DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 27, 2012

Crystal..

...



....

Wednesday, December 26, 2012

Heart..

...


...

Tuesday, November 6, 2012

Yang Berhormat..

...

PRU oh PRU

Bila la nak PRU ni?

Semua org sibuk berpolitik

Korek cerita orang ni tak betul, orang tu tak betul... dia saje yang betul

It's fact!



My point of view yg berharga 1sen ni taught = sapa-sapa yang rasa nak jadi WAKIL RAKYAT a.k.a. memBELA RAKYAT kena betulkan  a lots of thing dulu.

1st - Betulkan diri sendiri dulu.. buang segala Perasaan Hasad Dengki & hendaklah ikhlas berbakti.  Bukan nak jd YB sbb nak dapat projek juta-juta.

2nd - If diri sendiri dah betul, betul kan = jaga mak ayah betul-betul pulak.  Make sure ibubapa tak terabai.  Sempurnakanlah kehidupan mereka dulu.

3rd - If dah settle, jaga bini / laki ko elok-elok... sesempurna mungkin = contoh soleh / solehah

4th - Jaga anak-anak betul-betul ... didik dunia akhirat.  Jangan berlagak, sombong, kurang ajar sesama manusia & paling utama, hasilkan anak soleh / solehah.

5th - If dah ok, jaga adik-beradik pulak... Make sure kebajikan adik-beradik diambil berat, dijaga, etc.

6th - Jaga sedara mara, sepupu sepapat, etc.

7th - Jaga komuniti kejiranan... *ehem2, jgn ingat kita je betul hokkey... tak semestinya ko lantang berbicara, semua yg keluar dari mulut ko tu betul, kadang2 org menyampah gak*

8th - Dah rasa diri sempurna, IMAN, ISLAM terjaga, boleh lah jadi WAKIL RAKYAT untuk BELA RAKYAT pulak.

Kalau tak cukup syarat, jangan mengada-ngada berangan atau nak bodek orang nak jadi WAKIL RAKYAT.

KALAU CUKUP SYARAT SEMUA DAH LEPAS, OK, TERUSKANLAH.. BELALAH RAKYAT PULAK.  BERBAKTILAH PADA BANGSA, AGAMA & NEGARA

Bimbang nanti terlalu taksub mengejar nama, pangkat, harta & wang ringgit; keluarga terabai.  Bukan mudah untuk menjadi pemimpin.

Tepuk dada, tanyalah selera serta iman.  Ambik cermin, cermin lah diri.

Ops, 1 more thing, jangan beli undi orang ya!  Sebab ada propa yg dah bertiup mengatakan kalau sapa balik mengundi, nanti dapat duit... Tak baik rasuah!

INGAT DUNIA, INGAT AKHIRAT

ALLAHU AKHBAR !!!



....

Tuesday, October 2, 2012

Examination..

...

Harini Aisya dah start peperiksaan akhir tahun 2012

Good Luck Darling <3 p="">

...

Wednesday, September 26, 2012

Apologize..

...














...

Monday, September 24, 2012

Inform VS Secret..

...

Somebody told me "Kenapa tak bagitau nak bawa Aisya pergi sana?  Lain kali bagitau diorang semua kalau nak pergi mana-mana.  Jangan sembunyi-sembunyi.  Jangan rahsiakan".  My answer "Berdosa ke? Apa perlunya nak bagitau diorang ke mana kitorang nak pergi?  Selama ni pun tak pernah pulak orang bertanya apa-apa"

Hahahaha.. pelik sungguh manusia ni kan.  Gini, fikir logik - Berdosakah kami ke sana?  Apa perlunya kitorang nak bagitau semua orang ke mana kami nak pergi?  Nak kena minta permission diorang ke?  For what reason?  Nak control gerak-geri kami?  Kami yang bodoh lagi hina ni, siapa ya.. di mata mereka?


Selama ni diorang tak pernah tanya, ignore.  Dah 3 tahun lebih ni baru isu ni timbul?


Lawak la...

Our situation / life, di condemn, cerca, umpat, sok-sek-sok-sek belakang.

U all are great!  Perfect!!!

Hurm.. yang u all tak bagitau kitorang u all nak ke mana-mana tu, xpe pulak?  Pergi sana-sini-situ-sinun sampai ke satu tahap siap suruh rahsiakan lagi tu, apa kes?  Siap pesan, jangan bukak cerita dan make sure gambar jangan sampai terlepas.  Akhirnya terlepas jua sebab Allah Maha Segala-galanya :-)

Eeiiiii.. geram geram jugak rasanya.
Tapi tak pe, sabar.....
Biarlah.......

Allah Maha Melihat :-)

Masa aku admitted kat hospital dulu (5days), outstation ke Singapore (4 days) & Sintok (10days), xde pulak orang nak ambik tahu pasal Aisya walaupun mereka tahu she's alone.  At age of 11, she managed uruskan diri - panaskan makanan stok dalam peti ais + frozen utk mkn kat rmh serta bekalan ke sekolah; minta tolong orang hantarkan ke sekolah; balik sekolah sendiri, duduk rumah sorang-sorang; attending Hari Sukan Sekolah without parents, dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah Aisya independant dan di dalam peliharaanNya.

Bismillahitawakkaltua'lAllah


...

Friday, September 21, 2012

-_-

...

It happened again.

1st during Raya Gathering at Mak Chu's House @ Kota Damansara.

Only one of my nieces & nephews 'SALAM' me.  Baik masa datang / sampai; mahupun nak balik.  Aku sama-sama bersalaman dengan yang lain-lain.  Tangan dihulur, tapi tidak disambut.  Cuma dibalas dengan muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang  berlaku.

Now, for the 2nd time, it happened again.  At Kompleks Haji Kelana Jaya.

