.. say hello to everybody, Izzue kembali semula kat Aisya & approach her

"Hai adik cute"

Dia hulurkan tangan again. Aisya sambut lah. Rupa-rupanya, sambil menunduk, Izzue ambil tangan Aisya lalu menciumnya. Terjezut kami.. So romantic!!! Jelessssssssss

Sayang, tak sempat snap photo. Spontaniously...

Then Ariz a.k.a. scandal Aisya pun do the same thing to her. So sweet!

Tergambar kegembiraan di wajah Aisya. Aisya meminati & menyokong kumpulan FORTEEN. For me, they all ni dah macam adik-adik I je. Sama macam kumpulan V.I.P. jugak. Furthermore both of them are from same management - KRU Studios.


Dalam berbual-bual, sakat-menyakat tu kitorang cakap kat Aisya, "Ha, nanti report kat Abang Adam"


Terus dia jawab, "Abang Adam tak marah. Abang dah kata abang tak kisah. Abang tak jeles" Ye lah tu..

We knows, everything.. apa-apapun Abang Adam nya still No.1 :-)


As a conclusion, everybody was happy on that nite. A nite to be remembered. Before going home, not to forget - kumpulan FORTEEN menyanyikan birthday song for Aisya & Zieha (since both of them sharing the same date of their birthday) & wishes.

Otw home, dia kata, "Mummy, abang Izzue pesan suruh tengok Aishiteru sampai habis tau"

Yelah tu, taulah mummy ni selalu tak bagi Aisya tengok tv malam-malam. Izzue is one of the actor in that Telemovie @ TV9 now showing.

Ada orang tu bertambah happy sebab tak sangka abang Ariz dia sent their picture via Mobile Upload at Facebook & beratus orang like.


Comments pun sama.. banyakkkkkkkkkk :D

Thank you to everybody yang tak jemu-jemu melayan & menghiburkan Aisya. Thank you very much dear!

Really appreciate it!



Nak tahu siapa kumpulan FORTEEN??? Tengok ni =



...

Friday, February 17, 2012

FYI..

...


...

Wednesday, February 15, 2012

Opss...

...


Hari ni ada orang dalam ofis ni tegur aku. Diorang perasan something.

"Sue tak makan ke? Tak nampak pun Sue makan? Puasa direct lagi ke?"

"Makan, saya makan kat tempat saya je"

"Takde pun nampak Sue makan atau bawak bekal macam selalu? Pagi tak kuar breakfast. Tengahari pun tak nampak Sue makan. Sudah-sudah la tu buat keje"

"Ada, saya makan. Sambil-sambil buat keje, saya makan. Keje banyak"

"Bawak-bawaklah keluar"

"Hehe"


Ops, rupa-rupanya ada orang perasan. Maluuuuuuuuu *blushing*

Yup, memang aku tak makan sebenarnya.. aku buat air, makan biskut or sekeping dua roti sebagai alas perut.

Minggu-minggu sebelum ni aku puasa. Kalau dulu selalunya aku puasa sunat setiap Isnin & Khamis, now aku puasa direct Isnin hingga Khamis. *cuti umum je tak.. hehe*

Hanya Allah swt yang tahu hati & perasaan hambaNya ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian di bumi mu ini Ya Allah. Murahkanlah rezeki & sumber kewangan kami sekeluarga. Kasihanilah anakku :(


...

Friday, February 10, 2012

Sunnah Rasullullah s.a.w.

...



...

Wednesday, February 8, 2012

Hati..

...


:♥:HATI yang di dalam KESAKITAN,
kita TAMPAL dengan KETABAHAN pengubat ```DIRI..

:♥:HATI yang di dalam PENGKHIANATAN & TOHMAHAN,
kita TAMPAL dengan ```KESABARAN pengawal EMOSI..

:♥:HATI yang di dalam KETAKUTAN,
kita TAMPAL dengan KETAQWAAN pendinding ```DIRI..

:♥:HATI yang di dalam KERAGUAN,
kita TAMPAL dengan KEYAKINAN petunjuk ``ALLAHuRABBI..

:♥:HATI yang di dalam KEKECEWAAN,
kita TAMPAL dengan KEPASRAHAN mencari ```redha ILAHI......

...

Thursday, January 12, 2012

:-)

...

Hari ni Aisya bawa balik something from school. Aisya dapat bantuan daripada pihak sekolah. Bantuan berupa beg sekolah & botol air.

Suka dia :-)

As I told before, tiada persiapan persekolahan baru buat Aisya untuk tahun ini from Mummy's money. Huhu

Tahun lepas dapat jugak bantuan walaupun cuma sepasang kasut sekolah.

Syukur Alhamdulillah

...

Alhamdulillah..

...


Suka melihat PERUBAHAN POSITIF dia :

Dari lalai dengan perintah Allah, berusaha mencari CINTA Allah..
Dari jarang ke masjid, berusaha MENDIDIK DIRI ke masjid untuk berjemaah..
Dari leka mencari KEBAIKAN, berusaha bersungguh-sungguh mencari kebaikan walau sekecil manapun..
Dari jarang menunaikan solat sunat, berusaha dan istiqamah dalam melakukannya..
Dari tidak menutup aurat, berusaha menutup dan memelihara AURATNYA..

Dia berubah..
Berubahlah, hanya kerana REDHA Allah..
Berubahlah, kerana memang PERLU berubah..
Berubahlah, kerana memang inilah MASANYA dia untuk berubah..

p/s : Langkah demi langkah.. perlahan-lahan dan istiqamah, kita lebih kenal diri kita masing-masing bagaimana..a.k.a, KUNCINYA adalah diri kita sendiri.. biarlah sikit tapi BERTRUSAN, amalan begitu lebih Allah sukai.. ♥♥♥


~ dia : aku dan kamu ~

...

Friday, January 6, 2012

Keutamaan Hari Jumaat..

...

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini."[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

"Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

"(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT
Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit"

[6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ.

"Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya."

[7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik."

[8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

...

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012..

...


Time flies..

Sekejap je rasanya dah bertukar tahun lagi.

Usia juga akan makin meningkat. Semoga kita semua sentiasa dipelihara iman & dirahmatiNya.

Semalam aku bawak Aisya breakfast kat luar. This is because after almost 3 years we all duduk KL, kitorg tak pernah breakfast kat luar. Percaya tak? Jangan tak percaya! Ini kisah benar.

As usual, Aisya kan memang akan report everything kat Daddy dia. Then last Saturday dia pesan, "Bawaklah anak makan kat luar, kesian dia". Yelah, harini Mummy bawak g breakfast kat luar walaupun cuma makan Nasi Lemak with telur mata kerbau & air Milo sahaja.

