DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 27, 2010

Suami VS Isteri

...

Berdosa membelakangi SUAMI dlm apa jua perkara.

Kalau mcmni pula bagaimana?



DOSA!!!
Kalau tak tidur sebilik dgn suami,
amacam?

Erm...

Susahnya jadi perempuan,
jika melanggar hukum Allah swt

Juga senangnya jadi perempuan,
jika mengikut syariat Islam

Wahai SUAMI juga,
jgnlah mengambil kesempatan pula

...

Monday, May 24, 2010

Manakala Kita Berdosa

...


Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang, bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di dalam sembahyang."

Istighfar bererti meminta maaf, meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Di sini ingin diceritakan tentang dua istighfar.

Istighfar pertama:

Istighfar yang pertama ialah sebelum solat atau sebelum sembahyang, iaitu sebelum takbiratul ihram.

Istighfarlah dan bertaubatlah sebanyak -banyaknya dan sepuas-puasnya. Istighfarlah sehingga hati kita terasa kenyang, tenang dan tenteram.

Semoga dengan itu Allah ampunkan dosa-dosa kita.Supaya kita tidak membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang kita.

Antara sebabnya ialah:

1. Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang,bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

2. Manakala kita berdosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, kita sebenarnya orang yang derhaka dengan Tuhan. Kalau kita sembahyang juga tanpa kita bertaubat dari dosa-dosa tersebut maka sembahyang kita ialah sembahyang orang yang derhaka dengan Tuhan.

3. Kalau kita berdosa dan kita tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa itu, kita ialah orang yang angkuh dan sombong dengan Tuhan. Kalau dalam keadaan itu kita bersembahyang, maka sembahyang kita ialah sembahyang orang yang angkuh dan sombong, bukan setakat angkuh dan sombong kepada manusia yang mungkin boleh dianggap ringan sedikit, tetapi angkuh dan sombong dengan Allah itu sendiri iaitu Tuhan yang hendak kita sembah.

4. Di dalam sembahyang, kita banyak berdoa. Kalau kita membawa dosa, Allah murka kepada kita. Bagaimana kita dapat berdoa kepada Tuhan yang sedang murka dengan kita. Apakah peluang bagi doa-doa kita itu dimakbulkan Tuhan? Kalau Allah tidak makbulkan doa-doa kita kerana Dia sedang murka kepada kita, mungkin kita akan selamat. Tetapi kalau Allah makbulkan juga doa dan permintaan kita dalam sembahyang dalam keadaan Dia sedang murka dengan kita, maka apa sahaja yang Allah kurniakan itu akan menjadi istidraj. Iaitu ia akan menjadi nikmat yang Allah kurniakan dengan marah. Ia akan menjadi nikmat yang tidak diiringi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di hujungnya nanti, kita akan jadi kufur nikmat.

5. Bagaimana pula hendak kita sembah Tuhan dalam keadaan kita sedang derhaka kepada-Nya kerana dosa-dosa kita yang tidak terampun. Kalau kita mengadap dan menyembah raja atau sultan manusia di dunia ini pun, dalam keadaan kita derhaka kepadanya, mungkin dia tidak mahu tengok kita. Kalau tengok pun, mungkin diherdik dan dimaki hamunnya kita. Atau mungkin dia akan terus tangkap dan hukum kita.

6. Bagaimana pula akan kita sembah Tuhan kalau kita angkuh dan sombong dengan-Nya kerana tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa kita. Angkuh dan sombong itu bukan sifat hamba. Ia sifat Tuhan. Bagaimana boleh kita bersifat sombong dan angkuh dan kemudian mahu menyembah Tuhan. Ketika itu kita bukan lagi hamba. Kita tidak tawadhuk dan tidak merendah diri di hadapan Tuhan. Ketika itu kita seolah-olah mahu menyamai atau menandingi Tuhan. Dalam keadaan ini, bolehkah sembahyang kita itu dianggap sebagai satu penyembahan atau satu pengabdian. Adakah ketika itu kita benar-benar sedang sembahyang dan sedang mengabdikan diri kepada Tuhan?

Inilah di antara sebab mengapa sembahyang itu gagal untuk menghidupkan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dalam diri orang yang bersembahyang. Kerana dalam sembahyang, mereka dimurkai Tuhan, mereka derhaka, dan mereka sombong dan angkuh dengan Tuhan. Bila sembahyang tidak khusyuk dan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan tidak timbul atau tidak wujud di dalam sembahyang, maka sembahyang itu tidak ada nilai dan tidak ada erti apa-apa. Ia tidak mendidik hati kita dan tidak akan dapat menjauhkan kita dari perkara-perkara yang keji dan yang mungkar.

Istighfar kedua:

Istighfar yang kedua ialah sesudah memberi salam. Lainlah kalau sembahyang kita itu seperti sembahyang orang muqarrobin atau orang siddiqin yang tidak ada lalai dalam sembahyang mereka. Bagi mereka ini, layaklah mereka mengucapkan Alhamdulillah selepas salam sebagai tanda syukur kerana Allah telah kurniakan mereka nikmat khusyuk, tawadhuk dankhuduk di dalam sembahyang mereka.

Tetapi bagi kita orang-orang awam, yang sembahyang kita cacat sini cacat sana, bocor sini bocor sana, koyak sini koyak sana dan defect sini defect sana, mana mungkin layak bagi kita mengucapkan hamdallah. Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di dalam sembahyang.

