DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 31, 2010

Sekadar Renungan...

...

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah s.w.t. akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat."

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunyadan Ibnu Hibbad)

...

Monday, March 29, 2010

Mengaji...

...


Malam tadi aku tanya Aisya, macamana dengan Kelas Fardhu Ain & Mengaji yang telah disertainya two months ago. She said ok. Ustaz taklah garang macam mummy ajar. Eh3x, mummy jugak yang kena. Garang sangat ke aku ni? Erm, bab cara ajar dia mengaji, I follow my mum's style sebab aku dari kecik mak yang ajar aku mengaji. So, secara tak langsung, aku ikut gaya mak aku ajarlah kan. Mak memang garang bila ajar kami adik-beradik mengaji.

Back to Aisya's story. Aku memang mengajar dia mengaji everyday selepas Solat Maghrib. Selepas solat Maghrib, aku akan mengaji jugak. So, sementara menunggu aku sudah mengaji Al-Quran & membaca Yasin, Aisya akan menghafal dulu. Then, aku dah habis, I'll monitor her. Begitulah rutin harian.

Selepas selesai semuanya dan sementara menunggu azan Isyak, kami bertukar cerita. Masa tu mulalah.. selalunya situasi pun jadi syahdu. Bermulalah episod nangis2 pulak. Lepas nangis2, gelak2. Pastu ambik gambar. Then dok ketawakan gambar & muka masing2. Jadilah seperti gambar2 di sini. Aksi2 selepas nangis. Begitulah kami, lebih suka terperap & menghabiskan masa berdua di dalam bilik sahaja.

Rutin ni berubah on monthly holiday. Masalahnya dulu2 kalau aku 'cuti', dia akan cuti mengaji jugak. So, bila now dah hantar dia ke kelas Fardhu Ain & mengaji every Friday, Saturday & Sunday nite, aku rasa lega jugak. Sekurang2nya dia tidak akan bercuti mengaji kalau aku 'cuti'.

InsyaAllah, selagi aku mampu & berkesempatan, aku akan terus mengajar anak aku mengaji & bab-bab agama. Aku tak nak melepaskan tanggungjawab itu bulat-bulat kepada ustaz or ustazah. Aku juga boleh belajar sambil mengajarnya. If ada kelapangan or peluang, hendak sangat rasanya menghadiri kelas Tajwid or Taranum. Tapi dengan siapa ya? Masanya? Tempatnya? Duitnya???


...

Sunday, March 28, 2010

Counselling Session...

...

Sebelum ni Aisya pernah bawa balik borang kaunseling daripada sekolah. Aku tengok dia isi bahagian yang memerlukan kaunseling untuk keluarga & kewangan. Aku buat-buat tak tahu je.. I thought maybe she just simply fill-in the form & she won't submit it to her teacher.

Friday nite, she told me that she went for Counselling Session at school. Again, I ignore it. Pretending x dengar apa dia cakap. Actually I was shocked that my girl who is only 9 years old went for counselling session. I take it positively, maybe it just a normal counselling session for all students.

Yesterday morning, she asked me "Mummy nak dengar tak cerita Aisya pergi jumpa Cikgu Kaunseling?"
Aku pun kata "OK, boleh. Citelah."

Aisya pun memulakan ceritanya. She said that she had told her teacher everything about us - me, her & her daddy. Ols about our financial & lifestyle. Not to forget, everything about both families. As a mother, I patiently listening to what she said.

Aku terkedu & tak sangka sangat-sangat dia boleh meluahkannya pada seorang guru. She do apologies because she told her teacher everything but her reasons for that was "Aisya tak nak bebankan mummy lagi & Aisya kesiankan mummy." OMG, airmata seorang ibu mengalir jua.

Aku tengok dia sungguh tabah menceritakan segala-galanya semula kepadaku. Berkali-kali dia memujukku agar jangan menangis tapi entah kenapa airmata ini turun dengan sendirinya apabila mendengar ceritanya. Aku tak marah padanya. Aku merasakan betapa aku mengabaikan perasaannya lagi. Dia juga memendam rasa. Terlalu banyak penderitaan yang ditanggungnya but she's intelligent! If not, she won't take that action rite?