Tersenyum happy dia. Berseri-seri wajah dia ketika menikmati juadah walaupun dia komplen nasi dia berderai, seulas-seulas lah. Pandai je dia :D

Also dia kata, "Mummy dulu-dulu masa duduk Kuantan kita selalu breakfast kat kedai yang dekat dengan laut tu kan? Kedai tu sedap. Ada macam-macam. Lepas tu boleh pergi dekat laut. Masa Wan datang rumah kita pun kita ada pergi bawak Wan kat situ"

Aku tahu kedai mana yang dimaksudkan. Tak lain tak bukan kedai lempeng kat Tanjung Lumpur. Aku dah lupa nama kedai tu. Kedai tu masuk kat dalam sikit. Macam-macam juadah disediakan - lempeng, laksam, nasi minyak, nasi dagang, kuih-muih, etc.

Then masa nak balik dia kata, "Mahal lah Mummy, Nasi Lemak RM2.20, Milo RM1.90"

Aku pun jawab "Tak pe, sekali-sekala"

Bagi orang lain, mungkin murah dah tu; but for her yang biasa hanya makan ala kadar di rumah & tahu akan betapa besarnya nilai ringgit untuk menampung perbelanjaan keperluan kami berdua, ianya adalah MAHAL baginya.

InsyaAllah, rezeki itu ada di mana-mana.

:-)

...

Mentor 6 : Adam (AF2) Tidak Hirau Bakat Dipertikai

...


PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF2) tidak kisah jika pemilihannya sebagai mentor bagi program realiti Mentor 6 dipertikaikan oleh segelintir pihak yang menganggapnya masih mentah dalam dunia seni muzik tanah air.

Adam berkata, hal tersebut bukanlah satu isu yang besar meskipun ramai yang tidak sedar bahawa pengalamannya dalam industri muzik tempatan sudah mencecah lapan tahun.

"Orang selalu menganggap saya masih lagi baru dan mentah dalam industri muzik. Malah kurang berpengalaman untuk mendidik seorang protege di 'Mentor 6'.

"Tetapi mereka tidak sedar bahawa sudah lapan tahun saya bergiat aktif dalam muzik. Ya, mungkin sebelum ini saya kurang berpengalaman, tetapi sedikit sebanyak ilmu itu ada dalam diri ini.

"Bukannya mahu membangga diri, berdasarkan pengalaman yang ada, saya ingin berkongsi dengan bakal protege saya nanti,"
jelasnya.

Selain Adam, antara selebriti yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim terbaru ini ialah Faizal Tahir, Ferhad, Ella, Ogy Ahmad Daud, dan Ramlah Ram.

Tambahnya, memandangkan tanggungjawab menggalas peranan mentor telah pun diberi untuk dia mengasah bakat remaja yang ingin menjinakkan diri dalam industri muzik, dia ingin mencari seorang protege yang lebih berbakat untuk menggantikannya satu hari nanti.

Malah, anak kelahiran Sabah ini juga mahu menambahkan bilangan penyanyi yang boleh menari serentak, di mana ia masih lagi kurang dalam industri muzik tempatan.

"Cuba fikir, berapa ramai penyanyi 'dance' di Malaysia yang berbakat? Yang popular hanya Stacy sahaja. Justeru itu saya ingin kembalikan konsep tersebut dalam peredaran muzik kita," katanya.

Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel Merdeka Palace, Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Sumber: www.mstar.com.my

...

Monday, January 2, 2012

Adam Sahut Cabaran..

...


Teka teki mengenai barisan artis yang dipilih untuk bergelar mentor dalam program pencarian bakat Mentor bagi musim keenam sudah pun terjawab.

Pada kali ini, Mentor 6 menampilkan muka lama dan baru dari genre berbeza untuk bergelar sifu kepada enam protégé yang akan menyinari dunia hiburan tanahair.

Keenam-enam mentor termasuk Ramlah Ram, Adam, Fauziah Ahmad Daud, Ferhad, Ella dan Faizal Tahir dipilih berdasarkan pengalaman serta kebolehan mereka dalam bidang seni.

Pemilihan Adam sebagai mentor tentunya mengundang pertanyaan dan tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mempertikaikan pemilihan Adam sebagai barisan mentor kali ini, memandangkan profil kerjayanya tidaklah sehebat mentor yang lain.

Bagaimanapun sebagai mentor paling junior, Adam tidak terus melatah dan menyifatkan tawaran yang datang daripada pihak TV3 sebagai satu penghormatan yang besar buat dirinya.

Penyanyi yang juga lahir daripada program realiti Akademi Fantasia 2 ini memandang tawaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perkembangan dirinya dan industri hiburan negara.

Menyangkal pandangan sesetengah pihak yang berasakan dirinya ‘kurang’ layak untuk bergelar mentor, Adam beranggapan pihak produser yang memilihnya yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya dan apa yang boleh diberikan kepada industri.

“Apabila menerima tawaran daripada pihak TV3, saya terlebih dahulu berbincang dengan pihak pengurusan saya. Saat menerima tawaran itu, ada juga saya terfikir mengenai faktor kelayakan, adakah saya boleh berperanan sebagai mentor untuk mendidik protégé baru.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan berpendapat saya harus mencari pelapis untuk genre pop dance memandangkan tidak ramai penyanyi di Malaysia yang memperjuangkan genre sebegitu. Jadi, atas dasar tanggungjawab, saya menerima tawaran ini bagi mencari bakat baru yang boleh menyanyi dan pada masa sama boleh menari dengan baik,”
katanya selepas sesi memperkenalkan Mentor musim keenam, baru-baru ini.

Jejaka kelahiran Sabah ini juga tidak kisah seandainya ada yang mempertikaikan pengalamannya yang baru setahun jagung dalam industri hiburan negara.

Menurut Adam, pembabitannya dalam rancangan Mentor adalah untuk meneruskan misi mencari bakat baru yang berminat kepada irama pop dance.

“Saya akui masih baru dalam bidang ini, namun berbekalkan pengalaman selama lapan tahun dalam memperjuangkan genre ini, saya ingin mencurahkan apa yang saya ada kepada protégé saya sementara saya masih boleh mengajar menari dengan baik,” katanya.

Syarat kepada protege

Memberitahu kriteria protégé yang bakal diambil, pelantun lagu Tak Tahu ini mengutamakan mereka yang berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian.

Menurutnya, keutamaan diberikan kepada protégé lelaki dengan syarat mereka ini mempunyai sikap disiplin yang tinggi dan hormat kepada orang lain.

“Bukan tidak mahu mencari protégé perempuan, namun saya berasakan lebih mudah mendidik protégé lelaki memandangkan saya juga ingin mencari pelapis yang boleh menyanyi dan menari.

“Saya bukannya ingin mencari orang yang sama macam saya, tetapi ingin mencari mereka yang berminat untuk memperjuangkan genre ini.