Contohnya:

1. Di hadapan Tuhan kita lafazkan berbagai-bagai perkataan, misalnya, Allahu Akbarâ , tetapi tidak faham pun apa yang kita lafazkan itu. Kalaupun faham, tidak terasa pula bahawa Allah itu benar-benar Maha Besar di hati kita. Kita tidak maksudkan dan kita tidak rasa apa yang kita kata. Kita hanya berlakon dan berpura-pura di hadapan Tuhan.

2. Dalam masa kita sedang menyembah Tuhan pula, jasad kita berdiri, rukuk dan sujud, tetapi hati dan jiwa kita entah ke mana-mana. Allah menunggu kita untuk disembah dan untuk menerima segala pengaduan tetapi kita tidak hadir. Kita wakilkan sahaja kepada jasad dan tubuh badan kita yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa. Jasad dan jawarih kita sahajalah yang menyembah Tuhan.

Sudahlah di luar sembahyang kita tidak pernah bersama Tuhan, ini sedang menyembah Tuhan dalam sembahyang pun kita gamak tinggalkan Tuhan untuk berfoya-foya dengan hal-hal dunia.

Belum pernah lagi kita dengar ada orang yang mengadap raja atau sultan dan sedang dia mengadap itu, langsung tidak menghiraukan raja malah dia tinggalkannya sultan begitu sahaja untuk pergi ke kedai membeli rokok. Tapi dengan Tuhan, semasa dalam sembahyang, inilah akhlak dan perangai kita.

3. Dalam sembahyang, Allah bukan hendak berhadapan dengan jasad kita tetapi dengan roh atau hati kita. Tetapi roh kita jarang hadir. Ramai orang yang boleh membawa jasad dan lidah mereka untuk bersembahyang tetapi tidak ramai yang mampu membawa roh dan hati mereka untuk bersembahyang sama.Demikianlah kita orang awam, selalu sahaja tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan dengan Tuhan. Kalau ini berlaku di luar sembahyang pun sudah dianggap berat, inikan pula ia berlaku ketika kita sedang mengadap dan menyembah Tuhan. Lagi-lagilah ianya dianggap berat.

Patut sangatlah kita beristighfar dan meminta ampun selepas memberi salam!!!

Sekian, hanya perkongsian bersama...

...

Friday, May 21, 2010

Be responsible!

...

MANA

Janji!

Nafkah?

Perhatian???

Ingatan??????


Mereka TIDAK bertanggungjawab!!!


KHAIRUL HASRUL BIN ABDUL KHALID
KHAIRUL HAIRI BIN ABDUL KHALID
KHAIRUL HAIZA BIN ABDUL KHALID
KHAIRUL HAFEZAN BIN ABDUL KHALID

Mengutuk, mencaci, menghina, cakap belakang, reka cerita je pandai, tapi tak bertanggungjawab!

Perjanjian yang telah dipersetujui earlier, setiap bulan RM50 seorang termasuk FIL & MIL = RM300. No a/c bank pun telah diberi tapi.. Besar sangat kot nilai RM50 seorang tu..

Beli kereta baru, tukar perabot baru, jalan sana sini,
ada + banyak pulak $$$

Bila budak kecik tu call, dimaki, diletaknya telefon, dikatanya budak kecik tu pun giler mcm betina x guna. Bila sms, dikatanya orang gila yang sms. Lepas tu reka cite kata betina x guna giler nak pisahkan, tak bagi jumpa & x tahu no telefon konon sedangkan no telefon tak pernah berubah. Pirahhhhhh :p

* yang lain-lain pun sama *

~
sana kata berbahagialah dgn keluarga sini yg k*y* tu..
sini pulak kata pergilah ke keluarga m**t** sana yang baik sangat tu.
As a results, nobody cares...
xpelah
~


Allah s.w.t. Maha Mengetahui


...

Tuesday, May 18, 2010

MEOW Dah Xde...

...

MEOW telah meninggalkan kami.

Petang semalam aku bertemu dengan Aisya & adikku di Klinik Haiwan. Aku dah rasa something ~ macam tak sedap hati je. Adikku dah tunjuk sign MEOW dah xde. Aku cool lagi.

"Aisya ingat MEOW pengsan. Dia tak gerak. Aisya xnak MEOW mati. Aisya sayang MEOW."

Then bila doctor said 'MEOW dah MATI' airmata Aisya mengalir deras. Tangisannya mengejutkan semua yang berada di klinik itu. Dipeluk & diciumnya MEOW buat kali terakhir. Betul-betul seperti seorang kakak yang kehilangan adik tersayang. Aku yang menyaksikannya juga menitiskan airmata.

Aisya kata,

"MEOW, kenapa MEOW mati? Kenapa MEOW tinggalkan kakak?"


Keadaan MEOW ketika Aisya melihat keadaannya sebelum ke klinik.


Sentuhan terakhir seorang kakak.


Semoga MEOW akan bersemadi dengan aman & akan terus mengingati kami.

Aisya tanya, "Boleh ke Aisya nak jumpa MEOW dekat akhirat?"

I have no answer for that question :-(

Malam tadi pada pukul 3 pagi aku terjaga sebab dengar suara Aisya menangis teresak-esak. Apabila dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Aisya lagilah syahdu. Dahlah now Aisya tengah upset sangat-sangat sebab perkara lain juga. Bertimpa-timpa kesedihan Aisya. PITY her.. (nanti cerita kat lain entry pulak)

Pagi tadi muka dia monyok sangat untuk ke sekolah. Lain benar airmukanya. She look sooo sad. Aku risau akan keadaannya. Kali ni riak wajah kesedihannya x sama & lebih teruk lagi daripada berpisah dengan daddy nya dulu.