Masa sampai, aku hulurkan tangan to my SIL, as usual, dia hanya membenarkan separuh daripada jarinya sahaja untuk menyentuh / menyambut huluran salam tanganku & cepat-cepat tarik sebelum salaman itu sempurna.  It has been ages macamtu.  Aku masih ingat..  (Alhamdulillah, rupa-rupanya selama ini ada juga orang lain + aunties & uncles yg memerhatikan these situations = evidences)

Ops... Aku lupa la.. Tangan aku ni kotor, berlumpur, tak layak bersalaman dengannya kot.  Hahaha... Whateverlah.. janji aku hulur OK.  Bagi dia yang always behave macamtu, biarkan.. Xpe, Allah swt Maha Melihat & Maha Mengetahui.  Anak-anaknya? Aku tengok je wajah mereka berdua.  Dua-dua terus alihkan perhatian tengok wajah ibu mereka.  Mungkin menunggu isyarat kebenaran whether boleh hulur tangan ke tidak kot.  Tak pe lah.. Tangan I ni kotor, berlumpur, tak layak bersentuhan dengan mereka yang suci murni tu.

Then kakak-kakakku pula sampai bersama dengan anak-anak mereka.  Aku salam mereka, tanda hormat seorang adik & sesama Islam.  Aku tengok wajah anak-anak mereka pula. Hulurkan tangan.  Semua buat tak tahu seolah-olah aku tak wujud dihadapan mereka.

Waktu nak balik pun sama.  Tak pe, Allah swt Maha Melihat & Maha Mengetahui segalanya.  Walaupun hatiku terguris, aku pendamkan sahaja.  Dia Maha Mendengar rintihan hambaNya yang hina ini.

Walau apapun yang terjadi, aku akan sentiasa mengingatkan ANA agar menghormati mereka. Biarlah orang tak sudi atau apa alasan sekalipun, tunaikan kewajipan kita as Muslim & human.  Respect people.  Jangan lupa salam setiap kali berjumpa.  Never fail to do that sebab if we fail once, they will make it as big issue for the whole life.  True :-)

Congratulations buat kakak-kakak & abang kerana telah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.  Aku sedar dengan label BODOH yang telah dilabelkan oleh mereka yang amat bijak pandai itu.  Aku bodoh, anak aku pun bodoh sebab bapak dia lagi bodoh.  Hinanya kami pada mereka.

Questions...

Why they behave like that ya?
Apa salah aku pada mereka?
Influences?
Instructions?

I'm older than them & I'm their aunt!  Parents tak didik / ajar mereka untuk menghormati orang yang lebih tua ke?  Mereka bersekolah, takkan cikgu tak ajar kot.  Erm.. itu semua self-attitude.  Nothing related to others sebenarnya.

Mereka lupa atau tak tahu atau sengaja tak nak ambik tahu atau tak ingat yang tangan inilah yang pernah mencuci najis mereka semasa kecil.  Tangan inilah yang pernah menyuapkan makanan serta menyusukan mereka.  Tangan inilah yang pernah mengendong dan membimbing mereka ketika kecil.

Where is my pride ???


Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kesabaran dalam menempuh dugaan Mu ini lagi Ya Allah.  Engkau Maha Segala-galanya

 

p/s :  still remember & will always remember - "Tak payah kau nak ajar anak-anak A! A yang ajar anak A buat macamtu.  Orang macam kau memang tak layak untuk dihormati"


Thank you :-)


...

Tuesday, September 18, 2012

Share..

...

Siaran radio IKIM. 

Segmen Motivasi Pagi ada menyebut - kita kalau nak buat makan-makan, bersedekah atau apa-apa sahaja yang baik-baik, mendatangkan pahala, hendaklah ajak, jemput adik-beradik dulu.  Dahulukan adik-beradik, diikuti ipar-duai dan baru sepupu atau sedara mara.

Segmen Soal Jawab pada petang hari pula ada menyebut - kalau kita nak membantu atau bersedekah pada fakir miskin, anak yatim, golongan asnaf, pastikan yang kita dah bantu keluarga kita dulu.  Mak ayah kita, adik-beradik & keluarga terdekat kita dulu.  Kemudian, barulah wajib bagi kita bantu golongan yang lain ini pula.

...

Thursday, September 6, 2012

Outsiders..

...

Harini baru berpeluang untuk tunjuk something to seorang kakak yang bukan dari kalangan ahli keluarga.  Show to her.  Then, dia peluk aku. She said "Sabar Sue, akak tahu Sue memang kuat. Kalau akak, akak rasa akak tak mampu nak hadapi semua ni".  She cried sambil peluk aku.  Airmataku menitis juga.  Dah lama aku tak rasakan pelukan seorang kakak macamni.  I miss my sisters so much! I love them.

It's true, kalau kita ada apa-apa, mesti nak share dengan adik-beradik dulu kan.. but not for me.

I'd tried to communicate, tebalkan muka, tegarkan hati, pekakkan telinga untuk join diorang, but dot dot dot.

It's ok, xpe, aku adik, aku mengalah.  Biarlah hati ni menangis / meraung / menjerit sekalipun dengan layanan / bahasa yang dituturkan oleh mereka, aku sabar sebab bagi mereka, aku ni tetttttttttt..

 
Fullstop.


Hari ini juga aku  berpeluang bercerita dengan bos apa yang terjadi pada hari raya lepas.  Tak sangka my bos nak tolong tanpa diminta.  Dia terus contact kenalannya di Bernama.  Minta buat apa yang patut especially removing 'that' in internet.  Alhamdulillah..Allah s.w.t. menunjukkan jalan padaku.  Her friend suruh email the details & she'll help.  Belum sempat aku  nak bertindak dengan lebih lanjut, my boss dah email & send a copy for me.  Sepatutnya seceretary yang buat semua tu &cc to boss tapi sebaliknya.

Allah Maha Mengasihani hambanya.  Sekurang-kurangnya  bebanan di kepala aku ni dah kurang sikit.

Seriously inilah yang dikatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

It same goes to my case 3 years ago.  Mereka-mereka itu semua hanya mengarah memberi arahan.  Basically kenal macam-macam orang besar, berpengaruh, boleh tolong itu ini la, tapi for me.. NOPE! I do it myself!  Aku turun naik mahkamah, pejabat agama, lawyer, pejabat pendaftaran, uruskan rumah dan lain-lain lagi seorang diri.  Menangis tepi jalan / kaki lima tak yah cakaplah.. dah biasa.  Muka ni kan muka tak malu.

