DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label 2009. Show all posts
Showing posts with label 2009. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

End Of 2009

...

Hari ni hari terakhir utk tahun 2009. 2009 meninggalkan berbagai kenangan buat aku. Tahun yg dot dot dot dgn berbagai peristiwa yang diabadikan sebagai sejarah.

Semua org kata tutup buku lama, bukak buku baru. Cakap mmg senang. Cuma nak merealisasikannya susah sikit kot. Be on my shoes then u know.

Kalau Allah s.w.t. dah kata 'kun fa ya kun' nak buat mcmana? Gitulah jdnya. Terima je lah. Takdir Tuhan tiada sapa yang mampu menghalangnya.

Kang ada pulak org perli aku kata aku x cuba macamana nak jadi.

Hello, hati aku ko boleh baca ke?

Kang juga kata aku mengharap benda yg impossible lah, tu lah, ini lah... macam-macam lagi lah...

Yelah2, aku malas nak cakap banyak. Ko aje yang betul. Cakaplah apa saje. Aku ni semuanya salah. Semuanya x betul.

That's it.

Enuff.

Fullstop please!


...

Wednesday, December 30, 2009

Makan & Makan...

...

Hari ni byk sungguh aku makan. Apa nak jadi da...

Pagi td teringat lama dah x mkn nasi kerabu awe AIKOL. Sampai sana awe tak sampai lg. Bedal roti telur dgn air milo. Then tgh makan awe sampai. Awe ghoyak lama tok nampak dio... hehe perasan jgk awe ni ke aku ye.. Dia kata mek kelate celup ni mestilah ingat, mana boleh lupa :P

Aku pun bgks spt biasa - nasi kerabu with ayam goreng, telur masin n solok lada. Makanan for lunch. Tapau kuih x ingat dunia. Sebeban. Sambil buat keje, sambil mkn kuih. Tghr bedal nasi kerabu tadi. Ols sprt biasa, sambil buat keje sambil mengunyah lagi. Stok2 biskut & kerepek dlm drawer - habis & licin. Petang g pulak ECONS mentedarah bubur pulut hitam dgn air kickapoo.

Apa kena dgn aku skrg ni ye? Asyik makan je keje. Perut lapar je..

Kalau kat rmh nguyah je keje. Roti berkeping2. Kejap2 mengetuk air milo. Macam org sepuluh tahun x jumpa makanan. *blush*

Aku start jd pemakan semula ni selepas my sister bawa aku berubat tradisional kat Sentul. Kalau x, perut ni kenyang je... Xde selera nak makan.

...

Monday, December 28, 2009

Thinking of Her

...

Aisya xde kat rumah. Aku rindu pada Aisya. Asyik teringat kat dia je.

She keep on calling me. Kadang2 tu ada gak rasa nak merajuk dgn anak sendiri bila dia lambat sikit call ataupun dia x inform apa2 ke, to me. Hehe, ntah apa2 kan aku ni? Biasala, she's my heartbeat... Definitely terasa 0 when she's not by my side.

Teringat gak masa last week, balik je keje, I was so surprised! Dia lipat kain kitorg yg 2 bakul x berlipat lg. Aku kan x brp sihat lately ni. So kain-kain yg dah basuh & kering, masuk bakul je la. Bilik tumpangan kami pun macam tongkang pecah sikit. Apa je benda sumbat dlm bilik. Semuanya aku harapkan Aisya je kemas. Ok jgkla dia. Boleh diharap. Dia dah besar.


Ni masa balik je rumah, aku tkejut tgk dia tgh buat operasi


Bersungguh2 dia menjalankan operasi

Saiz hasil lipatan tak ikut my standard. Kira Quality Control tak lepas la. Demi menjaga hati, biarkan aje la.. Nevermind. She'll learn n improve herself!

Lepas tu aku pun tolong dia menghabiskan operasi yg belum selesai.

Thank you darling.

Mummy miss u so much!!!

...

Thursday, December 24, 2009

Suka Hati Aku Lah

...

ADA LA ANONYMOUS PENGECUT NI LEFT COMMENT KEKECUTANNYA..

