DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 23, 2009

Nasi Kerabu

...

Hari ni aku makan nasi kerabu lagi. Since Monday for breakfast, aku makan nasi kerabu except yesterday makan Roti Telur. Meaning dah 4 hari makan nasi kerabu. Kebetulan nasi kerabu awe baru meniaga kat AIKOL sedap pulak..

Bila order dia dah tau dah... Cik Mek Sue punyer x nak budu, x nak togeh, sambal cili sikit, kuah lebih. Hehehe... Ok jgk rasanya nasi kerabu dia. Lengkap ada ikan celup tepung, daging bakar, ayam percik & telur masin.

Aku belajar makan nasi kerabu since ITM tahun 1995. Eija yg ajar aku makan nasi kerabu. Beli kat Pasar Malam Jengka. X nak budu & makan dengan ayam goreng. Pelik kan? Since tu lah aku makan nasi kerabu mcm tu, xnak budu tapi dgn ayam goreng.

Dulu masa duduk kat Kuantan, jiran aku org Kelantan. Kak Ti namanya. Kalau dia nak buat nasi kerabu dia akan ajak aku tolong dia sbb agak leceh nak menyediakan bahan2 nasi kerabu. Teringat kenangan memasak nasi kerabu dgn dia. Prepare solok lada, daging bakar, ikan celup tepung, telur masin, kuah masak, sambal kelapa + isi ikan, ulam2 & nasi bunga biru. Bunga biru? Bunga ni lah yg menjadikan color nasi tu jd biru. Selalunya dia import bunga tu bila dia kelik Kelate.

Lebih kurang 13 tahun duduk kat Pantai Timur, kira puas jgk la makan makanan sebelah sana. Macam2 benda aku cuba... Sedap gak. Erm, teringat 'AKOK KOTA BHARU' la pulok. Aku x tahu pun kat mana kedai yg sedap sbb K.Ti jd supplier aku setiap kali dia balik KB. Hahaha... Anyway thanx to K.Ti sbb selama 8 years K.Ti sudi ajar Sue byk benda pasal Kelantanism.

Nasi kerabu awe AIKOL sedap jgk sbb dia guna 'pure' bunga biru. Bkn pewarna. Boleh tahu beb!

Hari ni awe tukang bungkus oghe lain, dia terletak budu. Masin sikit rasanya. Ooo, agaknya rasa budu tu lah yg masin kot. Hehehe, sori la beb, aku x makan budu. So aku x tahu mcmana rasa budu. Aku x makan budu sebab byk sgt cite yg menggelikan pasal budu, so better do not take BUDU. Oghe lain yg makey budu jange maroh!

Dah siap bgks barulah awe yg biasa jd tukang bungkus muncul... Dia kata "Guane oghe Kelate dok make budu nih!" Aku pun katalah sbnrnya suka makan je. Dia pun pelik, "Lorr, ingatkan oghe Kelate, panda kecek Kelate". Ngeh3x :D

Ni lah menu aku utk minggu ni...

Nasi Kerabu dgn Solok Lada, Telur Masin & Ayam Goreng


Alhamdulillah... Kenyang! Burp!

...

Wednesday, October 21, 2009

Dah lama x dapat 'DRUG'

...

Aku baru balik dari clinic... ngantuk giler rasa. G jalan kaki sensorg je. Otw sampai ofis dah rasa mcm melayang2 nak pejam mata. Alhamdulillah selamat sampai kat kerusi sendiri.

Kat clinic td, lepas check2.. Dr. pun kata, bagi injection. Alamak.. aku dah lama xnak ambik jap. X sudah2 nak tayang punggung kat nurse. Malu seh..

Niat aku g clinic just nak ambik stok ubat je. Stok dah bkurangan. Biasala.. Hujah / mulut u boleh goreng kasi kelentong. Kalau badan dah x berapa ok tu, MEDICALLY u x boleh tipu la.. All shows!

Kat sini susah nak landing... nak landing kena g surau kat level 1. Tempat aku kat level 3. Dulu masa kat Kuantan, ada bilik sendiri. Bgtau Dr.Su, then she's ok, kunci pintu, tutup blind apalagi = landing time. Kat sini jauh nak bjalan lg. Maleh2...

So, now tempat sendiri - my workstation ni jd mangsa. Jiran2 sebelah menyebelah dah biasa sgt kot tgk aku tsandar kat kerusi tlelap ataupun ter'landing' kat meja. Whateverlah... Janji aku rasa release & comfortable kan... Diorg pun dah faham my health condition.

Ofis aku ni aircon nye terlalu sejuk. Beku kakitangan. Kalau x pakai covered shoes, kenalah pakai socks. Kalau dah pakai socks tu, kwnnya udah tentu selipar jamban. Kadang2 ada jgk yg tegur - mcm org dlm pantang! Erk? Dalam pantang ke aku ni?

Malu dah buang jauh2. Selamba je la.. Aku kan ibu tinggal. Nothing to be shy!

...

Tuesday, October 20, 2009

Happy Birthday to me...

...

Hari ni merupakan ulangtahun kelahiranku yang ke - 32

Terima kasih kepada semua yg mem'wish' birthday kat aku. U've made my day as 'Special Day' ... Thank you soooooo much everybody...

I'd received 'The Most Valuable Birthday Card Ever' from my lovely daughter..

Tengoklah ni.. dia buat sendiri. Ooo, mummy suruh buat revision utk Final Exam, ni hasilnya ye.. :)

Here it is -




Thank you so much Aisya! Mummy LOVE u too...

...

Monday, October 19, 2009

Indahnya Bersangka Baik

...

“Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka


Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

...

Thursday, October 15, 2009

Surat Terbuka Untuk Semua...

...

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf andai coretan ini mengganggu ketenangan pembacanya. Aku cuma ingin menyuarakan apa yang terbuku di sanubari ku ini. Mungkin juga ia tak sepenuhnya apa yang terbuku di hatiku ini tapi ia sedikit sebanyak mungkin ia akan membantu meringankan bebanan tekanan perasaanku.

