DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 26, 2009

Happy Belated Birthday Aisya

...


Ain Nur Aisya & Nur Hannah Aqilah = both are cousins and sharing same birhtday date - 2nd February


Ni posting belated birthday for Aisya. She was born on 02/02/2001 @ 12.22 noon. Cantik x nombor tu? Tbalikkan date tu, buang kosong. Pandai x I "mengeluarkannya" pada masa & tarikh yg ngam. Hehehe, perasan.

Actually on her b'day this year, I'm not feeling well. On MC. Sian dia monyok je, x buat apa2. Biasalah budak2. Asal birthday je, kewajipannya mesti nak ada kek. This year she requested nak buat birthday party kat rumah baru with A&W. Awal2 lagi mummy dah kata 'NO-NO-NO'. Budget lari... Mepeh dah ni! Last year lain, ada rezeki lebih sikit & lagipun dah janji byk kali sgt nak buat birthday party kat rumah with McDonalds. Mana boleh every year. Tulang belakang mummy dah bengkok, bertambah bengkok nanti.

Ingatkan tahun ni memang nak buat jgk her birthday party since baru duduk kat rumah baru. Boleh buat kenduri kesyukuran + house-warming sekali. Tapi dot dot dot. Nantilah... Ada rezeki - I will invite u all semua.

Eh, dah melencong pulak ni...

A week after her b'day, my cousin from Tampin came over. What a surprise! Pengantin baru datang holiday ke Kuantan. He's ex-student Kulliyyah of Pharmacy, IIUM. So, nak bawa wife kenal IIUM. Malam tu kitorg keluar makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur.

Itu dah menjadi kewajipanku utk bawa sapa-sapa je org luar yg datang sini utk makan kat kedai "MAIL IKAN BAKAR - TANJUNG LUMPUR" - mmg best. Abg mail ni upah org mmg utk tangkap ikan-ikan fresh kat kedai dia je. Ada ikan bayam, aji2, jebong, siakap, sotong, udang ketak & lain-lain seafood lagi lah. Memang pelik bunyinya... Tapi bila makan, memang sodap!

Aisya naik kete PakLangWan nya. Bila lalu kat town, tiba-tiba je rasa mcm nak beli kek utk dia. I drop-by kat kedai kek. Surprise for Aisya.

Sampai je kat kedai abg mail, bila mummy bawa turun kek, dia punya lah happy...

Habis dicium2nya mummy, sampai nak tjatuh kek. Hai Aisya, sayang mummy sebab mummy beli kek je ke? Hehehe.... Xlah. Mummy tahu Aisya memang sayang mummy. I love you too!

So, Happy Birthday Darling!


Sesi potong cake for '8th Birthday Celebration' - makin byk candle!


Tahun ni xde kek secret receipe. Sg. Wang je...


Aisya & her new maklang. Welcome to our big family!

...

Friday, February 20, 2009

I was discharged!

...


Bekalan ubat sebeban. Tu stok untuk seminggu je tu…

Bil??? Fuyoo... RM XX,XXX.XX ONLY!!! Nasib baik company bayar. Kalau self-sponsored = nangih!

Melampau betul private hospital ni. Dahla byk nyamuk. Ubat nyamuk ni pun diorg charged.



Sampai je kat rumah, si kecik gumuks menyambut kepulangan mummy nya. Terus menggesel minta dibelai.



Meow rindu kat mummy ea…Mummy pun rindu kat meow. Bila mummy baring je, apa lagi – meow pun menempel kat celah kangkang mummy. Teruk betul meow ni. 18SX




Malam tu x boleh tidur sebab sakit semula. Ni lah bahana minta balik jugak. Kalau kat hospital boleh inject petidine. Kat rumah ni, tramadol x mampu nak release kan jugak kesakitannya. Pukul 3 lebih pun x lelap lagi sebab menanggung sakit.

