DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 30, 2010

Happy Birthday Kinah..

...


33rd Birthday Celebration..

Rezeki Jumaat..


Kinah menjamu kawan-kawan w breakfast.. Ada air kupi, nasi lemak, roti canai, kuih-muih & Cheesecake..


TQVM Kinah..

Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..

...

Monday, April 26, 2010

RAPID

...


Starting this morning, RAPID KL tukar laluan lagi. Huhu...

Almost a year ni, dah beberapa kali diorg tukar laluan lagi. Dari mula-mula naik 3 bas jadi 2 bas then jadi satu bas and now kena 2 bas semula. Kalau tunggu-tunggu xde bas, pandai-pandai la nak sampai ofis sebelum pukul 8 pagi ya..

For sure = More money & time to spend! *sigh*

~ ada la org tu kata nak bagi motor. Jangan banyak cakap.
Hellooo .......... it is hak kami & my money!

Friday, April 23, 2010

Terlintas..

...

Ada yang mengabaikan perhatian terhadap ibu. Ada yang hanya membeli seorang wanita bergelar ibu / mak dengan barang-barang berharga. Sebenarnya seorang ibu itu amat memerlukan perhatian seperti mana kita memerlukan perhatian daripadanya. Barangan berharga atau wang ringgit tidak sama dengan kasih sayang & perhatian terhadap mereka.

Walau ibu itu bersalah atau ada kekurangan sekalipun, ibu tetap ibu.

Still remember, if i'm not mistaken, since i worked at Kuantan before till now, every week i'll call my mum to ask her condition. Xde pulak aku suh anak aku yang jd org tengah tanya khabar uwan dia.

Walaupun aku telah banyak melakukan kesilapan & mengecilkan hati mak, budi mak tetap di hati. Kalau mak dah takde nanti, mesti aku akan rindukan kelazimanan untuk menelefon mak. Semoga mak panjang umur & sihat sentiasa.

Juga aku tak pernah lupakan jasa serta budi mak & ayah mertua aku. Mereka tetap mak & ayah aku sampai bila-bila. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka walaupun kini situasi dah mem'full-stop'kan hubungan kami.

Mak aku tak pernah didik aku untuk berlaku kurang ajar terhadap mereka. Jauh sekali untuk memperlakukan mereka seperti orang luar atau orang gaji.



...

TAG

...

Kemalasan melanda..
Boss dalam meeting room..
Ada keje - tapi malas :p

Sebab apa malas?

Sebab penat, letih, ngantuk - pagi ni training netball dari pukul 8am till 11am - muka dah merah + itam. Huhuhu... Dah la kurang cantik, btambah gelap.. Fikiran menerawang. Peha & betis dah sakit-sakit. Esok jadi athlete - mcm xleh lari laju je. Rasa nak minta sapa-sapa sediakan anjing suh kejar dr belakang baru boleh laju kot :p

.so, telah mengAMBIL TAG ini dr blog kwn2.
COPY & PASTE ajo :D

1. daripada fezz-anna

[1] 3 Names in your inbox cellphone
~ Abey
~ Adam
~ Ain Nur Aisya


[2] Your main ringtone?
~ Afghan - Entah

[3] What U did at 12 last night?
~ tido

[4] Who was the last person U went out with? Where?
~ Adam - Subang Parade

[5] The color of T-shirt you're wearing now?
~ white

[6] The last thing you did?
~ sent documents into my boss room's

[7] 3 of your everyday favourite items?
~ handphone
~ bread
~ diary


[8] The color of your bedroom
~ light cream - standard la bilik tumpangan - ikut je la apa tuan rumah sediakan

[9] How much money in your wallet now?
~ RM50 - 1 keping
~ RM10 - 2 keping
~ RM 5 - 1 keping
~ RM 1 - 18 keping
~ 50¢ - 2 keping
~ 20¢ - 9 keping
~ 10¢ - 8 keping
~ 5¢ - 1 keping
= RM 96.65


