DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 25, 2012

Thought..

...

Harini mungkin dia yang ingkar Allah s.w.t.
Esok lusa mungkin dia yang paling istiqamah melaksanakan Qiamulail, kala kita semua lena.

Kita tak pernah tau dan tidak akan tau.
Tugas kita bukan me'neraka'an org, TAPI mengajak manusia ke jalanNya & saling mendoakan.

Jangan hina permulaan seseorang, kerana kita TAK tau bagaimana pengakhiran diri kita sendiri.

Wallahualam

 

...

Friday, July 20, 2012

Think..

...

Jadikan Ramadhan ini titik perubahan yang lebih baik buat diri kita Insya Allah. Rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali dengan kepanjangan usia yang Allah SWT berikan untuk bertaubat dan melakukan amal soleh. Jangan sia siakan peluang ini ya sahabatku yang baik :-)


Jangan sesekali menjadi hamba Allah yang meletakkan kepentingan makhluk lain di atas Allah SWT.

Jangan sesekali mencari rezeki daripada sumber yang haram. Biar bersusah sedikit, pasti ada barakahnya di sisi Allah SWT Insya Allah.

Bersyukurlah sahabatku semua dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Jangan lihat orang yang di atas, lihatlah kepada orang yang di bawah. Insya Allah kita akan akan sentiasa berasa cukup dan qana'ah.

Kita sudah pasti bukan yang terbaik, malah berlumuran dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Bertaubatlah di setiap ruang yang Allah SWT berikan, semoga segala dosa yang menggunung diampuni.

Bertaubatlah dan beristighfarlah sebelum melelapkan mata, barangkali kita takkan bangun lagi esok hari.


Kadang kadang orang meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada kita, sedangkan hakikatnya kita juga adalah hamba Allah SWT yang tersangat lemah. Ya Allah, Kau bantulah kami dalam menegakkan agama-Mu yang suci.

...

Thursday, July 19, 2012

Anonymous Lagi..

...

Tiba-tiba dapat notification comments from blog.

Ada org dah baca entry T_T published few days ago.

Anonymous tinggalkan komen:  "kau kan bagus..apahal nak salahkan org lain..sukahati orang la nak jalan2 ajak kau anak beranak ke x.. kau yg pilih cara ni.. jgn asyik salah kan org.. makan telur x mati la.. kau x keja ke sampai nak mintak duit org tanggung idup kau sekuarga..kau duduk situ ptt la kena jimat..ukur baju badan sendiri.. poyo btl pempuan ni.." 

Nak aku jawab in details ke? Mcm malas.. tp sikit2 sudah lah ye.. Kang kalau aku revealkan 100% fact with evidence, abes..

Adus! bila masa pulak aku salah kan org?  Erm, mmg la makan telur tak mati & aku tak pernah mintak duit org utk tanggung hidup aku sekeluarga.. yup, aku tahu di mana kedudukan aku.. + poyo tu apa ya?

Rasanya si anonymous ni mesti ilmu agamanya amat kurang.  Meh aku share ilmu sikit.  Baca ni :

Ramadhan bulan rahmat, bulan pengampunan dan  bulan pembebasan dari api neraka.  Fadilat memberi makan orang berbuka puasa:


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Hihihi.. Sudah cukup-cukup sudah, tak perlu jadi cacing kepanasan.  Motif ???  Hahaha.. dalam diam-diam rupa-rupanya wujud lagi si anonymous ni..  Xtahulah either orang yg sama or other people.  Whatever lah...

Comments tu mcm memerangkap kebenaran yg disembunyikan / dilakonkan je kan..  Wakaka... *tq pengakuan*

Wonder jugak siapa dia.. Kalau nak kata adik-beradik, tak kan lah sedara sedarah sedaging tergamak sanggup nak buat gitu kot?  Wallahu'alam..