I know her feelings..
Dia xde kawan nak borak-borak, bergurau-senda, gaduh-gaduh & tempat meluahkan perasaan. We're same..

Should I or shouldn't I replace another MEOW for Aisya?

Aku dah xleh taip lagi sebab sebak juga.

Doktor kata MEOW mati disebabkan kencing berdarah.
Aku rasa bersalah pd Aisya sbb x bw MEOW ke klinik on Sunday tp clinic tu tutup on Sunday. We don't know other places.

Kami sayang MEOW..
We will be missing MEOW..
:-((

...

Monday, May 17, 2010

MEOW Not Feeling Well...

...

Semalam dia monyok je.
Makanan & minuman macam tak bersentuh.
Malam tadi air liur dia meleleh je.
Dunno what happen to him.

Aisya amat risaukan adiknya.
Hari ni nak bawa MEOW g clinic.
Hope everything would be fine.


Aku cuba mempertahankan MEOW sebab ramai sangat marah Aisya bela kucing. Bak kata Aisya, kalau semua yang Aisya suka & sayang ~ orang marah, apa yang Aisya ada lagi untuk diri Aisya?

Yes darling, u r rite!

...

Friday, May 14, 2010

4 Golongan Lelaki yg Akan diTarik Masuk ke Neraka oleh Wanita..

...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?.. menutup aurat? … pengetahuan agama? .. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! Bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)


4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. . Maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya)

Lihatlah.. betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah / suami / abang / adik atau anak harus memainkan peranan, tanggungjawab & amanah mereka dengan sebaik yang mungkin.

Mari muhasabah diri masing-masing (termasuk diri saya sendiri).

Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat (sehingga tahap ujub)" Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah s.w.t. (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)


...

Thursday, May 13, 2010

Doa...

...


...

Monday, May 10, 2010

Ke'bz'an...

...

Salam buat semua. Just want to share with u, lately ni i mmg bz. Keje ofis byk. Pastu dgn training nye lagi. Training? Inter-Dept kan dah abes? Alkisahnya aku ter'select' untuk join training for IIUM Team. Belum terpilih lg untuk mewakili IIUM ya, tapi sedang dilatih & seandainya ok, mungkin terpilih untuk wakili IIUM. Kalau aku tak terpilih untuk mewakili universiti pun xpe. At least I'd gained knowledge from the coach. Thank you coach!

Jadual training yang padat since minggu lepas-

Isnin, Selasa & Khamis - 8.00pm-11.00pm ~ training badminton
Sabtu - 8.00am-12.30pm ~ training badminton
Sabtu - 4.00pm-6.00pm; 8.00pm-10.00pm ~ training netball
Ahad - 8.00am-10.00am ~ training netball

*Letih woo..*

Bila dah join training ni, aku rasa bagus. Bagus sebab - macam main badminton, sebelum ni main libas je, now aku banyak belajar techniques & skills daripada coach. Training ni aku berdua je perempuan from IIUM Gombak. Yang lain semua lelaki. X kisahlah.. Ilmu & latihan tu penting.

Same goes to netball. Aku suka main netball since sekolah rendah, tu pun suka-suka je sebenarnya.

For Saturday & Sunday training, aku bawa Aisya jugak. Bak kata coach badminton, u hantarlah anak u training badminton. Dia ok. Tapi aisya bisik kat aku, "Mummy, Aisya nak main tennis".

Masa netball training pun, dia ikut gak kitorang training. Gaya & ciri2 future netball player tu memang ada. Hehe, like mother like daughter..

Dalam kesibukan join training ni aku tak lupa diri. Aku tahu tahap kemampuan diri aku. Aku buat setakat yang mampu sahaja. Kalau tidak takut 'kiok' pulak nanti. Letih memang letih, tapi aku enjoy. Yelah, dengan bersukan macamni, buat aku lupa pada masalah-masalah yang still x settle-settle & aku juga tak ingat tentang gangguan-gangguan pelakon-pelakon & boneka dunia ni. Release..

Balik rumah nak tgk homework anak lagi, dengan bas yang makin tak menentunya lagi. Bulan ni memang kopak sebab terpaksa naik cab jer. Yelah, mana sanggup beb, dah berjam-jam menunggu bas yang tak nak ambik penumpang. So terpaksalah naik cab. Uhu..

Aku akan try to spend some times to 'rodong' blog kawan-kawan.. InsyaAllah.

Everyday bila sampai je rumah, rasa lega sangat dapat luruskan badan baring kat katil :-)


Bestnyer kan kalau dapat duduk rumah sendiri & buat apa sahaja ikut naluri sendiri. Rindunya pada aktiviti gardening ku. Nak buat macamana, let it be.. *nanti org marah lagi baca statement ni*

Hasrat untuk kerja part-time still tak terlaksana disebabkan masa & masalah transportation yang belum stabil lagi. If everything dah ok, langkah pencarian & pemburuan akan digagahkan untuk mengatasi kecekikan yang melanda.

Pagi-pagi nowadays selalu terlajak. Suppose 5am dah bangun, tapi terbabas 5.30am or 5.45am baru bangun. Pastu apalagi, macam lipas kudung yang tak boleh bukak mata ke dapur menyediakan bekalan anakanda tercinta.