Alhamdulillah.. I managed to do it!  Bila dah berjaya buat sorang-sorang, mereka-mereka ni ada je yang tak puashati condemn itu ini lah.  Ignore.  Kami hidup 2 beranak.  Susah senang berdua.  It's a fact.  Bila kami nampak senang sikit, dipermudahkan urusan oleh Allah swt pun dikutuk jugak.  Apa lagi yang tak puashati???


Then kami try to join them again, now bila try to join them again, resultnya buat sakit hati, memendam rasa je.. so, buat apa kan???  Dengan orang lain ok je pulak tu.

Now I realize & a fact, ORANG LUAR jugaklah yang memberi moral support & membantu kami.  Tengoklah hari ni :-)



Di bulan Syawal yang mulia ni pun xtau nak kata apa dah.

Sepatutnya di hari & bulan yang mulia ni, berbaik-baik.  Ni gathering raya pun tak invite kami lagi.  Pergi beraya mana-mana or buat makan-makan ke, they not even ajak-ajak ayam or pelawa us.  Mesti orang beranggapan kami tak nak join diorg. Hakikatnya adalah kami tidak diundang untuk  bersama-sama meraikan kemeriahan berkeluarga.  Hati aku ni ok lagi.. boleh sabar... tapi Aisya??? cuba renungkan wajah Aisya!  Dia juga berhak merasai hidup berkeluarga.  Dahlah tak dapat perhatian & kasih sayang seorang ayah, ni pak-pak / mak-mak sedara / cousins pun ignore her.  Mana hati perut insan yang bernama manusia???

Whatever it is, I'll always think positive & be patient.  Yup! +ve & sabar :-)




Ya Allah, Engkau memang menguji hambaMu yang lemah ini.

Peliharalah kami...

...

Wednesday, July 25, 2012

Thought..

...

Harini mungkin dia yang ingkar Allah s.w.t.
Esok lusa mungkin dia yang paling istiqamah melaksanakan Qiamulail, kala kita semua lena.

Kita tak pernah tau dan tidak akan tau.
Tugas kita bukan me'neraka'an org, TAPI mengajak manusia ke jalanNya & saling mendoakan.

Jangan hina permulaan seseorang, kerana kita TAK tau bagaimana pengakhiran diri kita sendiri.

Wallahualam

 

...

Friday, July 20, 2012

Think..

...

Jadikan Ramadhan ini titik perubahan yang lebih baik buat diri kita Insya Allah. Rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali dengan kepanjangan usia yang Allah SWT berikan untuk bertaubat dan melakukan amal soleh. Jangan sia siakan peluang ini ya sahabatku yang baik :-)


Jangan sesekali menjadi hamba Allah yang meletakkan kepentingan makhluk lain di atas Allah SWT.

Jangan sesekali mencari rezeki daripada sumber yang haram. Biar bersusah sedikit, pasti ada barakahnya di sisi Allah SWT Insya Allah.

Bersyukurlah sahabatku semua dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Jangan lihat orang yang di atas, lihatlah kepada orang yang di bawah. Insya Allah kita akan akan sentiasa berasa cukup dan qana'ah.

Kita sudah pasti bukan yang terbaik, malah berlumuran dengan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Bertaubatlah di setiap ruang yang Allah SWT berikan, semoga segala dosa yang menggunung diampuni.

Bertaubatlah dan beristighfarlah sebelum melelapkan mata, barangkali kita takkan bangun lagi esok hari.


Kadang kadang orang meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada kita, sedangkan hakikatnya kita juga adalah hamba Allah SWT yang tersangat lemah. Ya Allah, Kau bantulah kami dalam menegakkan agama-Mu yang suci.

...

Thursday, July 19, 2012

Anonymous Lagi..

...

Tiba-tiba dapat notification comments from blog.

Ada org dah baca entry T_T published few days ago.

Anonymous tinggalkan komen:  "kau kan bagus..apahal nak salahkan org lain..sukahati orang la nak jalan2 ajak kau anak beranak ke x.. kau yg pilih cara ni.. jgn asyik salah kan org.. makan telur x mati la.. kau x keja ke sampai nak mintak duit org tanggung idup kau sekuarga..kau duduk situ ptt la kena jimat..ukur baju badan sendiri.. poyo btl pempuan ni.." 

Nak aku jawab in details ke? Mcm malas.. tp sikit2 sudah lah ye.. Kang kalau aku revealkan 100% fact with evidence, abes..

Adus! bila masa pulak aku salah kan org?  Erm, mmg la makan telur tak mati & aku tak pernah mintak duit org utk tanggung hidup aku sekeluarga.. yup, aku tahu di mana kedudukan aku.. + poyo tu apa ya?

Rasanya si anonymous ni mesti ilmu agamanya amat kurang.  Meh aku share ilmu sikit.  Baca ni :

Ramadhan bulan rahmat, bulan pengampunan dan  bulan pembebasan dari api neraka.  Fadilat memberi makan orang berbuka puasa:


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Hihihi.. Sudah cukup-cukup sudah, tak perlu jadi cacing kepanasan.  Motif ???  Hahaha.. dalam diam-diam rupa-rupanya wujud lagi si anonymous ni..  Xtahulah either orang yg sama or other people.  Whatever lah...

Comments tu mcm memerangkap kebenaran yg disembunyikan / dilakonkan je kan..  Wakaka... *tq pengakuan*

Wonder jugak siapa dia.. Kalau nak kata adik-beradik, tak kan lah sedara sedarah sedaging tergamak sanggup nak buat gitu kot?  Wallahu'alam..

Maknanya prihatin jgk si anonymous ni kat blog aku kan.. Nak jgk dia tahu cerita-ceriti aku.  Tapi agak pengecut sikit lah! Xtahulah sapa hamba Allah ni.  Xkuasa nak selidik & find-out sapa.  Allah s.w.t. Maha Mengetahui.  Kenapa tak reveal kan identiti ko kat sini ye? Here, at this blog.. not other places ya!  Tak bertanggungjawab atas tulisan ko!

For me, yes, I'm RESPONSIBLE to what I'd wrote and I'll WRITE BASE ON FACT :-)

For viewers yang mengenaliku, aku tak minta belas ehsan atau simpati pun.. Everybody ada otak untuk berfikir.  Nilailah sendiri...  Please...