Mungkin ada yang berpendapat, kenapa nak luahkan di blog. Kenapa tak luahkan pada seseorang? Ini yang aku pilih. Aku akan terus meluahkan apa saja di blog ku ini. Maafkan aku. Aku bukan mengharapkan belas simpati. Aku bukan gila publisiti murahan. Sekadar ingin meluahkan.

Ramai telah mengetahui, aku telah diberikan kekuatan & petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk bertindak. Tindakanku itu telah menggegarkan satu Malaysia, mungkin juga ada ceruk-ceruk lain di dunia ini yang mengetahuinya juga.

Kisahku banyak dibincangkan di media massa, media cetak, media elektronik, forum-forum dan lain-lain lagi. Laporan itu ada yang betul, ada juga yang tidak betul. Biasalah, media akan berbuat apa sahaja untuk menaikkan rating mereka. Jadi terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Berbagai pendapat yang aku baca & dengar. Ramai memuji tindakanku itu. Tidak kurang juga ada yang mengutuk. Biarlah. Aku tak kisah. Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Aku telah lama memendam rasa. Memendam, menelan kepahitan demi untuk membahagiakan orang lain. Aku telah membuat banyak kesilapan. Aku malu pada orang sekelilingku. Sebab itulah, aku tanggung lagi segala kepayahan disebabkan malu. Juga aku kasihankan anakku. Aku tidak mahu dia menjadi mangsa kesan daripada permasalahanku.

Aku selalu merujuk permasalahanku kepada keluarga mertua. Especially my mother-in-law. I’d share everything with her. Bertahun lamanya aku merujuk kepada mereka, jawapan yang aku terima tetap serupa – tak tahu nak buat macamana. Mereka tidak pernah ambik inisiatif untuk menasihatkannya. Alasannya adalah ini masalah rumahtangga. Orang luar tak boleh masuk campur. Susah-susah, mereka suruh aku lari. Sampai bila aku harus melarikan diri sebegitu?

Aku cuma minta mereka menasihatkannya. Susah sangat ke? Masuk campur & menasihatkan adalah dua perkara yang berbeza. Aku tak tahulah macamana mentality & cara diorang berfikir. Aku malu hendak merujuk permasalahanku kepada keluarga aku sendiri. Dia pilihanku.

Keluarga mertuaku yang dekat, rapat & selalu tengok keadaanku. Mereka yang tahu situasi kami. Sebab tu aku mempunyai perasaan hormat terhadap mereka. Aku tak nak mereka berkecil hati seandainya aku ceritakan permasalahanku kepada orang lain. Aku mengharapkan bantuan mereka.

Mungkin jika perkara ini terjadi kepada saudara perempuan mereka, baru mereka akan merasai & bertindak untuk membantu saudara perempuan mereka. Aku orang luar. Orang luar yang tidak disambut kehadirannya. Mungkin juga terpaksa menerima kehadiranku dalam keluarga mereka.

Bertahun begitu. Hinggalah pada hari kejadian dimana anakku telah membuka jalan untukku terus bertindak. Kata-kata anakku merupakan semangat & keizinan yang tidak dipersiakan. Aku tiba-tiba jadi sebegitu berani. Sedangkan selama ini aku amat lemah. Takut. Tak berani.

Dia telah mengakui segala kesilapannya. Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah menyedarkannya & semoga dia menginsafi perbuatannya. Dia juga telah memaklumkan kepada keluarganya bahawa aku tak salah. Jika dia tidak berbuat begitu kepadaku, aku tidak akan mengambil tindakan terhadapnya. Dia juga berterima kasih kepadaku kerana telah menghentikan keterlanjurannya, membuka hati & mindanya tentang banyak perkara. Disebabkan perkara ini juga, keluarganya barulah 'buka mata' tentang kewujudan dirinya. Sebelum ini kehadirannya tidak dihargai.

Keluarga mertuaku tidak boleh menerima hakikat keadaan sekarang. Aku dihina, dikutuk & berbagai tohmahan dilemparkan kepadaku. Bagiku, dulu aku perlukan bantuan, merintih, merayu, tidak dihiraukan – kini aku pula yang dipersalahkan setelah aku bertindak. Aku adalah mangsa yang dipersalahkan setelah bertindak untuk menghentikan penindasan terhadapku & anakku.

Anakku juga dicemuh dengan sesuatu yang tidak dilakukannya. Pity her terjebak sama. Wahai malaun, sedarkah kau yang anak kecil itu tak berdosa? Kenapa kau kejam mereka cerita tentangnya?

Keluarga ku amat terkejut bila mengetahui keadaan sebenar. Aku tahu begitu sukar untuk mereka menerima & memaafkannya. Ialah, siapa yang boleh terima keluarganya diperlakukan sebegitu. Dihadapan mereka aku menyembunyikan segala keperitanku. Semuanya hanya lakonan yang menyimpan 1001 kepedihan tersirat. Dia juga begitu, tahu akan kelemahanku bahawa aku tidak akan menceritakannya kepada keluargaku. Aku menjaga maruahnya tetapi ku pendam sebuah duka. Aku redha. Mungkin ini dugaan untukku. Hati kecilku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t. mendengar rintihan hambaNya ini.

Aku juga mungkin telah melakukan kesilapan. Mungkin dahulu aku terlalu mengejar wang ringgit sehingga mengabaikan tanggungjawab & perhatian terhadapnya. Aku lakukan semua itu untuk menambah & mengukuhkan keadaan ekonomi keluargaku. Kami sama-sama muda. Mungkin ilmu & iman juga tidak setinggi mana. Goyah dengan peredaran semasa.

Selepas segala-galanya berlaku, barulah pintu hati & mata kami terbuka untuk menilai perjalanan lalu. Perjalanan kehidupan yang perlu diperbetulkan demi masa depan setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t.

Aku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t melembutkan hati kedua-dua keluarga. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan segala urusan kami. Semoga Dia juga melindungi & menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Kini, perjalanan hidupku telah berubah. Aku masih lagi dalam proses untuk menerima & menyesuaikan diri dengan suasana baru. Serba serbi berubah. Begitu juga dengan anakku. Dia juga tidak terkecuali.