Kain baju semakin banyak untuk didobi sendiri & dilipat sebab setiap kali training badminton gerenti kena tukar baju 3 helai - WAJIB for each session. So, kalau ada mesin lipat kain, I would like to be the first person to buy it ok :D

...

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day...

...


Happy Mother's Day mak..

Budi mak tetap di hati..

Love u always..


For Aisya, thank you for your roses. Mummy appreciate it very much! I will always love u..

...

Friday, May 7, 2010

IIUM Staff Games 2010...

...

Lupa nak cite. Ni antara aktiviti aku semenjak dua menjak ni.. Bz, so tak sempat mengarang. So share gambar-gambar je lah ye..

During IIUM Staff Games 2010.


Saturday I joined acara lari-lari - 100m, 400m & 4x100m.. Venue - kat stadium..


Setiap acara ada saringan sbb penyertaan sampai 16 orang (final only 8 sbb ada 8 lanes sahaja ye). Walaupun kalah, kalah bermaruah ok. Dapat no. 4 gitu. Xpe, i x kisah pun sebab semangat tu penting. Lagipun i bukannya athlete yg sentiasa training. Ols umur dah nak masuk kategori veteran, semput woo.. apa2pun still boleh bangga lagi la sbb i punya stamina ok lg u..

Credit to PakYem sebab bagi pinjam spike untuk final session :-)

Ahad nya pulak ada game netball.. Venue - IIUM Female Sports Complex




Aku suh Aisya ambil gambar bila mummy shoot.. diambilnya betul-betul gambar bola masuk gol. Katanya, "Aisya x sempat focus ke mummy, Aisya tengok bola je. Hehe" xpelah sayang..


Walaupun ada game menang & kalah ols tak ke final, aku puas sebab ada satu game tu aku sumbat 10-0. Geram!


*kali ni kena jadi GA utk semua game - xde replacer ~ semput i u*


Selesai sudah ~ menang gaya ajo :D


Kepada Kuantan Team, i x berpaling tadah pun.. I dah tukar group. By the way, our team, AL-PHARABIUS won 1st place among all contingent!
...

Thursday, May 6, 2010

Terlintas...

...

Hati ibu amat sensitif & mudah terguris. Ada yang mengabaikan perhatian terhadap ibu. Ada yang hanya membeli seorang wanita bergelar ibu / mak dengan barang-barang berharga. Sebenarnya seorang ibu itu amat memerlukan perhatian seperti mana kita memerlukan perhatian daripadanya. Barangan berharga atau wang ringgit tidak sama dengan kasih sayang & perhatian terhadap mereka. Kalau kita boleh call / sms org lain, kenapa tidak kita juga buat begitu terhadap ibu kita?

Walau ibu itu bersalah atau ada kekurangan sekalipun, ibu tetap ibu.

Still remember, if i'm not mistaken, since i worked at Kuantan before till now, every week i'll call my mum to ask her condition. Xde pulak aku suh anak aku yang jd org tengah tanya khabar uwan dia.

Walaupun aku telah banyak melakukan kesilapan & mengecilkan hati mak, budi mak tetap di hati. Kalau mak dah takde nanti, mesti aku akan rindukan kelazimanan untuk menelefon mak. Semoga mak panjang umur & sihat sentiasa.

Juga aku tak pernah lupakan jasa serta budi mak & ayah mertua aku. Mereka tetap mak & ayah aku sampai bila-bila. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka walaupun kini situasi dah mem'full-stop'kan hubungan kami.

Mak aku tak pernah didik aku untuk berlaku kurang ajar terhadap mereka. Jauh sekali untuk memperlakukan mereka seperti orang luar atau orang gaji.

Aku tidak pernah membezakan antara ibu kandung & ibu mertua. Mereka adalah ibuku. Still remember, setiap barangan yang aku beli untuk mak, aku mesti belikan yang sama untuk mereka. Yang berbeza cuma saiz & warna sahaja. *in memories*



...

Tuesday, May 4, 2010

Think...

...

The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well.

We don't have much time to be wasted for people whom we don't like, as well as we don't have much time to be wasted for people who don't like us.

We still have a lot of more things to enjoy in life...


...

Sunday, May 2, 2010

Aktiviti Hujung Minggu...

...

Tiba-tiba mood rajin datang..

Al-maklumlah, semenjak dua menjak ni aku memang MALAS nak masak. Yelah.. I don't have somebody to serve to.. Furthermore, aku kurang makan. Makan cuma sehari sekali sahaja iaitu breakfast sahaja. Lagilah jadi malas lagi nak masak. Masak apa sahaja kesukaan / permintaan Aisya sahaja.

Dulu-dulu aku akui aku rajin bab masak-memasak ni. Kalau tak caya ce tanya my ex-neighbour or kawan-kawan kat Kuantan dulu. I selalu buat makan-makan kat rumah. Kepuasan bila tengok orang suka makan apa yang kita masak. hehe..

Alhamdulillah semenjak kecik mak dah ajar kami semua untuk ringan tangan a.k.a. rajin ke dapur. Mak cuma order, hari ni masak ni or masak tu. Resepinya? Pandai-pandai sendirilah.

So, moral of the story, ingat-ingatkanlah macamana & apa yang mak letak / campak / lebur untuk masak masakan tu. Bila fikir-fikir, bagusnya...

No wonder sedara-mara atau orang akan puji anak-anak mak pandai masak = MACAM MAK JUGAK :-)

Aisya dah lama ajak buat Chocolate Cake / Cupcakes.. Mood for baking x mari lagi.. Uhu...