The way she elaborate & explained shows her maturity in thinking. Ols her views. Experiences, surroundings & various situation develop her to be like that kot. Aku tak ajar pun dia. Dia jadi diri dia sendiri disebabkan masa, keadaan & how do other peoples treat her. Yup! It's true...

Gurunya juga telah membantunya. Terima kasih cikgu. She seems happy from suggestions & plans that her teacher planned to her.

Selepas dia menghabiskan siaran ulangan perbualannya dengan guru kaunseling tu, aku tanya dia "Apa perasaan Aisya selepas jumpa cikgu tu?"
Sepantas kilat dia menjawab "Aisya rasa tenang sangat mummy! Aisya rasa lega!" and she smiles proudly.


U r very intelligent my dear! Mummy love u so much!
...

Friday, March 26, 2010

Wachaaa...

...

U drive me crazy!

Ignore?

Nevermind...

If u have been so 'kejam' with me, I - double, triple will be 'kejam' to u too. Yes, what goes around comes around. And I know u won't regret it!

U r playing a fool with me & I have proof to proven it as evidence. I'm not scared! I'm not threatening but it is fact! HOT

I might be soft or look soft physically, but once I decide to take action on something, I'll proceed. Who knows what will be happened...

So, WATCH-OUT!!!


...

Thursday, March 25, 2010

Jentik-jentik...

...

Petang ni hujan lebat sangat. Aku kena tunggu hujan reda atau berhenti baru boleh kuar ofis. X sanggup mak nak basah kuyup macam selalu u.. Ada payung pun x mampu nak cover. Seksi bila basah kuyup & seksa pulak orang yang memandangnya nanti.

Aisya called mengatakan yang dia takut sangat sebab memang tak dinafikan hujan sangat lebat disertai angin kencang, kilat sabung menyabung & guruh berdentum-dentum.

So, I told her mummy mungkin sampai lewat kat rumah sebab hujan masih belum reda lagi.

Dia kata "ooo, mummy nak tunggu hujan jentik-jentik ea, baru balik"

I am laughing (in my heart only coz nak menjaga hatinya).
"Bukan jentik-jentik la sayang, rintik-rintik"

"Hehehe"
she replied.

Adus, anak aku.. masih belum boleh menggunakan perkataan yang bersesuaian in Malays.

Teringat cikgu tadika dia pernah bagitau dulu yang 'Aisya tak suka subject Bahasa Melayu' OMG - semenjak tu aku selalu bercakap BM with her. FYI Aisya ni English oriented. Babysitter nya pun memang communiciate in English with her.

So, aku kena sentiasa monitor BM nya since dia pun always communiciate in English or Mandarin with her friends. Malu ooo, mummy pernah jadi lecturer untuk subject Bahasa Melayu, tapi anaknya - mmm..... Memang her pertuturan in Malay tunggang-langgang. Nevermind, she'll learn.


...

Wednesday, March 24, 2010

Sekadar Renungan...

...

“Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah:

1. Akal
2. Agama
3. Malu
4. Amal Soleh.

Maka...

Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak dan
Amal Soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain
.”

...

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Pengantin Baru...

...

We went to Intan Eliza's Wedding at Gombak earlier. Terasa macam tak lengkap je attending the wedding berdua dengan Aisya since we all dah tinggal berdua kini :( Apa nak buat. Ini suratan takdir... - cewah, macam lagu gersang la pulak :D

So, Intan & Bunchit,
Selamat Pengantin Baru,
Semoga kekal hingga ke akhir hayat,
Semoga berbahagia di dunia & Akhirat



Pengantin yang malu-malu :D



Mengabadikan kenangan bersama mempelai

Monday, March 22, 2010

Audition...

...

Beberapa minggu yg lepas kami p Audition Jangan Lupa Lirik. Hahaha, macamana boleh terjebak g audition ni? Ni semua Aisya la punya keje. Dia tertengok advertisement kat tv then dia pun beriya-iya suruh try. Betul jugak cakap dia, once selected masuk that program, RM500 gerenti in hand. Duit tu!!! Kami kan mata RM *blink blink*

Untuk memenuhi permintaan anakanda tercinta, aku menuruti cadangannya. On Saturday, we all hampa sebab beratur sikit punya panjang, dah dekat turn borang pulak abes. Ntah apa-apa! Lain kali kat dalam advertisement tu should stated, form / candidate to be auditioned are limited to XX (brp) per day. Ha, make it clear, kan senang...