[10] Your favourite song?
~ Everlasting Love - Gerald Joling

[11] What will you do next wekend?
~ ada game - netball

[12] When was the last time U saw Ur Mum?
~ 3 weeks ago

[13] Where is she now?
~ kat kampung - Tampin, N9

[14] When was the last time you talked to your parents?
~ yesterday nite @ 9pm

[15] Who is the last person that texted U?
~ Ain Nur Aisya

[16] Where did U have your dinner lastnight?
~ restoran tepi pool

[17] The last suprise you got?
~ erm.. lupa sbb JIWA KACAU - lately tlalu byk kepahitan sehingga lupa kemanisan :-(

[18] Last thing U borrowed from ur friends?
~ Stamp Pad - aku punya dah kena rembat oleh sapa ntah!

[19] Who is ur BF/GF or husband/wife?
~ biarlah rahsia ~

[20] What do you feel now?
~ penat sbb dok training netball intensively pagi petang - ngantuk - letih - malas buat keje

[21] Wanna share with who?
~ Boss tapi takut nak bgtau *xpe, dia dlm meeting - ngeh3x*

[22] Who knows ur secret?
~ dia

[23] They keep ur secret?
~ Yup! Hopefully so tapi rasanya MUSTI!!! Ku percaya :-)

[24] Are you angry with someone?
~ memang - org yg cakap je pong pang pong pang - PIIIRAHHHHH

[25] What do you order at McD?
~ McChicken

[26] The last time you felt so sad?
~ Ahad - 18th April 2010

[27] What is your wish for tomorrow?
~ May God Bless My Family

[28] Who will U tag next?

~ anybody yg rasa nak copy & paste ols.. silakan

*done*

2. daripada iidyll




*iidyll tqvm & sorry coz ambik award je sbb x sempat nak jwb la.. bos dah nak abes meeting tu :D*

...

Thursday, April 22, 2010

Lepat oh Lepat...

...


Suddenly terasa macam nak buat lepat pisang sendiri je. Fuhyoo, dah lama betul rasanya tak buat lepat pisang sendiri. Aisya tak suka makan lepat pisang beli sebab tak sedap. Memang pun. Nak makan yang dibuat sendiri jugak.

Kalau ada pisang sure Aisya akan minta buatkan either cekodok or lepat tapi selalunya cekodoklah yang menjadi pujaan hati mummy untuk mem'prepare'kannya since mudah sajo..

Bahan-bahan yang perlu ada ialah Pisang, tepung gandum, tepung pulut, tepung beras, tepung pulut hitam, secubit garam & daun pisang.

Jadi rajin pulak. Inilah hasilnya..


*senget menget ~ since dah lama tak melipat lepat*
...

Wednesday, April 21, 2010

Fikirkan...

...

Untuk orang-orang yang sudah lengkap hidupnya, hargailah apa yang kamu ada & bersyukur dengan kurniaan-Nya. Bukan semua orang sebertuah kamu.... Masih ada lagi insan-insan yang sedang bergelut untuk mencari 'TUAH' itu...

Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima...


...

Monday, April 19, 2010

Setahun sudah berlalu...

...

Masih jelas di minda ku apa yang terjadi. Tarikh hari ini & semalam adalah harinya. Setahun sudah berlalu - selepas menonton rancangan NONA, IT HAPPENED :-(

Mana mungkin aku melupakannya begitu sahaja. It's easy to say FORGET IT & open a new chapter; but in mind, it's DIFFICULT to delete it.

Aku bersyukur, Allah s.w.t telah menggerakkan hatiku & menunjukkan jalan untukku bertindak. Dibantu oleh kekuatan & dorongan oleh zuriatku.. Aku jadi kuat. Ya, memang betul, aku kuat pada hari kejadian. Sebelum itu aku hanya tunduk, akur, lembik & memendam rasa cuma.