Akhirnya tiba-tiba rasa nak buat ni..

So jadilah ia..


Dadih Chocolate yang memenuhi peti ais supaya senang Aisya nak makan.


Popia frozen supaya senang untuk digoreng masuk kuali sahaja.

Bahan-bahan untuk popia ni adalah sengkuang, carrot, udang basah & garlic. Kita kasi tumis dulu.. Selepas digoreng, dimakan panas-panas, SEDAP!

Kuahnya pun buat sendiri lebih sedap.. Masakkan cili kering yang dah di blend bersama garam, gula & seketul bawang putih yang telah diketuk/tumbuk. Cubalah...
*Chef Florence Tan pun ambik resepi ni untuk dibukukan ~ semasa KUMPULAN MUMMY GLAMOUR JOHAN PERTANDINGAN MEMASAK @ OLYMPIA COLLEGE KUANTAN*

...

Friday, April 30, 2010

Happy Birthday Kinah..

...


33rd Birthday Celebration..

Rezeki Jumaat..


Kinah menjamu kawan-kawan w breakfast.. Ada air kupi, nasi lemak, roti canai, kuih-muih & Cheesecake..


TQVM Kinah..

Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..

...

Monday, April 26, 2010

RAPID

...


Starting this morning, RAPID KL tukar laluan lagi. Huhu...

Almost a year ni, dah beberapa kali diorg tukar laluan lagi. Dari mula-mula naik 3 bas jadi 2 bas then jadi satu bas and now kena 2 bas semula. Kalau tunggu-tunggu xde bas, pandai-pandai la nak sampai ofis sebelum pukul 8 pagi ya..

For sure = More money & time to spend! *sigh*

~ ada la org tu kata nak bagi motor. Jangan banyak cakap.
Hellooo .......... it is hak kami & my money!

Friday, April 23, 2010

Terlintas..

...

Ada yang mengabaikan perhatian terhadap ibu. Ada yang hanya membeli seorang wanita bergelar ibu / mak dengan barang-barang berharga. Sebenarnya seorang ibu itu amat memerlukan perhatian seperti mana kita memerlukan perhatian daripadanya. Barangan berharga atau wang ringgit tidak sama dengan kasih sayang & perhatian terhadap mereka.

Walau ibu itu bersalah atau ada kekurangan sekalipun, ibu tetap ibu.

Still remember, if i'm not mistaken, since i worked at Kuantan before till now, every week i'll call my mum to ask her condition. Xde pulak aku suh anak aku yang jd org tengah tanya khabar uwan dia.

Walaupun aku telah banyak melakukan kesilapan & mengecilkan hati mak, budi mak tetap di hati. Kalau mak dah takde nanti, mesti aku akan rindukan kelazimanan untuk menelefon mak. Semoga mak panjang umur & sihat sentiasa.

Juga aku tak pernah lupakan jasa serta budi mak & ayah mertua aku. Mereka tetap mak & ayah aku sampai bila-bila. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka walaupun kini situasi dah mem'full-stop'kan hubungan kami.

Mak aku tak pernah didik aku untuk berlaku kurang ajar terhadap mereka. Jauh sekali untuk memperlakukan mereka seperti orang luar atau orang gaji.



...

TAG

...

Kemalasan melanda..
Boss dalam meeting room..
Ada keje - tapi malas :p

Sebab apa malas?

Sebab penat, letih, ngantuk - pagi ni training netball dari pukul 8am till 11am - muka dah merah + itam. Huhuhu... Dah la kurang cantik, btambah gelap.. Fikiran menerawang. Peha & betis dah sakit-sakit. Esok jadi athlete - mcm xleh lari laju je. Rasa nak minta sapa-sapa sediakan anjing suh kejar dr belakang baru boleh laju kot :p

.so, telah mengAMBIL TAG ini dr blog kwn2.
COPY & PASTE ajo :D

1. daripada fezz-anna

[1] 3 Names in your inbox cellphone
~ Abey
~ Adam
~ Ain Nur Aisya


[2] Your main ringtone?
~ Afghan - Entah

[3] What U did at 12 last night?
~ tido

[4] Who was the last person U went out with? Where?
~ Adam - Subang Parade

[5] The color of T-shirt you're wearing now?
~ white

[6] The last thing you did?
~ sent documents into my boss room's

[7] 3 of your everyday favourite items?
~ handphone
~ bread
~ diary


[8] The color of your bedroom
~ light cream - standard la bilik tumpangan - ikut je la apa tuan rumah sediakan

[9] How much money in your wallet now?
~ RM50 - 1 keping
~ RM10 - 2 keping
~ RM 5 - 1 keping
~ RM 1 - 18 keping
~ 50¢ - 2 keping
~ 20¢ - 9 keping
~ 10¢ - 8 keping
~ 5¢ - 1 keping
= RM 96.65


[10] Your favourite song?
~ Everlasting Love - Gerald Joling

[11] What will you do next wekend?
~ ada game - netball

[12] When was the last time U saw Ur Mum?
~ 3 weeks ago

[13] Where is she now?
~ kat kampung - Tampin, N9

[14] When was the last time you talked to your parents?
~ yesterday nite @ 9pm

[15] Who is the last person that texted U?
~ Ain Nur Aisya

[16] Where did U have your dinner lastnight?
~ restoran tepi pool

[17] The last suprise you got?
~ erm.. lupa sbb JIWA KACAU - lately tlalu byk kepahitan sehingga lupa kemanisan :-(

[18] Last thing U borrowed from ur friends?
~ Stamp Pad - aku punya dah kena rembat oleh sapa ntah!