“Sebelum ini, saya juga ada melakukan pencarian bakat baru untuk genre pop dance, tetapi masih belum bertemu dengan mereka yang benar-benar layak. Jadi, melalui program Mentor ini diharapkan penemuan saya berhasil,”
katanya yang menganggap rupa paras sebagai bonus untuk bergelar protégé.

Yakin dengan kemampuan yang ada pada dirinya untuk bergelar mentor, Adam bagaimanapun meletakkan faktor keserasian sebagai perkara utama yang perlu dipupuk antara mentor dan protégé.

“Kalaupun protégé yang dipilih nanti boleh menari dan menyanyi dengan baik, namun jika dia ada masalah sikap, perkara ini juga boleh membantutkan sesi pembelajaran apa yang ingin saya curahkan kepada dia.

“Namun, sekiranya dapat protégé yang ‘satu kepala’ dan mendengar kata, Insya-ALLAH ilmu yang saya pelajari selama lapan tahun ini akan saya curahkan kepada dia untuk dibekalkan dalam pertandingan mentor nanti,”
katanya.

Sesi uji bakat pencarian protégé untuk Mentor musim keenam akan bermula pada 13 Januari dan berakhir pada 19 Februari 2012.

Sumber: Sinar Harian

...

Layak ke Jadi Mentor?

...


MINGGU lalu ada pengumuman khas tentang rancangan Mentor musim terbaru. Joyah memang tunggu sangat-sangat pengumuman tu sebab nak tahu siapa yang bakal jadi mentor dalam musim kali ini.

Antara nama-nama yang bakal memikul tugas sebagai mentor termasuklah Ella, Ramlah Ram, Ferhad, Faizal Tahir, Fauziah Ahmad Daud dan Adam.

Alamak macam mana nama Ogy boleh muncul. Itu yang membuatkan Joyah kaget sedikit sebab Joyah rasa Ogy bukanlah pure penyanyi. Bakat yang ada pada Ogy tu rasanya lebih layak kalau letak pada pencarian bakat lakonan.

Joyah tahu Ogy boleh menyanyi cuma pada pandangan mata Joyah macam tak kena sedikit. Tapi bila dah berpeluang jadi mentor, Ogy kena bukti dia mampu beri transformasi pada protege yang bakal dipilih nanti.

Joyah bukan tak puas hati dengan Ogy. Ha, jangan ada yang anggap Joyah iri hati. Joyah ulangi, Joyah hanya pelik kenapa tiba-tiba nama Ogy naik di kalangan mereka yang memang hard core menyanyi macam Ella dan Ramlah Ram.

Lagi satu nama Adam tu. Rasanya Adam belum layak nak jadi mentor sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Apa pencapaian Adam sampai layak diangkat untuk jadi mentor?

Tapi kalau tak diberi peluang kita tak tahu apa natijahnya. Jadi Joyah terima senarai mentor-mentor dengan hati yang cukup terbuka. Apa yang lebih penting semua mentor ni perlu bukti yang mereka boleh.

Sumber: Utusan Malaysia

...

Friday, December 30, 2011

Remember..

...


...

Annual Leave..

...



:p

* Berangan kalaulah Annual Leave ni boleh convert to RM.. Seronoknya!!! *

...

Thursday, December 29, 2011

Faizal Tahir, Ella & Adam AF Antara Barisan Mentor 6

...


Program realiti pencarian bakat nyanyian popular di TV3, Mentor kini sudahpun memasuki musim ke-6. Petang tadi telah berlangsungnya satu majlis bagi mengumumkan barisan enam artis yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai mentor bagi musim terbaru ini. Mereka yang bakal mewarnai Mentor kali ini terdiri daripada Ella, Faizal Tahir, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad.

“Berdasarkan kepada perbincangan dan rasa minat calon-calon mentor yang telah disenarai pendek sebelum ini, enam Mentor telah dipilih berdasarkan kualiti yang dimiliki iaitu mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang nyanyian dan berkaliber sebagai tenaga pengajar."

“Peranan mereka ialah untuk memberikan tunjuk ajar kepada para protege berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Selain itu, program ini juga merupakan peluang baik bagi mereka menunjukkan kemampuan sebenar untuk bergelar sifu setelah berjaya dalam perjalanan seni masing-masing,”
ujar Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif / Penerbit Mentor 6 ketika ditemui di sidang akhbar Mentor 6 di Sri Pentas 3, Bandar Utama.

“Terima kasih kepada keenam-enam artis yang sangat memberi kerjasama kepada kami. Bukan mudah untuk memujuk mereka untuk menyertai program ini dan saya tabik kerana mereka antara yang paling berani untuk membuat Mentor.”

Diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap sebagai nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan amnya. Istimewanya, program Mentor juga berjaya menarik purata jumlah peratusan penonton yang mencecah hampir tiga juta pada setiap minggu.

“Bagi saya, keunikan program Mentor adalah terletak pada mentornya sendiri. Secara tak langsung, ia akan memberi konsep dan persembahan yang berlainan pada setiap musim. Mengenai pemilihan barisan mentor, ada pelbagai faktor yang menyebabkan kami memilih mereka. Pada saya, merekalah yang terbaik yang dapat kami kumpulkan untuk musim ini.”

Apabila ditanya mengenai pemilihan Adam yang mungkin akan dipertikaikan oleh sesetengah pihak, Sufian memberitahu, “Kami ada satu kriteria di mana hasil dari perbincangan, kami nak cari satu kelainan dalam program ini. Kami nak variasi dan cari artis yang mempunyai genre yang berbeza di mana kami rasa Adam sesuai untuk mereka yang minat dengan muzik Pop Dance. Bagi saya, masing-masing ada kekuatan tersendiri dan tak semestinya yang baru itu tidak bagus,” ujar beliau mengakhiri perbualan.

Sumber: www.gua.com.my

...

Mentor 6: Adam Paling Muda, Faizal Tahir Belum Sedia

...


KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2011: Ella, Fauziah Ahmad Daud, Ramlah Ram, Ferhad, Faizal Tahir dan Adam merupakan enam barisan artis yang bakal menerajui program popular Mentor musim keenam.

Jelas penerbit rancangan Muhamad Sufian Isa, gabungan mentor generasi lama dan muda disatukan bagi mewarnai program tersebut demi mendapatkan permata baru yang bersinar dalam industri hiburan tempatan.

"Ada banyak faktor kami memilih mereka berenam ini. Meskipun dapat dilihat ada mentor generasi lama dan baru kami pilih kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri."

"Malah kami juga mahu mewujudkan kepelbagaian bagi musim baru nanti," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan mentor musim keenam semalam di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Mengulas mengenai pemilihan Adam yang dilihat tidak layak untuk dijadikan mentor, terang Suffian, Adam dipilih bagi mencungkil bakat generasi muda yang meminati seni muzik pop dan tarian.