A year ago, ramai yang memuji tindakan nekadku. Setelah puas bermimpi dan mencari mimpi aku mula fokus kepada realiti kehidupan. Aku terpaksa mengorbankan aib dan maruah, keluarga, keluarga mertua demi mempertahankan hak. Ada yang mengatakan sikap aku harus dipuji kerana walaupun bak kata pepatah seperti membuka pekung di dada, ianya akan menjadi sumber inspirasi mungkin kepada isteri-isteri & wanita yang juga mengalami masalah & nasib yang sama denganku.

Hakikatnya kini, aku adalah mangsa yang terus dipersalahkan kerana keberanian setahun yang lalu. Aku terus-terusan dimarah, dihina, dikutuk, dicaci & pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepadaku. Mereka mengatakan apa yang aku alami sekarang ini adalah kerana kebodohanku. Salahkah tindakanku?

Setahun juga Aisya telah diabaikan oleh darah daging yang sepatutnya mengambil berat @ mengambil tahu akan kebajikan & menjalankan tanggungjawab terhadapnya. Statement yang amat mudah dilontarkan adalah - 20 tahun lagi Aisya akan cari jugak untuk menjadi wali ~ KONON! Kenapa tidak mahu bertanggungjawab sekarang? Hukum Allah s.w.t. tiada siapa yang mampu mengelak perhitungan di akhirat kelak.

Lumrah manusia, amat pandai & bijak untuk berkata-kata sahaja. Apabila memohon pertolongan atau bantuan, tidak diendahkan; apabila kita sudah bertindak sendiri, kita pula yang dipersalahkan. Ada juga yang hanya pandai memberi arahan tapi kalau mereka berada di tempatku, baru mereka merasai betap sukarnya untuk aku mengharungi semua. Aku terkapai-kapai dua beranak bersama penderitaan terpaksa dilalui kerana membongkar rahsia ini.

Syukur Alhamdulillah kepada yang memahami & membantu.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku telah kenal erti kejujuran & keikhlasan yang sebenar.

Zahirnya aku nampak kuat & tabah untuk menjalani sisa hidup pada hari-hari mendatang. Batinnya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui gelora perasaan hambaNya ini yang tidak sempurna serta serba kekurangan. Kini aku akan cuba mengumpulkan kekuatan yang ada & menambah kekuatan yang mungkin telah goyah disebabkan keadaan & persekitaran yang penuh onak & duri. Hidup ini bagaikan roda. Dunia ini penuh dengan boneka.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui

Dia Yang Maha Kuasa

Semoga Allah s.w.t menetapkan iman, menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah, ketabahan, kesabaran, ketenangan, mempermudahkan & menunjukkan apa yang terbaik buat kami.

Eyes shows everything...


Needs brighter future


Blamed victim



...

Saturday, April 17, 2010

Kerakyatan...

...


Aku di lahirkan di Negeri Sembilan pada 1977. Bersekolah rendah di Negeri Sembilan & bersekolah menengah di dua negeri = Negeri Sembilan + Melaka (bangunan N9, padang Melaka. hehe)

Tapi aku tak makan pedas.. Negeri Sembilan murtad! (Kwn2 yg bg gelaran ni)


Tahun 1995 aku tercampak ke Jengka, Pahang. Selepas itu aku ditakdirkan menjadi warga Pahang hingga 2009. Bolehkah aku menggelarkan aku ini anak Pahang?

Studied at Jengka. 1st job after graduated at Kuantan. Aku mencurahkan ilmu untuk anak Pahang & berkhidmat untuk negeri Pahang. Bercinta, berkeluarga & berpisah di Kuantan, Pahang juga. Oh ya, aku still ada rumah di Pahang lagi ya! Aha :-)

Mana mungkin aku melupakan Pahang especially Kuantan begitu sahaja. Tapi adalah pencacai yang kalau sebut je Kuantan, seolah-olah haram bagi aku untuk menjejakkan kaki ke sana. Sebut pun allergic. Lu fikir lah sendiri! 14 years aku menjadi warga Pahang. Pahang tetap di hati.

