DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 30, 2011

Youtube..

....

Ape kena dgn youtube?

Tak pasal-pasal blocked video kat channel aku. Ngok-ngek betul..

Ini personal video lah senget!

Bukan video high demand! :p

Video pun daripada telefon cap ayam ajo!

Geram punya pasal korang tengok video ni kat sini..
Video biasa-biasa je pun

- 1st - Stacy nyanyi lagu Jahat masa Birthday Party Stacy

video

- 2nd video - Adam nyanyi lagu Benar-benar at Amcorp Mall PJ

video

Both video KRU claim copyright reserved!

....

Monday, March 28, 2011

*_*

...


...

Sunday, March 27, 2011

Exhausted..

...

Hari ni agak letih & mengantuk sebenarnya.

Aktiviti semalam berlarutan hingga ke awal pagi ni. Mana tak ngantuk kan. My activities started as early at 6.00am. Mata aku ni, walau hari cuti, paling lewat pkl 6.00am pasti dia terjaga. Weekdays 5.00am. Dah biasa. Cubalah time weken dia jaga pukul 6.45am ke, kan best. Lama sikit tido & sempat Solat Subuh lagi. Kalau jaga pkl 6.00 pagi & lepas solat mata ni nak tido semula xpe, tapi ni tidak. Xde maknanya nak lelap semula.

So, normally inilah peluang lama sikit duduk atas sejadah mentelaah & baca apa yang patut. Lepas Solat Sunat Dhuha, aktiviti harian weken pun bermulalah. Tapi semalam aku x terus ke dapur sebab Aisya nak breakfast roti je. Wah! Senang keje I. So, belek macam-macam magazine sambil tengok Nasi Lemak Kopi O tak sedar dah pukul 10 pagi rupanya.

Aku meneruskan aktiviti simpan kain baju yg dah berlipat ke dalam almari. Aisya pening. Banyak sangat kategori katanya. Hehe..

Tengahari attended wedding invitation kat Setapak. Kebetulan ada 2 org kawan/adik nak pegi jgk. Pika naik tren from Seremban to Bangi. Then Zieha ambik dia & terus memecut ke rumah. Diorg sampai dah dekat pkl 1.00 tghr.


Lepas we all pegi wedding kakak Zared, balik rumah, solat Zohor & memecut ke Sg. Wang Plaza pulak. Aisya dah risau takut tak sampai on time sebab abang dia bagitau show starts at 3.30pm. No lah, it started at 4.00pm.

Kali ni promotion for ADAM 4, projek baru KRU - V.I.P, artis baru naungan KRU - kumpulan TIGA, FORTEEN & artis baru under Aico Empire Group - Shima & RE-DO. Iqa Mentor 5 pun ada. Surprisingly, Edry skodeng dari jauh rupanya.


Lepas abes show, as usual autograph n photo session. As usual adik abg akan jadi PA Jr cum pegang glove, specs, etc. Sempat aje dia menyelit kat mana-mana. Aku cuma memerhatikan je dia dari jauh. Now aku realize Aisya makin bijak bergaya depan camera.


Then lepak Delifrance makan-makan. Time ni lah macam-macam perangai backstage muncul. Feninnnnnnnn


Then balik rumah semula mandi, solat, rehat & bersiap nak kuar semula. 8.30pm kuar rumah sebab 9.00pm nak tengok movie - Hikayat Merong Mahawangsa @ Pavilion.


Sebenarnya aku tak pernah gi Pavi. Hahaha, x caya? betul beb! it's true.. nama je duduk KL tapi tak keluar rumah. Sekarang ni kalau keluar pun sebab ikut Abang Aisya. Kalau tak, terperuk la kat rumah je. Tengok movie jarang sekali. Last year sekali je kot. Sian Aisya. X macam masa duduk Kuantan dulu yang every week wajib melawat GSC Megamall.

Yesterday was tiring but sangat enjoyable! Aisya terutamanya. She was happy! The movie was BEST! Thumbs up + tabik spring toing toing to Yusry KRU!!!!!


