DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 29, 2011

Sekadar Renungan..

...


...

Thursday, April 28, 2011

Dunia Akhir Zaman..

...


Hidup itu singkat dan kiamat pun makin dekat, tanda-tandanya sudah banyak terlihat.. segera atur kehidupan kita!!!

...

Wednesday, April 27, 2011

Think..

...


...

Life...

...


...

Tuesday, April 26, 2011

Ouch...

...

Still sakit-sakit badan.

Mengantuknyaaaaaaaaa...

Tak cukup rest..


...

Monday, April 25, 2011

Psoriasis..

...

What is Psoriasis?

Psoriasis Treatment

* Psoriasis - proses pertumbuhan kulit terlalu cepat & tidak berjangkit :-( *

...

Scar..

...

IIUM Staff Games 2011 dah pun berlalu. Masa acara lumba lari hari tu sebenarnya ada kejadian. Hehe... Kejadian org dah nak veteran tersembam di garisan penamat. Hahaha...

Tak pernah sepanjang aku masuk acara lumba lari dari kecik sampai la sekarang ni, tiba-tiba tersembam di garisan penamat pulak tu..

Memalukan betul!!!

Macam plywood melayang aku terbang sebelum tersembam.. Almaklumlah, tengah pecut. Malu woo.. sakit tak terasa sangat, malu yang lebih. Aku cedera kat dagu, kedua-dua telapak tangan & lutut.

Harini kesan-kesan yang sangat obvious muncul. Lutut kiri paling sadis...

Lebam, berdarah & scar :-(

Huhu...

Adat la tu kan :p


...

Friday, April 22, 2011

IIUM Staff Games 2011..

...

IIUM Inter-Department Staff Games 2011 muncul lagi. Kali ni semua last minutes. Bayangkanlah dalam tempoh less than 2 weeks for training, kami akan bertanding. As usual, my targets are netball & athletics.

Tahun ni mmg penat sangat. Kena terkejar-kejar pada 2 venue pada hari yang sama. Mula pergi stadium utk saringan lumba lari. Nasib baik lepas masuk final.

Then pergi ke Female Sports Complex for Netball pulak.


Nasib baik menang game tu! X sia-sia terkejar-kejar walaupun sebenarnya aku semput. Lepas berlari kat trek, berlari pulak dlm court utk sumbat bola. Kalau x score sure player lain hampa, ye lah, dah penat-penat dapat bola, pastu aku tak dpt shoot pulak. Alhamdulillah, I manage to do it! :-)

Masa game nak habis, Aisya dah menjerit dari luar court "Mummy, Uncle Halim dah call, acara lumba lari Mummy nak start dah"

Aku still teruskan lari sana, lari sini dalam court, catch the ball, sumbat dalam gol! Yeay, masuk!

Preeettttttttt.. game end! Menang!!!

Alhamdulillah...

Pastu apa lagi, pecut ke stadium pulak for final 200M. Alhamdulillah, nasib baik menang jugak walaupun aku tak dapat no. 1 atau 2. So u all boleh agak la aku dpt no brp kan? Hehe..

Then, bergegas ke Female Sports Complex semula, our next game pun dah nak start. Astaqfirullahhal'azim.. Penat nyer lah rasa.. Menggigil-gigil rasa lutut nak berlari sana sini. Terketar-ketar masa shoot xyah citelah macamana. Aku tak nak hampakan harapan kawan-kawan & court memang tempat aku lepaskan segala tenaga aku.

Semua game aku jadi GA = Goal Attack :-O

Bagi aku yang dah hampir veteran ni, memang lah semput kan. Kalau aku ni muda belia lagi xpela.. Nevermind!

Setelah beberapa game, akhirnya our Netball Team menang tempat ketiga! Yeay!!!