Bila difikirkan tentang kesilapan, rasanya aku tidak mahu sebut lagi. Kalau boleh juga, aku tidak mahu dengar lagi jika ada orang menyebut “ tulah, dulu macamtu, dulu berani sangat, dulu tak fikir,” dan berbagai lagi statement yang menyalahkanku. Aku tahu semua tu. Aku tak nak dengar lagi. Tolonglah. Jangan menyesakkanku dengan statement-statement begitu. Kini, kalau boleh bantulah aku.

Aku perlukan bantuan. Terutamanya dari segi wang ringgit untuk meneruskan kehidupan seharian anakku. Aku x perlukan sponsor utk apa2.. kan lebih baik sponsor utk menghiburkan hati tu ditukarkan mjd sumbangan ikhlas. Jika disebut nakkan balasan atau syarat bagi apa jua, itu bukan ikhlas namanya. Xpelah, aku x perlu itu semua sebab aku tak nak terlalu termakan budi. Bukan sombong. Biarlah...

Dulu ramai yang kata akan membantu tapi dimana semua janji-janji itu pergi?

Ada orang memberitahuku, moral support orang boleh bagi tapi dari segi wang ringgit, setiap orang ada komitmen masing-masing. Aku tahu. Tapi bagi aku, tak berkudis pun kalau menghulurkan sedikit bantuan kepada kami. Aku tahu kemampuan mereka yang boleh menolongku, sebab tu aku mohon bantuannya. Aku tak boleh paksa. Aku benar-benar akan buka mulut jika dah terdesak sangat-sangat. Aku juga ada maruah untuk tidak meminta-minta.

Tapi kalau dah tak boleh tolong, tidak mengapalah. Janganlah kata aku degil & menyalahkanku dengan statement-statement provoke. Jangan sindir & hukum aku. Berterus-teranglah.

Jika mereka yang berada disekelilingku memahami keadaanku & ingin membantu, syukur Alhamdulillah. Terima kasih tak terhingga. Itu sahaja yang mampu ku katakan. Budi baik kalian, sentiasa di hati. Hanya Allah s.w.t. yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan memperlipat-gandakan rezeki kalian.

Aku selalu buntu bagaimana hendak menyara kehidupan aku & anakku. Aku sedih. Begini akhirnya nasib diriku & anakku.

Aku ingin kerja part-time untuk menambah pendapatan bulananku tapi keadaan fizikalku tidak mengizinkan. Aku tak sama macam orang lain. Aku berpenyakit. Walau apapun, aku tidak menjadikan keadaan ini sebagai halangan untuk aku mencuba & meneruskan pelbagai aktiviti untuk meneruskan kehidupan seharian di bumi Allah s.w.t. yang penuh pancaroba ini.

Banyak cadangan yang aku terima, cuba makan ubat ni, ubat tu, cara ni, cara tu, tapi macamana aku nak proceed jika aku kekurangan wang? Bukan aku tak nak. Aku tak mampu.

Nak bagi anak aku makan pun terpaksa berjimat cermat sangat-sangat, inikan pula nak melabur ke benda lain. Nak belanja seharian juga begitu.

Kasihan anakku, selalu bawa bekal nasi & telur sahaja. Hati ibu mana yang tak terharu bila dia katakan yang takpe, dia tak kisah kerana telur & kicap adalah kesukaannya. Aku tahu jauh disudut hatinya dia juga seperti kanak-kanak lain. Nak ini, nak itu.

Sekarang, tanyalah apa sahaja padanya, dia akan kata takpelah. Dia tak nak. Aku merasakan yang betapa kejamnya aku sebagai ibu.

Pernah juga ada orang mengatakan padaku, tu cincin tu ada, apa lagi – jual atau gadai la.. boleh juga dapat duit. Astaqfirullahal’azim. Hingga begitu sekali. Pernahkah dia terfikir kata-katanya itu amat menghiris hatiku.

Aku tahu aku tak cukup duit tapi aku tak sampai ke tahap itu lagi. Itu je harta yang aku ada. Takkan semua nak let go? Sudahnya tak ada apa yang tinggal untuk aku lagi. Mungkin semua akan gembira bila aku betul-betul dah tak de apa-apa.

Aku juga pernah berkecil hati apabila orang yang lebih muda usianya daripada aku meninggikan suaranya kepadaku. Aku tahu mereka bertindak begitu kerana mereka sayangkan aku. They are very protective that’s why they’re behaving like that. Cuma aku ingin mengingatkan, budi bahasa jangan lupa sampai bila-bila. Biar kita tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi sekalipun, tetapi jika kita berbudi bahasa, insyaAllah, kita akan lebih dikenang kerana keperibadiaan kita itu.

Pada yang mempunyai kepandaian ilmu pengetahuan sikit tu, janganlah terlalu riak dengan kelulusan & pendapat diri anda sahaja. Kadang-kadang silap juga. Ye, bila-bila masa sahaja Allah s.w.t. akan menguji & terus menguji hambaNya.

Ingatlah, aku juga manusia, hamba Allah s.w.t. yang punya hati, perasaan & maruah untuk dihormati.

Cubalah letak diri anda ditempat aku. Jangan pandai cakap je tapi action show nothing.

Kini, undang-undang telah menghukumnya. Bagiku, bukanlah kita pula sebagai manusia untuk menghukumnya lagi.

Setiap orang melakukan kesilapan. Kesilapan itu mungkin dilakukan berulangkali seandainya tidak dibimbing kejalan yang betul. Ia akan terus hanyut dalam kesilapan yang tiada berpenghujung.

Yang baik dijadikan tauladan & yang buruk di jadikan sempadan.

Mungkin ada yang marah dengan statement ku ini. Maafkanku…

Kini aku tak tahu apakah keputusan & tindakan yang patut aku ambil untuk masa depanku. Aku takut seandainya aku tersilap lagi. Aku juga agak lemah dalam membuat keputusan. I’m not good in decision making. Pendirianku agak goyah.