Anonymous said...

kau tak ada kerja lain ke nit??????? buat apa nak buka pekong sendiri...itulah sendiri yang cari pasal......buat r**** kat p**** itulah jadinya...
Thursday, December 24, 2009 1:40:00 PM


ARGHH!!!

KALO KO ADA KAT TMPT AKU, KO TAHU LA MCMANA YG AKU RASA! BUKAN AKU YG SENGAJA CARI PASAL. AKU DIANIAYA LA BODOH! XKAN AKU NAK JADI BODOH MCM KO, X BUAT APA2 UTK PROTECT DIRI KO! X TAHULAH KALO KO MMG SUKA DITINDAS! SUKA HATI AKU LAH NAK BUAT REPORT KE X! BUKAN SENDIRI YG CARI PASAL, TAHU TAK!

NEGARA KITA ADA UNDANG2. KALAU KO XNAK GUNA UNDANG2 MALAYSIA, KO JGN DUDUK SINI, JGN MENGAKU RAKYAT MALAYSIA.

AKU BUAT SEMUANYA UNTUK DIRI AKU & ANAK AKU - MASA DEPAN ORG TERSAYANG! BUKANNYA MEMBABITKAN KAU PUN! XYAH NAK SMASH AKU GUNA IDENTITI ANONYMOUS. KALAU BERANI REVEAL KAN LA IDENTITI KO! AKU RASA KO NI MESTI ORG YG KURENG BERAGAMA & MENTALITY TERSANGAT LAH KUNO, SBB TU KOLOT! TAK BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL!!!

KO PULAK YG OVER-ACTING. PIIIRAHHHHH!!!!!

BUKAN AKU SORG JE YG KENA MCMNI. AKU PUN PERNAH BACA KAT BLOG RIZALMAN & ABG AZWAN - DIORG PUN KENA SMASH DENGAN ANONYMOUS PENGECUT MCMNI. STANDARD LA... MANUSIA MACAM2 JENIS. ADA MULUT TEMPAYAN, MULUT PUAKA, HATI BERULAT DAN MACAM-MACAM LAGI LAH...

AKU X RASA TERGUGAT PUN UNTUK TERUS MENULIS KAT BLOG AKU NI!!!

AKU TAK KACAU KAU, KAU JANGAN KACAU AKU!

AKU X GENTAR LA...

INI BLOG AKU, SUKA HATI AKU LAH NAK CITE APA PUN!

AKU AKAN JADI SAKIT JIWA KALAU MEMENDAM RASA!

...

Wednesday, December 23, 2009

Pokok-pokok Ku...

...

Tetiba teringat kat pokok-pokokku... Apa khabar pokok-pokokku semua ya? FYI, i love gardening. Mungkin menurun daripada arwah nenek aku kot - Arwah Wan Baruh. Iye kot...

Aku suka tanam apa saja - bunga, sayur, dll = yg berfaedah & menyedapkan mata memandang.

Dulu aku ada jugak pesan kat Intan, kalau dia ada balik KL, bawalah sepasu dua setiap kali balik KL. Ols dulu2 ada jgk pesan kat Nad mcmtu, if dia ada ke KL bawa kete, tumpang la sepasu dua. Nanti aku bagi la upah. Mungkin diorg xde ke KL dgn kete kot sbb tu lah senyap je..

Semua tu $ woo.. huhuhu... Beli pasu, beli tanah, baja, etc. Xpelah, kalau pokok-pokokku terus bermastautin di Kuantan, semoga adik-adikku akan menjaganya elok-elok. Itulah kenangan yang k.sue tinggalkan untuk korang.

Semua Orkid ni kalau naik subur & berbunga mesti cantik.


Agak-agaknya macamana keadaannya sekarang ni ya?


...

Monday, December 14, 2009

Pisang Goreng

...

Aisya :
Mummy, Aisya nak makan pisang goreng

Me :
Erm, nak beli kat mana goreng pisang?

Aisya :
Bukan goreng pisang la mummy. Pisang goreng. Goreng pisang tu adalah org yang sedang menggoreng pisang.