At home, my little nurse really taking care of me. Lebih garang. X macam nurse kat hospital yang lembut je. Little nurse ni concern betul. Sapa lagi kalau bukan Ain Nur Aisya. Aisya, mummy dah boring makan porridge. Perut mummy dah ok. Mummy x nak makan ubat lagi. Huhuhu…

X kisahlah…. Janji dah discharged.

I will be on Medical Leave until 28th February.

...

Thursday, February 19, 2009

I was admitted...

...

Sebenarnya dah lebih kurang 2 minggu facing with headache. Dah banyak kali gi clinic, doctor bagi pain killer. Kalau dah teruk sangat, they gave me an injection. Injection tu sekejap je, lalok n terus lelap. Lepas terjaga rasa release sikit.

Rabu, 9th February 2008 - Today morning mmg dah rasa not feeling well. Pagi ni lambat pulak breakfast. Bukan apa, kalau bos ada meeting – selagi bos x g meeting, selagi tu saya akan setia di bilik saya. Yelah, need to settle the preparation first. Furthermore, paper e-meeting selalu available hari yang sama. Sebab tu selalu kelam kabut.

Selepas my bos masuk meeting, saya pun breakfast. Pagi ni makan makanan berat. Saya bawa bekal nasi putih + ayam kurma lebih malam tadi. Hehehe, ni kira penjimatan jugak la. Iyelah, kalau masuk freezer, after reheat, belum tentu ada yang makan. Baik bawak g ofis. Jimat & kenyang...

Tengah-tengah makan dah rasa dah perut macam lain macam. Sudah. Gastrik. Ni gara-gara lambat sangat breakfast lah ni. Since bangun pagi perut kosong lama sangat.

Cepat-cepat basuh tangan. Pastu panggil Intan. “Intan, tolong kaksue – minta temankan k.sue balik ofis k.sue sebab ubat k.sue dalam handbag” Intan pun menemankanku. Lepas je Intan selamat menemankanku sampai di ofis, dah menggigil-gigil dah tu. Cepat-cepat telan ubat. Pastu rasa kepala pulak menangkap. Alamak! Lepas satu, satu lagi penyakit datang.

Dalam menahan sakit tu, call Nadea, informing her tengahari nanti nak minta tolong to send me to Kuantan Specialist Hospital (KSH). Sebab dah rasa lain macam sangat. Tengah-tengah bercakap telefon tiba-tiba tulang belakang ni rasa macam ditusuk macam jarum. Sakit belakang pulak. Then sedar-sedar saya dah ada kat lantai. Nad dah ada tengah dok menepuk-nepuk muka saya. Dia kata k.sue pengsan, tengah cakap kat phone tiba-tiba senyap. That’s why dia berlari datang ke bilik saya. Tengok saya ada bawah meja. Thank you Nad. U'r the rescuerer.

Kepala sebelah kiri rasa sakit. Terhantuk kat meja agaknya. X lama tu Intan & Noi pun datang. Diorang bawa saya ke hospital dalam town. Kuantan Medical Center (KMC) Thank you to Br.Zainul & Sya too. TIndakan pantas diorg meminjamkan wheel chair memudahkan proses pem’transfer’an ku ke dalam kereta.

Sampai depan KMC sedar lagi, pastu kiok semula. Sedar-sedar dah dalam emergency room. Ramai jantan-jantan kat dalam tu. Ni mesti diorg yang usung ni. Confirmed!

Malunya… Untuk kesekian kalinya it happens again & again. Nak buat macamana? Malu ooo…



Tangan kiri ku dah di pasang drip.



Doktor kata saya memang kena admitted.



Nad & Noi mengorek apa ntah dlm handbag ku itu. Intan pulak jadi photographer of the day. Otw to x-ray room, bos pun ada jugak rupanya. Thank you Dr.Su!

Bilik kat wad pulak penuh. So, saya still ditempatkan di A&E. Then saya minta diorg balik je ke ofis. Xpe, I don’t mind. Lagipun nombor bilik dah dapat. # 333. So anything they know where am I been placed.

There are two specialist yang rawat saya - Mr.Mohd Nor and Mr. Kannan. I knew both of them since 1999 at HTAA. They’re Orthopaedic & Surgical Consultant.