All games from 8am ends at 1pm. Petang to be continued at stadium. Rehat jap, mandi & solat, ke stadium semula. Petang aku surrender, mana larat nak berlari kat tengah panas. Berkali-kali empire sebut nama peserta seperti ku kenali aje (nama aku la) tp aku buat-buat tak tahu sbb mmg dah x larat dah nak lari tgh panas. Apologize coach! Bagi can lah org lain pulak tunjukkan bakat.

Kan bagus kalau buat macam tahun lepas - Sabtu acara padang & Ahad Netball. Ni x, semua nak buat dalam sehari. Mana boleh! Semput la den :D

*harini jugak Ashraf Muslim bertunang..
Congratulations Ashraf & Dayana..
venue of the event belakang UIAM je*

...

Doa Pendinding & Penggerak...

...


...

Tuesday, April 19, 2011

Jaga Aurat Anda!

...

Dilihat ramai antara remaja lelaki terutamanya terlepas pandang bahawa mereka membuka aurat mereka ketika rukuk dan sujud dalam solat, iaitu ketika mereka memakai seluar secara londeh ataupun baju yang dipakai mereka tak cukup labuh.

Perkara ini telah membatalkan solat kerana mendedahkan aurat.

Jagalah solat kita supaya kita tidak mendapat penat lelah sahaja.


...

2 Years..

...

Hari ni genap 2 tahun selepas hari kejadian.

Aku jadi lupa sebenarnya sebab kalau boleh aku nak lupakan kejadian 2 tahun lepas tu. Past is past. People make mistakes. So do I. We're human yang memang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Nasib kita pun belum tentu lagi pada masa akan datang macamana. Semua orang mahukan yang terbaik dalam meniti kehidupan ini.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala-galanya.

Kita kena ingat, hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.

Langit tidak akan selalu cerah walaupun itu yang diharapkan oleh semua.

Life must goes on!


...

Monday, April 18, 2011

Sehari Bersama Peminat Adam..

...


Meskipun sibuk dengan jadual seni yang padat, namun Adam sempat meluangkan masa bersama peminatnya yang dianggap nadi kepadanya dalam industri hiburan ini.

Malah, sebagai tanda sokongan kepada sifunya, KRU, Adam mengajak peminatnya menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa di GSC, Pavillion, Kuala Lumpur.

Adam yang mencadangkan kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) kelab peminatnya iaitu AICOVX untuk menyokong filem yang menelan belanja RM8 juta itu.

“Seramai 32 peminat ikut serta. Kami memang hadkan untuk 32 orang sahaja untuk program ini walaupun ramai yang mahu turut serta."

“Tambahan, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti dan ia juga sebagai tanda sokongan kepada KRU."

“Mungkin selepas ini saya akan mengajak peminat untuk menonton filem terbaru saya, Apokalips. Masa itu mungkin boleh ajak ramai sikit,”
katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Adam ternyata berpuas hati dengan sokongan peminatnya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan kelab peminatnya.

“Setiap kali kita ada aktiviti, pasti akan dapat sambutan yang memberangsangkan. Oleh itu, saya dan AJK AICOVX merancang mengadakan satu lagi majlis dalam masa terdekat ini."

“Pada peminat yang mahu menyertai, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di laman sosial Facebook iaitu Aico Fc atau Adam Af2 Real,”
katanya.

Selepas menonton wayang, Adam sempat mengadakan sebuah showcase mini bertempat di Sungai Wang Plaza.

Ia bersempena mempromosikan album keempatnya yang berjudul Adam 4 dan kira-kira 200 peminat datang untuk menyaksikan showcase mini istimewa itu.

Selain Adam, ia turut disertai artis baru kelahiran KRU Studios iaitu Forteen, Tiga dan VIP dianggotai Adam sendiri.

Menurut Aico Eksekutif yang juga Pengurus Acara, Norweina Rosli, pihak Aico dan Adam sendiri tidak menjangka mendapat sambutan yang begitu hangat, malah mereka berpuas hati dengan jualan album dan poster Adam pada hari berkenaan.