Abes movie sesi bergambar tak hengat orang keliling berlaku lagi utk kesekian kalinya. Usik mengusik, senda gurau berlarutan ke kedai makan hingga jam 2 pagi.


mereka yg xde keje

Dahla masa nak kuar dari Pavi, rombongan En. Mohd Aizam mengembara parking area by Buggy Car. Sangat challenging macam nak terbang gara-gara lupa nak jot-down kat mana parking tadi. Cuma ingat level je. Ha, ambik semua.. Gelak abg driver buggy car melayan karenah kami. Lawak betul!

Sampai rumah continue borak lagi sampai pukul 4 lebih. Then paksa tido sebab esok nak bangun pagi. Seperti biasa, mata aku ni pkl 6 lebih je dah jaga semula. Hey aku tension lagi, tension lagi :p

Xpelah kan, bagus jugak, tak terlepas Solat Subuh. Alhamdulillah, kurang sikit dosa kot. Hehe...

Lepas breakfast, pkl 10am dah kuar rumah nak g wedding my cousin kat Cheras pulak.


Hari ni Majlis Akad Nikah & perempuan's side. Yang pergi all aunties & uncles (sebelah arwah ayah) & cousins je. Bunyi macam sikit tapi kami ni ramai. Takde orang luar pun. Kalau naik bas 2 tingkat pun x muat.

Sementara tunggu acara berlangsung utk tengahari selepas akad nikah pagi tadi, kami semua lepak-lepak dalam surau. Aku akan ingat nasihat & pesanan ibu saudara aku yang kalau aku susah sekarang ni pun, ada lagi orang yang lebih susah daripada aku. Aku akui & memang ingat tu :-)

Sebab tu lah kalau aku & Aisya susah sekali pun, aku akan still buat-buat biasa; tabahkan hati supaya lebih cekal lagi untuk melalui kehidupan sekarang & akan datang, InsyaAllah.

Balik rumah dah 4pm gitu. Oh, ngantuknya la rasa.. Aku teruskan aktiviti mendobi & mengemas rumah.

Malamnya Aisya still asking whether nak ikut abg gi konsert mentor ke x? I said NO sbb penat & nak tido awal kononnya. Mlm tu while watching Mentor 5 @ TV3 rasa mcm rugi pulak x gi MBSA sbb ada Rossa. Ada org terjerit-jerit kat rmh & buat aku hangin jek :p

Performances by all protege pun best. Mmg best tgk live lg kot. Minggu ni Ally Iskandar mesti rindu.. Hahaha... *perasan*

Semua aktiviti mcmni, even meletihkan, I'm happy sebab aku boleh melupakan keserabutan otak :D

Penyakit tak boleh tidur aku ni kembali semula..
Hish, geram betul lah...
Ggrrr.....


...

Friday, March 25, 2011

Warkah Untuk Anakanda..

...


Salam sayang teramat sayang. Semoga anakanda sentiasa didalam lindungan Ilahi. Warkah daripada anakanda tempoh hari telah bonda baca dan fahami. Ibarat dicubit peha kiri, peha kanan terasa denyutannya.

Nampaknya, anakanda telah benar-benar menempuhi kerenah dunia realiti, satu demi satu anakanda harungi. Sebenarnya ianya adalah untuk menambah kematangan anakanda.

Anakanda,

Rasa tersingkir, hilang kepopularan, kemalangan, kehilangan dan sebagainya, jika berlaku pada diri kita sememangnyalah amat pedih dan sakit rasanya. Hati bagai dihiris-hiris, tercalar-calar dan berdarah-darah, dicincang-cincang hingga hancur berderai, dibakar atas zink hingga tidak dapat dikenal DNAnya. Huh, begitulah azab.

Apatah lagi kalau ianya berlaku buat pertama kali, si pelakunya pula orang yang kita sayangi dan percayai. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Apa salah aku? Seolah-olah satu loceng besar jatuh ke atasnya dan kita terkurung di dalam, gelap, tidak mampu mencari jalan keluar.