Jiwa aku merindui suasana Pantai Timur. Environmentnya, surroundings, foods & the peoples too.

* Planet Curryhouse * Sri Gambut * Mail Ikan Bakar Tanjung Lumpur * Mok Na * MokSu & PokSu Tanjung Lumpur * Poksoh Sata * Selera Pantai Timur * Zuzana * Sara Thai Kitchen * Wan Thomyam * Patani * Kedai Kak Tanjung Lumpur * Mee Calong * Cendol & Mee Mamak Bawah Pokok * Megamall * East Coast Mall * Kuantan Parade * Kompleks Teruntum * Taman Esplanade * Sungai Kuantan * Taman Gelora * Teluk Cempedak * Uncle John Chicken Chop TC * Kepok Atuk Aisya & Sotong Kangkung Pakcik TC * Nokis * Sri Affa * Coffee Street * Kemaman Kopitiam * Nasi Lemak Sentosa * ZamZam * GC Curry House * Kuantan Curry House * Pak Akob * Kueyteow Dislee * Muallaf * Swan * TAJ * Restoran Impianku * Nasi Dagang * Laksam * Pasar Malam Beserah * ABC Angah * Nasi Minyak Bohsia * Sate Ikan * Swiss Garden * Dhe Rhu * Hyatt * etc *


Apa-apapun, saya anak MALAYSIA

...

Friday, April 16, 2010

Award...

...

My Blogger's Friend gives me these award.

Three awards sekali dia bagi.

TQVM CIK FEZZ-ANNA..




So now, saya menganugerahkan awards ini kepada bloggers yang menyinggah di blog ku ini :-)
...

Can't Sleep...

...

Selalunya malam-malam sure aku ni susah nak tido. IMSOMNIA kah aku???

If tiba-tiba ada perasaan mengantuk ~ lepas je Solat Isyak, aku dah menguap, apa lagi... Cabut telekung, terus ajak Aisya tido. Yelah, aku ni kena bangun seawal 5 pagi.

Tapi kebiasaannya, aku memang susah nak tido. Tak ngantuk-ngantuk even daily routine starts as early at 5am. Kadang-kadang pukul 2-3 pagi baru nak terlelap. Just calculate, how many hours je aku tido daily. Weird kan?

Bagus gak kalau tkebil-kebil x boleh tido tu.. aku boleh baca apa yg patut. Sedikit sebanyak aku tak sia-siakan masa yang tak boleh tido tu begitu sahaja. Banyakkan selawat, zikir, cuba belajar & mendalami ilmu agama. Juga tengah malam adalah masa yang afdal untuk mendirikan beberapa Solat Sunat. Aku tak pandai sangat tapi boleh cuba & belajar kan.. Kalau la ada pembimbing & peneman, kan bagus. Hehe... *silly*

I'm not good but I'll try to be good. Kadangkala tergelincir juga. Iman & pendirian tak tetap. Aku ini wanita biasa yang masih lagi normal, punya nafsu, keinginan dll to fulfill my life as human :D

Furthermore, I'm still young! *perasan* Ngeh3x

Selalunya selepas Solat Sunat Hajat & Istkharah aku memang cuba sedaya upaya untuk menidurkan diri. Akhirnya kalau dah 'pukul tiga pagi' pun x lelap lagi, aku pun telan ubat tidur. Or kadang-kadang rasa malas nak tunggu sampai pukul tiga pagi baru nak telan ubat, aku telan ubat awal sikit. Sharp at 12 midnight. Sometimes tfikir gak, sampai bila aku nak bgantung kepada ubat untuk tido?

Malam tadi aku terlelap dalam pukul 2.++ pagi kot.

Here, I would like to share the live action I saw yesterday night. This picture taken at 12.59am. Tengoklah gelagat Aisya & Meow (adiknya) tidur. They make me smiles.