Statusku? Terus terang aku katakan, aku serahkan kepada Allah s.w.t untuk menentukan jodohku. Dia yang menentukannya. Jodoh, pertemuan, ajal & maut semuanya di tangan Tuhan. Aku cuma mampu berdoa agar Allah s.w.t menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Bagiku, banyak lagi benda yang aku kena cover untuk menjadikan hidupku & anakku back to normal. Terutamanya segala hutang-piutang yang ditinggalkannya. Akulah yang perlu meng’cover’kannya. Oh my God, macamana aku nak cover?

I’m tersangatlah problematic!!! What else? Segala-galanya! 

Aku juga mengimpikan kebahagiaan di dunia.

Aku ingin menumpang kasih pada yang sudi. Aku sedar, bukan mudah untuk sesiapa saja menerima diriku ini. Aku taknak jadi tamak. Jika dapat menumpang kasih & perhatian pun jadilah. Aku perlukan teman. Aku perlukan pembimbing. Aku sedar diri. Aku kotor! Aku tak nak hidup dalam noda! Imanku tipis. Aku takut! Hidup penuh dengan cabaran & dugaan.

Sekarang, apa sahaja yang aku lakukan lebih kepada untuk anakku. Aku akan buat apa sahaja untuk menggembirakan & membahagiakannya biarpun hatiku menjerit membantah yang aku tak sepatutnya bertindak atau berbuat sedemikian. Aku buat semuanya untuk anakku. Mungkin ramai yang mempertikaikan tindakanku, tapi itulah aku - kini. My daughter is my priority. Aku tak mahu dia menderita.

Aku yang selalu bersama dengannya. Aku faham hati, perasaan & nalurinya. Bukan aku terlalu mengikutkan kehendak hatinya, tapi she deserve it. Dia tidak sepatunya melalui penderitaan perpisahan disebabkan kesilapan kami.

Mungkin sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk kami bermuhasabah. Dulu mungkin kami terlalu mengikutkan jiwa muda & bertindak melulu mengikut hawa nafsu semata.

Apabila Allah s.w.t. mendatangkan musibah, barulah terkial-kial mendekatkan diri padaNya.

Tolonglah jangan desak aku! Beri aku ruang jugak untuk aku bernafas dengan selesa!

Jalanku masih berliku & aku masih mencari Nur, cahaya dariNya.

Kepada semua, maafkanku…

Wassalam.

...

Boring...

...


Hidup makin membosankan. This is what i feel rite now. X menceriakan. Suiz / kunci kegembiraan x jumpa lg. Hilang entah ke mana. Arghhhh, aku bosan!

Kepala otak ni serabut sbb asyik bfikir je. Yelah, semua org berfikir kan.. so, dah tentulah kepala otak berserabut, sel2 otak bkerja...

Kini aku rasa mentari / matahari yg dulu nya bersinar2 ceria setiap hari, di pagi hari hilang entah ke mana. Ke mana sinaran tu hilang ea? X tahu!

Kemanakah kau pergi? Ke mana kau menghilang?

Dulu aku selalu sembang / borak / sms / gayut / chatting dgnnya.. now dah x de.. where r u? dulu kita selalu share a lots of things. Suka-suka, senyum-senyum, gossip-gossip, sedih-sedih, nangis-nangis, share-share, dan mcm-mcm aktiviti lg lah kita buat bersama kan.. now mana hilang semua tu?

Kadang2 kita keluar bersama / jumpa utk menggembirakan hati & diri kita.

Keadaan dah berubah. Kita semakin jauh. Sejauh mana pun x tahu nak kata. Harapanku, semoga aku tetap ada - sentiasa dlm jiwa & hati mu... ke itu hanyalah impianku semata-mata? Aku berangan lagi ke?

Aku rindu! Aku sentiasa teringat segala kenangan kita dahulu...

Kita ikhlas dlm hubungan kita kan... Aku akui.. ya, aku ikhlas dlm perhubungan kita. Tiada rahsia antara kita... Kau rapat dgn aku. Itu dulu...

Dulu kau ambik berat pasal diri aku, kini x lg. Kau marah aku ke? Kau benci aku? Kau kata kau sentiasa ada disamping aku, jd semangat aku. Kau bz ea.. hingga kau lupa pada aku.

Hidup aku makin membosankan. Kadang2 aku rasa teringin kembali semula ke waktu dahulu utk bersama dgn mu...

Now segala-galanya sepi... What's going on? Dimana silapnya atau kita yg terlalu sibuk hingga kita lupa pd hubungan kita?

Aku kehilanganmu...

Missing u...

Dedicated to u..

Sapa 'U' ?

'U' tahu yg I maksudkan tu adalah 'It's U! U!'

mmm... 'U' lah...

Aku rinduuuuuuuuuu...... (aku dah kesat airmata nih)

Maaf kan ku... Ini yg aku rasa...

Kembalilah...

I-Love-You-(43).gif Pictures, Images and Photos



...

Monday, October 12, 2009

Not feeling well

...

Lately ni aku rasa diri aku ni mcm x sedap badan je. Asyik rasa letih & penat x bermaya je. Dah 2 minggu lebih ni even worst. Tapi syukur alhamdulillah... aku berjaya menunaikan kewajipan di bulan Ramadhan lalu. Now Syawal dah nak ke penghujung, masih belum sempat untuk menunaikan puasa sunat 6 hari dlm bulan Syawal. Mmglah ia sekadar puasa sunat, tapi besar ganjarannya. Rugi kalau x grab. Nak memulakannya badan rasa x daya je.

Setiap hari balik keje, melepet, x larat. X tahu kenapa. Nak makan xde selera. No desire! Air je yg nampak best. Minum air dah bergelen2 kot. Itupun kulit still kering mcm x bermaya. Badan dah la kurus kering (yeke ha?) dah bertambah kerempeng. Aku rasa la. Baju / kain / seluar yg mengembang atau aku yg mengecut? Kalau semua kecut, tulang je la yg tinggal. Mcm skeleton. Mmg x menarik langsung appearance diri aku yg mmg dah x menarik ni. Huhuhu... Weekend pun camtu jgk. Terbaring je.

What's wrong with me? Only HE knows...