The next day, Aisya berkobar-kobar ajak g pagi-pagi selepas Subuh. Pergh.. semangatnya anak aku. Aiyoyo darling, Redbox staffs pun tido lagi :D

So, sementara berebut-rebut menanti SOGO bukak, macam-macam gelagat boleh tengok. Bila pintunya terbuka je, Aisya pun apa lagi, "Cepat mummy, nanti kita lambat!".

We all decide xnak naik lift utk ke level 8. We use escalator sambil berlari. Semput-semput anak gua. Aku kagum dengan semangatnya. Akhirnya aku berjaya mendapatkan borang untuk diisi. Alamak? Banyak nye nak kena isi.. huhu. Taram je la :p

Seingat saya juga, ada one part yang kena isi - kalau saya berjaya mendapat Satu Juta Ringgit saya akan ? Jawapan saya ialah:

1. Groom myself supaya orang buka mata tentang kewujudan saya
2. Membelikan apa saya untuk My Princess Aisya - sebab dia yang beriya-iya hendak saya masuk pertandingan ini.
3. Melangsaikan segala hutang piutang termasuk hutan piutang yang telah ditinggalkan oleh dia.

Sementara menunggu giliran, macam-macam ragam boleh tengok. Yang buat koir ada, yang menghafal lirik setebal thesis pun ada. Aku jugak yang selamba je.

Aisya pulak tak sudah-sudah dok kata "Mummy, don't talk! Nanti hilang suara" Asal mummy nak bukak mulut nak bercakap je, dia akan tunjuk sign not to talk. Ols asyik suruh mummy minum air masak je. As a result, asyik ke ladies je lah pulak.

Berdekah-dekah geng-geng lepak tengok gelawat My Mentor. She said if she can join the audition, it would be great. Sorry my dear, u r under age!


Always cool while waiting...


I'm bored!

Even penantian suatu penyiksaan, we are happy to meet new friends. Lepak & nyanyi sama-sama. Most of them salute a.k.a. tabik spring kat kitorang berdua. X nampak macam mak & anak. Yeke? They said we're sporting & kepala gila-gila macam adik & kakak (in terms of gelagat la)! Tapi bab wajah, diorg kata for sure ikut daddy dia sbb xde langsung iras mummy. Betul3x... Thank you friends :)

At last, my turn arrives! Jeng3x...

1st stage lepas. Lagu Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan. Lagu peberet kalau karok tu! Happy!!! Tapiiii.... kantoi kat 2nd stage la.. Aku dapat lagu tradisional - Joget Kelantan nyanyian Nora. Macamana aku boleh lupa liriknya daa... K.Nora & lagu tu is my favourite ols.

Memang bukan rezeki to be selected. Melepas RM500. On that day sapa yang dapat lagu irama Malaysia for 2nd stage, memang kantoi. Hampeh tollll. Cilakak punya asetelo. Bikin anak wa kiciwa :(


Lirik yang aku lupa -
"Kain sutero sudoh dibeli, bila menari buak selendey,
MEMEYNYO TINGGI BUDAYA KITO, BIARLAH KEKA MUDOH-MUDOHE"

aku g bahan
"LEMOH & LEMBUT, TARI MELAYU, SENI ASELI INDOH DIPANDEY"

Cet!!!

...

Friday, March 19, 2010

Sekadar Renungan...

...

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

...

Thursday, March 18, 2010

Cinta...

...


♥Cinta suatu yang indah.. Cinta boleh buat kita gundah.. Cinta buat hati kita berdarah dan Cinta jua boleh membawa kita kesalan yang tak sudah...

♥Cinta adalah santapan jiwa.. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang yang putus tali...

♥Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...

♥Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga.. Manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya...

♥Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya...

♥Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan.. Terlalu payah untuk dilupakan..Namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan...

♥Cintailah orang yang kau cintai sekadarnya saja.. siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci...

♥Jangan menulis diatas kaca... Menulislah ia diatas meja.. Jangan menangis kerana cinta.. Menangislah ia kerana dosa..

♥Cinta bukan dari kata-kata..Cinta bukan dari kelakuan..Cinta tak harus memiliki..Kerana cinta dilakukan dengan ketulusan hati...