"Pemilihan Adam dilakukan kerana kami mahu mencungkil bakat-bakat muda yang meminati muzik pop dance. Jadi Adam merupakan orang yang paling sesuai dan layak untuk dijadikan mentor.

"Kami yakin Adam saja yang mampu melayan budak-budak muda yang meminati genre muzik sebegini,"
jelasnya lagi.

Sementara itu, pada majlis tersebut juga pelantun lagu Karma, Faizal Tahir memberitahu masih belum bersedia untuk memikul tugas sebagai mentor. Mengakui merupakan seorang yang cerewat serta kekangan masa yang tidak mencukupinya membuatkan dia masih lagi ragu-ragu sama ada mampu atau tidak untuk menjayakan program tersebut.

"Saya belum berikan kata putus serta masih belum bersedia untuk menjadi mentor. Sehingga semalam mereka (pihak penerbitan) menghubungi saya pun , saya belum berikan kata putus untuk menjayakan program tersebut atau tidak."

"Hari ini pun saya ke sini untuk perbincangan Anugerah Juara Lagu (AJL) apabila mereka menjemput saya ke sidang media ini, saya juga terasa masih bermimpi sama ada benar-benar akan menjayakannya atau pun tidak. Namun insya-Allah, apabila saya telah pun terlibat dengan sidang media ini, secara tidak langsung saya akan terlibatlah. Cuma saya perlukan masa seminggu dua untuk bersedia memikul tugas tersebut," ucapnya yang mengakui ada memberitahu pihak TV3 agar bersedia mencari penganti sekiranya dia tidak mampu menjayakan program tersebut kelak.

Bagi Adam pula, meskipun mengerti ramai yang mempertikaikan pemilihan dirinya namun dia yakin mampu menjayakan program tersebut dengan sempurna.

"Mula-mula ditawarkan memang saya tidak percaya tapi apabila fikirkan semula tidak salah saya menerima cabaran tersbeut kerana saya juga mahu mencari pelapis untuk muzik pop dan tarian ini."

"Orang tidak percaya tidak mengapa, saya jadikan perkara tersebut sebagai pembakar semangat untuk saya membuktikan kepada orang ramai saya juga mampu mencurahkan ilmu yang ada dalam bidang tarian dan nyanyian kepada orang muda. Lagipun sudah lapan tahun saya terlibat dengan bidang seni tidak mungkinlah tidak ada ilmu yang boleh saya kongsi dengan yang lain serta saya juga mahu mencari pelapis buat diri saya,"
jelasnya penuh yakin.

Bagi yang berminat untuk menyertai Mentor sesi ujibakat akan diadakan pada 13 sehingga 19 Februari di Sri Pentas TV3, Tawau, Kota Kinabalu, Miri dan Kuching. Had usia peserta terbuka kepada individu berusia daripada 18 sehingga 26 ahun dan tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman.

Sumber: www.murai.com.my

...

Wednesday, December 28, 2011

AdamAF Jadi Mentor Musim Ke-Enam!

...


Sidang media program realiti nyanyian, Mentor yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, sebentar tadi, Adam AF diumumkan antara Mentor musim keenam yang bakal bermula awal tahun depan.

Selain pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua itu, tugas sebagai Mentor turut diterajui Ramlah Ram, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ferhad, Ella dan Faizal Tahir. Melihat nama-nama hebat ini, status pemilihan Adam bagaimanapun menjadi tanda tanya ekoran profilnya dalam industri seni tidaklah sehebat mana.

Apakah penyanyi 'Tak Tahu' ini mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai 'sifu' program realiti itu dengan sebaik mungkin? ikuti penjelasannya dalam ruangan hiburan Sinar Harian (zass), esok.

Sumber: Sinar Harian

...

Thursday, December 22, 2011

Loike..

...

PANAS!! PANAS!! PANAS!!

Ini antara jawapan cliché orang yg berpakaian seksi, xkire la artis ke bkn artis.. same je.. :p

"Selesa berpakaian begitu"
- NANTI PAKAI PAKAIAN DARI NERAKA SELESA KE IDOK?

“Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian”
- DARI PAKAIAN LAH BOLEH TAU NILAI PERIBADI & IMAN SESEORANG WANITA MUSLIM

“Keluarga lebih mengenali saya”
- KELUARGA AWK 2 X 5 JE ..

“Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya”
- U LA HIPOKRIT..DIRI SEBENAR MUSLIMAH TAK MCM TU..

” Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen”
- BILA NAK IKUT KEHENDAK AGAMA??

“Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja”
- ITU PENILAIAN PERTAMA DIBUAT BAGI MENGGAMBARKAN PERIBADI MUSLIMAH ..(AWK ORG ISLAM KAN? KE DAH TUKAR AGAMA??)

“Seksi itu subjektif”
- NERAKA ALLAH OBJEKTIF .. NAK MASUK ATAU TAKNAK??

“”Itu urusan antara saya dengan Tuhan”
- ORANG ISLAM YANG LAIN WAJIB MENEGUR!! NNT KO DAH MATI , KAMI2 GAK YG NAK URUSKAN JENAZAH KO.. BKN KO BLEH MASUK KUBUR SENDIRI PUN!!

“Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya”
- DAH MCM PELACUR JE.. JAGA NAMA BAIK KE KALAU ORG DOK CKP MAK BAPAK X AJAR??

“Apa yang saya pakai, itu hak saya”
- HAK ALLAH BAGAIMANA???

Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai-nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!”
- WAH3!!!! PAKAI SEKSI TU HALAL KE HARAMM???



...

Friday, December 16, 2011

Dedah Aurat: Alasan yang biasa didengar..

...

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”


Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”


Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
http://www.blogger.com/img/blank.gif
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Sumber: syahirul.com

* Wahai orang-orang yang ku sayangi, tutuplah auratmu! Ingatkan aku juga, andainya aku tidak sempurna *

...

Wednesday, December 14, 2011

Leave..

...

Annual Leave as today banyak lagi... Hahaha... jgn tak percaya.. 40 days tu!!! Entitlement annually cuma 25 days only.

Since 2009 aku memang sangat-sagat jarang cuti. Aku hanya bercuti apa yang kerajaan bagi or if terpaksa sangat-sangat. Other than that, aku rasa aku lebih suka menyibukkan diri kat ofis, buat kerja yang tak pernah habis tu.

Tahun-tahun sebelum tu bercuti jugak, tapi tak pernah habis cuti tahunan & bring fwd to the next year.

If until December ni aku tak ambik cuti jugak, meaning aku ada 42 days to carry forward to next year. InsyaAllah panjang umur, tahun depan tambah lagi 25 hari. Jadilah 67 hari cuti bergaji aku until 31 December 2012. Tapi aku kena gunakan 17 hari cuti jugak next year sebab tak boleh carry forward to 2013 more than 2 times of entitlement.