Me :
(sambil muka merah kemaluan di smash oleh anak sendiri)
Oklah. Pisang goreng, bukan goreng pisang. Jom, kita g beli pisang goreng.


Sampai kat gerai aku minta makcik tu bungkuskan Pisang Nangka RM1 & Pisang Abu RM1. Balik rumah tengok dalam plastik ada 8 keping pisang. Hah? Sekeping RM0.25??? Aku yang ketinggalan tentang harga terkini pasaran atau makcik penjual goreng pisang tu yang melampau? Konpius aku!



...

Tuesday, December 8, 2009

Enuff is enuff

...

Enough negative comments and thoughts....
If we think good of people, people will think good of us...
Enough "buruk sangka" and spreading rumours.....
You may have seen the situation from the wrong angle
or heard it from the wrong person......
Maybe it was your fault in the first place.....

...

Keji!!!

...

Macamana aku nak memulakannya?

Erm...

Aku x kira, aku nak meluahkan jugak apa yg terbuku di hatiku ini.
Korg ingat korg hebat sgt ke?
Korg je boleh me'laser'kan mulut?
Meh sini tgk sapa lebih laser.
Aku bukan nak jadi kurang ajar, tapi aku juga ada hati, perasaan & maruah untuk dihormati.

Diam bukan bererti aku kalah dan jgn ingat korg ramai, korg boleh menang. Boleh tindas aku!

Kenapa aku jgk yg dikatakan salah?

Kenapa perlu nak perli aku?

Kenapa nak hina aku lagi?

Kenapa x sudah2 nak kutuk, caci, maki aku?

Hina sangat ke aku ni?

Fikiran aku ni serabut. Jangan nak tambahkan kekusutan hati & jiwa aku lagi.

Tolonglah...

Semua org pandai bercakap. Jangan setakat bercakap je! Buatlah sesuatu. Show your action!

Aku adalah manusia - wanita yg ada perasaan. Semua makhluk ciptaan Allah s.w.t. ada perasaan.

Arghhhh aku buntu!

Aisyaaaaaa...

Tolong mummy!!!!!!

...

Wednesday, December 2, 2009

Aisya tersalah tekan :-(

...

Tiba-tiba Aisya called. Dia menangis, menjerit seperti org yg hilang akal. Kenapa sayang?

"Aisya tersalah tekan. Aisya tertekan merah. Aisya baru dapat cakap sekejap dgn daddy. Aisya nak cakap dengan daddy lagi! Aisya salah! Mummy tolong Aisya."

Oh NO! Pity her... Dahla demam.

Sabar sayang, peluang tu pasti akan datang lagi.

Sebenarnya aku pun sedih kasihankan dia tapi apa yang mampu aku lakukan?

...

Tuesday, December 1, 2009

Fevermania

...

Aisya demam.

Malam tadi lepas solat Isyak dia complaint sakit-sakit kaki, lengan & pinggang. Erm, sakit-sakit badan nak demam la tu...

Lepas dinner, sbl tido dia kata, Mummy, nanti Aisya bg Mummy duit. Then aku tanya kenapa? Pelik. Dia jawab, Aisya nak minta Mummy tolong picitkan kaki Aisya. Sakit sangat. Aku pun picit kaki dia sambil blebey - Mummy tak suka apa je pekerjaan yang nak minta tolong, diupah dengan duit. Tak baik. Lain kali jangan buat lagi macamtu. Mummy tak suka. Mummy pun x pernah ajar Aisya macamtu kan? Jangan buat apa je keje nak upah duit. Jangan jadi mata duitan. Buat apa-apa kena ikhlas. Dia pun kata - sori, Mummy...

Aku tahu ni bahana org yg mengaku 'pak sedara' dia dululah ni. Suruh dia picit, pastu nak upah $. Tapi last-last x bg pun $. Menghampakan & merosakkan budak kecik! Stupid!

Malam tadi dia asyik mengigau je. Panas sungguh badannya. Sian Aisya. Demam rindu agaknya.



Aku tak boleh cuti until end of this month. Hari ni start Orientation Programme kat office. 1st till 23rd December 2009 where I have to attend it! Pity her. Me - keep on calling her. Curi-curi g toilet la nak call. Hehe. Ols anytime is free time. She said she just baring je, pening. Hope she will get well soon!