Maknanya prihatin jgk si anonymous ni kat blog aku kan.. Nak jgk dia tahu cerita-ceriti aku.  Tapi agak pengecut sikit lah! Xtahulah sapa hamba Allah ni.  Xkuasa nak selidik & find-out sapa.  Allah s.w.t. Maha Mengetahui.  Kenapa tak reveal kan identiti ko kat sini ye? Here, at this blog.. not other places ya!  Tak bertanggungjawab atas tulisan ko!

For me, yes, I'm RESPONSIBLE to what I'd wrote and I'll WRITE BASE ON FACT :-)

For viewers yang mengenaliku, aku tak minta belas ehsan atau simpati pun.. Everybody ada otak untuk berfikir.  Nilailah sendiri...  Please...

Org nampak kami sekeluarga bahagia pun jadi masalah jgk kan.. Aku tak kacau hidup orang ya!  Aku buat apa sahaja yang menggembirakan kami sekeluarga.  Tak kuasa nak serabutkan kepala otak dengan benda yang remeh-temeh + orang yang kata aku gila tapi sebenarnya dia yang gila.  Buang masa layan!

Aku memang ingat pesanan orang-orang yang prihatin & sayangkan kami sekeluarga iaitu SABAR, DOA dan buatlah apa sahaja yang mengGEMBIRAkan kami.  Enuff :-)

Then, si anonymous  ni godeh entry lama lagi kot..  Dia tinggalkan komen ni pulak "bagus laa ajar anak mengediks dari kecik..lama2 anak pijak kepala kau.. apa nak jadi bohsia ke."

Pergh... entry ni nothing related with 'mengediks'! Cuba u all view entry ni & judge.

Sekadar berkongsi kegembiraan Aisya.  Salah ye, if orang luar melayan, menghiburkan & menggembirakan Aisya ???

Astaqfirullahhal'azimmmmmmmmmm.... sampai kata nak jadi bohsia lagi.  Sampai begitu sekali doa anonymous ni ye!  Setiap ibu bapa mengharapkan doa yang baik-baik buat zuriat.  Xtahulah si anonymous ni ada anak or akan ada anak kelak.  INGAT ALLAH !!!  ALLAHU AKBAR !!!

*_*

Speechless!

Apa yang dimarahkan sangat dengan Aisya? Juga kami sekeluarga?

Ni mak & ayah Aisya masih hidup lagi pun Aisya dilayan sebegini rupa.  Kalau parents Aisya ni dah tak ada nanti, macamanalah gamaknya nasib Aisya kan?

Nampaknya mereka mungkin dah hilang perasaan kewarasan terhadap anak kecil itu juga kot.  Wallahu'alam...


Sesungguhnya aku amat bersyukur dekat dengan Islamic Environment especially kat ofis ni.  Sentiasa mengingatkan kita akan hukum Allah swt serta qada' & qadar.  Memanglah aku ni bukan org baik tetapi aku berusaha utk menjadi hamba Allah yang baik disisiNya.

Sucikanlah hatimu.....

Bersihkanlah dirimu.......

Hiduplah dengan berpandukan....

Hadith & Al-Quran :-)




....

Tuesday, July 17, 2012

Mee Calong..

...


Tiba-tiba sekitar jam 7 malam terdetik something.  Nak buat Mee Calong lah!  After lebih kurang 4 years kot tak buat.

Aku buat ni sebab aku teringatkan our conversation on last Sunday.  Ceritalah kat Daddy Aisya alkisah minggu lepas Aisya g pasarmalam dgn uwannya.  Then dia menangis sebab dia kata uwan beli kuih kegemaran Daddy.  Mummy pun tak pernah beli semenjak Daddy tak ada.  Daddy dia kata next time beli je lah, makan je, jangan fikir macamtu sangat, tak baik.  Anggap dia makan sama.  Dia suruh ingatkan & pesan kat Aisya gitu.  Then dia kata ni mesti tak buat Mee Calong kan?  Anak suka makan Mee Calong, buatlah.  So harini tiba-tiba tergerak lah nak buat.