Apa-apapun, still gagahkan diri utk buat apa-apa yang patut. Keperluan harian utk Aisya pun ala kadar je. Alhamdulillah, she's very independant. Dia amat risau bila tgk aku mcm x larat je. Aku lebih lagi risau. Risau akan diri sendiri. Kalau aku dah x larat nak bangun, colapse - lagi susah Aisya. Sapa nak take care dia? Aku cuma mampu berdoa agar aku diberi kesihatan yg baik, utk menjaga anakku.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau peliharailah hamba Mu ini...

...

Friday, October 9, 2009

Kisah Aisya pd mlm tadi...

...

Aku sedang menonton tv, tgk berita. Panggil Aisya-Aisya x menyahut.. mana pulak perginya anakku ni? Tadi kata nak solat Isyak, x sudah lg kot.. Selang beberapa minit panggil lagi, mana Aisya ni? masuk bilik aku tgk dia tgh baring atas katil, tangan pegang handphone, airmata meleleh dah basah bantal. Apasal pulak ni Aisya? Aku ambik hp tu & tgk. Gambar dia & daddy. Dia tutup muka dia dengan tangan. Aku tarik tangan dia & terus peluk dia. Dia kata dia rindu sgt kat daddy. Dia nak jumpa daddy... InsyaAllah Aisya, mummy akan usahakan supaya Aisya boleh jumpa daddy. Mummy janji. Aisya tahu mmg ada insan2 yg sengaja nak memisahkan dia dgn daddynya... Sian Aisya.

Apa2pun Aisya, mummy akan usahakan agar Aisya tetap dapat hak Aisya. Hak yang sepatutnya dinikmati oleh Aisya. Perhatian, nafkah, lawatan, dan lain-lain lagi. Mummy xkan hampakan Aisya. I'll fight & go for your right! Don't worry! I love u! I'll do everything to make u happy, darling...

Aisya nangis lagi. Aku xnak Aisya nangis lagi! Aisya kata dia x sabar nak jumpa daddy, peluk daddy & nak tengok daddy berubah jd lebih baik. Daddy dah janji dgn Aisya, daddy akan berubah demi masa depan kita sekeluarga. Her hope are very high! Semoga Allah s.w.t. membantu & melindungi anakku...

Then ajak dia makan. Tengah makan layan slot Mahligai TV1. Cite Kau Yang Ku Sayang. Tiba2 terdengar bunyi ketukan piano / instrumental yg mengasyikkan. Melodi lagu yg liriknya ala2 gini 'tiada lagi yg ku idamkan, tiada lagi ku bersamamu, biar aku simpan kenanganku, bersamamu....' then Aisya kata, "ni yg buat Aisya sedih lagi ni". Aku pun suruh dia makan tanpa melayan perasaannya lagi. Aku rasa aku dah selalu sgt abaikan perasaan & nalurinya. Bkn aku xnak layan, tp kang jd lain pulak. Aku buntu!

Everyday sebelum tido, Aisya akan gaduh dgn meow berebutkan something. Aisya akan letak baju him sebelah pillow nya. Then meow akan menempel kat situ. Berlakulah sesi tarik menarik. Dia akan membebel ke 'adik'nya bgtau nanti hilanglah 'bau tu'. Everyday is like that. Aku biarkan aje... At last, kakak will win & tidur dgn senyuman sambil memeluk barang rebutan. So sweet of Aisya. Dulu dia selalu ngigau panggil daddy, now tidak lg tp xtahulah kalau mummy nya ni yg tido mati :P

Sebelum melelapkan mata, Aisya masih lagi seperti dulu. Hug, kiss pipi kiri, kanan, dahi, mulut & hidung n say Good Nite Mummy, I Love U, Assalamualaikum... Itu adalah rutinnya sbl tidur. Dulu kami bertiga mengamalkannya... Now dah tinggal berdua. Still mengamalkannya... Kasih sayang tiada sempadan...

Bila aku dah pura2 tido, aku dengar dia cakap benda yg sama "Good Nite Daddy, I Love U, Assalamualaikum..." Assuming he is exist.


"LOVE - both of them are very close"


Kakak & Adik = Aisya & Meow

...

Wednesday, October 7, 2009

Cite lepas raya

...

Syawal sebulan. Kuih raya? Tahun ni buat 2 jenis je kuih raya air tangan diri sendiri.

1st, sempat tolong ateh buat tart nenas. Nak buat tart gulung, dah x tergulung. Buat pakai acuan tekan2 jelah. Kami buat bertiga - aku tukang canai a.k.a. tekan, ateh tukang gentel jem a.k.a tukang bakar & Aisya tukang buat bulat2 utk ditempel atas jem. Sakit pinggang membuatnya. Jadi dptlah barang sebotol dua utk dibawa balik ke rumah sendiri makan.

2nd, Hari Ahad (8 Syawal) Aisya ajak buat cornflakes madu - kegemarannya. Ikutkanlah buah hati ku ini, melayan dia buat cornflakes madu. Baru tgk dia tersenyum girang. Org buat kuih raya sebelum raya, tapi kitorg lepas raya baru nak buat kuih raya. Xpelah.. as long as anak aku happy.

Ikutkan hati aku ni, mmg xnak buat apa2pun. Malas! Tapi bila mengingatkan pesanan daripada INSAN TERSAYANG, "buat biasa je, nanti lagi org marah" aku gagahkan diri, buat2 biasa as nothing happened. Dalam hati tuhan je lah yg tahu. Puas nak control beb. Tapi aku & airmata memang x dapat dipisahkan. Mata x boleh menipu. Eh, apasal dah menyimpang pulak ni? Aku pun x tahu..

Sekarang aku nak jadi makin berani utk meluahkan isi hati aku kat blog ni. Biar lantaq pi la apa org nak kata. Aku tanggung sorg2, nak pecah kepala dok memendam. Sapa nak layan / to share with? Nak cite kat org takut / org marah / xleh terima / nanti org bg komen apa2 kot2 kontra dgn aku, dah terkecik hati / tbesar kepala / jd gaduh pulak, so aku luah kat sini je lah. Org lain pun ramai yg luahkan P&C kat blog. ok jer.. x jd kontroversi pun. xkan aku luahkan isi hati aku kat sini nanti jd masalah besar pulak kot? Sbbnya kalau kita x meluahkan apa yg terbuku dlm diri kita, lama2 kita boleh jd gila. Sekarang ni ramai org dah menghidap penyakit jiwa sbb tekanan yg x tertanggung. Jangan terkejutlah kot2 ter'laser'lah pulak. Jadi minta maaflah ye... Furthermore, sapa / berapa kerat je lah yg baca blog aku ni. Apa yg boleh di share, insyaAllah, aku share kat blog aku yg kejap active, kejap dibuat pekasam. Hehehe, kadang2 mood tu ada nak menulis, tp masa mencemburuiku.. huhuhu... Wait n c je lah...