♥Jangan pernah merasa sepi kerana hati akan selalu menemani.. Pejamkanlah mata dan bermimpilah dalam tidur.. Bangunlah esok pagi dengan senyuman yang indah seindah mentari pagi yang bersinar...

...

Tuesday, March 16, 2010

Apa Nak Jadi???

...

Buat baik dijeling cerca,
Buat bodoh diumpat nista,
Buat jahat dibalas dendam...
Tak dapat empunya diri,
Anak mungkin menjadi mangsa...

Dunia kadangkala tiada pilihan...

...

Dia Maha Mengetahui

...

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

...

Monday, March 15, 2010

Found it...

...

It has been almost a month 'dia' menghilang. Puas aku cari. Mana perginya.. At last today I found it! Syukur Alhamdulillah..

Still remember, it happened on 20/02/2010.

Lepas solat Maghrib sambil baring sambil menunggu azan kepala menerawang entah ke mana. Letih. Saturday will always be 'Dobby Day' cum 'Macam-macam Operasi Day'.

Kejap lagi nak kuar. Lepas je solat Isya', aku kena cepat-cepat bersiap sebab nak ke KL Sentral. Aku nak menyambut kepulangan seorang kawan ke tanahair. Cewah...

Flight dia will be arriving probably 8.20pm at KLIA. Then dalam pukul 10pm sampai la KL Sentral kot.

Lepas je solat Isya' aku pun macam lipas kudung bersiap ala kadar sebab nak cepat. Furthermore, masuk waktu Isya' lewat. Siap je, aku pun mencari mana 'dia' ni? Huh, time nak cepat tu la 'dia' menghilang.

Puas aku cari, xjumpa jugak. Then aku blah je.. Dah lambat beb. Nak tunggu bas & naik train lagi. Luckily sampai je KL Sentral my friend mesej kata dia lagi sejam baru sampai KL Sentral. Lega. Ingatkan aku yang dah terlewat.

Erm, kalau aku tahu, aku cari 'dia' lagi. Xdelah aku kosong tanpa 'dia'. Sudahnya aku kosong tanpa 'dia'. Aku takde stok lain. Aku ada 'dia' je. Huhuhu...

Sambil menunggu kat McD, kepala otak dok memikir lagi, mana pulak peginya 'dia'. Aku perlukan 'dia'. Aku sayang 'dia'! Memories :(

At last, today... I found it back! Syukur Alhamdulillah.. Thank you Allah..

'Dia' ada je kat situ. Tak perlu geledah sana sini & dah berkali-kali aku cari, 'dia' main hide & seek dengan aku pulak. Geram & memang pelik. Weird betul!

Ni lah 'dia'...


My Watch.

Aku beli masa 1st time dapat gaji bekerja as Boutique Cordinator kat Shah Alam. Masa tu aku tunggu result SPM tahun 1994. Lama kan? Still elok lagi. Seingat aku, bateri dia pun aku baru 2 atau 3 kali je tukar. Brand nya - AVON je...

Apa-apapun jam idaman ku tetap brand yang ini...


Tapi kalau tak dapat yang itu, dapat brand yang ini pun jadilah...


...

Friday, March 12, 2010

Not Perfect...

...

Aku sedar diri. Aku bukannya baik sangat.. Tapi apa-apapun aku tak pernah merokok, masuk disko atau minum arak :p

Sudah menjadi pakej, if kaki clubbing tu sure smoking & drunk. Aiyoo.. 40 hari amalam tak diterima woo.. itu belum kira dosa yang hari-hari sure buat lagi. Macamana tu? malaikat dok catit yg -ve je, xde +ve masuk, bila nak tele? Sudah tua baru nak taubat nasuha (itupun kalau tfikir nak btaubat). Sempat ke nak cover balik?

Ada jugak kaki clubbing yg x smoking or drunk. Oklah kalau mcmtu kan.. just sekadar untuk menghiburkan hati. Niat tu penting.

Ols bagi aku, pakaian tak mencerminkan peribadi seseorang tu. Aku tak kisah cara berpakaian macamana, as long jaga 'SOLAT' itu dah memadai bagi aku. Itu aku punya personal view lah..