Bagi aku, banyak tu! Kalau rasa-rasa nak merasa cuti 2 bulan bergaji penuh pun boleh jugak kan.. Cuti banyak! Tapi keje banyak tu, sapa nak tolong??? Sian bos aku nanti.

Mungkin jugak aku memang dah biasakan diri aku ni, if tak sihat sikit pun, still pergi kerja jugak lagi. No ponteng-ponteng aaaaaaa...

MC tahun ni byk! 14 hari sebab admitted haritu. Tahun sebelum tu cuma 5 hari je :-)

I want to go for a holiday!!!

I really need rest & vacation!

Aisya pun dah complaints bila nak pegi holiday??? Dia kata semenjak daddy tak ada kita tak ada pun pergi holiday. Yes, mummy tahu sayang... Sabar ye, ada rezeki nanti kita g holiday bersama.

Money, please come to me!!!!!

:D

..

Friday, December 9, 2011

Al-Khauthar..

...


...

Wednesday, December 7, 2011

Session With Dr. Ridhuan Tee Abdullah

..

Bersempena dengan Client Day of IIUM Library, they organized session with outhors as every year they did. This year berpeluang bersama dengan Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Overall, BEST!

Walaupun Dr. agak pedas dalam mengeluarkan hujan / pendapatnya tapi bila difikir-fikir, memang betul, zaman sekarang ni kena cakap direct, takde tapis-tapis sebab IF banyak sangat tapisnya, mungkin mesej sebenar tak sampai.

So... think & act!

Antara point yg amat terkesan ialah ~

Masa kita semakin singkat, bimbang tak sempat.
Jadi bertindaklah.
Berubah.
Saling ingat-mengingatkan.
Thinking is the highest thing in learning process.
Apa guna hidup pura-pura.
Berwaspadalah.
Allah itu Maha segala-galanya :-)


...

Tuesday, December 6, 2011

Loike..

...

Jangan merasa hairan bila kita bertaubat, ramai yang memperlekehkan kita. Itulah sekecil kecil ujian Allah buat kita.


...

Friday, December 2, 2011

Doa..

...


...

Thursday, December 1, 2011

Doubt..

...

Time flies...

Today dah 1st December on 2011.

Rasanya macam baru je new year of 2011.

Life goes on...


Macam-macam benda lah..

Hari ni aku nak luahkan perasaan lagi. Ikut suka aku lah kan.. Hahaha..

Xsuka baca jangan baca. Xyah sibuk-sibuk bukak URL blog aku ni. Tapi kalau keep on bukak jgk nak tahu cerita-ceriti aku, go ahead. Bukak mata, baca... tutup mulut sudah!

Aku nak sentuh sikit lah kan.. pada manusia yg suka dengar cakap-cakap org daripada bertanya sendiri ke tuan empunya badan.

Macam aku, my style is if aku dgr apa-apa, aku xterus percaya or ambik port apa yg org tu kata sebab aku lebih suka tanya tuan empunya badan utk mengetahui kesahihan / kebenaran tentang cerita yg aku dgr tu. It is better.

Biasalah, org kalau bercerita mungkin akan ditokok tambah ataupun dia bercerita mengikut hati & perasaannya kan.. x gitu?

So, ada la org yg akan bgtau.. byk dengar cerita tentang aku. Semenjak 'kes' 2009 hinggalah kini.

Hello....
Dengar daripada siapa? Org yg boleh dipercayai? *siapa dia? siapa org tu?* Setakat mana org tu mmg boleh dipercayai? Org tu betul-betul kenal & tahu pasal aku dari A to Z ke? Bila ditanya siapa, xnak cakap pulak. Bagi aku, berani kerana benar, takut kerana salah. Betul x?

Kadangkala, kita perlu tahu siapa org tu bukannya nak serang dia.. tapi kita nak explain kat org tu seandainya dia dah sebarkan fakta yg tak betul. Kita boleh stop dia daripada buat dosa lagi.

Berbalik pada topik sebenar - hanya beberapa orang sahaja yg tahu cerita sebenar sebab orang-orang inilah yang bertanyakan direct kepada aku.

So, when people ask, I answered.

From far I have Dr. S, S & E. Three of them mmg tahu segala-galanya. Also I have uncle, auntie & cousins who knows everything. Not to forget, some of my ITM's friends.

Aku percayakan mereka. I knew them well. Mereka ini bukanlah jenis org yg suka busy body bercerita pasal tepi kain org. Diorg ni caring membantu aku dari segi emotional, moral support & advices.
*it doesn't mean if i don't mention your name here, i forgot.. but i just stated few names who knows 99% ~ jgn kecik hati, maybe u tergolong dlm others = aku ingat dgn sapa & apa yg pernah aku cerita*

Others, yg konon2nya tahu everything & daripada sumber-sumber yg boleh dipercayai jugak tu, dapat info daripada mana ye?

Alkononnya, macam-macam cerita pasal aku tu.. daripada mulut siapa ye?

Unless dengar betul-betul daripada mulut org yg aku cerita & percayai itu..

Hahaha.. ginilah senang, xyah nak kata org kalau benda tu mungkin daripada perasaan org tu sendiri kan. Mungkin ya... mungkin juga tidak. Terpulanglah.. ikutlah...

Ada jugak jenis orang yg konon-kononnya tahu serba-serbi & dia semua betul. Aku jugak yg salah, yg bodoh. Xyah nak bergossip / komplot / sokseksoksek kat belakanglah ye.. Kurus aku tau sbb ko makan daging aku :D


Dalam hidup ni, kitarannya seumpama roda. Allah itu Maha Adil.

Kita tak lari daripada melakukan kesilapan.

Realize, taubat, mohon maaf & tabahkanlah hati utk menjalani kehidupan baru. Mudah-mudahan Allah s.w.t. memperkenankan & memberikan kebahagiaan dunia buat kita.

Mungkin juga ujian ini didatangkan disebabkan dosa-dosa kita yg lampau.

Allah itu Maha Pengampun. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Inikan manusia. Atas dasar perikemanusiaan, juga untuk menjaga hati agar tidak bersangka negative, maafkan & doakanlah yg terbaik buatnya. Kata-kata itu kan satu doa..

Tolonglah jangan judge begitu saja. Kat dunia ni, hakim pun perlukan hujahan & bukti sebelum menjatuhkan hukuman. Pun ada rayuan jugak, utk diberi peluang.

Di akhirat kelak pun sama. Malaikat akan kemukakan bukti-bukti.


Pelik, pelik... kenapa tak tanya sendiri kan?

Manusia... oh manusia...

Itulah manusia, dia tgk je dgn mata kasar, dah buat own assumption & conclusion. That's it! Fullstop!

Perlu ke aku nak meratap 24jam sehari, hari-hari atas apa yg berlaku?