2nd day saya kena masuk OT (Operation Theater) for my gastritis. This is the third time kena buat OGDS. Had it before, kat HTAA & ingatkan dah x perlu buat lagi. Ikut je lah apa je cakap doctor. As long it can reduce the pain.

For my backache & headache, still x kurang lagi. Dah banyak kali sangat ni kena cucuk dengan Petidine. What everlah. As long boleh release the pain. Then ok, boleh balik.

Hmm, xde maknanya bila sedar from lalok, sakit still ada. Cuma sesekali berkurangan. Sebenarnya dah lama x sakit seteruk mcmni. Tu yang kali ni rasa mmg teruk sikit lah.

Tangan kiri dah membengkak. Gumukssss….






Kini drip dah bertukar ke tangan kanan pulak.




On Saturday Mr. Md. Nor nak buat procedure for my back bone. Ramai org takut nak mencuba. For me, saya merelakannya….

Eh, x jadi pulak – maybe on Monday. Akhirnya buat jugak. Terasa liquid dlm tulang belakang moving. Rasa mcm ditarik / disedut then dimasukkan something. Patutla ramai org xnak buat procedure ni. Memang sakit. Dulu arwah ayah pun pernah diambil air tulang belakangnya - Ayah, nanit pun rasa apa yg ayah pernah alami dulu.

A day after, my backache feel better. Gastric still mcm tu jgk. Dah jemu rasa makan bubur je. I need rice! Headache dah beransur pulih.

My drip bertukar ke tangan kiri semula sebab dah bengkak & bleeding. Mana xnya…. Every 6 hours, kena cucuk lagi. Tu belum masuk cucukan petidine untuk melalokkanku if the attack comes.





Tuesday kena buat MRI. The last time had MRI was at HKL on year 1997 kot. The doctor said it will take almost 2 hours to complete. 9.30am saya dah berada dlm terowong MRI. Agaknya macam ni lah keadaan dalam liang lahad. Machine MRI ni boleh pilih nak dengar lagu apa. Sebelum masuk diorg dah tanya nak dengar lagu biasa @ radio. Saya pilih Hitz FM. Lama x dengar radio. Sebenarnya diorg xnak patient rasa takut baring dalam terowong ditambah pulak dengan bunyi tembakan & getaran MRI Machine yang kuat tu. Rasa mcm lama sangat duduk kat dalam tu. Then diorg keluarkan saya sekejap, betulkan kedudukan & continue. Bila doctor kata ok siap, lega rasanya. Tapi the doctor did mentioned, probably esok kena buat MRI contrast pulak, sebab nampak macam ada something. They want to look into my backbone deeply. Hopefully there's nothing. Procedurenya kena masuk ubat dlm badan dulu, then baru masuk dlm terowong lahad tu. Then I asked the nurse, pukul berapa ni. Ha? Dah 1.15pm. Lamanya. Patutlah perut dah lapar.

For me, dah x kisah sangat apa je procedure yang doctor nak buat. I have been suffering for 16 years. Traditional & modern = semuanya dah cuba. Apa-apapun akhirnya ke hospital jugak. So better remain to go for modern treatment.

Staying kat hospital boring. Asyik makan ubat je. Memang lah ubat tu dah jadi makanan harianku, tapi ni over sangat ni. Sekali makan sampai 14 biji. Tu x masuk yang kena kunyah 2 biji lagi. <16 bijik> Kenyang ubat. Kenyang cucuk. Saya dah allergic pada morphine. Dadah apa lagi yg masuk dlm badan ku ini? Huhuhu...

If ada road-blocked & buat urine test on the spot mmg confirm sangkut. Sbb tu kena sentiasa bawa buku appointment hospital ke mana2. Kalau x dok dalam lokap la...