Org nampak kami sekeluarga bahagia pun jadi masalah jgk kan.. Aku tak kacau hidup orang ya!  Aku buat apa sahaja yang menggembirakan kami sekeluarga.  Tak kuasa nak serabutkan kepala otak dengan benda yang remeh-temeh + orang yang kata aku gila tapi sebenarnya dia yang gila.  Buang masa layan!

Aku memang ingat pesanan orang-orang yang prihatin & sayangkan kami sekeluarga iaitu SABAR, DOA dan buatlah apa sahaja yang mengGEMBIRAkan kami.  Enuff :-)

Then, si anonymous  ni godeh entry lama lagi kot..  Dia tinggalkan komen ni pulak "bagus laa ajar anak mengediks dari kecik..lama2 anak pijak kepala kau.. apa nak jadi bohsia ke."

Pergh... entry ni nothing related with 'mengediks'! Cuba u all view entry ni & judge.

Sekadar berkongsi kegembiraan Aisya.  Salah ye, if orang luar melayan, menghiburkan & menggembirakan Aisya ???

Astaqfirullahhal'azimmmmmmmmmm.... sampai kata nak jadi bohsia lagi.  Sampai begitu sekali doa anonymous ni ye!  Setiap ibu bapa mengharapkan doa yang baik-baik buat zuriat.  Xtahulah si anonymous ni ada anak or akan ada anak kelak.  INGAT ALLAH !!!  ALLAHU AKBAR !!!

*_*

Speechless!

Apa yang dimarahkan sangat dengan Aisya? Juga kami sekeluarga?

Ni mak & ayah Aisya masih hidup lagi pun Aisya dilayan sebegini rupa.  Kalau parents Aisya ni dah tak ada nanti, macamanalah gamaknya nasib Aisya kan?

Nampaknya mereka mungkin dah hilang perasaan kewarasan terhadap anak kecil itu juga kot.  Wallahu'alam...


Sesungguhnya aku amat bersyukur dekat dengan Islamic Environment especially kat ofis ni.  Sentiasa mengingatkan kita akan hukum Allah swt serta qada' & qadar.  Memanglah aku ni bukan org baik tetapi aku berusaha utk menjadi hamba Allah yang baik disisiNya.

Sucikanlah hatimu.....

Bersihkanlah dirimu.......

Hiduplah dengan berpandukan....

Hadith & Al-Quran :-)




....

Tuesday, July 17, 2012

Mee Calong..

...


Tiba-tiba sekitar jam 7 malam terdetik something.  Nak buat Mee Calong lah!  After lebih kurang 4 years kot tak buat.

Aku buat ni sebab aku teringatkan our conversation on last Sunday.  Ceritalah kat Daddy Aisya alkisah minggu lepas Aisya g pasarmalam dgn uwannya.  Then dia menangis sebab dia kata uwan beli kuih kegemaran Daddy.  Mummy pun tak pernah beli semenjak Daddy tak ada.  Daddy dia kata next time beli je lah, makan je, jangan fikir macamtu sangat, tak baik.  Anggap dia makan sama.  Dia suruh ingatkan & pesan kat Aisya gitu.  Then dia kata ni mesti tak buat Mee Calong kan?  Anak suka makan Mee Calong, buatlah.  So harini tiba-tiba tergerak lah nak buat.

Masa siang ikan tu Aisya dah tanya, "Mummy nak buat apa?"
Aku kata, "Nak buat fishball"
"Kan Mummy beli je fishball"
"Saje nak buat"

Then bila dia tengok aku blend isi ikan, air tulang ikan & tumis, dia dah boleh agak yang aku akan buat Mee Calong.  Tergambar kegembiraan diwajahnya.  Alhamdulillah :-)



Yes, today aku buat Mee Calong makanan kegemarannya setelah sekian lama tak buat.  Bukan apa, semenjak Aisya dah terpisah dengan Daddynya, dia macam dah tak nak makan atau buat apa sahaja yang sama kegemarannya dengan Daddy dia.  Aku tahu dia sedih & rindu sangat dengan Daddy nya.

Setiap hari aku bersamanya, sudah tentu naluri keibuanku memahami kehendaknya.  Yes, only both of us knows! And definitely ALLAH KNOWS WELL!!!

....

Not Feeling Well..

...

Pagi semalam Aisya dah called from school bagitau dia sakit perut.  Dia kata dia dah makan semua bekalan makanan tapi still sakit perut.  Aku suruh dia bertahan lagi.  So far Aisya tak pernah lagi ponteng sekolah tahun ni sebab aku memang tak didik dia untuk ponteng sekolah.  Even demam sekalipun, mesti bawak bekalan ubat untuk dimakan masa rehat.  Dari kecik dah didik gitu.  Kalau dah teruk sangat baru cikgu akan call suruh bawak balik.  Tu je.

Then tengahari semalam pihak sekolah called minta ambik Aisya since sakit perutnya bertambah teruk. Lepas ambik dia dari sekolah, terus bawa dia datang ofis.  Aku pun tak sihat sebenarnya.  Hari Sabtu & Ahad lepas dapat attack sakit belakang.

Mungkin aku penat kot.  Lagipun haritu  masa sibuk-sibuk sports training & games, aku lupa diri sikit.. hehe... now mengidap la

Pagi tadi aku bawa Aisya g clinic UIAM je.  Kat sana better, laboratory service semua ada. Kalau g clinic biasa, overcharged nanti kena bayar pulak.  Health Center IIUM free je pun

Memang nampak sangat Aisya still  menahan sakit.  Aku takut appendix je tapi dia xsakit kat sebelah kanan perut pun.

Lepas doktor examine her, dia kena g lab for blood test & urine.  Beriya dia kata jarum besar lah.. etc. Resultnya hemoglobin pekat sangat sbb kurang makan sayur.  Also dalam urine nya ada darah rupanya = kencing berdarah!  Pundi kencing bengkak.

Aisya ni memang jenis yang tahan sakit.  Kalau dia kata sakit maknanya dia dah tak tahan lah tu. Dia rela tahan nak g toilet sebab penggeli / kotor.  Hehe, macam aku jgk ;D

Doktor pun kata Aisya ni kuat tahan sakit.  So now she's on antibiotic & kena minum banyak air.

