DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 13, 2010

A Called From...

...

I received a phone call. It's apppeared 'Private Number'. I tot it's him, but xkan dia call masa ni kot? When I answer it, Subhanallah... A called from Makkah!

I was so shocked! Seorang kenalan yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan umrah teringat akan kenalannya ini. Dahulu, sebelum dia berangkat mengerjakan umrah pada kali yang terdahulu, dia juga menghubungiku - bertanyakan tentang hajat yang ingin disampaikan ketika beliau di sana nanti. Kini beliau ke sana lagi. Dia seorang alim-ulama.

Syukur Alhamdulillah. Aku hanya mengenalinya seketika cuma. Perkenalan dari tahun 2008 ini berpanjangan. Dia juga rajin bertanya khabar tentang aku & anakku. Juga tentang kehidupanku dua beranak. Aku selesa & amat menghargai keprihatinannya. Dia tahu akan permasalahanku.

Sekarang dia berada di Tanah Suci. Katanya "Sue, ustaz di Mekah ni. Tengah duduk-duduk tiba-tiba teringatkan Sue. Sue ada apa-apa hajat yang ingin disampaikan sementara Ustaz di hadapan Kaabah ni? InsyaAllah, Ustaz boleh tolong doakan"

Aku terharu. Terharu - orang luar yang bukan darah daging yang prihatin tentang permasalahan saudara sesama Islam nya ini. Lidahku kelu seketika. Aku tarik nafas & tanpa berfikir panjang, lidahku melontarkan semula doa yang sering ku pohon ke hadratNya. Aku kena cakap cepat-cepat, nanti tinggi pula bil telefon Ustaz. Apa yang aku ingat, antara yang aku katakan padanya..

"Mohon doakan kesejahteraan saya sekeluarga. Juga ditetapkan iman, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, ketabahan, kesabaran, ketenangan, dipermudahkan segala urusan & semoga Allah s.w.t. menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga. Ustaz tolong doakan supaya Sue boleh sampai ke sana secepat mungkin juga ya.."

"InsyaAllah Sue.. Ustaz akan sampaikan hajat Sue"


Lama juga kami berbual. Aku pula yang mengelak tak nak cakap lama sebab aku faham. Jauh tu.. Nanti melambung pulak bil ustaz & ini bukan masanya untuk berborak panjang. Cuma cakap yang penting-penting je. Aku terfikir, kalau orang lain - sesiapa sahaja, even darah daging sendiri pun kalau berada kat Tanah Suci & teringatkan seseorang, mesti tunggu balik Malaysia dulu baru call bertanya khabar atau ingat gitu-gitu je. Ini tidak, terlintas sahaja di fikiran - on the spot, dia terus call. Syukur Alhamdulillah. Mungkin juga aku adalah insan terpilih untuk diingatinya, lebih-lebih lagi ketika berada di Tanah Suci.

Selepas talian terputus, aku lupa satu je, mohon diberikan kesihatan yang baik. Astagfirullahal'azim... Xpelah.. Itu pun aku dah amat bersyukur atas ingatannya.

Semoga Allah s.w.t. akan terus merahmati semua hambaNya.

Sebelum itu, aku baru sahaja berbual sebentar bersama seorang kenalan lain tentang niat untuk ke Tanah Suci. Tup-tup dapat pula panggilan dari sana. Aku rasa, Kaabah memang melambai-lambaiku... Semakin hampir, InsyaAllah...


Hati ku makin tak sabar untuk berada di sana & berdoa di hadapan Kaabah. Doakan saya ya.. Semoga hajat saya diperkenankan Allah s.w.t.

*setiap kali tengok gambar kawan-kawan di Tanah Suci, makin tak sabar rasanya untuk ke sana juga ~ ada rezeki lebih, bawalah daku pergi bersamamu... *










...

5 comments:

manisz said...

aku doakan untuk ko juga ok.. lau ko sampai dulu pada aku.. ko doakan aku yerk..

*hiba*

Idi said...

Salam Sue,

InsyaALlah. Niat dah ada tu, sampai la hajat tu nanti. Saya pun doakan sama...

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, Sue, InsyaAllah, apa jua yang kita hajatkan dan usahakan Allah akan sampaikan..Saya juga berdoa untuk anda..

[[iidyLL_iceneSS]] said...

Semoga hasrat sis tcapai utk mjejak kaki ke Tanah Suci..

Bila sampai serunya nanti,pasti sis akn brada dsna..Amin..

sue said...

My frenz : sham, Idi, LIPISLADY & iidyLL_iceneSS - TQVM ya! :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...