DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 26, 2011

Tiada Alasan Untuk Tidak Solat..

...







...

Monday, August 22, 2011

Towards Ramadhan..

...

Lagu Raya dah berkumandang sana-sini.. Raya dah makin hampir.

Arghhhhhh!!! Aku tension dengan lagu raya! Syuhhhhhhhh syuhhhhhhhhhh...

Kalau aku dengar kat radio, aku akan cepat-cepat tukar channel lain.

Kalau kat ofis pulak, aku akan sound "Sapa punya lagu raya tu weih??? Belum raya lagi la" dengan harapan lagu tu akan dimatikan tapi biasalah, lagi hebat kuatnya dan dada ku makin sebak. Airmata mengalir :'(

Maaflah, aku memang still tak boleh kawal diri aku dengan lagu-lagu raya ni! Syahdu :'(

Aku ni kan minah berdeney.. Huhu...

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Sabtu lepas, thru telephone conversation, aku dapat pesanan "Dah malam sepuluh terakhir ramadhan ni rajin-rajinlah buat solat sunat & tadarus, etc"

Aku memang menangis teresak-esak sebab sepanjang aku mengenalinya since 1996, dia tak pernah pesan gitu padaku. Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni dosaku :'(

...

Friday, August 19, 2011

Do You Know..

...


Doa duduk antara Sujud yang mostly people selalu baca laju-laju..

Tahukah maksudnya???

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Sebarkan kepada rakan rakan yang lain.
Mudah-mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)

..

Kaabah..

...

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. TAHUKAH KAMU SEMUA?

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.


Cara tunaikan tawaf di Kaabah, Mekah

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

...

Tuesday, August 16, 2011

Apa Yang Ditegah Dalam Islam..

...


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

...

Friday, August 12, 2011

Renungan Bersama..

...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

...

Wednesday, August 10, 2011

Women..

...


Kenalilah wanita menerusi sifat semulajadi yang ada pada setiap wanita.


Wanita Sensitif :
Wanita yang sensitif bukanlah bermaksud suka merajuk, tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Wanita Cerewet :
Wanita yang cerewet bukanlah FUSSY tak tentu pasal, kadangkala, mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Wanita Halus :
Wanita yang sifatnya halus ibarat sehelai sutera, cantik , mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Wanita Ikhlas :
Sifat keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui.

Pengorbanan Wanita :
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak, dan suami. Wanita amat tabah.

Wanita Prihatin :
Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Wanita Manja :
Walaupun seseorang wanita itu pandai berdikari, naluri seorang wnaita masih lagi tetap seorang wanita, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.

Wanita Ego :
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta Wanita :
Cinta pertama bagi seseorang wanita biasanya adalah yang paling dalam dan tulus.

Hubungan Seks Wanita :
Hubungan seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan.


- Hati wanita itu sepertinya kaca, mudah berderai namun mampu menghiris -

...

Tuesday, August 9, 2011

Love..

...


Menyintai bukan bermakna memiliki dan tidak semestinya akan bersatu.

Namun cinta yang agung adalah bila kita menyintai insan tersebut dan sanggup mengorbankan cinta kita demi kebahagiaannya dan tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan.

Jadi cintailah pasangan anda dengan ikhlas dan jujur dan jadikanlah cinta itu cinta yang teragung!


...

Monday, August 8, 2011

Learn..

...

Aku belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Aku belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Aku belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Aku belajar MENGALAH dari satu KEEGOISAN,
Aku belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN,
Aku belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Aku belajar TAQWA dari KEKUFURAN,
Aku belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Aku belajar REDHA dari satu KETENTUAN


...

V.I.P. Berbuka Bersama Peminat..

...


Kesempatan kehadiran Ramadan Al-Mubarak ini, digunakan lima anak muda yang bergabung di bawah nama VIP iaitu Marlon, Yandy, Ryan, Fadlan dan Adam untuk berbuka puasa bersama peminat bertuah, kelmarin.