Lepas tu bab sakit belakang aku la pulak.  Jiwa kacau.. teringat macam-macam semula, mulalah tak sihat & sakit.  Itu memang kelemahanku..  Nak buat macamana kan.. Sabar, usaha & doa je lah. 

As a result = backache = dapat injection. Petidine! Sudahnya laloklah pulak.. Dinasihatkan agar baring kat sick bay but refused! Standard aku lah kan. Mana nak mengaku diri ni pesakit.  Kalau dah tak tahan sangat tu mulalah akan buat publisiti murahan, terpeleot terpengsan.  Hehe... Alhamdulillah selamat sampai rumah :-)

So harini kami sama-sama sakit berehat dirumah sahaja. Huhu :-(


...

Monday, July 16, 2012

T_T

...



Harini rasa sangat demotivated.  Entah kenapa ntah.. Nak kata Monday Blues tak juga.

Keje bertimbun-timbun. Keje yang ditinggalkan semasa ketiadaan di ofis berminggu-minggu yang lalu makin bertambah.  I'll try my best to complete it as soon as possible.

Harini bos cuti.  Aku pulak tak de mood.

Tiba-tiba tergodeh email yahoo yang dah beribu-ribu tu.

Aku terbaca emails comments from facebook.  Antaranya adalah email-email komen-komen yang mengatakan aku ni orang luar, geli, jiwang, etc.  Anak sedara yang dah tak hormatkan ibu saudaranya yang bodoh ni.

Seriously aku tak tahu apa perasaan aku masa baca statement tu berulang-kali.  KOSONG.

Satu je aku fikir, anak-anak takkan buat macamtu kalau parent diorang tak mulakan dulu kan.  Betul tak? Thank you very much...


Till now. Macam-macam... happened.  
Antaranya:-
~ buat majlis berbuka puasa tp x invite kami dua beranak (mereka mewah dgn macam-macam makanan tp kami berbuka dgn telur hancur sahaja)
~ going out for Ikan Bakar beramai-ramai xajak-ajak ayam pun (Aisya tanya kenapa diorg tak ajak kita Mummy? Last sekali Aisya makan ikan  bakar dengan Daddy dulu kat kedai Uncle Mail Tanjung Lumpur)
~ jalan-jalan & makan-makan sekitar KL together-gether (xterdetik nak pelawa even Aisya je)
~ holiday ke Lost World Tambun & Cameron Highland dirahsiakan (konon) - bab ni mmg extreme  betul la sbb mereka berkeluarga-keluarga bersekongkol utk jgn bukak mulut & banyak pihak yg telah ditipu oleh alasan-alasan mereka termasuklah MAK & sedara-mara tp Allah Maha Kaya, dunia ni bukan besar sgt pun, terlepas jgk ke pengetahuan kami dgn bukti sekali ya :-) Aisya sedih :-(

Biarlah.. Allah Maha Mengetahui.  Mereka punya segala-galanya untuk dibanggakan didunia.  Kau ado?  Kalau tak ado, cermin diri & status anda ye!

It's a fact.


Aku juga baca email yang dihantar all the way from Johor Bahru yang penuh dengan ayat-ayat ala kurang ajar.  Bagi aku la.. tapi mungkin bagi pengirimnya tu tak ada apa kot.  Mungkin juga bagi orang lain biasa-biasa aje sebab dah terlebih belajar pandai-pandai sehingga tak tahu nak menilai mana yang terlebih ajar or kurang ajar.

Biarlah.. itu kenangan untuk direnungkan.

Terfikir jugak, kalau aku dah minta maaf from them seandainya aku bersalah, takkanlah diorang tak terdetik langsung untuk minta maaf kat aku kot.  Dulu boleh serang aku kat facebook, kat blog, emails & macam-macam lagi, takkan to apologize susah sangat kot. Facebook? Email? Face to face?  None! Nak serang together-gether or slowly kasi pedih kaw-kaw kot!

Hati orang mana kita tahu.

 

Tak baik bersangka buruk kat orang kan.  Astaqfirullahhal'azim...

Mungkin bagi mereka, diorang memang tak salah langsung.  Betul segala-galanya.  That's it!

Xpelah.. aku sentiasa mendoakan agar mereka  sentiasa berbahagia, kaya-raya, mewah & sempurna segala-galanya.

Biarlah apa org nak buat kita.. sabar & balas dengan kebaikan shj.  Allah memerhatikan...

Nanti mesti ada yang psycho aku lagi, kenapa nak ungkit benda ni.

My answer = entah... fikirlah sendiri

Dahlah.. malas nak serabutkan kepala otak bila mengenangkan apa yang orang dah buat kat kami.  Nanti kata kami ni bodoh la, tak tahu malu la, tak kenang budi la, & macam-macam lagi la...  Buatlah macamana, apa sekalipun, kami tetap disalahkan serba-serbi.  Never ends!

Questions...,

Selama ni kalau kami susah, tak makan, ada sapa-sapa ambik tahu???
Ada sapa-sapa ambik tahu pasal perasaan Aisya???
Ada sapa-sapa bertanya situasi kami?
Beri perhatian & kasih sayang terhadap kami?

Kalau mereka dapat info kitorg ni follow someone somewhere or ada gambar nampak tersenyum gembira, DIKECAM macam-macam.  Salahkah????

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu


...

Friday, June 8, 2012

Doa Istikharah..

Thursday, June 7, 2012

Tension..

...

Hey aku tension lagi, tension lagi!

Aku tension

Aku tension

Tension lagi

@_@

I'd been veryyyyyyyyyyy busy!!!

Tired, restless, sleepy, exhausted, etc.

Jiwa kacau, dot dot dot, semua ada!

Bila aku tension, asyik memikir je, mulalah my PSORIASIS naik *sigh*

Yup! Aku penghidap psoriasis since I was 7 years old.  Sesuatu yang bukan untuk dibanggakan tetapi amat memalukan.  Apapun segala penyakit datangnya daripada Allah dan semua itu ada hikmah tersembunyi.