Since petang semalam teringin sgt nak minum air tebu fresh & makan tapai yang dibungkus dgn daun. Perghhh, best ooo kalau dpt air tebu fresh yg baru di mesin, airnya memercik2 kuar lalu ditadah. Pastu letak ais & minum. Sedap! Lupa diri kejap kalau dpt meneguknya... Ha, mesti korg yg baca ni pun telan air liur kan? kahkahkah... Ekceli since kejadian yg telah merubah perjalanan hidupku, aku x pernah lg minum air tebu. Aku teringatkannya... Dulu kalau bulan puasa everyday dia mesti beli air tebu buat berbuka puasa. Arghhh, "tinggal kenangan, gagal segala impian, tinggal kenangan, api sejati" lagu Wings la pulak!

Raya baru ni pun x dpt makan tapai. Xde pulak terjumpa sapa2 yg bawa tapai ke rumah. Kalau yg beli tu rasanya x sama macam yg dibuat oleh org2 yg kita kenali. Betul x? Kalau kat Kuantan, tapai Mak Wan Restoran Impianku (emak Z) memang sedap! Manis & comel. Bungkus dgn daun pisang. Every year memang buat open house, so aku selalu tempah dari dia. Eh, last year aku x buat open house lah. Apasal ek? Budget lari sebab baru pindah rumah kot. Hehe.. Dulu2 aku mmg selalu buat makan2 or kenduri kat rumah jadi mesti order tapai dari makwan. Sekarang ni? dot dot dot

Erm, kalau dpt 2-2 benda idaman ku ini, best jgk. So, telan air liur dululah ye...

Musim raya, jalan raya. Kunjung mengunjungi dari rumah ke rumah. Tahun ni aku kureng nak join. Hanya rumah2 tertentu je aku g. Same goes to an 'Open House'. Terpaksa beb! Nak jaga hati. Tapi kan, hati aku ni sapa yg nak jaga kan??? Sendiri je lah jaga. Huhuhu...

Aku dah makin x betul ni.. Sebelum aku meluahkan apa yg x sepatutnya diluahkan disini, better chow...


Missing a lots of things...

I MISS U
I MISS THAT
I MISS EVERYTHING


...

Tuesday, September 29, 2009

Salam Aidilfitri

...


Syawal kali ni disambut dengan serba kekurangan. Tiada persiapan langsung utk kami sekeluarga. Xde hati nak beraya sbnrnya. Kehidupan ku skrg ibarat 'tanah kubur masih merah lagi'... Kita kenalah respect / hormat perasaan org - sesama manusia jgk. Tapi x tahulah kalau ada pihak yg berlakon kata sedih & marah tapi sbnrnya bergumbira tahap gaban. So as human, ada akal & fikiran yg rasional anugerah kurniaan Ilahi, faham2lah ye. Jangan pandai cakap je, tapi action show nothing! Bak kata Nabil "lu fikirlah sendiri". ok2, continue cite raya...

Baju kurung Aisya kebetulan ada buat dulu tapi x pakai lagi. So, Aisya kata dia nak pakai baju tu je. Nasib baik ada insan yg baik hati belikan Aisya baju baru a.k.a baju raya. TQVM to kakchik for d shirt by PUMPKIN PATCH, along & ateh ols shirt by KIKO. Nak beli kasut raya pun Aisya kata "xpelah mummy, sandal CLARKS Aisya elok lagi. Aisya pakai yg tu je." Ajak dia beli baju raya, dia kata "xpelah mummy, baju yg beli masa kat Kuantan haritu kan ada. Itu kira daddy dah belikan Aisya baju raya. kan guna duit daddy bagi". Sian kat Aisya kan?

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, Allah mengurniakan aku seorang anak yang amat memahami keadaan keluarganya. Keadaan dia, mummy & daddy nya yg tidak seperti keluarga org lain. Yes, Aisya mmg amat memahami & bijak membawa diri. Syukur alhamdulillah...

(p/s - kang ada pulak org marah lg kata "ingat anak awak sorg je bijak? anak org lain bodoh?" aloo... maksud aku - anak aku bijak = she knows & do understand d situation right now, she's matured than her age. bkn pasal menda lain. susah betul nak berinteraksi dgn org yg btindak melulu, cakap ikut sedap mulut dia, mcm dia sorg ada mulut, otak kat kepala tp akal letak kat kaki, kan? kwang3x)

Tapi apa2pun, Aisya tetap seorg anak kecil yg memerlukan belaian. Belaian daripada darah dagingnya.

Semasa malam raya, semua org sibuk main bunga api, Aisya tarik aku masuk bilik. Dia menangis. Dia kata, "Mummy, kalau daddy ada selalunya mesti daddy yg akan tolong Aisya main mercun kan?" Kami menangis bersama & kami terpaksa menyembunyikan kesedihan kami dari pengetahuan org lain. Hanya Allah s.w.t. sahaja yg mengetahui & memahami perasaan kami.

Tahun ni balik beraya pun dah tghr Sabtu (sehari sbl raya). Sampai kampung lemang & rendang dah masak. Lepas raya pun x cuti. Bekerja seperti biasa. Suasana kali ni amat berbeza. Ekonomi juga tidak mengizinkan.

Di pagi hari raya, aku cuma perlu menyiapkan anakku seorg saja. Xde lagi perlu membantu insan bergelar 'suami' memakai butang baju melayu. Semua memori itu terpahat dlm ingatanku.