Masa siang ikan tu Aisya dah tanya, "Mummy nak buat apa?"
Aku kata, "Nak buat fishball"
"Kan Mummy beli je fishball"
"Saje nak buat"

Then bila dia tengok aku blend isi ikan, air tulang ikan & tumis, dia dah boleh agak yang aku akan buat Mee Calong.  Tergambar kegembiraan diwajahnya.  Alhamdulillah :-)



Yes, today aku buat Mee Calong makanan kegemarannya setelah sekian lama tak buat.  Bukan apa, semenjak Aisya dah terpisah dengan Daddynya, dia macam dah tak nak makan atau buat apa sahaja yang sama kegemarannya dengan Daddy dia.  Aku tahu dia sedih & rindu sangat dengan Daddy nya.

Setiap hari aku bersamanya, sudah tentu naluri keibuanku memahami kehendaknya.  Yes, only both of us knows! And definitely ALLAH KNOWS WELL!!!

....

Not Feeling Well..

...

Pagi semalam Aisya dah called from school bagitau dia sakit perut.  Dia kata dia dah makan semua bekalan makanan tapi still sakit perut.  Aku suruh dia bertahan lagi.  So far Aisya tak pernah lagi ponteng sekolah tahun ni sebab aku memang tak didik dia untuk ponteng sekolah.  Even demam sekalipun, mesti bawak bekalan ubat untuk dimakan masa rehat.  Dari kecik dah didik gitu.  Kalau dah teruk sangat baru cikgu akan call suruh bawak balik.  Tu je.

Then tengahari semalam pihak sekolah called minta ambik Aisya since sakit perutnya bertambah teruk. Lepas ambik dia dari sekolah, terus bawa dia datang ofis.  Aku pun tak sihat sebenarnya.  Hari Sabtu & Ahad lepas dapat attack sakit belakang.

Mungkin aku penat kot.  Lagipun haritu  masa sibuk-sibuk sports training & games, aku lupa diri sikit.. hehe... now mengidap la

Pagi tadi aku bawa Aisya g clinic UIAM je.  Kat sana better, laboratory service semua ada. Kalau g clinic biasa, overcharged nanti kena bayar pulak.  Health Center IIUM free je pun

Memang nampak sangat Aisya still  menahan sakit.  Aku takut appendix je tapi dia xsakit kat sebelah kanan perut pun.

Lepas doktor examine her, dia kena g lab for blood test & urine.  Beriya dia kata jarum besar lah.. etc. Resultnya hemoglobin pekat sangat sbb kurang makan sayur.  Also dalam urine nya ada darah rupanya = kencing berdarah!  Pundi kencing bengkak.

Aisya ni memang jenis yang tahan sakit.  Kalau dia kata sakit maknanya dia dah tak tahan lah tu. Dia rela tahan nak g toilet sebab penggeli / kotor.  Hehe, macam aku jgk ;D

Doktor pun kata Aisya ni kuat tahan sakit.  So now she's on antibiotic & kena minum banyak air.

Lepas tu bab sakit belakang aku la pulak.  Jiwa kacau.. teringat macam-macam semula, mulalah tak sihat & sakit.  Itu memang kelemahanku..  Nak buat macamana kan.. Sabar, usaha & doa je lah. 

As a result = backache = dapat injection. Petidine! Sudahnya laloklah pulak.. Dinasihatkan agar baring kat sick bay but refused! Standard aku lah kan. Mana nak mengaku diri ni pesakit.  Kalau dah tak tahan sangat tu mulalah akan buat publisiti murahan, terpeleot terpengsan.  Hehe... Alhamdulillah selamat sampai rumah :-)

So harini kami sama-sama sakit berehat dirumah sahaja. Huhu :-(


...

Monday, July 16, 2012

T_T

...



Harini rasa sangat demotivated.  Entah kenapa ntah.. Nak kata Monday Blues tak juga.

Keje bertimbun-timbun. Keje yang ditinggalkan semasa ketiadaan di ofis berminggu-minggu yang lalu makin bertambah.  I'll try my best to complete it as soon as possible.

Harini bos cuti.  Aku pulak tak de mood.

Tiba-tiba tergodeh email yahoo yang dah beribu-ribu tu.