Kami susah ada sapa-sapa betul-betul ambik tahu???

Kalau kami nampak happy jadi masalah pulak org lain utk mengata

Semua serba xkena!!! *sigh*

X dinafikan, ada juga yg membantu.. tp janganlah bila hulurkan bantuan nak something pulak. Kalau mcmtu xyah tolonglah.. Thanx...

Biarlah kami susah asalkan kami bahagia, xserabut kepala otak :-)

Nak hulurkan pertolongan biar ikhlas.

Takutlah.. bila org tabur budi lepas tu sbg balasan nak kena patuh arahan pulak. Takut terkeluar nanti "org dah bagi macam2, ko kena buat ni, buat tu, macamni, macamtu"
Kang jadi mcm lembu dah kena ikat/tambat kat hidung pulak... Takutttttttttt

Takut kalau dah terlebih makan budi, tergadai body lagi..


Semenjak kejadian itu terpulanglah apa jua persepsi orang terhadap aku. Allah s.w.t. Maha Mengetahui. Dia Maha Melihat. Dia Maha segala-galanya...

Memanglah kalau ikutkan hati, nak pekakkan je telinga yg mmg dah pekak ni.. tapi kadang-kadang telus jugak pendengaran ni sampai masuk dalam otak tambahan ada hati kan..

Tu yg airmata, semangat, kekuatan, kesabaran luruh jgk tu...

TOLONGLAH!!!

DOAKAN YG BAIK-BAIK SAHAJA BUAT KITA SESAMA MANUSIA


InsyaAllah...


...

Tuesday, November 29, 2011

Continuos..

...


I was admitted!!!

Dalam pkl 10 lebih haritu, aku dah tahan sakit sangat. So aku YM K.Ina minta tolong dia teman aku gi clinic. Nak gi ambik injection kononnya. Then Linda pun teman sekali jugak. Masa turun lif dari tingkat 4, diorg nak ambik wheelchair utk aku. As usual, aku refused. Malu ooo.. Tak nak aku, kang abes satu ofis tahu aku tak sihat. Xnaklah publisiti murahan lagi.. huhu.. Itupun few peoples dah nampak & tanya. Aku MALU!!!

Nasib baik kete K.Ina parking betul-betul kat loading bay, so xyah jalan jauh-jauh untuk ke kereta. Turun lift, keluar pintu terus kete. Aku selamat naik kete. Then aku sedar-sedar aku dah ada kat atas strecther.. Alamak! Ni mesti aku pengsan dlm kete td sbb seingat aku last sekali td aku dah masukkan kaki ke dlm kete k.ina. Tu je..

Sekarang aku nampak beberapa orang nurse & jantan2 dikeliligku. Time pengsan td sure sapa lah yang usung aku. Malu seyhhhhhhh..

Aku dapat Pethidine, tapi sakit tak ok lagi.. Aku tak rasa ngantuk atau kurang pun lepas dapat drug tu.. Then aku kena la stay kat sick bay IIUM Health Center. Thank you so much to K.Ina & Linda yg sentiasa ada disisi menemani. Then pkl 3 lebih gitu aku tak ok lagi. Time ni aku dah rasa lemah menahan kesakitan. Then Dr. kata nak refer aku ke hospital.. Aku tak nak..

K.Ina & Linda balik ofis jap. Then diorg datang tanya, aku kata dah ok sket.. nak balik ofis. While on wheelchair konon-konon nak balik ofis, nurse tanya "Ni nak bawak patient g mana ni? Dr. tak bagi balik. Nak refer ke hospital"

Alamak! Kantoi! Ingatkan dapat lari dah tadi..

Then sbb aku still sakit, aku dapat injection lagi.. kali ni doktor just bagi Voltaren je.. X kuat sangat. Biasa-biasa je.. aku tak rasa apa-apa perbezaan pun..

Documentation for referral to hospital been prepared. Aku boleh pilih nak pegi private hospital atau government hospital.. Mana-mana yang aku prefer. Aku decided to go to Hospital Kuala Lumpur since they told the best Orthopaedic is there. Ok lah..

Dalam ambulance, aku menangis & meraung sorang-sorang!

Sedih, syahdu & sakit semua ada...

Airmata aku mengalir macam pili bomba kot!

Officemates tak dpt teman naik ambulance due to other commitments. Aku faham, dah petang. Diorg nak ambik anak kat nursery dll. Diorg tolong from beginning pun dah cukup ok.

Aku memang puji abes kat driver ambulance IIUM. Memang bagus! Baik & sangat prihatin. Bagi kata-kata semangat "Sister, sabar ye.. etc" Dia tunggu sampailah aku bgtau dia another friend is coming.

Doktor nak bagi Morphine. Aku allergic dgn Morphine! Sbb masa lepas operate lutut kat HTAA dulu, doktor bg morphine terus something happened to me.. Terus doktor bagi another injection to neutralize kan my allergic.

Doktor pening. Pethidinie, Voltaren dah bg pun x ok lg. Nak bg drug paling kuat, badan aku dah reject. So doktor bagi pethidine lagi. Redho je lah..

Aku dimasukkan ke wad. 5 days being admitted. Masa 2nd day tu kena attacked lg. Sakitnya hanya Tuhan yg tahu. Aku minta bantuan rakan dari jauh utk rawatan secara Islamic pulak. Sebabnya, my boss & officemate bimbang kot-kot ada yang mengikut aku from Janda Baik haritu. Alhamdulillah, dengan bantuan dia & kuasa Allah swt, aku rasa ok sket. Tak lah mengelupur kesakitan lagi.

Doktor suggested for an operation as 12 years ago where I totally refused! NO!!!

I am not going for an operation utk tulang belakang aku ni! Biarlah bengkok sikit & sakitnya pun ON & OFF je. Operation sekadar mencuba & mungkin tak sakit lagi lepas ni. So, xyah nak cuba-cubalah. NO! NOT!

Aku tahu semenjak aku pindah KL, dah 2 tahun lebih ni mana pernah aku g check-up for my THORASIC SCOLIOSIS ni.. aku dah tak pergi hospital lagi utk apa jua masalah kesihatan aku. Malas! Sebab aku dah tahu apa je solution nyer.. Physiotheraphy pun aku dah tak buat langsung. Pendek kata apa je rawatan aku tak hirau dah.

So, kalau aku refused for their suggestions, aku kenalah buat fisio intensively. Urghhhhh... *sigh*

Masuk General Hospital pun ok. Layanan & treatment macam private hospital. Maybe sebab aku masuk 1st class kot. Ok lah kan.. Tak semestinya GH tu teruk. Biliknya lengkap aircond mcm private jgk. Nurse-nurse sentiasa datang mcm private jgk. Doktor-doktor pun sangat baik & explained betul-betul & soft macam private gak. So? harga je lain dari private hospital ok.