Aku akui yg aku ni dulu-dulu memang jenis open bab pakai-memakai. Kemana-mana berseluar pendek, sleevess / spagetti strap je. So, aku dgn anak aku sama je cara berpakaiannya. Like mother, like daughter. Ngeh3x

I'm very open about dressing as long 'HATI KENA BAIK' nO BUSUK !!!

Dulu aku target, by age of 30 aku nak stop or tukar cara berpakaian yg senonoh sikit a.k.a. menutup aurat (bertudung). Then bila dah bertudung aku nak jaga cara bertudung betul. Itulah harapanku. OK x? Then awal sikit, Allah s.w.t. bukakan pintu rezeki aku untuk bekerja kat IIUM. So, kenalah pakai tudung kan.. So, semenjak aku dah bertudung pada usia 29 tahun, aku berazam nak pakai betul-betul. Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam. Dulu, bila ada je org datang rumah my hsbnd or my little commentor - Aisya - akan cepat-cepat pas tudung or anything for me to cover. Thank you darling.

Still remember, even nak kuar rumah sidai kain pun still tutup aurat. Punyalah berkobar-kobar untuk berubah jadi lebih baik. Yelah, yang baik kita jadikan tauladan & yang buruk kita jadikan sempadan.

Sekarang it seems most of the things is not in order. Mungkin juga aku sudah berubah. Berubah dari segi apa? Apa-apa ajelah... Only HE knows - hati & perasaanku...

Salah satunya ialah kini aku seolah-olah jadi hamba duit. Mestilah. Xde duit macamana nak survive? Semuanya perlukan duit. Aku akan buat apa sahaja yang boleh mendatangkan $. Whateverlah... Desperate, mcmtulah..

Ols aku akan buat apa sahaja yang akan menyenangkan dan menggembirakan hati. Dah tak kuasa nak serabutkan kepala nak jaga hati pelakon-pelakon hebat kat dunia ni. Hati kita ada sapa kesah???

Buat baik, buat baik jgk, dosa pun buat jugak.. *silly*

Almaklumlah, tali aku ni dah tak berpegang, so... sudah jadi sedikit tak betul. Landasan sudah goyah. Syaitan ada disekeliling. hahaha... *evil laugh*

Cuma, sebagai manusia, aku pun ada hati & perasaan untuk dihormati.

Now aku dah bukak mata (tengok) & realize dengan keadaan dunia sekarang. Apa nak jadi??? Kadang-kadang orang yg sembahyang tonggang tongget, educated a.k.a. LOOK PERFECT tapi sebenarnya K.O. Budi bahasa, hormat menghormati FAILED!

Apa guna kalau nampak MACAM baik, dekatkan diri dengan Tuhan juga berdampingan dengan alim ulama, tahu hukum hakam KONON, tapi mulut celupar mengata orang & busuk hati. Beriman sangat lah tu :p

Nauzubillah... minta Allah s.w.t. pelihara & jauhkanlah dari sikap macamtu. Biarlah aku yang serba kekurangan tetapi masih sedar diri & ingat jasa ORANG TUA.

Hidup ini singkat sahaja. Melayu mudah lupa...


...

Thursday, March 11, 2010

Quality Day...

...

Every year memang dah menjadi acara wajib IIUM untuk menghargai staff-staff yang benar-benar berkualiti & dedikasi.

Untuk semua staff pun sebenarnya, mereka juga dihargai. So every year bersempena dengan IIUM QUALITY DAY all staffs akan dapat souvenir from the management.

Antara souvenir yg diberikan adalah :

2007 - Beg Laptop
2008 - Leather purse / wallet
2009 - Thumbdrive 4GB
2010 - Tafsir Al-Quran


Thank you to the management :)

...

Tuesday, March 9, 2010

Again...

...

Hari ni aku terbuat publisiti murahan lagi...

Malu seh! Aku pengsan kat ofis lagi. Semalam aku Emergency Leave sebab tengah-tengah tunggu bas, aku rasa lain macam sangat badan aku ni. So aku decide utk balik rumah je. Sampai rumah makan ubat & tido. Ingatkan hari ni aku ok, walaupun sebenarnya memang aku dah tahu dah yang aku tak berapa ok lagi.

Seperti biasa, kalau aku kurang sihat, Aisya cuma akan bawa bekal nasi & telur goreng sahaja. Itu je yang aku larat buat. Biarla orang nak kata aku pemalas atau apa pun, aku tak kisah. Aisya je yang faham keadaan mummy nya ini.