[19] Who is ur BF/GF or husband/wife?
~ biarlah rahsia ~

[20] What do you feel now?
~ penat sbb dok training netball intensively pagi petang - ngantuk - letih - malas buat keje

[21] Wanna share with who?
~ Boss tapi takut nak bgtau *xpe, dia dlm meeting - ngeh3x*

[22] Who knows ur secret?
~ dia

[23] They keep ur secret?
~ Yup! Hopefully so tapi rasanya MUSTI!!! Ku percaya :-)

[24] Are you angry with someone?
~ memang - org yg cakap je pong pang pong pang - PIIIRAHHHHH

[25] What do you order at McD?
~ McChicken

[26] The last time you felt so sad?
~ Ahad - 18th April 2010

[27] What is your wish for tomorrow?
~ May God Bless My Family

[28] Who will U tag next?

~ anybody yg rasa nak copy & paste ols.. silakan

*done*

2. daripada iidyll




*iidyll tqvm & sorry coz ambik award je sbb x sempat nak jwb la.. bos dah nak abes meeting tu :D*

...

Thursday, April 22, 2010

Lepat oh Lepat...

...


Suddenly terasa macam nak buat lepat pisang sendiri je. Fuhyoo, dah lama betul rasanya tak buat lepat pisang sendiri. Aisya tak suka makan lepat pisang beli sebab tak sedap. Memang pun. Nak makan yang dibuat sendiri jugak.

Kalau ada pisang sure Aisya akan minta buatkan either cekodok or lepat tapi selalunya cekodoklah yang menjadi pujaan hati mummy untuk mem'prepare'kannya since mudah sajo..

Bahan-bahan yang perlu ada ialah Pisang, tepung gandum, tepung pulut, tepung beras, tepung pulut hitam, secubit garam & daun pisang.

Jadi rajin pulak. Inilah hasilnya..


*senget menget ~ since dah lama tak melipat lepat*
...

Wednesday, April 21, 2010

Fikirkan...

...

Untuk orang-orang yang sudah lengkap hidupnya, hargailah apa yang kamu ada & bersyukur dengan kurniaan-Nya. Bukan semua orang sebertuah kamu.... Masih ada lagi insan-insan yang sedang bergelut untuk mencari 'TUAH' itu...

Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima...


...

Monday, April 19, 2010

Setahun sudah berlalu...

...

Masih jelas di minda ku apa yang terjadi. Tarikh hari ini & semalam adalah harinya. Setahun sudah berlalu - selepas menonton rancangan NONA, IT HAPPENED :-(

Mana mungkin aku melupakannya begitu sahaja. It's easy to say FORGET IT & open a new chapter; but in mind, it's DIFFICULT to delete it.

Aku bersyukur, Allah s.w.t telah menggerakkan hatiku & menunjukkan jalan untukku bertindak. Dibantu oleh kekuatan & dorongan oleh zuriatku.. Aku jadi kuat. Ya, memang betul, aku kuat pada hari kejadian. Sebelum itu aku hanya tunduk, akur, lembik & memendam rasa cuma.

A year ago, ramai yang memuji tindakan nekadku. Setelah puas bermimpi dan mencari mimpi aku mula fokus kepada realiti kehidupan. Aku terpaksa mengorbankan aib dan maruah, keluarga, keluarga mertua demi mempertahankan hak. Ada yang mengatakan sikap aku harus dipuji kerana walaupun bak kata pepatah seperti membuka pekung di dada, ianya akan menjadi sumber inspirasi mungkin kepada isteri-isteri & wanita yang juga mengalami masalah & nasib yang sama denganku.

Hakikatnya kini, aku adalah mangsa yang terus dipersalahkan kerana keberanian setahun yang lalu. Aku terus-terusan dimarah, dihina, dikutuk, dicaci & pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepadaku. Mereka mengatakan apa yang aku alami sekarang ini adalah kerana kebodohanku. Salahkah tindakanku?

Setahun juga Aisya telah diabaikan oleh darah daging yang sepatutnya mengambil berat @ mengambil tahu akan kebajikan & menjalankan tanggungjawab terhadapnya. Statement yang amat mudah dilontarkan adalah - 20 tahun lagi Aisya akan cari jugak untuk menjadi wali ~ KONON! Kenapa tidak mahu bertanggungjawab sekarang? Hukum Allah s.w.t. tiada siapa yang mampu mengelak perhitungan di akhirat kelak.

Lumrah manusia, amat pandai & bijak untuk berkata-kata sahaja. Apabila memohon pertolongan atau bantuan, tidak diendahkan; apabila kita sudah bertindak sendiri, kita pula yang dipersalahkan. Ada juga yang hanya pandai memberi arahan tapi kalau mereka berada di tempatku, baru mereka merasai betap sukarnya untuk aku mengharungi semua. Aku terkapai-kapai dua beranak bersama penderitaan terpaksa dilalui kerana membongkar rahsia ini.

Syukur Alhamdulillah kepada yang memahami & membantu.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku telah kenal erti kejujuran & keikhlasan yang sebenar.