Tiba-tiba kita rasa disingkirkan? Seolah-olah kita berdosa besar pada mereka? Apa yang telah kita lakukan hingga tergamak mereka berperilaku begitu? Tanyalah diri berkali-kali, apakah kelemahan kita, adakah kita pernah berperilaku seperti perkara yang kita sendiri tidak suka? Kalau begitu perbaikilah kelemahan itu.Untuk mengetahui kelemahaan dan keburukan kita hanya boleh mendapati dari musuh kita, kawan baik tidak akan tega menceritakannya.

Jika keyakinan kita tinggi yang kita dipihak yang benar, letakkan penuh keyakinan bahawa itulah kesempatan yang diberi-Nya untuk mendekat diri kepada-Nya. Kita tidak pernah bersaorangan, kita ada Yang Maha Penolong yang Hakiki. Mintalah agar kita diberi gantian dengan yang lebih baik.

Ramai kawan, popular, dikenali ramai ke mana jua pergi, belum tentu mereka akan bersama menangis dengan kita. Apalah guna ramai kawan jika mereka hanya seperti buih, yang membawa kita lagha dan semakin cinta kepada dunia. Biar sedikit tapi bila bersamanya hati sentiasa hampir pada yang Esa.

Anakandaku,

Satu situasi yang sama, menimpa ke atas dua individu yang berlainan, akan diterima dengan respon yang berlainan.

Dua kali limalah dengan,

Dua orang yang berlainan mengalami satu situasi sadis yang sama, maka respon yang mereka tunjukkan juga adalah berbeza.

Contoh,

Mak Piah dan Mak Jah, telah tercedera akibat kereta mereka terlanggar tiang. Bagi Mak Piah, itulah pertama kali berlaku dalam hidupnya, baginya, dialah yang paling malang dalam dunia, sedangkan Mak Jah yang pernah mengalami kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan parah pada salah seorang penumpangnya akan rasa bersyukur kerana masih terpelihara dari kejadian yang lebih teruk.

Syasa yang selalu dimanja oleh ibubapanya, dan semestinyalah, dia anak tunggal dan memang comel, cerdik dan tersangatlah petah. Aina pula sudahlah ramai adik beradik, tidak berapa comel dan kurang cerdiknya. Semasa dalam kelas Farah berkata kepada mereka berdua, "Tak nak kawan awak". Syasa terus mencuka dan mencebik-cebik lalu berjumpa Cikgu, "Cikgu Farah tak nak kawan kita". Aina pula, tak kesah, dalam hatinya, "Alah tak kawan pun tak apa".

Pak Tohir dan Pak Separ, telah difitnah hingga beberapa penduduk kampung menjauhkan diri daripadanya. Inilah kejadian pertama yang Pak Tohir alami, beliau rasa mahu menjerit dan dunia seolah-olah mahu kiamat. Sedang Pak Separ pernah jatuh muflis dalam perniagaannya juga atas fitnah tetapi berkata "Alah, small matterlah". Pak Separ pernah bangkit dan mendekatkan diri pada Allah, kerana hanya Allahlah teman yang Maha mengetahui kesah sebenar.

Peha yang buat kali pertamanya kena cubitan, aduh! Amatlah pedih dan berdenyut-denyut, tapi bila sudah berkali-kali deria rasanya sudah mengurang. Apalagi kalau telah parah dan luka-luka berdarah, cubitan sudah tidak berbekas padanya.

Makanya, jadilah manusia yang kebal dengan situasi-situasi sadis. Manusia yang banyak diuji dan sabar akan dihisab tanpa ditimbang. Tapi, hendaklah pula ianya beramal saleh dan bertaqwa, sebab orang kafir pun ramai yang bersabar.

Bonda bukanlah ahli psikologi atau motivator, mahupun guru kaunseling. Hanya seorang Ibu yang menulis mengikut kata hati dan kurniaan ilham yang dijelmakan-Nya setelah menghadapi sesuatu situasi.