Dulu-dulu psoriasis ni xdelah teruk sangat kecuali masa zaman ITM dulu.  Tension study kot.  Apalagi.. naik saje.  My friends aware dgn penyakit aku ni.  Alhamdulillah diorg tak kisah.  Lagipun psoriasis ni bukan penyakit berjangkit.  Cuma masih tidak ada ubat untuk mengubatinya.  Kita cuma boleh mengawalnya.  It will comes on & off.  Psoriasis secara amnya adalah proses pertumbuhan kulit yang terlalu cepat.  

Aku dah lali dah dgn pelbagai ubat & petua.  Gitu jgk.  Ada yang suggest kena pegi dekat Clinic XYZ & confirm psoriasis tu akan baik & hilang forever (ye ke???) tapiiiiiiiiiii bayaran / charge yg dikenakan mahalllllllllllllll.  Bukan aku tak nak pegi.  Fikir sendiri lah..

Tak semestinya hospital kerajaan tu tak bagus kan.. dan tak semestinya semua yang private & mahal itu bagus.  Semuanya ketentuan Allah.  Remember that!

As a result, regular check-up @ hospital not to be skip.  It is a must!

Psoriasis aku xdelah teruk sangat.  Just a few spot je.  Alhamdulillah under control.  Cuma sesekali tu bila stress sangat, mulalah dia naik dengan banyak.  Time dia naik banyak tu, ada jugak la rasa rendah diri sebab kulit tak licin, putih melepak, tulus mulus macam perempuan lain.  Yelah kan, as perempuan, memanglah itu yang diimpikan & itulah yang akan dipandang oleh lelaki.

Ada hikmahnya jugak.. Kalau kulit aku cantik sangat-sangat mesti aku dedah sana-sini = seksi-meksi walaupun dah masuk veteran kan?  Betul tak?

Hahaha...

Zaman sekolah cousin aku yang akan tolong sapukan ubat.  

Zaman ITM roomate / coursemate bergilir-gilir tolong.

Zaman ada husband dulu dia yang akan sapukan. Previously before I get married, I'd explained to him everything + siap bawa dia jumpa doktor pakar yg selalu merawat aku to explain to him also and Alhamdulillah, he'd accepted & redha.

Now, aku minta tolong Aisya je la yang tolong sapukan ubat.  Bila Daddy Aisya tau Aisya yang tolong sapukan ubat, dia akan cakap  "Kenapa suruh anak sapukan ubat? Racun tu! Tak boleh minta tolong orang lain or sapa-sapa ke yang tolong sapukan ubat?"  

Apa aku nak jawab? Dah tu, Aisya sorang je yang aku ada, so dia je lah yang boleh tolong.  Who else? :'(

Aku sentiasa berdoa agar Aisya dijauhkan penyakit yang aku hidapi.  Aku ni kan 'berpenyakit'! Macam-macam penyakit aku ada.  Walaupun begini, aku redha.  Ini ujian Allah swt buat aku lagi.

Aku tahu bukan mudah bagi seorang lelaki untuk menerima keadaan aku ni.  It's true!


Kuasa Allah swt., during pregnancy dulu, satu penyakit pun xde.  Migrain, gastrik, asthma, jantung, psoriasis dan lain-lain lagi.. semuanya OK.  Seriously!!!  9 months sihat!  Also, proses melahirkan Aisya sangat mudah!  Syukur Alhamdulillah..


Tapi kan, bila tengah tension-tension tu, tetiba terdengar ni..  rasa 'cool' sikit :-)



Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah segala penyakit yang ada dibadanku ini

...

Tuesday, May 22, 2012

Rejab..

...

1 Rejab.

Dari Abu Umamah, Rasulullah saw bersabda,  

"3 malam yang tidak ditolak doa padanya, iaitu doa di awal Rejab, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha" 

Imam Syafie rahimahullah berkata,

"Ada 5 malam dalam setahun Allah SWT bukakan pintu langit. Salah satunya adalah malam 1 Rejab" 

Perbanyakkan doa dan berpuasalah pada tiga hari pertama Rejab. Moga-moga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita dan kita semua mendapat rahmat dan keredhaanNya.

InsyaAllah...  Amiinnn....



...

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru..

...

16 Mei


...

Monday, May 14, 2012

Happy Mother's Day..


...



TQVM Darling!!!

I LOVE YOU...
...

Tuesday, May 8, 2012

Eight May..

...



LOVE

...

Monday, May 7, 2012

Syukur Alhamdulillah..

...

 
To All Staff,

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Kindly be informed that one of the assessments  for Quality Administrative Staff Awards 2012 is through peer evaluation which carries 20% of total assessments.

As such, we would be grateful if you could kindly evaluate the nominated staff for the above awards as per listed until  18th May 2012 (Friday).

Please access the evaluation through the following link:
 
Your cooperation is highly appreciated.
 
Secretariat, Quality Administrative & Technical Staff Award 2012
Office of Corporate Strategy & Quality Assurance IIUM


Bila click je kat No. 4  Support Group I - Non-Technical Category (N27 – N40)

aku tgk ada nama akuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...




Unexpected!  

Aku tak sangka, tercalon..

Mungkin bagi a few names, diorg rasa biasa2 je, tp bg aku yg 1st time tercalon ni, memang terharu sgt!  Rasa dihargai sangat2.

Thank you to my boss yang mencalonkan.  Walaupun atas meja aku kelam kabut xgaya meja secretary yg bersih & kemas, aku ingat & tahu apa sahaja documents yg diperlukan.  Rasa penat lelah bekerja selama ni dihargai & org nampak / pandang gitu.  Syukur alhamdulillah.
 
Dlm 16 org yg tercalon tu, only 3 Office Secretary mcm aku.. tp kakak2 yg 2 org lg tu dah otai.. N32, aku je N27.  Yg lain2 semuanya Assistant Administrative Officer.  Semuanya dah berkhidmat lama.  Aku ni kira junior sgt2 among them. Erm.. xtahulah brp ramai yg undi aku ke x.. xkisahlah... (Aku low profile..hehe)  Kepada yg mengundi tu, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menilai hasil kerja ku..




Everything happens for a reason rite?

*teringat jgk kat my ex-boss Dr. Su, I MISS YOU soooo much*


Aku sampai ofis awal, by 7.30am dah sampai.  Then suppose breakfast 10.00am pun aku xkeluar since normally just buat secawan air utk alas perut if tak puasa.  Lunch hour pun terperuk kat dpn PC ni lg.. break kejap for solat or take 5 meluruskan tulang belakang yg bengkok ni.  Balik rmh selalunya by 7pm gitu la.. Aku cuma keluar / out from the office if ada hal yg penting sgt or appointment hospital.