Aku pun bukannya sihat sangat sebenarnya. Semalam otw balik rumah - dlm bas, tetiba sakit kepala. Dah gelap mata. Cepat-cepat capai handphone, pegang kat tangan je. In case anything happen, sempat la nak mendail sapa-sapa yang patut. Alhamdulillah, selamat sampai rumah walaupun aku bertafakur lama di bus stop sbb takut rebah masa nak melintas jalan & jalan kaki ke rumah. Sampai rumah je, Aisya dah perasan, dia kata kenapa Mummy nampak lain macam je, Mummy tak sihat ye? Aku rest jap and then prepare dinner yg ala kadar for her. Dia nak sup. Buatla sup tulang. So senang!

...

Monday, November 30, 2009

Candid...

...

Kalau aku boring, x reti nak buat apa, aku selalu ambik gambar curi - gelagat Aisya. Especially masa dia tidur. Saje, suka-suka & sebagai kenangan untuk direnungkan. Aku rasa tak puas merenung & menatap Aisya. Sorry sayang, jgn marah Mummy! :D


Aisya always sleep with her two lovely things

...

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

...



Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Di kala itulah bermulanya
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN


***

Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.

As usual nowaday apa-apa mood utk celebrate any perayaan disappeared. X rasa apa-apa pun. Org lain mgkn dah sibuk menyediakan kelengkapan nak raya esok. Mgkn ada yg tengah menyiang daging / ayam nak buat rendang, buat lemang, nak buat kuah kacang, rebus nasi impit dan lain-lain lagi. Aku masih di ofis. Bekerja. Keje bertimbun yg x pernah habis & sentiasa akan bertambah. Begitulah jd kuli. ngeh3x

Nak balik kg pun x tahu lg. Petang ni atau malam ni kot. Tunggu jelah... Baju & apa-apa yg patut pun x packing lg.

Actually I'm not feeling well. Again n again. Nak buat mcmana. Bukan nya kita tahu bila kita nak sakit / pengsan kan. Last week gastric menyerang. This week pulak sakit belakang semula. Nasib baik x pengsan kat tepi jalan. Huhuhu...

Aisya sentiasa menemaniku... Thank you dear. Sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan. Syukur alhamdulillah...

Semoga segala pengorbanan akan mendapat balasan yang melimpah-ruah.

...

A called again...

...

3.00pm - Aisya called. Dia menangis teresak-esak. Aku amat terkejut, gaya & intonasi nya seolah-olah ada something happened to her. Risau & terkejut sungguh! Berderau darah mummy.

Dia kata - mummy, daddy baru call. Daddy kirim salam I love u kat mummy. Aisya nak jumpa daddy. Aisya rindu daddy.

Aisya kata dia dpt berbual dalam 20 minit dgn daddy nya. Mereka bertukar cerita. Aisya kata dia x puas bercakap. Pity her.

Aku memang sengaja meninggalkan telefon ku kat rumah supaya if he call, Aisya ada peluang utk bercakap dgn him. Syukur alhamdulillah, at least lepas jgk perasaan rindu Aisya.

Aisya, bukan mummy tak nak bawa Aisya jumpa daddy, tapi Aisya kena faham keadaan ekonomi kita macamana. Sori sayang, maafkan mummy. Mummy faham perasaan Aisya. Juga, Aisya kena faham keadaan 2-2 keluarga macamana. Semua org marahkan mummy. Akhirnya kita berdua yang tersepit & terhimpit. Maafkan mummy sayang. Mummy tahu Aisya pressure & Mummy buntu!

Ibarat diluah mati mak, ditelan mati ayah. What should I do? Hanya doa ke hadrat Ilahi yang mampu dipanjatkan...

...

Thursday, November 19, 2009

Unexpected Call

...

I just received a phone call. 4.29pm. It's from him. Tetiba hatiku jadi syahdu. He is not feeling well. He said he miss me so much. He miss our daughter too... He really hope that he can meet us. Especially his daughter.