Semoga warkah ini memberi sedikit kekuatan untuk anakanda meleraikan kemelut jiwa anakanda sehingga mengganggu tumpuan tugas anakanda.

Buat kal ini setakat ini sahajalah yang bonda mampu coretkan disini. Insya-Allah akan bonda susulkan lagi di masa dan situasi akan datang.

Wallahua'alam.

Salam rindu dari Bonda, kerana Allah.

Sumber - Artikel iLuvislam.com

Thursday, March 24, 2011

Highest & Apology..

...

Aisya called.

Dia dah dapat markah utk paper BI for previous examination. She got 96% and the highest in the class. Syukur alhamdulillah.. sbb tulah berkobar-kobar dia call aku dari sekolah nak bagitau berita gembira ni kot.

Aku rasa ini ada kena mengena dengan kejadian malam tadi jugak kot. Lepas solat Maghrib, mengaji & sementara tunggu azan Isyak, elok borak-borak. Then x semena-mena aku naik angin terus merotan Aisya dengan bertelekung bagai.

Teruknya aku!

Aisya bagitau dia dah dapat markah bagi 2 subject dan aku jadi giler sekejap sebab dia dapat markah yang tidak memuaskan hati aku. Aku nak dia dapat 100% bukannya markah yang rendah. Mungkin bagi org lain markah tu dah ok but not for me. Sebenarnya bukan teruk sangat pun, ataupun fail ke.

Regret... Istiqfar...

Bila difikir semula, Aisya ni selalu jadi mangsa kemarahan aku. Benda kecik pun aku boleh naik angin. Ye betul.. aku xde tempat nak meluahkan. Pendam jek. X lepas. Then sekali meletup macam gunung berapi. Benda yang tak berkenaan / tak sepatutnya pun tarbabit sama jadi mangsa. Sian Aisya...

Maafkan Mummy sayang, Mummy sayang Aisya...


Aku selalu ingatkan diri aku untuk sabar dengan bermacam benda, dan aku boleh sabar.. tapi bila berdua dengan Aisya, sometimes aku ni jadi panas terus.

So, to calm myself also, today - aku puasa. Itu lebih baik untuk menyabarkan ku.. Lagipun aku memang selalu puasa sunat setiap Isnin & Khamis jika tidak ada keuzuran. Semoga kesabaran akan sentiasa menemaniku..

Doakan ye..

...

Wednesday, March 23, 2011

TT__TT

...

Aisya called..

Dia dapat markah utk paper bi for previous exam. She got 96% and the highest in the class. Syukur alhamdulillah.. sbb tulah berkobar2 dia call aku dr sekolah nak bgtau berita gembira ni.

Aku rasa ini ada kena mengena dgn kejadian mlm td jgk kot. Sementara tunggu isyak, aku jd giler sekejap merotan aisya dengan bertelekung bagai. Teruknya aku! Aku rotan dia sbb dia bgtau dia dpt markah yg tidak memuaskan hati aku. Aku nak dia dpt 100% bukannya markah yg rendah. Mgkn bg org lain markah tu dah ok but not me, ok.

Bila difikir semula, Aisya ni selalu jd mangsa kemarahan aku. Benda kecik pun aku boleh naik angin. Ye betul.. Aku xde tmpt nak meluahkan. Pendam jek. Then meletup mcm gunung berapi. Sian aisya..

Maafkan Mummy sayang, Mummy sayang Aisya...


...

A Help..

...


Semalam, sampai je rumah, Aisya bagitau "Mummy, ustaz kata kalau dia tengok atau nampak Aisya pakai kasut koyak lagi, ustaz nak koyak / gunting kasut Aisya"

Fuh! Panasnya statement ustaz sekolah Aisya.

Ye, aku tahu sebab Aisya pakai kasut lama yang dah koyak rabak. Tak perlulah aku letak gambar rupa kasut sekolah Aisya tu macamana. Memang nazak.

Sebenarnya tahun ni Aisya dapat bantuan daripada pihak sekolah. Dia dapat sepasang kasut sekolah, stokin & baju. Kasut yang pihak sekolah bagi tu besar sikit, so aku plan nak simpan la dulu kasut tu untuk future. Selagi kasut lama boleh pakai, aku suruh Aisya pakai.