Sakit tu still on & off. Hari ke-4 aku kelentong doktor kata dah ok. Sorry, hati & perasaan aku amat kasihankan Aisya. She's alone! Makan minum pakai sekolah mengharap ehsan orang. Pity her! Lagi lah buatkan aku menangis..

2 weeks I was on Medical Leave. Terbaring je..

Doktor dah nasihatkan aku supaya jangan banyak bergerak. Movements will cause backache. Masa kat hospital mmg aku tak dibenarkan byk bergerak. If yg benar-benar perlu sahaja. Selera makan pun tak ada sbb dalam fikiran, mcm-mcm & serabut.

Duduk rumah pun tak makan jugak. Dah, macamana nak masak kalau tak daya kan? Minum air je la.. Aisya rajin, kejap-kejap dia buatkan Milo. Dia makan stok roti & apa-apa yg still ada kat rumah. Sian Aisya...

Balik dari hospital haritu pun kitorg balik sendiri je. Walaupun orang kata aku ni macam-macam, aku pekakkan telinga sbb xnak serabutkan kepala otak lagi. Orang hanya pandai bercakap aka condemn jek.. if they were in my shoes, tahu lah macamana rasanya. Allah Maha Mengetahui & Melihat. Dia perhati je kita semua hambaNya ini...

Ini dugaan buat aku lagi.. Aku terima, Ya Allah..


Macam-macam kejadian happened till yesterday. Aku tabahkan hati lagi agar bersabar. Kesabaran aku dah hampir terkulai rasanya. Kekuatanku juga seakan hampir luruh.

Semalam sampai kemarau airmata rasanya selepas bergelen-gelen dibazirkan. Harini bengkak mata at 1st day gi keje.

Aku memang berdeney...

SERABUT!!!

Hanya padaMu, tempat ku mengadu ':(


Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai. Ampuni aku Ya Allah... Peliharalah hambaMu ini. Kasihanilah hambaMU ini, Ya Allah...


Aku bersyukur masih lagi punya orang-orang yang baik hati lagi prihatin dgn keadaan kami. Thank you sooooooooooooo much dear...

Semoga Allah swt merahmati semua :-)

...

Tuesday, November 15, 2011

Backache..

...


OTW balik rumah semalam tiba-tiba rasa tulang belakang bagai dicucuk-cucuk dgn jarum.

Ya, Allah..
semoga aku selamat sampai rumah..

Alhamdulillah..
sampai je rumah badan dah rasa mcm melayang-layang
menggigil menahan kesakitan
mlm tadi aku menangis lagi kerana sakit belakang
dah lama my 'Thorasic Scoliosis' tak menyerang

Aisya dah letak minyak & urut belakang
Dah telan ubat..

Then aku tertidur dalam tangisan menahan kesakitan
pukul 3 pagi terjaga semula

Astaqfirullahal'azim...
hanya Dia sahaja yang tahu macamana sakitnya
aku rasa nak menyerahkan diri ke hospital je
tapi sapa nak hantar?
aku menangis lagi
menahan kesakitan

dalam melawan kesakitan..
aku bangun perlahan-lahan
buat air milo & makan roti sebagai alas perut
aku telan pain killer lagi
tak tahan, sakittttt sangat

aku seperti mahu call sapa-sapa saje utk hantar aku ke hospital / clinic
nak menyerah diri
seriously
aku perlukan injection to reduce the pain

aku menangis lagi..
sapa yg aku boleh call?
sapa yg aku boleh minta tolong?
di masa begini?
aku buntu

Ya Allah, aku menangis lagi keseorangan
nak kejutkan Aisya, minta tolong dia
kesian pulak tengok dia tidur nyenyak
akhirnya aku terlelap bersama airmata menahan kesakitan lagi

Aku tersedar semula jam dah menunjukkan pukul 5.58pagi..

"Aisya, harini mummy goreng telur je utk Aisya ye"

"Ok, Aisya x kisah.. Mummy tak payah keje la, Mummy tak sihat"

"Tak boleh sayang, keje banyak. Nanti esok bos mummy balik dari Sarawak tgk byk keje x settle lg, lagi susah."

"Nanti mummy rebah kat ofis lagi susah"

"InsyaAllah sayang, mummy ok "


Harini Aisya bawak bekal roti je utk her breakfast; nasi & telur sahaja for lunch. Aisya sangat tidak banyak kerenah. Dia faham situasi mummy nya ni.. Thank you sayang.. Maafkan mummy sayang..

Sampai je ofis, aku dah bagitau K.Ina (officemate), aku tak berapa sihat harini. If anything happen to me, jangan hantar aku ke hospital. Kalau aku admitted, kesian Aisya.

Macam minggu lepas masa aku kena outstation for course, dia prepare bekalan dia sendiri. Aku dah masak siap-siap sebelum pergi. Dia cuma panaskan je. Dia bangun sendiri, sediakan diri for school. I know she's independant but ada ketikanya dia menangis juga. Dia call aku menangis rindu. Xde sapa-sapa kat rumah katanya. Dia takut. Aku suruh dia ngaji / baca buku untuk hilangkan takut.

Before aku tinggalkan ofis, keje mmg tengah banyak. Selagi IIUM tak dapat status Research University, selagi itulah keje aku sentiasa bertambah. My boss as Project Manger. So, as her secretary, aku lagilah tak cukup kakitangan rasanya.

Aku tak kan bagitau sapa-sapa tentang kesakitan ku selagi aku mampu bertahan. Kalau aku dah bersuara tu, maknanya aku memang dah tak tahan sangat lah tu. That is my style. Aku tak nak jadikan penyakit aku sebagai alasan untuk orang kasihankan aku. Aku mampu melawannya..

Dalam kekuatan aku melawan kesakitan, aku seringkali terkandas dengan emosi aku sendiri. I realize something.. I need somebody!!!

Aku tak nak apabila terjaga, rasa sejuk.. tengok-tengok badan separuh dalam bilik air, separuh dalam bilik tidur - experienced = pengsan di pintu bilik air akibat sakit belakang..

Dah dah..
aku tak nak citer lagi..
nanti orang kata aku reka citer..

Hakikatnya hanya Allah swt yg Maha Mengetahui
keadaan aku & Aisya.

Fullstop!

Keje banyak..
aku buat slow-slow..

Tak tahan, aku baring luruskan tulang belakang jap..
Then continue lagi..

Aku harus kuat!!!

Aku tahu lately ni aku selalu tak berapa sihat sebab TENSION!!!

Macam-macam benda dalam fikiran...


...

Tuesday, October 25, 2011

Aisya oh Aisya..

...

Hari Ahad Aisya kata,

"Kenapa Mummy tak masuk Masterchef? Mummy is the Best Chef in the whole worldwide"

erm.. yelah.. pandai bodek ye! cheeky Aisya nak mee hailam.. dia sgt berpuashati mkn masakanku.. her favorite!