Majlis berbuka puasa dengan tema Arabian Night itu diadakan di Restoran Intai-Intai, Ampang dan disertai 39 peminat bertuah serta artis naungan Aico Empire Group, Shima.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Adam (AICOVX) yang menguruskan perjalanan majlis tersebut, Weina Rosli berkata, peminat kumpulan VIP sudah mula hadir seawal jam lima petang, meskipun majlis bermula pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, semua yang hadir memenuhi tema ditetapkan iaitu berpakaian ala-ala Arab, malah ada peminat sanggup hadir lebih awal kerana teruja untuk meluangkan masa bersama VIP.

“Idea majlis berbuka puasa ini dicadangkan sendiri oleh Adam dan dipersetujui oleh ahli VIP yang lain."

“Selain dapat berbuka puasa bersama, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara kumpulan VIP dan peminat mereka,”
katanya ketika dihubungi Zass.

Weina berkata, selain berbuka puasa, mereka turut mengadakan beberapa aktiviti selingan selepas solat Isyak antaranya susun lagu, teka lagu dan kotak beracun.

“Kami turut menyelitkan beberapa permainan menguji ingatan mereka dan turut mengadakan cabutan undian bertuah dan peminat yang bertuah itu akan menerima hadiah berupa tasbih dan CD yang disumbangkan oleh Adam sendiri."

“Ternyata semua yang hadir berpuas hati kerana dapat mendekati semua ahli VIP dan VIP juga amat menghargai kehadiran peminat berbuka puasa bersama,”
katanya.

Bukan setakat aktiviti permainan, Adam juga sempat menghiburkan tetamu di restoran berkenaan apabila sudi menyanyikan lagu Bila Larut Malam bersama live band di sana.

Selain itu, kumpulan VIP turut menyanyikan beberapa lagu secara acapella bagi memenuhi permintaan peminat yang hadir.

Tambah Weina lagi, pihak AICOVX begitu terharu dengan kehadiran peminat dan berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh Restoran Intai-Intai.

“Kami berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi selepas ini dan kami amat berterima kasih dengan kerjasama Restoran Intai-Intai,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Fadlan Punca Stacy, Akim Berpisah?

Fadlan punca Stacy, Akim berpisah?


GARA-gara gosip hangat bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stacy, nama anggota kumpulan VIP, Fadlan Hazim Anuwar nampaknya mula mendapat perhatian ramai peminat di persada hiburan tanah air.

Ada pihak yang menyebarkan gosip, kehadiran jejaka kacak berambut perang itu dalam hidup Stacy atau nama sebenarnya, Stracy Angie Agam, 21, juga dikatakan menjadi punca perpisahannya dengan Akim AF7, baru-baru ini.

Walaupun masih berteka-teki mengenai kisah cinta yang terjalin, Fadlan mengakui dia dan Stacy memang berkawan rapat sejak lebih sebulan lalu.

Kata Fadlan, 19, dia dan Stacy mula berkenalan ketika mereka sama-sama belajar menari di studio tarian milik penyanyi popular itu bersama anggota kumpulan VIP yang lain.

“Stacy juga berkawan baik dengan gitaris kumpulan VIP dan mereka pernah menjadi penari latar Stacy dalam pelbagai persembahannya sebelum ini."

“Saya ikhlas berkawan dengan Stacy kerana dia banyak memberi bimbingan kepada saya untuk menjadi penyanyi yang bagus."

"Maklumlah, perbezaan usia kami dua tahun dan dia memang jauh berpengalaman daripada saya dalam bidang hiburan."

“Saya harap, orang tidak menuduh saya berkawan dengan Stacy kerana ingin menumpang nama besarnya pula,”
katanya.

Secara peribadi, Fadlan mengakui dia sangat mengagumi bakat besar dan kelincahan Stacy ketika beraksi di pentas.

“Pada pemerhatian saya, Stacy sangat fokus setiap kali buat persembahan dan ia memang tidak pernah menghampakan peminatnya,” katanya.

Ditanya, sama ada sudah menghidu hubungan Akim dan Stacy sebelum ini, kata Fadlan, pada mulanya, dia memang tidak tahu menahu ‘hubungan cinta’ yang terjalin antara mereka seperti diperkatakan orang.