Seingat aku, kasut tu dulu masa Aisya darjah 2. Sekarang dia dah darjah 4. Imagine! Masa Aisya darjah 2, kami x beli apa-apa keperluan baru buat Aisya except kasut sekolah. Yelah, masa nak masuk sekolah darjah 1 dulu dah beli baru semua kan. Also, xnak ajar Aisya every year dapat barang baru setiap kali bukak sekolah.

Then, kejadian sadis melanda pulak.. lagilah aku tak beli apa-apa barang baru buat Aisya ketika dia masuk darjah 3. So meaning keperluan persekolahan seperti beg sekolah, baju sekolah & peralatan persekolahan Aisya, dia guna yang dari darjah 1. Lagipun still elok lagi.

Cuti sekolah tahun lepas, nak masuk darjah 4, aku belikan Aisya beg sekolah baru sebab beg yang dia guna since darjah 1 dah koyak. Ingatkan nak hantar jahit je, tapi macam kesian pulak kat dia. Orang lain takde ayah jugak, tapi ada macam-macam. Yelah, orang lain tu ada sedara mara yang prihatin & bertanggungjawab. Bab Aisya, tettttttttttt!!! @_@

Tahun ni jugak Aisya dapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan kat sekolah. Aku tolak bukan sebab apa. Aku takut + was-was halal ke x even pihak sekolah dah bagitau ianya halal. Bagi aku, xpelah, biarlah Aisya bawa bekal nasi & telur je pun xpe besides roti & biskut yang dibawa dari rumah. Buah-buahan potong yang dapat pun aku tak bagi Aisya makan sebab aku memang x yakin dgn hygiene + cutlery nyer. Betul x?

Aisya kata cikgu-cikgu selalu bagi Aisya macam biskut ke, etc. So aku ingatkan Aisya, if ada tanda halal baru boleh ambik & makan. If not tolak dengan baik.

Alhamdulillah, rezeki Aisya selalunya daripada 'orang luar' yang bukan darah dagingnya. Itulah kenyataannya... Kenyataan memang sukar untuk diterima, tetapi itulah hakikatnya :-)

...

Tuesday, March 22, 2011

Parasit Hati..

...



Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu.

Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat... tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!

Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati... anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.

Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?

Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana.

Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.

Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya "parasit" pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah.

Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.

Aku menulis ini justeru ada pertanyaan. Aku enggan menulis tentang watak "hitam" dalam kelompok manusia seperti dia. Aku pun bukan "malaikat" yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang secebis, anda, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan.

Jika tidak setuju, dia senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kita lain bicaranya. Jadi, jangan ada apa-apa hubungan dengannya... biarkan dia berlalu sebagai "tanda jalan" dalam musafir hidup mu!

Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu... pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman.Jangan melulu oleh kemarahan.

Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.

Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang... tetapi sekadar "melembutkan" pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis?

Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!

Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda... kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.

Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu.

Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati... yang berasal daripada hati mu sendiri!

Ya, sekali lagi... pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:
1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.

Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!

Sumber - Artikel iluvislam.com



* kadangkala hati tertanya-tanya bagaimana ada manusia yang tergamak memberi gelaran binatang / syaitan kepada orang lain.. Astaqfirullahal'azim... Semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk, hidayah, menyucikan hati mereka & kita juga *

...

Friday, March 18, 2011

Demi Cinta..

...


Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A'ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT... yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu... pengampunan Allah tidak bertepi dan "bertapi" lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa... Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati... Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu... sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA..

Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri... Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.

Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.

Kemarahan seumpama 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita.Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup... berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita 'bebas' dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu.

Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau "life style" orang-orang yang soleh.
Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun... Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang masih hidup, bukan untuk orang yang telah mati.

Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil... Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin... tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca "4 Qul", doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan "orang lain" yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah... siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan "sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini..." Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

"Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. "

"Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku."

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah... aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit "benci tapi rindu" ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.

Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Kata ahli psikologi, "Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak." Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun masih bermujahadah untuk memaafkan.

Sumber - Artikel iluvislam.com


...

Wednesday, March 16, 2011

Thinking of u..

...


...

Friday, March 11, 2011

Moderator..

...

Habis je exam, Aisya sibuk practice. Practice untuk Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Cina. Aisya kata dia teringin sangat untuk dipilih menyertai pertandingan ini. Dia selalu menyertai pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu. Selalunya dapat No. 2 je. Xpernah jadi Johan lagi. Now dia nak cuba in Mandarin pula.

Pemilihan untuk pertandingan ini belum dibuat lagi. So, beberapa orang pelajar yang berpotensi diberi peluang berlatih sendiri dahulu sebelum pemilihan dilakukan oleh guru sekolah.

Masalahnya adalah...

Mummy kena dengar Aisya bercerita dalam Bahasa Mandarin.

Macamana Mummy nak jadi moderator nyer darling? Bab nak tentukan gaya, betulkan sebutan or intonation nyer macamana? Lawak betul lah..

Apa-apapun nak menjaga hati punya pasal, dengar je lah..

Aisya-Aisya... :-)


Penari Ballet sekolah tak boleh pakai spec katanya = tak cantik & spec jatuh nanti :D

...

Thursday, March 10, 2011

Examination again..

...

Harini last day Aisya exam kat sekolah. Semoga Aisya telah berjaya menjawab semua peperiksaan dengan betul dan lulus dengan cemerlang.

Aku pun risau jugak sebab Aisya ni dah lah sekolah @ SRJK (C); pastu tak pergi tuition mana-mana pun. Harapkan kat sekolah semata-mata especially subject yang menggunakan Bahasa Mandarin. Apa-apa subject yang in Malay & English, InsyaAllah, aku boleh bantu.

Aisya takut dengan result dia nanti sebab kali ni aku dah warned dia supaya dapat 100% untuk semua subject. Kalau tak dapat aku rotan :D (kejamkah aku??)

Aku rotan dgn apa yg ada di rumah je since Daddy Aisya dah pesan jangan beli rotan kat pasar malam sebab dia taknak aku lupa diri rotan anak dengan teruk lagi sebab tekanan - he knows the condition of his daughter before, bila aku rotan Aisya teruk dulu.

Teringat last Saturday dia tanya daddy dia, "Kalau Aisya tak dapat 100% Daddy marah tak?" Then Daddy dia kata "Cubalah dulu". Dia nampak upset dengan jawapan daripada Daddy nya. Mesti dia ingat Daddy dia sokong dia & boleh dapat markah 90 lebih pun tak apa. Hehe.. No sayang, you must try to get 100%. If you have try your best & the result is not successful nevermind. Mummy understand & know your situation.

Setakat ni Aisya masih lagi mengekalkan straight A's in all of her examination & remain 1st class in school. Paling teruk result dia before this adalah subject Sains Bahasa Cina, 89% (kalau tak salah aku lah)

Aisya selalu minta kami doakan agar dia berjaya. Sudah tentu semua parent akan doakan kejayaan anak kan. Last Sunday, dia post ni kat FB status dia.


Aku bagi dia online FB once a week only. Then, tengok ni -


Minta abang doakan dia rupanya. Next time dia bukak FB sukalah tu, abg reply.

Aku yakin dia memang risau dengan amaran aku tu kot. Aku ni ibu tinggal yang sering dicemuh oleh mulut-mulut puaka dunia. So, aku nak pastikan yang Aisya berjaya dengan cemerlang di dalam pelajarannya.

Teringat last year..

Ketika hari penyampaian hadiah peringkat sekolah. Hati ibu tersentuh jua bila melihat Aisya naik ke pentas untuk ambil hadiah kerana mendapat tempat ketiga dalam kelas. Ini first time! Memang bangga & terharu tengok dia menerima hadiah atas pentas. Berkobar-kobar & ternanti-nanti nama Aisya diumumkan :-)

Sorry lah, mungkin bagi sesetengah orang dah biasa tengok, bagi aku yang 1st time ni macam excited sangat lah tambahan bukan senang bangsa lain yang bersekolah di aliran Cina untuk cemerlang disebabkan faktor kemahiran penguasaan bahasa.