Di hari yg mulia ini juga aku memohon maaf kepada semua atas kesalahanku tetapi ada juga insan yg membalas salam kemaafanku dgn kata hinaan & tidak memaafkan ku dunia akhirat. Biarlah.. sebagai hamba Allah, aku dah buat apa yg sepatutnya dibuat sebagai sesama insan. Ada jgk yg bila aku call, buat2 tepon rosak la, x dgr la, suruh guna public phone lain la.. Hello, jgn tipu la... hentikanlah lakonan bodoh tu! Tipu dosa, mati seksa. Apa-apapun kita kena saling mengingatkan di antara satu sama lain, Allah Maha Esa. Apapun yg kita buat jangan keterlaluan sgt. Zaman sekarang ni kat dunia Allah balas 'cash' setiap kesalahan kita. Jadi, sentiasalah berdoa mohon keampuanan daripadaNya.

Jadi kepada semua, disini saya ingin memohon salam kemaafan atas segala kesalahan saya. Maafkan saya. Halalkan segala makan minum. Semoga hidup kita akan terus diberkatiNya...




Pagi Syawal 1430 Hijrah @ Tampin, N9

...

Thursday, September 17, 2009

Dealova

...

Telinga aku cepat je menangkap bunyi lagu ni. Dulu aku suka lagu ni, sekarang pun suka jugak. Tapi skrg aku x boleh dengar lagu ni!!! Tapi bila teringat, nak dengar jugak. Apa kena dengan aku ni kan? Sentimental. Jiwang karat. Jiwa kacau...
Huhu



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya merantai hati

Ohh…
Bayangmu seakan akan…
Seperti nyanyian dalam hatiku yang
memanggil rinduku padamu
Ohh…

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
memanggil rindu padamu
Ohh…

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada,
selalu ada dan selalu ada
Yang selalu ada dan selalu ada...


...

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

...

Assalamualaikum w.b.t.

Esok umat Islam akan mula berpuasa. Termasuklah aku jgk kan. Kali ni aku akan menyambut Ramadhan dlm suasana baru. Same goes to Aisya. Serba baru. Dulu ikut waktu imsak & bbuka - Kuantan, now KL & dulu bertiga, now berdua. Mgkn masih asing / janggal lg bg kami untuk menerima this new environment.

Mlm ni nak terawih kat mana ye? Aku x tahu... Mlm td sementara tunggu azan Isyak, Aisya dah tanya "Mummy, mlm esok kita nak terawih kat mana?" Aku xde jawapan untuk soalan nye itu sbb airmata aku dah menjawab pertanyaannya dulu. Aku x mampu nak kawal perasaanku lg. Setiap kali berdoa / ngaji / baca Yasin, aku akan menangis hingga menyebabkan anak aku menangis jgk. Dialah peneman yg akan memujuk aku. Sori syg, mummy will try to control my emotion. Hanya Allah s.w.t. yg tahu hati & perasaan mummy. Mummy bersyukur ada Aisya yg lebih kuat drp mummy.

Sorrylah.. aku dah x mampu nak tulis lagi.. Aku minah berdeney :-(

So akhir kata 'Selamat Menyambut Ramadhan'

...

Wednesday, July 29, 2009

Nama Pilihan

...

Kalau aku punya anak yg ramai, nama2 ni mgkn jd pilihan hatiku... Aku nak bgtau awal2 kang jgn kata aku cilok nama kesukaan korang pulak. Korang pun pilih la nama lain utk anak korang ek.. nanti sama pulak nama anak kita. Hehehe, berangan aku ni.

Dulu aku suka nama Aisya, so aku pun menamakan my 1st daughter n only (setakat ni la) Ain Nur Aisya. Sebutan mcm satu perkataan, tp 3 tu beb. Aku realize lepas je aku letak nama Aisya kat anak aku, ramai la pulak org lain menamakan Aisya la pulak. Dulu2 xde dah org nak letak nama tu sbb kunun2 mcm nama org dulu2. C, now dah ramai la pulak pengikutnya. Sana sini ada Aisya... Xpelah

Kalau aku ada anak lelaki nak sgt letak nama Aiman Imran Izham. Kenapa ye? Entahlah. Berangan lagi. Ols aku suka jugak nama Adam. Simple but nice kan?

Then kalau ada rezeki lagi, aku nak namakan anak aku dgn nama 'Zara'. Bg aku nama ni unic jgk. Bukan Veer Zara ea...

Erm... rasanya setakat ni aku tfikir few names yg bakal dijadikan nama utk anak2 aku kelak. Poyo je bunyi nya kan?

Aisya / Adam / Imran / Izham / Nur / Muhammad / Khadeja / Zara

...

Monday, July 20, 2009

Facebook oh Facebook

...

Just nak share, aku suka FB sbb FB aku boleh contact semula kawan2 lama. Kawan2 zaman ITM, kawan2 zaman sekolah menengah & kwn2 sekarang & yg lain2 jgk la.. Aku dok tunggu ada x kwn2 zaman sekolah rendah & tadika yg ada FB. Mcm xde je.. mana korang menghilang ek?

Sbl ni bkn xde Friendster, Tagged, Hi5 dll.. tp mcm x syiok je.. Now remain to update FB regularly.. InsyaAllah.. All depends on time jgk kan..

So viewers, join me at www.facebook.com

Suhairani Sulaiman
Suhairani Sulaiman
Create Your Badge

...

Thursday, July 9, 2009

My Athlete

...



Ni cite masa Sports Day Aisya. X sangka anak aku mewarisi bakat kesukanan mummy nya... Hehehe, kaki panjang mcm mummy, so jaguh la bila berlari. Cewah!

X sangka Aisya dpt 1st place dlm acara yg dia masuk.

So far since she is 3 years old at kindergarden, every year Aisya x pernah pulang without medal on her Sports Day.

OK Darling, keep it up!







...

Friday, July 3, 2009

Aku masih wujud...

...

Hai...

Aku dah ada semangat baru. Semangat nak meng'hupdate' blog, facebook dll lah. Iye kot. Ada masa ke? Betul ke aku ni? So, tunggu... Jgn ada pulak yg kata cite dah basi ke apa. Ikut sukalah nak cite apa kan...