Zahirnya aku nampak kuat & tabah untuk menjalani sisa hidup pada hari-hari mendatang. Batinnya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui gelora perasaan hambaNya ini yang tidak sempurna serta serba kekurangan. Kini aku akan cuba mengumpulkan kekuatan yang ada & menambah kekuatan yang mungkin telah goyah disebabkan keadaan & persekitaran yang penuh onak & duri. Hidup ini bagaikan roda. Dunia ini penuh dengan boneka.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui

Dia Yang Maha Kuasa

Semoga Allah s.w.t menetapkan iman, menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah, ketabahan, kesabaran, ketenangan, mempermudahkan & menunjukkan apa yang terbaik buat kami.

Eyes shows everything...


Needs brighter future


Blamed victim



...

Saturday, April 17, 2010

Kerakyatan...

...


Aku di lahirkan di Negeri Sembilan pada 1977. Bersekolah rendah di Negeri Sembilan & bersekolah menengah di dua negeri = Negeri Sembilan + Melaka (bangunan N9, padang Melaka. hehe)

Tapi aku tak makan pedas.. Negeri Sembilan murtad! (Kwn2 yg bg gelaran ni)


Tahun 1995 aku tercampak ke Jengka, Pahang. Selepas itu aku ditakdirkan menjadi warga Pahang hingga 2009. Bolehkah aku menggelarkan aku ini anak Pahang?

Studied at Jengka. 1st job after graduated at Kuantan. Aku mencurahkan ilmu untuk anak Pahang & berkhidmat untuk negeri Pahang. Bercinta, berkeluarga & berpisah di Kuantan, Pahang juga. Oh ya, aku still ada rumah di Pahang lagi ya! Aha :-)

Mana mungkin aku melupakan Pahang especially Kuantan begitu sahaja. Tapi adalah pencacai yang kalau sebut je Kuantan, seolah-olah haram bagi aku untuk menjejakkan kaki ke sana. Sebut pun allergic. Lu fikir lah sendiri! 14 years aku menjadi warga Pahang. Pahang tetap di hati.

Jiwa aku merindui suasana Pantai Timur. Environmentnya, surroundings, foods & the peoples too.

* Planet Curryhouse * Sri Gambut * Mail Ikan Bakar Tanjung Lumpur * Mok Na * MokSu & PokSu Tanjung Lumpur * Poksoh Sata * Selera Pantai Timur * Zuzana * Sara Thai Kitchen * Wan Thomyam * Patani * Kedai Kak Tanjung Lumpur * Mee Calong * Cendol & Mee Mamak Bawah Pokok * Megamall * East Coast Mall * Kuantan Parade * Kompleks Teruntum * Taman Esplanade * Sungai Kuantan * Taman Gelora * Teluk Cempedak * Uncle John Chicken Chop TC * Kepok Atuk Aisya & Sotong Kangkung Pakcik TC * Nokis * Sri Affa * Coffee Street * Kemaman Kopitiam * Nasi Lemak Sentosa * ZamZam * GC Curry House * Kuantan Curry House * Pak Akob * Kueyteow Dislee * Muallaf * Swan * TAJ * Restoran Impianku * Nasi Dagang * Laksam * Pasar Malam Beserah * ABC Angah * Nasi Minyak Bohsia * Sate Ikan * Swiss Garden * Dhe Rhu * Hyatt * etc *


Apa-apapun, saya anak MALAYSIA

...

Friday, April 16, 2010

Award...

...

My Blogger's Friend gives me these award.

Three awards sekali dia bagi.

TQVM CIK FEZZ-ANNA..




So now, saya menganugerahkan awards ini kepada bloggers yang menyinggah di blog ku ini :-)
...

Can't Sleep...

...

Selalunya malam-malam sure aku ni susah nak tido. IMSOMNIA kah aku???

If tiba-tiba ada perasaan mengantuk ~ lepas je Solat Isyak, aku dah menguap, apa lagi... Cabut telekung, terus ajak Aisya tido. Yelah, aku ni kena bangun seawal 5 pagi.

Tapi kebiasaannya, aku memang susah nak tido. Tak ngantuk-ngantuk even daily routine starts as early at 5am. Kadang-kadang pukul 2-3 pagi baru nak terlelap. Just calculate, how many hours je aku tido daily. Weird kan?

Bagus gak kalau tkebil-kebil x boleh tido tu.. aku boleh baca apa yg patut. Sedikit sebanyak aku tak sia-siakan masa yang tak boleh tido tu begitu sahaja. Banyakkan selawat, zikir, cuba belajar & mendalami ilmu agama. Juga tengah malam adalah masa yang afdal untuk mendirikan beberapa Solat Sunat. Aku tak pandai sangat tapi boleh cuba & belajar kan.. Kalau la ada pembimbing & peneman, kan bagus. Hehe... *silly*

I'm not good but I'll try to be good. Kadangkala tergelincir juga. Iman & pendirian tak tetap. Aku ini wanita biasa yang masih lagi normal, punya nafsu, keinginan dll to fulfill my life as human :D

Furthermore, I'm still young! *perasan* Ngeh3x

Selalunya selepas Solat Sunat Hajat & Istkharah aku memang cuba sedaya upaya untuk menidurkan diri. Akhirnya kalau dah 'pukul tiga pagi' pun x lelap lagi, aku pun telan ubat tidur. Or kadang-kadang rasa malas nak tunggu sampai pukul tiga pagi baru nak telan ubat, aku telan ubat awal sikit. Sharp at 12 midnight. Sometimes tfikir gak, sampai bila aku nak bgantung kepada ubat untuk tido?

Malam tadi aku terlelap dalam pukul 2.++ pagi kot.

Here, I would like to share the live action I saw yesterday night. This picture taken at 12.59am. Tengoklah gelagat Aisya & Meow (adiknya) tidur. They make me smiles.