School holiday is coming. Where should Aisya be for the whole school holiday nanti? Leave her or with me? Oh God, please help me to decide. Or, let Aisya make her own decision. She knows what she want & what she doesn't want. That's better!

Luv u...

...

Tuesday, November 17, 2009

Puaka betul!!!

...

Erm...

Perasaanku tercabar lagi! Walaupun sedih, tapi bergetar jgk la diri aku ni menahan perasaan marah.

Apa lagi yg perlu dikatakan? Memang auta! Pandai berpura2. Pelakon yg hebat! Over acting. Dah kena kat batang hidung sendiri baru rasa apa yg kami rasa!

Kurang ajar!

Aku berani kerana benar!

Aku tak takut sbb aku x buat. Aku tak pernah nak kurang ajar / caci / maki diorg. Mak aku x ajar aku untuk jadi kurang ajar pada ibu mertua. Dia tetap ibu pada aku sampai bila2 biarpun cuma mertua. Mak aku didik aku dengan ilmu agama utk menghormati org lain. Kalau x caya, meh dengar rakaman perbualan kami. Jangan memandai je cakap ikut suka! Hentikanlah semua ini. Enuff!

Apa yang dah baca kat media tu, nak percaya, percayalah. Jangan percaya satu media je. Tengok semua media dan percaya semuanya. Media akan buat apa sahaja utk menaikkan rating diorg. Lu pikir la sendiri!

Mengaku pak sedara konon! Bertanggungjawablah kalau ko ngaku ko pak sedara Aisya! Hukum Allah s.w.t tiada siapa yang mampu mempertikaikannya. Aku sekadar mengingatkan. Jawablah di akhirat!

Allah s.w.t. Maha Mengetahui!

...

Wednesday, November 11, 2009

Woman

...

'Whatever you give a woman, she will make greater.
If you give her sperm, she'll give you a baby.
If you give her a house, she'll give you a home.
If you give her groceries, she'll give you a meal.
If you give her a smile, she'll give you her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her.
So, if you give her ...any crap, be ready to receive a ton of shit.'

Aku cilok wording ni kat FB Nana. Diella pun sama - copy from Nana punyer status. Nana jgn marah ea..

Ayat-ayatnya mmg meaningful! Perghh... Bagi sperm, dpt anak. Bagi rmh dpt kehidupan. Bg keperluan dpt kekenyangan. Bagi senyuman, dpt seikhlas hati. Dan bagi lah apa2pun, akan dpt berlipat kali ganda. Tapi bab amaran tu yg best, bagi masalah, ha.. tunggulah! Siaplah! Jgn sangka wanita itu lemah!

So, utk diri aku skrg ni, macamana ye?

Hahaha, it's a big question mark & it's complicated!

...

Monday, November 9, 2009

Doaku...

...

Aku juga ingin mengecapi nikmat hidup bahagia di dunia...
Ya Allah Ya Tuhanku
Kau lindungilah hambaMu ini
Hanya Engkau Yang Maha Memahami & Mengetahui
Kasihanilah hambaMu ini...
Kasihanilah anakku...
Kau tunjukkanlah apa yg terbaik buat kami sekeluarga


Sebagai hamba Allah s.w.t. kita hendaklah sentiasa berdoa & berusaha untuk yang terbaik buat diri kita. Apa lagi yang mampu diucapkan selain sabar dalam menempuhi segala yang mendatang.

Alhamdulillah, setiap hari aku cuba melakukan amalan membaca Al-Quran & Surah Yaasin supaya mendapat ketenangan. Aku tunaikan juga Solat Sunah Hajat agar Allah s.w.t. memakbulkan doaku. Aku jugu mendirikan Solat Sunat Istikharah agar diberikan petunjuk & hidayah dariNya.

Mulutku, hatiku & mindaku tidak henti berdoa memohon bantuan daripada Yang Maha Esa.