Aku lepaskan geram dengan join sports activities = netball, badminton, athletics, hiking.  Being usher for VIP Protocol committee also menjadikan aku taklah terperuk kat ofis je.  Dapat bergaul dgn ramai org & VVIP.. hahaha... Not to forget any talk / usrah for spiritual enhancement.  Syukur alhamdulillah.. bekerja di International Islamic University Malaysia ni mmg banyak sangat aktiviti keagamaan yg dianjurkan. Baik dr management or student activity.   Terpulang pada diri sendiri samada nak join ikut or tidak.  Secara tak langsung, kalau kita sentiasa mendekatkan diri kita ni dengan benda2 yg baik, hati kita juga akan lembut menerima apa sahaja yg berlaku disekeliling kita. InsyaAllah.. *xleh ckp lebih2 nanti ada org kata aku berlagak baik/alim pulak*

Terharu!  Happy! Rasa nak menangis! Etc.. semua ada...

Terus rasa macam nak peluk A..  ; nak bgtau mak.. ; xtau nak bercakap dgn siapa..
Teringat someone..
Terus call!
Shammmmmmmmmmmm

Airmata dah meleleh-leleh...

TQ sham, for always there.

Sampai je rumah, terus aku peluk Aisya dah bgtau dia berita ni..  She was crying with me!!!  Our airmata kegembiraan & kesyahduan berdua berderai-derai...


*Biarlah org nak ckp apa pun pasal entry ni.. 
  ini sejarah hidup aku. 
  Dalam  beribu staffs kat sini, 
  terselit aku
  kann*


...

Monday, April 30, 2012

Liar..

...

mereka tipu...
baguslah ajar anak2 sekali gitu gak
automatically lglah xde perasaan hormat diorg kan
terima ya Allah.. kerana menunjukkan kepada hambaMu ini kebenaran
syukur Alhamdulillah

aku tak kisah sgt.. tp Aisya? Mak? tergamak diorg!  Congratulations!!!  Semoga Allah swt memberi petunjuk & hidayah buat mereka semua.  Mereka jauh lebih baik, & bahagia

...

Friday, April 27, 2012

Think..

...

Masih ramai yang tak kisah akan saham dosa berpanjangan a.k.a multi level punya dosa. Mungkin mereka tak faham bahawa setiap aurat yang didedahkan tak kira milik sendiri atau org lain pastinya penyebarnya akan dapat saham itu tanpa mengurangkan dosa sedikit pun. begitu juga dengan perlakuan buruk dan maksiat, siapa yang menjadi contoh (pelopor) kepada maksiat itu, maka dia akan mendapat dosa setiap org yg mengikutinya.

Jadi adakah kita masih mahu dedahkan aurat org lain walau org itu org kafir? adakah kita masih mahu jadi contoh kepada maksiat terang-terangan dan akhirnya diikuti oleh ramai insan lain. berapa banyak pahala yang kita rasa kita miliki sehingga tak kisah akan dosa multi level yang dilakukan? atau adakah kulit kita dah cukup tahan kepanasan neraka yang 70 kali ganda lebih panas dari api terpanas dunia?


Tutuplah aurat tu.. dah besar pon.. dah baligh pon.. bukannya budak² kecil hingusan yang tak mengerti hukum.. masih lagi degil tu dah kenapa? siap show off kepada org ramai agi.. upload sana sini, tayang sana sini.. nanti bila ada org cakap dedah aurat masuk neraka, dikatanya kita ni bukan Tuhan nak judge dan kata macam tu.. bukan kami yang kata, Allah sendiri kata dedah aurat (tidak taat) maka masuk neraka.
 
 
 Kaum wanita, fikir apakah diri kita murah atau mahal? ekslusif atau tidak? Lagi buka aurat lagil murah dan tidak ekslusif jadi tontonan semua. Di dunia terhina di akhirat apatah lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk syurga kaum yg sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat.

...

Monday, April 23, 2012

Weken..

...

Last Saturday join Netball for IIUM Inter-Department Staff Games 2012

Syukur alhamdulillah.. our team dpt no.2
Haha.. org veteran main kan.. ok la tu kan
Gambar xde sbb little photographer tak ikut mummy last Saturday bcoz Aisya sekolah ganti.

Then petang gi Finas jap. Jumpa org. For next project.  Doakan kami selected & boleh / dapatlah duit lebih sikit nanti.  InsyaAllah...

Ahad pagi lagi kami dah ke Rawang. Ofismate ada buat kenduri kesyukuran.  Sampai pkl 3 baru balik.  Aisya happy being there.  Dia ada cakap, "Mummy, rumah kat sini mahal tak?  Nanti kita beli rumah kat sini ye, rumah kat sini macam rumah kita kat Kuantan dulu" Huhu..  

Then dia dok cerita kenangan-kenangan silam.  Nowadays aku biarkan je dia cakap apa yang dia rasa nak cakap.  Sebelum ni apa je dia nak cakap, aku cantas. Aku agak kejam tak bagi dia menyuarakan isi hatinya.  Aku takut aku hanyut sama bersama emosinya.  Now aku biarkan je.  Biarlah apa je orang nak kata.. I don't care!  Do other really care about us???

Lu fikirlah sendiri *wink*

Malamnya Mentor 6.  Alhamdulillah, KJ - protege kepada Adam menang for this round.  Keep up good work bro!

...

Friday, March 23, 2012

Reminder..

...



...

Thursday, March 22, 2012

Bored..

...


Tengahari ni boring sangat rasanya. Ofis kosong. Aku tinggal sorang-sorang kat ofis. Yang lain-lain keluar. Orang ni ada janji dengan orang tu, orang tu ada janji dengan orang tu dan macam-macam urusan lain lagilah. Masing-masing ada urusan bukan sesama officemate.