Malah Fadlan menafikan dia menjadi punca perpisahan antara Akim dan Stacy kerana mereka saling mengenali apabila hubungan kedua-duanya sudah retak.

“Stacy sendiri memberitahu saya hubungannya dengan Akim memang bermasalah sebelum kami berkawan lagi. Kami juga tidak keluar berdua-duaan kerana sering ditemani anggota VIP yang lain kerana mereka juga kawan Stacy,” katanya.

Ditanya sama ada Stacy menepati ciri-ciri gadis idamannya, kata Fadlan, pengalaman pahit putus cinta mengajarnya lebih berhati-hati untuk memilih teman istimewa.

“Saya sering kali putus cinta kerana ramai gadis yang tidak jujur dalam percintaan. Sebab itu, saya kini lebih berhati-hati menjalinkan hubungan percintaan dengan mana-mana gadis."

“Sebenarnya, saya juga tidak kisah bercinta dengan golongan artis mahupun orang biasa kerana yang penting dia menyayangi saya yang memang seorang yang ringkas dalam segala hal,”
katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya pula, kata Fadlan yang berasal dari Kuala Lumpur, dia bermula dari bidang peragaan sebelum menceburi bidang seni.

“Saya berkecimpung dalam bidang modelling sejak berusia 16 tahun. Saya bukan saja menjadi model di Malaysia saja, malah mendapat peluang di Singapura dan Thailand sebelum ini."

“Bagaimanapun, saya mula melangkah ke bidang lakonan apabila menjadi artis bawah naungan KRU Talents pada Jun 2010 dan mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat mereka."

“Saya menjadi pelakon tambahan untuk mencari pengalaman dan antara drama lakonan saya ialah Hotel Mania serta menjadi pengacara program Paparazzi untuk KRU TV sebelum ini,”
katanya.

Kata Fadlan lagi, dia juga tidak ingin melepaskan peluang menyertai kumpulan VIP apabila ia muncul depan matanya.

“Saya sudah kenal dengan Adam AF sejak kami sama-sama berlakon dalam Hotel Mania. Saya juga tidak menolak peluang keemasan yang datang apabila Adam sendiri menawarkan saya untuk menyertai kumpulan VIP yang juga artis di bawah pengurusan syarikatnya, pada Mac lalu."

“Saya percaya dengan minat dan semangat yang ada saya dapat memberi komitmen
terbaik pada kumpulan VIP. Pada masa sama, saya juga belajar menari dan menyanyi dengan baik sebagai persediaan untuk kami mengadakan mana-mana undangan persembahan bersama VIP,”
katanya.


Sumber : Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadlanpuncaStacy_Akimberpisah_/Article/index_html

Friday, August 5, 2011

Lelaki Yang Bernama Bapa..

...


Kasih bapa tiada batasannya.

Biar apapun pekerjaan bapa anda yang halal, hormatilah dia, kerana hanya itu yang termampu dilakukan untuk menyara keluarga.

Dengan keringat dan tubuh empat kerat, dia rela melakukan apa saja untuk keluarga, jangan malu walau siapapun bapa anda.

*Ain Nur Aisya dearie, please remember this always*

...

Thursday, August 4, 2011

Selamat Ulangtahun Sayang..

...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu




...

Tuesday, August 2, 2011

Makkah Live's..

...


Aku jumpa channel ni, bagus sangat..

Hati meronta-ronta ingin ke sana. Ya, aku masih ingat, aku pernah berniat, kalau rumah Kuantan dah jual, ada dapat duit lebih, aku nak ke Mekah. Apa kan daya, rumah dah terjual, tapi aku rugi besar! Kena top-up almost 12K. Huhu...

Apapun, syukur alhamdulillah, ALLAH s.w.t. memberikanku kemudahan & kekuatan berurusan; dan aku menguruskan segala-galanya seorang diri - without bantuan sapa-sapa esp. orang ada nama / kedudukan / pengaruh / bijak berkata-kata / mengarah / apa-apa je lah.

Semoga aku akan sampai ke sana jua nanti. InsyaAllah...

Jom tengok kat sini je lah, rasainya aura suasananya :-)


...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...