Hari ke lapan being at hospital ubat dah kurang sikit. Tinggal 11 biji je. + kunyah 2 biji, so = 13 biji je. Alhamdulillah…



Hari ke sembilan, dah petang happy sikit bila doctor kata xyah buat MRI Contrast. Yeah! Tapi belum boleh discharge lagi. Tensionnya…

Pkl 9.30 malam during ward review by Mr. Md.Nor, saya merayu lagi nak balik. Dah boring sangat tido spital nih. Macam-macam ayat yang saya goreng. Mula-mula dia x bagi. Tapi bila dia kata ok, u boleh balik rehat kat rumah as long completed the medication from both doctor and rest betul-betul. Saya x boleh active dalam masa dua minggu since tulang belakang baru je di sentuh oleh jarum-jemarum Mr. Md. Nor. Mr.Kannan also reminded me to take 'Soft Diet Only' until follow-up on 5th March. Say no to chicken also - only porridge & fish. Roti & kuih or benda-benda yang lembik je boleh. :-(

I am really happy… boleh balik rumah sendiri. Terus lupa diri mengemas barang-barang bekalan. Yezza…. Macam bertahun x balik rumah rasanya.

Bye-bye KMC! Thank you, doctors. Thank you to nurses too. Not to forget, thank you to all the visitors – Nad, Adah, Intan, Amy, Aja, Epi, Kaklong, Kakngah, Mak, Dr. Su, Abetah, Kak Norma, Pn. Azizah, Safdi, Intan Zurina, Shaz, Adda, Eija, Jumri, Mizi dan lain-lain lagi. Also thank you for Along, Ateh, Sham, Zul & semua yang mendoakan saya.

Thank you so much!

...

Sunday, February 8, 2009

Depressed!

...

At this moment, I feel that I'm really depressed! Macam-macam benda. Yeah I know, as human, kita memang diuji dengan pelbagai benda. Setiap orang ada bahagian masing-masing.

Dunia hanya sementara. Sebab dunia ni sementara lah, kita kena grab sebaik mungkin. Masa yang berlalu begitu pantas. Sometimes rasa give-up! Demi yang tersayang, aku akan gagahkan jugak. Aku selalu berdoa agar Allah s.w.t. memberikan aku kekuatan dalam menempuhi segala dugaan ini. Aku hanya insan yang lemah, cuba bangkit dari kesilapan lalu, demi masa depan yang lebih bermakna. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Usaha mesti diteruskan. Never ends...

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkanlah imanku ini, berikanlah aku kekuatan dalam menempuh dugaanMu... Permudahkanlah urusanku... Hanya Engkau yang Maha Mengetahui...

Tidak ada orang yang menginginkan penderitaan. Macam-macam bentuk penderitaan ada - mental, fizikil, etc. Semua orang nak hidup bahagia. Tapi sebelum kebahagiaan azali itu menjadi miliknya, kita akan terus diuji.

For me, bila depressed macam ni, my psoriasis will getting worst. Bila emotion x stabil, penyakit-penyakit yang ada pada dalam diri ni pun apalagi. Muncul satu per satu esp. gastrik & sakit belakang. Nowadays memang alwayz headache. Satu kepala sakit. If migrain sebelah je. Bila migrain dah menyerang, lagi susah. Nak kata power mata naik, mungkin jugak. Harap-harap ianya x berpanjangan.

Rasa macam x bermaya. Letih je. Also...

I can't concentrate on my job! Bila performance down, I am in trouble!

Ya Allah, aku redha dengan dugaanmu ini. Aku cuba untuk buat-buat x tahu or lupakan about 'PROBLEMS', tapi... ianya datang sendiri. Automatically! Aku amat bersyukur mempunyai 'SAHABAT SETIA' yang sentiasa memberikan ku semangat. Tanpa semangat yang betul-betul kuat & jitu, entahlah... x tahu nak kata.

Kalau ikut kata hati, nak je lari. Tapi nak lari ke mana? Lari macamana sekalipun, it won't settle the problems. You have to face it.

Yes SUE, be strong! You can do it!

...

Friday, February 6, 2009

Romantiknya...

...

"Sifat Romantik Nabi Muhammad"

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."

Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya...

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...