Comel kan?

...

Dalam Dilema...

...

"Antara senyuman dan tangisan,
antara kasih dan kasihan,
antara pertemuan dan perpisahan,
antara rindu dan kebencian,
antara kemahuan dan penolakkan,
antara gembira dan kedukaan,
antara berpeluk tubuh dan menadah tangan,
antara kejam dan kemanusiaan,
antara merah dan kehijauan,
antara ingat dan kelupaan,
antara sendiri dan kebersamaan,
antara kebijakkan dan kebodohan,
antara keinginan dan keengganan....."

Mana satu yang harus di putuskan,
pilih yang ini
yang sana termanggu kekecewaan....


...

Thursday, April 15, 2010

Confirm? Sure???

...

Pastikah kebahagiaan itu milikku..
Seandainya aku menurut perintah mereka?
Berkuasa sangatkan mereka?
Mereka memang & lebih mengetahui nasib aku ke?

Ingatlah, ALLAH MAHA KUASA...

DIA masih belum lagi membukakan hatiku & jalan ke arah itu.

Aku hanya mampu berdoa & terus berdoa agar diberi hidayah & ditunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

DIA YANG MAHA MENGETAHUI

...

Wednesday, April 14, 2010

Sekadar Renungan...

...

Pedoman Hidup :

Yang DEKAT itu MATI
Yang JAUH itu MASA
Yang BESAR itu NAFSU
Yang BERAT itu AMANAH
Yang RINGAN itu SOLAT
Yang TAJAM itu LIDAH
Yang DALAM itu HATI
Yang PANJANG itu ANGAN-ANGAN
Yang SUKAR itu JUJUR & IKHLAS
Yang SEMPIT itu KUBUR

...

Tuesday, April 13, 2010

A Called From...

...

I received a phone call. It's apppeared 'Private Number'. I tot it's him, but xkan dia call masa ni kot? When I answer it, Subhanallah... A called from Makkah!

I was so shocked! Seorang kenalan yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan umrah teringat akan kenalannya ini. Dahulu, sebelum dia berangkat mengerjakan umrah pada kali yang terdahulu, dia juga menghubungiku - bertanyakan tentang hajat yang ingin disampaikan ketika beliau di sana nanti. Kini beliau ke sana lagi. Dia seorang alim-ulama.

Syukur Alhamdulillah. Aku hanya mengenalinya seketika cuma. Perkenalan dari tahun 2008 ini berpanjangan. Dia juga rajin bertanya khabar tentang aku & anakku. Juga tentang kehidupanku dua beranak. Aku selesa & amat menghargai keprihatinannya. Dia tahu akan permasalahanku.

Sekarang dia berada di Tanah Suci. Katanya "Sue, ustaz di Mekah ni. Tengah duduk-duduk tiba-tiba teringatkan Sue. Sue ada apa-apa hajat yang ingin disampaikan sementara Ustaz di hadapan Kaabah ni? InsyaAllah, Ustaz boleh tolong doakan"

Aku terharu. Terharu - orang luar yang bukan darah daging yang prihatin tentang permasalahan saudara sesama Islam nya ini. Lidahku kelu seketika. Aku tarik nafas & tanpa berfikir panjang, lidahku melontarkan semula doa yang sering ku pohon ke hadratNya. Aku kena cakap cepat-cepat, nanti tinggi pula bil telefon Ustaz. Apa yang aku ingat, antara yang aku katakan padanya..

"Mohon doakan kesejahteraan saya sekeluarga. Juga ditetapkan iman, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, ketabahan, kesabaran, ketenangan, dipermudahkan segala urusan & semoga Allah s.w.t. menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga. Ustaz tolong doakan supaya Sue boleh sampai ke sana secepat mungkin juga ya.."