Comel kan?

...

Dalam Dilema...

...

"Antara senyuman dan tangisan,
antara kasih dan kasihan,
antara pertemuan dan perpisahan,
antara rindu dan kebencian,
antara kemahuan dan penolakkan,
antara gembira dan kedukaan,
antara berpeluk tubuh dan menadah tangan,
antara kejam dan kemanusiaan,
antara merah dan kehijauan,
antara ingat dan kelupaan,
antara sendiri dan kebersamaan,
antara kebijakkan dan kebodohan,
antara keinginan dan keengganan....."

Mana satu yang harus di putuskan,
pilih yang ini
yang sana termanggu kekecewaan....


...

Thursday, April 15, 2010

Confirm? Sure???

...

Pastikah kebahagiaan itu milikku..
Seandainya aku menurut perintah mereka?
Berkuasa sangatkan mereka?
Mereka memang & lebih mengetahui nasib aku ke?

Ingatlah, ALLAH MAHA KUASA...

DIA masih belum lagi membukakan hatiku & jalan ke arah itu.

Aku hanya mampu berdoa & terus berdoa agar diberi hidayah & ditunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

DIA YANG MAHA MENGETAHUI

...

Wednesday, April 14, 2010

Sekadar Renungan...

...

Pedoman Hidup :

Yang DEKAT itu MATI
Yang JAUH itu MASA
Yang BESAR itu NAFSU
Yang BERAT itu AMANAH
Yang RINGAN itu SOLAT
Yang TAJAM itu LIDAH
Yang DALAM itu HATI
Yang PANJANG itu ANGAN-ANGAN
Yang SUKAR itu JUJUR & IKHLAS
Yang SEMPIT itu KUBUR

...

Tuesday, April 13, 2010

A Called From...

...

I received a phone call. It's apppeared 'Private Number'. I tot it's him, but xkan dia call masa ni kot? When I answer it, Subhanallah... A called from Makkah!

I was so shocked! Seorang kenalan yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan umrah teringat akan kenalannya ini. Dahulu, sebelum dia berangkat mengerjakan umrah pada kali yang terdahulu, dia juga menghubungiku - bertanyakan tentang hajat yang ingin disampaikan ketika beliau di sana nanti. Kini beliau ke sana lagi. Dia seorang alim-ulama.

Syukur Alhamdulillah. Aku hanya mengenalinya seketika cuma. Perkenalan dari tahun 2008 ini berpanjangan. Dia juga rajin bertanya khabar tentang aku & anakku. Juga tentang kehidupanku dua beranak. Aku selesa & amat menghargai keprihatinannya. Dia tahu akan permasalahanku.

Sekarang dia berada di Tanah Suci. Katanya "Sue, ustaz di Mekah ni. Tengah duduk-duduk tiba-tiba teringatkan Sue. Sue ada apa-apa hajat yang ingin disampaikan sementara Ustaz di hadapan Kaabah ni? InsyaAllah, Ustaz boleh tolong doakan"

Aku terharu. Terharu - orang luar yang bukan darah daging yang prihatin tentang permasalahan saudara sesama Islam nya ini. Lidahku kelu seketika. Aku tarik nafas & tanpa berfikir panjang, lidahku melontarkan semula doa yang sering ku pohon ke hadratNya. Aku kena cakap cepat-cepat, nanti tinggi pula bil telefon Ustaz. Apa yang aku ingat, antara yang aku katakan padanya..

"Mohon doakan kesejahteraan saya sekeluarga. Juga ditetapkan iman, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, ketabahan, kesabaran, ketenangan, dipermudahkan segala urusan & semoga Allah s.w.t. menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga. Ustaz tolong doakan supaya Sue boleh sampai ke sana secepat mungkin juga ya.."

"InsyaAllah Sue.. Ustaz akan sampaikan hajat Sue"


Lama juga kami berbual. Aku pula yang mengelak tak nak cakap lama sebab aku faham. Jauh tu.. Nanti melambung pulak bil ustaz & ini bukan masanya untuk berborak panjang. Cuma cakap yang penting-penting je. Aku terfikir, kalau orang lain - sesiapa sahaja, even darah daging sendiri pun kalau berada kat Tanah Suci & teringatkan seseorang, mesti tunggu balik Malaysia dulu baru call bertanya khabar atau ingat gitu-gitu je. Ini tidak, terlintas sahaja di fikiran - on the spot, dia terus call. Syukur Alhamdulillah. Mungkin juga aku adalah insan terpilih untuk diingatinya, lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Suci.

Selepas talian terputus, aku lupa satu je, mohon diberikan kesihatan yang baik. Astagfirullahal'azim... Xpelah.. Itu pun aku dah amat bersyukur atas ingatannya.

Semoga Allah s.w.t. akan terus merahmati semua hambaNya.

Sebelum itu, aku baru sahaja berbual sebentar bersama seorang kenalan lain tentang niat untuk ke Tanah Suci. Tup-tup dapat pula panggilan dari sana. Aku rasa, Kaabah memang melambai-lambaiku... Semakin hampir, InsyaAllah...


Hati ku makin tak sabar untuk berada di sana & berdoa di hadapan Kaabah. Doakan saya ya.. Semoga hajat saya diperkenankan Allah s.w.t.

*setiap kali tengok gambar kawan-kawan di Tanah Suci, makin tak sabar rasanya untuk ke sana juga ~ ada rezeki lebih, bawalah daku pergi bersamamu... *










...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...