Ols memang dah lumrah manusia, bila pandai cakap asyik nak mengutuk orang je keje & kebaikan memang x lekat di minda tapi kalau keburukan, ingat sampai bila-bila. Whatever!

Last weken memang penat sikit. Aku g teman my fren utk admitted di Institut Jantung Negara. Dia pun ibu tinggal macam aku gak, so aku tahu mcmana perasaannya kalau tak sihat. Naluri keibuan akan memberontak untuk jadi seorang yang sihat, bebas dari segala penyakit demi anak.

Ols last weken aku hilang sabar. Aku lepaskan kemarahanku pada Aisya lagi.

This is my 2nd time aku 'kerjakan' dia. 1st time dulu sebab ada orang tabur fitnah padanya, aku kerjakan dia cukup-cukup untuk mengetahui betul ke dia macamtu / buat benda tu. At last aku find out memang betul dia tak buat. Dia tak salah. Aku tunggu je bila si penabur fitnah tu nak bersumpah dengan menjunjung Al-Quran untuk membuktikan kebenaran. Berani kerana benar!

Kali ni aku kerjakan Aisya sebab salahnya adalah dia tengok tv hingga pukul 12 tghmlm. Aku marah & cubit dia sekuat hati! Then, esoknya aku tengok banyak kesan lebam kat muka, peha, kaki & badan dia. Jahatnya aku kan? Gila!!!

Orang dok kata aku giler, ye, aku dah jadi giler sebab ada orang sentiasa mengata & mendoakan aku jadi giler! Kata-kata tu kan doa. Sepatutnya sesama manusia, kita mendoakan yang baik-baik sahaja sebab kita semua sama sahaja iaitu hamba Allah s.w.t. di muka bumi ini. Akhirnya Aisya jadi mangsa lagi. Apa nak buat sebab apa-apa pun semuanya kami berdua. Susah senang berdua.

Aku tahu disebabkan kegilaanku terhadap anakku, Tuhan dah balas cash sebab aku pulak tak sihat - sakit belakang again (semalam) & hari ni kiok kat lantai antara toilet & lif. Padan muka aku!


Aisya, maafkan mummy sebab cipta derita dalam hidup Aisya. Disebabkan mummy yang serba-serbi tak betul, Aisya pun terlibat sama. Maafkan mummy...

...

Friday, March 5, 2010

TIBETAN PERSONALITY TEST

...

My BFF fwd this email to me. Feel like it is really nice!

Here it goes...

Take your time with this test and you will be amazed.

Very Interesting. The Dalai Lama suggests you read it to see if it works for you.

Just 4 questions and the answers will surprise you.

Warning!! Be honest and do not cheat by looking up the answers.

The mind is like a parachute, it works best when it is opened.

This is fun to do, but you have to follow the instructions very closely.

Do not cheat.

MAKE A WISH

BEFORE BEGINNING THE TEST!


Answer the questions as you go along.

You will need it at the end. This is an honest questionnaire which will tell you a lot about your true self.

Give an answer for each item.

The first thing that comes to mind is usually your best answer.

(1) Put the following 5 animals in the order of your preference:

    Cow, Tiger, Sheep, Horse, Pig

(2) Write one word that describes each one of the following:

    Dog, Cat, Rat, Coffee, Sea.

(3) Think of someone, who also knows you and is important to you, which you can relate them to the following colors.

    Do not repeat your answer twice.

    Name just one person for each color:

    Yellow, Orange, Red, White, Green.

(4) Finally, write down your favorite number, and your favorite day of the week.

My answers –

  1. Sheep, Cow, Horse, Tiger, Pig
  2. Dog     -    static ~ don't disturb it & it won't disturb u

    Cat    -    cute

    Rat    -    dirty

    Coffee    -    'kaw'

    Sea    -    damai

  3. A * * *     
    -     she looks so beautiful with this color on her wedding reception costume

    E * * *    
    -    she loves this color & I love the way she pronounce it

    A * * * *
    -    he loves red n it suits him

    R * * * * *

    -    this color compatible with him ~ suka tgk ~ nampak casual & ok gitu

    Z * * *    
    -    his new motorbike is in this color :D

  4. 6 & Saturday

Meaning –

  1. This will define your priorities in your life.

    LOVE, CAREER, FAMILY, PRIDE


     

  2. Your description of dog implies your own personality = static ~ don't disturb it & it won't disturb u -HAHAHA

    Your description of cat implies the personality of your partner = cute – IYE KE?