"InsyaAllah Sue.. Ustaz akan sampaikan hajat Sue"


Lama juga kami berbual. Aku pula yang mengelak tak nak cakap lama sebab aku faham. Jauh tu.. Nanti melambung pulak bil ustaz & ini bukan masanya untuk berborak panjang. Cuma cakap yang penting-penting je. Aku terfikir, kalau orang lain - sesiapa sahaja, even darah daging sendiri pun kalau berada kat Tanah Suci & teringatkan seseorang, mesti tunggu balik Malaysia dulu baru call bertanya khabar atau ingat gitu-gitu je. Ini tidak, terlintas sahaja di fikiran - on the spot, dia terus call. Syukur Alhamdulillah. Mungkin juga aku adalah insan terpilih untuk diingatinya, lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Suci.

Selepas talian terputus, aku lupa satu je, mohon diberikan kesihatan yang baik. Astagfirullahal'azim... Xpelah.. Itu pun aku dah amat bersyukur atas ingatannya.

Semoga Allah s.w.t. akan terus merahmati semua hambaNya.

Sebelum itu, aku baru sahaja berbual sebentar bersama seorang kenalan lain tentang niat untuk ke Tanah Suci. Tup-tup dapat pula panggilan dari sana. Aku rasa, Kaabah memang melambai-lambaiku... Semakin hampir, InsyaAllah...


Hati ku makin tak sabar untuk berada di sana & berdoa di hadapan Kaabah. Doakan saya ya.. Semoga hajat saya diperkenankan Allah s.w.t.

*setiap kali tengok gambar kawan-kawan di Tanah Suci, makin tak sabar rasanya untuk ke sana juga ~ ada rezeki lebih, bawalah daku pergi bersamamu... *










...

Monday, April 12, 2010

Sekadar Renungan...

...

Sesungguhnya jika merasai rindu,
Rindulah pada seseorang yang merakam akan sentuhan hati yang syahdu.
Jika masih merindu…
Moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai pada kasih yang satu…
Jika mahu,
Jangan biarkan rindu membuatkan kita hampir pada gila nya cemburu.
Perlu tabah,
Kerana nanti akan tiba saat bahagia
Untuk menyemai bukti impian yang sering kita buru...



...

Thursday, April 8, 2010

Erm...

...

Ada byk idea.. tapi xde masa nak menaip, menghupdate blog :(

Cite mini reunion EX-DSS ITM Jengka, jumpa geng-geng tadika & sekolah rendah kat FB, Aisya & kisahnya, me, rumah, aktivities, dan lain-lain lagi lah. Suka hati i lah nak tulis apa pun... Nowadays, I love ber'blog'ing sebab aku rasa release bila menaip & meluahkan what I feel. Ada haku kesah?

Lepas ni kalau ada orang kata ni cite basi, buat pe nak cite lagi, lantaklah.. ini blog i, ikut suka i la nak tulis apa ok! Whatever! Marah-marah, xsuka-xsuka, bukak gak URL ni. Baca jugak! :p

Lu pikirlah sendiri...


...

Tuesday, April 6, 2010

Think...

...

Hidup kita di dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI kita perlu terima seseorang yang tidak sempurna untuk menerima cinta dan kasih dari mu penuh sempurna....

Orang yang paling mencintaimu kadang kala adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana dia takut kau berpaling dan menjauhi kerana jemu. Bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu, kau akan lemas kerana dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedar dari dulu... yang jelas sudah lewat untuk kau termanggu....

Cintailah seikhlasnya...

Jangan cari perbezaan dari segi luaran tapi carilah persamaan secara dalaman, kerana secara dalaman sebenarnya kita mempunyai banyak persamaan.

InsyaAllah...


...

Friday, April 2, 2010

Fast Food...

...

"Aisya dah lama tak makan KFC or McD. Last sekali dulu masa Pak Busu belikan."


"Pizza Hut pun sama. Dulu masa Auntie Fizah belanja"


Opss.. yeke? *thinking*

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...