Alhamdulillah..

I'm happy to see her eating & finishing it.

Tengah makan dia tanya soalan lagi -

"Mummy, bila Aisya nak dapat adik?"

*speechless*

...

Thursday, October 20, 2011

Utusan Malaysia Online - Hiburan



...


PENGHIJRAHAN yang berlaku ke atas artis tanah air bukan sahaja melibatkan artis wanita yang tampil dengan imej bertudung.

Malah di kalangan artis lelaki juga, mula sedar dan membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak.

Justeru, bagi dua artis lelaki popular, Abdullah Ahmad dan Adam VIP, mereka turut membuat penghijrahan dalam kehidupan masing-masing.

Ini kerana, kedua-duanya merasakan, dunia hiburan yang menjadi sandaran rezeki buat mereka bagaikan tidak bermakna apabila hati dan jiwa terasa kosong.

Kata Abdullah atau lebih dikenali sebagai Lah, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya walaupun namanya kekal popular di persada seni tanah air.

Perasaan yang agak serupa turut menghantui Adam yang tercari-cari sesuatu untuk mengisi ruang dalam jiwanya.

Dalam pencarian untuk menjadi insan yang lebih sempurna, baik Lah mahu pun Adam, segala perubahan dalaman yang berlaku ke atas diri mereka tidak mematikan langkah untuk bergelar artis.

Pengertian hidup Lah Ahmad

Di awal pembabitannya bersama kumpulan Voices of Euphonious atau VE yang ditubuhkan pada tahun 2003, Lah di ulit dengan populariti dan dikelilingi peminat.

Pun begitu, bagi diri anak jati Kuala Lumpur ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya.

Lah sendiri keliru apakah kekosongan yang dirasai itu satu sindrom yang melanda mereka yang mencapai kehidupan dalam usia yang semakin meningkat.

“Di awal penglibtan saya dalam dunia seni bersama VE, saya lihat industri hiburan menjadi punca rezeki dan itulah yang saya lakukan sebelum ini.

“Kini saya hanya memikirkan bagaimana mencari duit untuk membayar segala bil bagi kelangsungan hidup.

“Ketaksuban saya dalam mencari wang berubah kerana cinta saya dalam bidang muzik dan nyanyian hari ini, lebih bermakna.

“Jiwa saya juga terisi dan tenang lebih-lebih lagi selepas saya bertemu dan mendalami agama dengan Ustaz Habib Ali Zainal Abidin,” kata Lah membuka bicara.

Kemerduan qasidah

Selepas empat tahun bersama VE dan muncul dengan tiga album iaitu Extreme Pleasure, Extreme Pleasure Extra dan For You, tahun 2007 menyaksikan VE berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Dalam tempoh ‘bertenang’ kata Lah, dia cuba mencari punca untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni.

“Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya.

“Dari situ, saya mendengar satu melodi yang terlalu indah kerana liriknya memuji kebesaran Allah SWTdan Rasullullah.

“Muzik ‘baru’ yang singgah di telinga saya telah ‘melanggar’ semua terma-terma muzik yang menjadi pegangan saya selama bergelar artis.

“Dalam qasidah ada jazz, R & B dan ia membuatkan saya menitiskan air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang.

“Perlahan-lahan, saya menulis lirik yang ada kena mengena dengan Ketuhanan dan dari situ, saya mencari keredaan Allah SWT,” ujarnya sambil menghela nafas panjang.

Menurut Lah, apabila hatinya lebih dekat dengan Allah SWT hidupnya menjadi lebih tenang.

Bahkan, kata Lah, solat lima waktu tidak lagi diabaikan sebaliknya, jika lewat mengerjakannya, hatinya akan rasa tidak tentu arah.

“Kalau dulu, dalam keadaan kelam- kabut, saya perlu menampilkan wajah tenang kerana perlu berhadapan dengan peminat atau pun diwawancara wartawan.

“Tetapi kini semuanya telah berubah...menjadi lebih tenang,” katanya yang akan mencari keredaan Allah untuk meneruskan kerjaya dalam bidang muzik.

Perubahan Adam

PEMILIK nama Mohd. Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam VIP mengakui dirinya banyak mengalami perubahan sejak bergelar artis.

Biarpun Adam pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi antaranya didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Yusry Abd. Halim (Yusry KRU), namun anak kelahiran Negeri Bawah Bayu ini agak bijak menangani situasi panas pada ketika itu.

Adam ketawa apabila dikatakan, dia seorang yang agak nakal kerana sering bertukar teman wanita.

Sedangkan pada hakikatnya, Adam menjelaskan, apabila tiada keserasian dalam sesuatu perhubungan, lebih baik meletakkan noktah kepada hubungan berkenaan.

Kata Adam, segala apa yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu, dijadikan iktibar untuk memperbaiki diri.

Sebab itulah, dalam diam-diam pada April lalu Adam mengerjakan umrah melalui pakej perubatan bersama rakan pelakon, Ashraf Muslim.

Selepas menunaikan umrah, ramai yang melihat perbezaan perwatakan Adam hari ini. Apa komen Adam?

“Memang hari ini saya lebih fokus kepada kerjaya kerana saya menyimpan cita-cita untuk menjadi pengarah filem.

“Jika Allah berikan rezeki, tahun depan, insya-Allah, saya akan mengarah filem,” katanya.

Walaupun pada mulanya Adam enggan bercerita tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah, tetapi setelah dipujuk akhirnya ia mengalah dan berkata;

“Saya berasa begitu tenang selepas Tuhan memberi rezeki untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.

“Maaf, saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan saya itu kerana tidak mahu peminat salah anggap tentang perubahan saya.

“Lagi pun, kalau orang pandang kita sudah warak, orang akan mempersoalkan apabila melihat kita masih terlompat-lompat di atas pentas.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, segala apa yang saya lakukan, saya tidak akan lupa tanggung jawab dan landasan agama.

“Ini kerana segala rezeki yang saya dapat adalah pemberian Allah dan soal saya mengalami perubahan dalaman atau tidak, wallahuala.”

Menurut Adam, sebagai manusia biasa, dia percaya bahawa setiap manushttp://www.blogger.com/img/blank.gifia akan melalui perubahan dalam kehidupan.

“Sebenarnya perubahan dalam jiwa saya sudah lama berlaku iaitu sebelum saya mengerjakan umrah.

“Perubahan tidak boleh terjadi dalam tempoh sehari kerana saya harus tahu kemampuan diri.

“Sebab itulah saya tidak menghebohkan tentang pemergian saya ke Mekah untuk menunaikan umrah kerana bagi saya biarlah perubahan itu datangnya dari hati dan jiwa saya,” kata Adam.

Sumber: Utusan Malaysia Online - Hiburan

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...