    Your description of rat implies the personality of your enemies = dirty – MEMANG PUN

    Your description of coffee is how you interpret sex = 'kaw' – CRAZY

    Your description of the sea implies your own life = damai – HOPEFULLY


     

  3. Yellow: Someone you will never forget A***

    Orange: Someone you consider your true friend E***

    Red: Someone that you really love A****

    White: Your twin soul R*****

    Green: Someone that you will remember for the rest of your life Z***

    MOST OF IT IS TRUE!!! HOPEFULLY IT IS RIGHT & IT IS THE CORRECT ONE! *wink*


     

  4. You have to send this message to as many persons as your favorite number and your wish will come true on the day that you recorded.

    This is what the Dalai Lama has said about the Millennium - just take a few seconds ! to look it up, read it and think.

DONE!

JUST FOR FUN BUT IF IT IS REALLY HAPPEN IN MY LIFE,

SO SWEET…



Rembat Saja Asal Bergaya...

...



REMBAT BUAT RETE SENDIRI?

Spec BONIA - 900++
Colar Shirt BONIA - 200++
Watch SEIKO - 900++
Sandal SEMBONIA - 200++

$ sendiri?
LEVIS GOLOK ajo
tupun bini beli
kahkahkah

TAK MALU!!!

kalau x mampu, buat cara x mampu!
xyahla nak BERLAGAK utk bgaya
lunyai kan hakmilik org lain
selidik duit sapa beli
x reti malu btul
mngata org no.1
:p

...

Thursday, March 4, 2010

Hospital / Hotel?

...


By looking at the picture, tak nampak macam kat hospital kan? Actually this is Premier Suite at Damansara Specialist Hospital. We went there before to visit my uncle. He is not feeling well. Sian Acu, 2 kali dimasukkan ke hospital dlm masa terdekat. Mula2 stay kat suite ni for couple of days then 2nd admission ke Intensive Care Unit pulak..

We went there by bus, STAR, PUTRA & cab. X kisahlah kan.. keinginan utk mengetahui / melihat keadaan acu & keikhlasan untuk menziarahi itu lebih penting / utama.

So, this is his suite for the 1st admission. Aisya kata bestnya hospital Tok Chu, macam hotel. Memanglah sayang, Premier Suite tu...

Aisya pun pernah admitted kat hospital adik beradik Damansara Specialist Hospital ni iaitu Kuantan Specialist Hospital. Bilik biasa je. Apa2pun OKlah jgk tu kan? Aisya juga pernah admitted di Kuantan Medical Center & Hospital Tunku Ampuan Afzan di Kuantan. So, 3-3 hospital kat Kuantan Aisya dah rasa menginap di sana. Memanglah totally different d environmentnya, but at least merasa jgk kan. Keselesaan & service of the hospital itself is more important.

Apa2pun semoga acu selesa & cepat sembuh. We always pray for you...


...

Wednesday, March 3, 2010

Suratan atau Kebetulan?

...

Setiap apa yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan Allah s.w.t. Dia yang berkehendakkan begitu. Segala-galanya telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai Qada' & Qadar.

Apa jua yang berlaku mungkin juga sebagai peringatan kepada kita. Mungkin kita ada terlupa sesuatu, atau mungkin juga ia sebagai satu bentuk penyucian terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa kita sedari. Atau mungkin juga Dia mahu menguji tahap keimanan hambaNya.

Jadi dalam apa juga keadaan sekalipun, kita sebagai hambaNya - jangan lupa diri atau sesekalipun lupa bahawa ALLAH MAHA KUASA.

Bersabar & berdoalah tanpa jemu. Dia Maha Agung...


Hatiku meronta-ronta ingin berada & berdoa di hadapan Kaabah Mu...

...

Tuesday, March 2, 2010

Doa

...


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.


Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-Fatihah dan sebagainya).

...

Monday, March 1, 2010

Type of People

...


"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," - Hasan al-Banna

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...