Ya Allah Ya Tuhanku, pahala Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas & Surah Yaasin yang telah aku bacakan - aku hadiahkan kepada arwah ayahku, datukku, nenekku, moyangku, bapa saudaraku, abang iparku, arwah mak & abah Eija, arwah ngah Khairul & arwah Tuty Mazura. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan bersama golongan orang beriman.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa suamiku, dosa kedua ibubapaku, keluargaku & dosa para muslimin & muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan terhadap suamiku & ibuku. Aku telah banyak melakukan dosa terhadap mereka. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh dugaanMu. Berikanlah aku hidayahMu. Tunjukkanlah aku jalan yang benar iaitu jalan yang Engkau Redhai. Bimbinglah hambaMu ini & tetapkanlah imanku ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadikanlah anakku Ain Nur Aisya itu anak yang solehah, cerdik, pandai, sihat & comel. Jadikanlah dia seorang anak yang mendengar kata. Makbulkan doa hambaMu ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan kami sekeluarga. Lindungilah kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Kau peliharalah kami sekeluarga. Kau tunjukkanlah apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah segala penyakit yang ada di badanku ini terutamanya penyakit Psoriasis & Thorasic Scoliosis ku ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ambillah nyawaku ini seandainya mati itu lebih baik untukku tetapi kau panjangkanlah usiaku seandainya hidup itu lebih baik untukku.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang memahami & sudi membantu serta mendoakan kesejahteraanku. Kau rahmatilah semua sahabatku ini. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana engkau telah menemukan aku bersama ***. Semoga perhubungan kami kekal abadi.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia & di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Ameen.

Ikhlas,

Hamba Allah s.w.t.

Be rational rather than emotional !

...

Thursday, November 5, 2009

Syukur Alhamdulillah...

...

Aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

It's all about Aisya.

Keputusan peperiksaannya boleh dikatakan ok jugaklah. Walaupun dia belajar dalam serba kekurangan, she's hardworking.

Kasihan Aisya. Disebabkan banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh mummy & daddy nya, dia menjadi mangsa keadaan. Kini, kehidupan kami serba kekurangan. Kesempitan & tersepit. Hopefully ada hikmah tersembunyi atas apa yang berlaku. InsyaAllah...

Aku tak mampu untuk menghantarnya tuition / nurseri yang boleh membimbingnya dalam pelajaran. Aku tahu kesukaran yang dihadapinya semasa membuat homework & mengulangkaji pelajaran di dalam bahasa Mandarin. Yang lain-lain boleh jugak la mummy nya ni tolong ajarkan.

Aku tahu disebabkan minatnya dengan bahasa Mandarin & amanah daddy nya agar meneruskan pelajaran di sekolah cina, dia cuba buat yang terbaik di dalam semua matapelajaran.

Aku berharap dia akan meneruskan kecemerlangan prestasinya di dalam pelajaran hingga akhir hayatnya.

Keputusan peperiksaannya = A!

Bahasa Melayu I - 98%
Bahasa Melayu II - 95%
Bahasa Inggeris - 96%
Sains Bahasa Inggeris - 85%
Sains Bahasa Cina - 91%
Mathematic - 83%
Mathematic Bahasa Cina - 83%
Pendidikan Islam - 86%
Bahasa Cina - blm dpt lg

Syukur alhamdulillah...


Picture taken while she was at SRJK(C) PEI CHAI, Kuantan, Pahang - penampilan x berapa kemas = Daddy yg uruskan dia sbb Mummy g course :D

...

Friday, October 23, 2009

Nasi Kerabu

...

Hari ni aku makan nasi kerabu lagi. Since Monday for breakfast, aku makan nasi kerabu except yesterday makan Roti Telur. Meaning dah 4 hari makan nasi kerabu. Kebetulan nasi kerabu awe baru meniaga kat AIKOL sedap pulak..

Bila order dia dah tau dah... Cik Mek Sue punyer x nak budu, x nak togeh, sambal cili sikit, kuah lebih. Hehehe... Ok jgk rasanya nasi kerabu dia. Lengkap ada ikan celup tepung, daging bakar, ayam percik & telur masin.

Aku belajar makan nasi kerabu since ITM tahun 1995. Eija yg ajar aku makan nasi kerabu. Beli kat Pasar Malam Jengka. X nak budu & makan dengan ayam goreng. Pelik kan? Since tu lah aku makan nasi kerabu mcm tu, xnak budu tapi dgn ayam goreng.