Sumber - Sinar Harian

Friday, April 15, 2011

Berita Harian Online | Adam boleh bah!

...


Ligat, lincah bina empayar dunia hiburan

ENAM tahun lalu Mohd Aizam Mat Saman atau nama pentasnya Adam hanya budak mentah yang baru digilap bakatnya daripada pertandingan realiti Akademi Fantasia musim 2 (AF2).

Sekali pun tidak meraih gelaran juara, kelebihan anak jati Sabah itu baik dari segi personaliti, vokal mahu pun bakat tarian membuka mata KRU Studios untuk menyerlahkan keistimewaannya.

Tidak perlu menunggu lama, hari ini Adam semakin geliga merencana kerjaya malah satu persatu cabang seni diterokai demi mencabar diri selain bekerja keras sebagaimana idolanya iaitu anggota kumpulan KRU yang kini boleh berbangga dengan empayar perniagaan mereka.

Selain tampil dengan buah tangan ke empat, Adam 4 yang sepenuhnya dihasilkan sendiri, jejaka berusia 27 tahun itu juga sibuk merangka perjalanan pembikinan buah tangan bintang muda, Shima serta kumpulannya, VIP di bawah syarikatnya, Aico Empire Group (AICO).

“Kalau ikutkan memang tidak menang tangan kerana kedua-dua artis ini di bawah pengurusan bersama. Antara AICO dan KRU Studios masih punya perjanjian persefahaman berhubung penghasilan produk ini dan album saya. Kiranya suara KRU tetap ada."

”Saya menghargai bimbingan mereka yang sanggup memberi tunjuk ajar daripada saya kosong untuk bangun dan percaya kebolehan diri. AICO adalah bukti semangat saya dalam industri seni,”
katanya tatkala hadir di Balai Berita, minggu lalu.

Membawa bersama bingkisan yang mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri, Adam 4 dirasakan cukup bermakna apatah lagi bagi Adam ia melambangkan kematangannya dalam muzik.

Melihat kulit muka depan album yang memuatkan lima lagu dan lima minus one itu, katanya, kematangan cuba diserlahkan dari segi imej serta gubahan lalu namun semua ini adalah eksperimen bagi melihat sejauh mana penerimaan ramai.

“Saya sedar peminat lebih suka Adam yang tampak kebudak-budakan. Jangan risau, saya masih Adam yang dulu cuma dalam muzik saya tonjolkan kredibiliti, tambahan pula keseluruhan album yang mengambil masa satu setengah tahun disiapkan ini adalah hasil saya sendiri."

“KRU memberikan sepenuh kebebasan. Jika dulu mereka mencorakkan hampir 80 peratus daripada album saya, namun kini semua keputusan di tangan saya,” katanya mengenai album berkonsep pop hip hop yang dijual RM29.90 itu.

Selain mencipta aplikasi tarian yang lebih lincah untuk album ini yang dinamakan Hip Hop Kaaba Modern, Adam turut mengubah sebuah lagu yang ditujukan buat bekas kekasihnya berjudul Ellena.

Antara lagu lain adalah Pergilah, Tension serta Boleh Bah Kalau Kau. Sebagai pilihan, AICO dan KRU turut mengedarkan sebuah lagi versi Adam 4 tanpa minus one yang diedarkan pada kadar lebih rendah iaitu RM10.


Bukan meniru, tapi mencontohi

Mengakui dirinya masih terlalu mentah untuk mengenal sepak terajang dunia bisnes, Adam sedia belajar dari bawah malah tidak ketinggalan ‘turun’ sendiri bertemu pelanggan untuk mendapatkan gambaran sebenar, bukan melalui orang tengah.

“Banyak perancangan untuk AICO. Selain menguruskan artis termasuk bakat daripada Bintang Idola Berita Harian (BIBH), Shima serta
kumpulan Mpop yang turut dianggotai saya sendiri, ada agenda lain menyusul."