Aku terbaca emails comments from facebook.  Antaranya adalah email-email komen-komen yang mengatakan aku ni orang luar, geli, jiwang, etc.  Anak sedara yang dah tak hormatkan ibu saudaranya yang bodoh ni.

Seriously aku tak tahu apa perasaan aku masa baca statement tu berulang-kali.  KOSONG.

Satu je aku fikir, anak-anak takkan buat macamtu kalau parent diorang tak mulakan dulu kan.  Betul tak? Thank you very much...


Till now. Macam-macam... happened.  
Antaranya:-
~ buat majlis berbuka puasa tp x invite kami dua beranak (mereka mewah dgn macam-macam makanan tp kami berbuka dgn telur hancur sahaja)
~ going out for Ikan Bakar beramai-ramai xajak-ajak ayam pun (Aisya tanya kenapa diorg tak ajak kita Mummy? Last sekali Aisya makan ikan  bakar dengan Daddy dulu kat kedai Uncle Mail Tanjung Lumpur)
~ jalan-jalan & makan-makan sekitar KL together-gether (xterdetik nak pelawa even Aisya je)
~ holiday ke Lost World Tambun & Cameron Highland dirahsiakan (konon) - bab ni mmg extreme  betul la sbb mereka berkeluarga-keluarga bersekongkol utk jgn bukak mulut & banyak pihak yg telah ditipu oleh alasan-alasan mereka termasuklah MAK & sedara-mara tp Allah Maha Kaya, dunia ni bukan besar sgt pun, terlepas jgk ke pengetahuan kami dgn bukti sekali ya :-) Aisya sedih :-(

Biarlah.. Allah Maha Mengetahui.  Mereka punya segala-galanya untuk dibanggakan didunia.  Kau ado?  Kalau tak ado, cermin diri & status anda ye!

It's a fact.


Aku juga baca email yang dihantar all the way from Johor Bahru yang penuh dengan ayat-ayat ala kurang ajar.  Bagi aku la.. tapi mungkin bagi pengirimnya tu tak ada apa kot.  Mungkin juga bagi orang lain biasa-biasa aje sebab dah terlebih belajar pandai-pandai sehingga tak tahu nak menilai mana yang terlebih ajar or kurang ajar.

Biarlah.. itu kenangan untuk direnungkan.

Terfikir jugak, kalau aku dah minta maaf from them seandainya aku bersalah, takkanlah diorang tak terdetik langsung untuk minta maaf kat aku kot.  Dulu boleh serang aku kat facebook, kat blog, emails & macam-macam lagi, takkan to apologize susah sangat kot. Facebook? Email? Face to face?  None! Nak serang together-gether or slowly kasi pedih kaw-kaw kot!

Hati orang mana kita tahu.

 

Tak baik bersangka buruk kat orang kan.  Astaqfirullahhal'azim...

Mungkin bagi mereka, diorang memang tak salah langsung.  Betul segala-galanya.  That's it!

Xpelah.. aku sentiasa mendoakan agar mereka  sentiasa berbahagia, kaya-raya, mewah & sempurna segala-galanya.

Biarlah apa org nak buat kita.. sabar & balas dengan kebaikan shj.  Allah memerhatikan...

Nanti mesti ada yang psycho aku lagi, kenapa nak ungkit benda ni.

My answer = entah... fikirlah sendiri

Dahlah.. malas nak serabutkan kepala otak bila mengenangkan apa yang orang dah buat kat kami.  Nanti kata kami ni bodoh la, tak tahu malu la, tak kenang budi la, & macam-macam lagi la...  Buatlah macamana, apa sekalipun, kami tetap disalahkan serba-serbi.  Never ends!

Questions...,

Selama ni kalau kami susah, tak makan, ada sapa-sapa ambik tahu???
Ada sapa-sapa ambik tahu pasal perasaan Aisya???
Ada sapa-sapa bertanya situasi kami?
Beri perhatian & kasih sayang terhadap kami?

Kalau mereka dapat info kitorg ni follow someone somewhere or ada gambar nampak tersenyum gembira, DIKECAM macam-macam.  Salahkah????

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu


...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...