Almaklumlah hari ni hari yang mulia a.k.a. hari gaji. Bagi aku still all the same. Hari yang mulia ke, hari biasa ke, duit still negative. Tak cukup :'(

Every month, kena pandai berkira-kira untuk mengatur ekonomi berdua. Kalau bulan ni bayar duit A, bulan ni skip bayar duit B. Then duit C la, duit utk D la & mcm2 lg la.. As a result, A dah 2 bulan tak bayar, B pun dah 2 bulan tak bayar jugak. Huhu... *bahaya ni!*

Nafkah oh nafkah ... *berangan je lah*

Harini ingat nak puasa lagi, tapi pagi tadi tengah ikat rambut Aisya untuk ke sekolah, perutku berbunyi dengan kuat sekali. Berkeroncong!

Aisya terus kata "Mummy jangan mengada-ngada nak puasa. Perut Mummy berbunyi lapar tu!"

"Ish, perut Mummy ni memang selalu bunyi kuat lah"

:p

Erm, kena cancel lah niat nak puasa harini. Aisya dah potpetpokpek...

Aisya nak bawak bekal nasi lemak. So aku pun belilah sebungkus nasi lemak biasa untuk bekalan ke ofis harini. Alhamdulillah kenyang. Itupun ada yang tegur aku tak makan lagi ke hari ni? Ish, kenapa ramai dah perasan aku tak makan ni???? Aku makanlah weih... Jawapan yang selamat = BZ / PUASA ;-)

Alamak, bos sampai awal lah pulak time lunch break ni.

"Nah Sue, for you. Makan"

"TQ Cik Pah"


Syukur alhamdulillah rezeki. Pagi tadi dia dah bagi aku bekalan mee goreng from home. Tengahari dia kuar belikan aku laksa pulak. Malunya rasa *blushing*

My boss selalu jugak bagi bekalan dari rumah. Bibik masak. Hehe .. Officemate pun perasan. Diorg cakap "Baik bos selalu bagi bekal kat secretary" Kalau aku puasa, dapatlah makanan sedap sikit untuk berbuka nanti. If not, biasa-biasa aje, apa-apa aje yang ada di rumah. Or if tak puasa, aku bawa balik rumah jugak, share dengan Aisya.

Aku ni jenis tak kisah, siapa je, apa je org kasi, aku terima. Malu tolak tepi. Rezeki jangan di tolak.

Laksa tu kejap-kejap lagi lah aku makan. *konon* Still kenyang lagi ni. Mee goreng pemberian bos tadi aku dah jamah rasa sikit. Nanti boleh bagi Aisya :-)


...

Wednesday, March 14, 2012

♥♥♥ ..

...


♥♥♥

..SEKUAT mana saya SETIA ......
..SEJAUH mana saya MENUNGGU ...
..SEKERAS mana saya BERSABAR ...
..SEHEBAT mana saya MERANCANG ...
..SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK ...

Jika Allah tidak menulis jodoh kita BERSAMA,
kita tetap TIDAK akan bersama ...
Tiada yg KEBETULAN melainkan semuanya telah DIRANCANG ...
Dan sebaik-baik yg MERANCANG itu adalah ALLAH s.w.t ...

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..

:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..

:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..

:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..

:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..

:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..

:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan...

jadi, usah risau...

andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luth Mahfuz untuk saya...

InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...

♥♥♥

...

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita..

...

Hey Ladies!



Wanita itu istimewa, pelengkap kehidupan pada kaum lelaki...
Wanita itu penyeri, tanpa wanita sunyi sepi lah dunia...
:-)


p/s: Alhamdulillah, every year somebody will personally wish me sempena Hari Wanita semenjak mengenalinya hingga lah kini. TQVM kerana menghargai wanita ini *terharu*

...

Wednesday, February 29, 2012

29 February..

...


Today is the day

Empat tahun sekali

...

Tuesday, February 21, 2012

History..

...

Juadah berbuka puasa


Nasi Putih


Kicap Kipas Udang Manis

dannnnnnnn...........


Kacang Botor (pemberian officemate)

sahaja...

*memang Hari Ini Dalam Sejarah*

...

Monday, February 20, 2012

Not Necessary..

...

Hari ni aku puasa lagi.

Aisya dah report kat Daddy dia yang aku asyik puasa direct, gastrik pun puasa jugak, tak makan a day before tapi keesokan puasa jugak & lain-lain lagi.

So, permission for fasting is under consideration with terms & condition. Ha.. ambik gitu!

As a result, xleh puasa sembarangan, kalau tak.. dapat penat je la.. Tapi kan...

I HAVE TO !!!!!

Ala Aisya ni, kalau mummy tak puasa pun sama jugak. Mummy still makan sehari sekali. Tak de beza pun :p


...

Sunday..

...

19022012


Lepas Zohor, kami bertolak ke Banting. As usual, follow abang-abang Aisya cum my adik-adik punya show. Suppose kata show pukul 1pm tapi 1.30pm kat KL lagi. Hehe, standard la tu.. Then pergi sana xde GPS, sesat-barat. Sampai pekan Klang jammed teruk. Patah balik, masuk NKVE semula, ikut signage Pulau Indah then sampailah IKBN Banting. Pergh.. rasa jauh jgk sebab dah sesat kan + beberapa kali dok patah balik cari jalan yang betul.

Sampai sana ada few artis lain tengah perform. Lepas beberapa orang bakat baru menyanyikan beberapa lagu jugak, their turn comes! They performed 2 songs only - Tiga Kata by KRU & Lagu Sedih.


Abes je performed, geng-geng VIP kena berkejar ke Sri Pentas. Nak tolong bigboss Adam yang tengah menjalankan sesi ujibakat bagi MENTOR 6. Otw balik tak lah rasa jauh pun. Dekat je rupanya. Kitorg singgah makan jap.

Sampai je Sri Pentas, nampak sangat wajah keletihan Abang Aisya. Yelah, since morning 10.00am dah start audition.


Macam-macam gaya ada.. Yang menyanyi dalam bilik air pun ada! Hahahaha...

By 7pm kitorg dah sampai rumah & berehat.

Thanx pada insan-insan yang baik hati, sudi bawak Aisya ke sana-sini untuk menghiburkannya.. Juga bersusah-payah datang & hantar ke rumah.

Terima kasih tak terhingga kerana melayan kami seperti keluarga sendiri. Semoga Allah swt merahmati semua :-)

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...