Lepas dia turun pentas, dia cakap kat aku "Mummy, kalau Daddy tengok Aisya, mesti Daddy bangga kan?"


...

Tuesday, March 8, 2011

Memaafkan Untuk Syurga..

...


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Sumber : Memaafkan Untuk Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

...

Monday, March 7, 2011

Sinar Harian - Ahad...

...

Aisya happy.. wajah dia keluar kat paper Sinar Harian Ahad lagi :-)

[ARTIKEL] Adam Hargai Jasa Peminat (Sinar Harian)
by Aico Fc


‘Tanpa peminat, siapalah saya’. Sekalipun kedengaran klise, namun hakikat itu perlu diakui golongan artis yang memerlukan peminat untuk kekal di dalam industri seni tanah air.

Terdapat sesetengah artis sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga hubungan dengan peminat.

Tidak terkecuali anak kelahiran Sabah, Mohd Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam, sekalipun sibuk dengan kerjaya seninya, namun dia cuba meluangkan masa bersama peminatnya.

Berikutan itu, sebagai menghargai jasa peminatnya, Adam mengadakan majlis makan dan santai bersama AicoVX atau lebih dikenali sebagai Adam Fan Club Malaysia di restoran Rafflesia Chicken Hut, The Mall, Kuala Lumpur, pada 26 Februari lalu.

Selain Adam, turut memeriahkan majlis itu, artis naungannya, Badboyz.

Menurutnya, tujuan majlis itu diadakan untuk mengeratkan hubungan antara dia dan peminat, serta meraikan kemunculan album terbarunya, Adam 4 yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

“Saya bertuah kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong karier seni saya. Tambah bermakna, saya bukan sahaja mempunyai golongan peminat yang menyokong kerjaya saya sejak mula bertapak di dalam industri seni, sebaliknya saya bertuah kerana mempunyai peminat baru yang dapat saya lihat setiap kali mengadakan persembahan.

“Saya bersyukur kerana melalui AicoVX, saya dapat bertemu dan mengenali peminat dengan lebih dekat,”
katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Seramai 30 peminat bertuah turut serta dalam majlis serba ringkas selama tiga jam itu sebaik Adam selesai mengadakan persembahan dan sesi bertemu peminat di Selayang Mall.

Ahli AicoVX, Kannmani berkata, dia meminati Adam sejak awal kemunculannya kerana menganggap Adam boleh dikategorikan sebagai artis bertaraf antarabangsa.

Ini kerana, Adam sering membawa kelainan dari segi persembahan, tarian, konsep dan penampilan.

“Adam antara artis realiti TV yang masih unggul dan kekal di persada seni tanah air sehingga hari ini.

“Kelab peminat rasmi Adam bukan sekadar Fanclub, sebaliknya kami seperti satu keluarga di mana ketuanya adalah Adam. Oleh sebab itu, kelab peminat ini boleh kekal sehingga tujuh tahun sejak 2004 ditubuhkan dan kami akan terus menyokong karier Adam dalam sebarang bidang diceburinya. Kami sayangkan ahli kelab seperti mana kami sayangkan Adam sejak dahulu,”
katanya.

Menerusi majlis itu, ahli rasmi AicoVX menerima album Adam 4 setiap seorang yang mengandungi lima lagu dicipta Adam sepenuhnya beserta poster istimewa percuma.

Album Adam 4 edisi khas akan menyusul di pasaran tidak lama lagi dan mengandungi tambahan lima lagu instrumental.

Bagi yang ingin mendapatkannya, boleh menghubungi Aico Empire Group di laman sesawang, Facebook.

Bagi Fanclub yang ingin berkongsi cerita bersama artis kesayangan anda, boleh emelkan kepada aqmar.mustaza@sinarharian.com.my

Credit : http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8831700.asp

...