Dulu masa duduk kat Kuantan, jiran aku org Kelantan. Kak Ti namanya. Kalau dia nak buat nasi kerabu dia akan ajak aku tolong dia sbb agak leceh nak menyediakan bahan2 nasi kerabu. Teringat kenangan memasak nasi kerabu dgn dia. Prepare solok lada, daging bakar, ikan celup tepung, telur masin, kuah masak, sambal kelapa + isi ikan, ulam2 & nasi bunga biru. Bunga biru? Bunga ni lah yg menjadikan color nasi tu jd biru. Selalunya dia import bunga tu bila dia kelik Kelate.

Lebih kurang 13 tahun duduk kat Pantai Timur, kira puas jgk la makan makanan sebelah sana. Macam2 benda aku cuba... Sedap gak. Erm, teringat 'AKOK KOTA BHARU' la pulok. Aku x tahu pun kat mana kedai yg sedap sbb K.Ti jd supplier aku setiap kali dia balik KB. Hahaha... Anyway thanx to K.Ti sbb selama 8 years K.Ti sudi ajar Sue byk benda pasal Kelantanism.

Nasi kerabu awe AIKOL sedap jgk sbb dia guna 'pure' bunga biru. Bkn pewarna. Boleh tahu beb!

Hari ni awe tukang bungkus oghe lain, dia terletak budu. Masin sikit rasanya. Ooo, agaknya rasa budu tu lah yg masin kot. Hehehe, sori la beb, aku x makan budu. So aku x tahu mcmana rasa budu. Aku x makan budu sebab byk sgt cite yg menggelikan pasal budu, so better do not take BUDU. Oghe lain yg makey budu jange maroh!

Dah siap bgks barulah awe yg biasa jd tukang bungkus muncul... Dia kata "Guane oghe Kelate dok make budu nih!" Aku pun katalah sbnrnya suka makan je. Dia pun pelik, "Lorr, ingatkan oghe Kelate, panda kecek Kelate". Ngeh3x :D

Ni lah menu aku utk minggu ni...

Nasi Kerabu dgn Solok Lada, Telur Masin & Ayam Goreng


Alhamdulillah... Kenyang! Burp!

...

Wednesday, October 21, 2009

Dah lama x dapat 'DRUG'

...

Aku baru balik dari clinic... ngantuk giler rasa. G jalan kaki sensorg je. Otw sampai ofis dah rasa mcm melayang2 nak pejam mata. Alhamdulillah selamat sampai kat kerusi sendiri.

Kat clinic td, lepas check2.. Dr. pun kata, bagi injection. Alamak.. aku dah lama xnak ambik jap. X sudah2 nak tayang punggung kat nurse. Malu seh..

Niat aku g clinic just nak ambik stok ubat je. Stok dah bkurangan. Biasala.. Hujah / mulut u boleh goreng kasi kelentong. Kalau badan dah x berapa ok tu, MEDICALLY u x boleh tipu la.. All shows!

Kat sini susah nak landing... nak landing kena g surau kat level 1. Tempat aku kat level 3. Dulu masa kat Kuantan, ada bilik sendiri. Bgtau Dr.Su, then she's ok, kunci pintu, tutup blind apalagi = landing time. Kat sini jauh nak bjalan lg. Maleh2...

So, now tempat sendiri - my workstation ni jd mangsa. Jiran2 sebelah menyebelah dah biasa sgt kot tgk aku tsandar kat kerusi tlelap ataupun ter'landing' kat meja. Whateverlah... Janji aku rasa release & comfortable kan... Diorg pun dah faham my health condition.

Ofis aku ni aircon nye terlalu sejuk. Beku kakitangan. Kalau x pakai covered shoes, kenalah pakai socks. Kalau dah pakai socks tu, kwnnya udah tentu selipar jamban. Kadang2 ada jgk yg tegur - mcm org dlm pantang! Erk? Dalam pantang ke aku ni?

Malu dah buang jauh2. Selamba je la.. Aku kan ibu tinggal. Nothing to be shy!

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...