“Kita masih mengintai bakat baru lain. Dalam sibuk membikin album Shima serta merencana perjalanan kumpulan baru, iaitu VIP dan jika tiada aral mahu menerbitkan filem pula selepas ini,”
katanya dengan bersemangat.

Masih berahsia soal projek terkini, Adam yang bakal tampil dalam filem arahan Mamat Khalid, Apokalips berharap perancangan terjun ke arena penerbitan filem menjadi kenyataan namun pada masa sama mahu melengkapkan diri dengan ilmu produksi.

“Buat filem bukan main-main. Kosnya besar. Segala aspek perlu diambil kira dari skrip, pelakon, pengarah, krew, lokasi , bajet promosi
dan strategi jualan tetapi sampai bila saya harus takut. Setiap urusan bisnes adalah risiko. Teruskan atau lupakan saja hasrat ini."

“Apa yang pasti saya sudah bersedia dan sambil berlakon, saya tidak ketinggalan belajar perihal belakang tabir. Bukan bermakna hanya mahu mengarah saja perlu belajar, sebenarnya pelakon juga perlu tahu segala aspek untuk memudahkan kerja di lokasi,”
katanya lagi.

Nyata Adam tidak bercakap kosong. Semua yang diidamkan dulu bermula dengan menceburi arena nyanyian, bergelar pelakon, menjadi duta
produk, mencipta lagu serta membina sebuah syarikat hasil titik peluhnya menjadi kenyataan.

Biar berdepan segala macam gossip sebaik bergelar artis, jejaka yang pernah dikaitkan dengan segala macam cerita buruk itu enggan ambil
pusing sebaliknya terus gagah berlari mengejar mimpi menjadikan segala impiannya sebuah realiti.

“Ya, saya mahu mengukuhkan empayar perniagaan macam KRU. Jika mereka boleh berjaya, kenapa tidak saya. Jika mahu mendengar cakap negatif, sampai bila-bila pun kita tidak ke mana-mana."

“Biarlah dicop apa saja termasuk mahu meniru langkah KRU. Ini bukan meniru tetapi mencontohi kegigihan mereka,”
katanya yang mendapat kepercayaan sebagai penasihat kareografer bagi program Mentor 5.


PROFIL
Nama Sebenar: Mohd Aizam Mat Saman
Tarik Lahir: 19 September 1983
Asal: Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat bersaudara
Hobi: Menari
Penyanyi Pujaan: KRU
Pelakon Pujaan: Donnie Yen
Album: Adam (2005) Adam II (2007),ADAM III (2009), ADAM 4 (2011)
Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva dan Apokalips
Drama: Akademi, Hotel Mania dan Wira Malam
Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan usahawan.

Article from Berita Harian

...

Monday, April 11, 2011

Crying..

...


Aku sering menangis keseorangan...

Aku menangis siapa lah yang tahu kan? Apa jua yang tersirat di benak fikiranku.

Kadang-kadang aku rasa aku dah semakin lemah & lemas untuk menghadapi / mengharungi apa jua keadaan berseorangan.

Hanya padaNya tempat ku mengadu.

Aku dah semakin jauh dari sahabat-sahabat karib ku. Jauh dari segi jarak. YM & Skype tak sama dengan virtual. Huhu...

Sekarang, di tempat baru, aku tidak mahu rapat / berkawan sangat dengan mereka sebab aku bimbang mereka akan mengetahui my personal matters. Ya, aku tahu, lambat laun orang akan tahu jugak kan.. Tapi biarlah masa tu aku telah benar-benar kuat untuk menghadapinya.

Ya Allah, Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan & kesabaran untuk mengecapi ketenangan & kebahagiaan di dunia & akhirat :'(

...

Friday, April 8, 2011

Apology..

...


...

Thursday, April 7, 2011

^_~

...


...

Friday, April 1, 2011

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran

...


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja... tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.

Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, ia stroke...

Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke...

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

Syaitan kata "Jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...