Friday, March 4, 2011

Sabar..

...


...

Al-Fatihah..

...


...

Tuesday, March 1, 2011

Pasar Malam

...

Kejap betul masa berlalu. Sekejap je dah new month - MARCH. Rasa macam baru je new year.

So, bulan baru ni, aku memulakan sesuatu yang baru lagi buat kami berdua.

Harini aku tanya Aisya, "Aisya nak pergi Pasar Malam?" terus dia jawab "Nak!"

First time after 2 years, we went to Pasar Malam. Macam poyo je bunyi nyer kan? Betul.. Dah 2 tahun ni aku tak pernah bawa Aisya pergi Pasar Malam.

Sampai je kat Pasar Malam, Aisya kata, "Mummy, semenjak kita duduk KL, kita x pernah pergi Pasar Malam kan?"

"Haah" jawabku.

Kami berjalan memerhati apa yang ada di Pasar Malam. Tiba-tiba aku terpandang something. Aisya pun tengok benda yang sama kot. Spontaneously, we look each other.

"Daddy suka makan kuih tu"
Airmata ku meleleh. Aisya terus cakap "Mummy ni tak malu lah menangis depan orang :p"

Terus kitorang jalan cepat-cepat xnak tengok kuih denderam / telinga keling tu lagi.

Then Aisya kata lagi "Mummy, bila kita nak pergi Kuantan lagi, Aisya rindu sangat kat Kuantan"

Me - speechless - no answer for her questions.

After bought few kuih-muih, ice-blended, sugarcane drink & fried chicken for her, we went home. Enuff la...

She smile happily on the way home.


I think we miss Pasar Malam @ Kuantan a lots..

Monday - Pasar Malam Beserah
= Nasi Dagang + Laksam + Tepung Pelita + Lompat Tikam + Kuih Koci + Kole Kacang Nenek/Atuk Aisya (sbb dr Aisya baby lagi dah jd pelanggan setia)

Tuesday - Pasar Malam Taman Impianku
= Nasi Minyak Bohsia + Laksa Lemak/Masak + Apam Balik

Friday - Pasar Malam Indera Mahkota
= Nasi Minyak Cenderawasih + Air Bandung Kak Ros (wajib beli air jagung angah yg mmg best)

Saturday - Pasar Malam Bandar
= Yong Tau Fu + aiskrim & air yg angah jual jgk :D

Mostly penjual kat pasar malam ni semua dah kenal kami. Macam nenek/atuk Aisya tu mmg tahu dah our order. Anaknya pun sama. Abg yang jual Yong Tau Fu pun sama, Isnin & Sabtu mesti beli. Wife dia pun dah tahu dah, kuah pedas sikit, manis lebih. Kakak dah berapa kali bersalin pun kitorg tahu. Cukup risau bila tengok wife abg jual yong tau fu tu pregnant, nanti akak bersalin, lama x dpt makan yong tau fu dia :D

Kalau Air Bandung Kak Ros yang masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan tu xyah ckplah. Kalau x free air, sure aiskrim. Sampai naik segan dgn angah & abgngah. Kalau kitorg x bg Aisya makan aiskrim sbb batuk (kononnya la.. sbnrnya alasan semata2) sure angah marah. "Nak Aisya, makngah bagi. Aku bukan bagi kat ko, tapi anak ko! Bkn aku suruh bayar" :p

Also, Aisya ni kategori yang mudah mesra dengan orang. Boleh dikatakan berbudi bahasa & pandai menghormati orang yang lebih tua, so that makes her special & well-known dikalangan peniaga-peniaga pasar malam. Furthermore, dia ni kan speak in English, Mandarin & Malay; lagilah special case. Kalau bab dapat free kat pasar malam tu xyah cite la.. Macam-macam. Alhamdulillah, rezeki.

Aku pulak giler orkid kat pasar malam. Mesti beli pasu besar atau kecik pun jadilah. Xde orkid yang berkenan, pokok lain pun aku sapu. Hehe..

*memories*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...