Cite2 yg dah lama terperap kat draft akan di'publish'kan. Check la ye... Scroll down please...

Pada mereka yg telah meng'tag'kan aku tu.. tqvm. Aku x mampu nak mbalasnya. Anyway thanx sbb tag aku.

Aku akan bangkit, bangun, bergerak dgn semangat baru!

YES!!!

Doakan aku!

...

Saturday, May 2, 2009

Sepi

...

Salam...

Apologies sbb lama x update blog ni. A lot of things happened.

Hidup ni penuh dengan dugaan. Aku redha... but always remember, 'yg baik dijadikan tauladan, yg buruk kita jdkan sempadan'. x gitu?

Ada masa lepas ni, I will update n akan byk la cite2 lama yg akan kuar kat blog ni kot. InsyaAllah...

Kepada semua yang sentiasa berada disisiku, TERIMA KASIH x terhingga diucapkan kerana terus memberikan ku semangat. Doakan kesejahteraanku & semoga Allah s.w.t. melindungi & mempermudahkan urusanku...

Itulah harapanku...

Thank you so much guys...

I MUST BE STRONG AND I THINK I AM STRONG TO FACE ALL THESE!

Hopefully it will ends soon.

Wish me luck!!!

...

Saturday, April 18, 2009

Update

...

aku byk keje...

mcmana nak meng'hupdate' blog aku nih???

masa amat mencemburuiku...

huhuhu

...

Sunday, April 5, 2009

Aku & Bilik Air

...

Hhmmm... aku byk terima komen from previous posting on weekend for home. Ada yg tanya, eh, ko x sebut ko basuh bilik air pun? Hish, korang nih, udah tentu akulah pencuci bilik air jgk. Dah semua2 keje kena buat, so, bab toilet ni pun aku lah jgk. So, aku ni ala2 BIBIK INDON lah kejap. Kejap je tau!

Erm, x susah pun sbnrnya nak cuci bilik air ni. Antara rajin dgn tidak je... Ops, bagi sapa2 yg keadaan toiletnya kureng sikit tu, jgn ambik hati ea...

Ni kan blog aku, suka hati akulah nak letak cite apa (hahaha, dah byk kali aku baca statement ni from other blogs - ciplak gak lah)

Sbnrnya aku suka menenyeh bilik air nih. Sbbnya dah terbiasa dari zaman kecik2 kena take turn basuh bilik air. Best ooo, time tu boleh main air + melalak + berangan dlm bilik air, selagi pintu bilik air x kena gegar dek kakak2 aku la...

Skrg ni, Aisya mcm menurun je tabiat aku yg suka duduk lama2 dlm bilik air. Berangan mcm aku jgk agaknya. Kena letak jam dlm toilet ni... La, sbnrnya x perasan pun berapa lama dlm bilik air tu. Biasa la.. masuk, buka apa2 yg patut penuh style. Cara gantung pun penuh gaya seh. Cuci muka macam ala2 model sabun cap kapak. Bila ber'shower' mmg lah = penuh gaya. Apa2pun tenyeh sampai daki2 hilang. Tapi x putih2 pun... Anyway, baru lah fresh!

Hmm, wondering... mcmana org yg masuk bilik air kejap je tu ea???

Erm, shampoo rambut dah mmg kemestianku... pagi petang kena shampoo. Kalau tidak berat kepala ooo. Cuma skrg ni aku try to reduce kemestian men'shampoo' di pagi hari, sbb penampilan aku kan dah berubah. Buat penat je nak blow pagi2. Dulu2 lainlah...

Disebabkan byk sebab yg aku selalu agak lama berada dlm bilik air, jadi, condition bilik air sudah tentu kena selesa beb. Kalau x, sakit mata nengok. X comfortable! Kalau tengah travel, aku lebih rela menahan dari pegi toilet yg 'iyaks-uwek'. Aisya mmg menurun perangai aku yg ni jgk.

Tahap kerajinan aku menenyeh bilik air? Ikut suka. Rasa nak buat, aku pun start enjin sbg KAK SUTI pencuci toilet. Hehehe, udah tentulah tiap2 minggu kena buat beb. Skrg sudah kena cuci 2 bilik air, huhuhu.... penat siot. Dulu satu je...

Ols, nak cuci toilet x perlu barang yg mahal or complicated. Pesanan utk B, lain kali sediakan basic = penyapu keras @ span hijau keras tu pun jadilah, sabun serbuk + clorox. Cukup je brg2 keperluan tu, ada basic = ON. I cuci... Hehehe, abe jangan marah! :-)

...

Saturday, March 28, 2009

Netball

...

Netball ni antara sukan-sukan yg menjadi kegemaranku. Aku dah start main netball since sekolah rendah lagi. Xlah terror sangat pun. Biasa-biasa je.

Zaman sekolah rendah stamina still tinggi lagi. Selalu jadi Center or Wing Attack. Zaman sekolah menengah tukar position jadi Defender or Shooter (GD / GK / GA / GS). Zaman sekarang ni still jadi shooter tapi duduk dalam kawasan D je lah. Stamina dah kureng... Sometimes aku jadi defender gak. Sbnrnya aku prefer defend memandangkan tugas yg berat sbnrnya kalau jadi GS ni. X masuk nanti sure org lain frust. Aku yg jurusumbat ni lagilah frust. Jurusumbat bola ni pun ada hari menjadi, ada hari x menjadi.

Mesti ada yang pelik, eh, aku ni sakit2 pun nak bersukan jgk. Ni nak bagitau kat org2 yg concern kat aku = sukan baik utk kesihatan. Aku cuma buat setakat yg aku mampu. Ols bersukan ni sbnrnya nak menghilangkan stress. Jadi daripada aku duduk saja memendam rasa, baik aku lepas geram kat padang - berlari, berebut & sumbat bola masuk gol. Ada jugak faedahnya...

Baru-baru ni aku mewakili Kuantan Campus buat kali ke-3 utk IIUM Staff Games 2009. Yelah, aku berkhidmat kat UIAM ni pun baru masuk 3 tahun. Kali ni dapat tempat ke-3.

Aik? apasal byk sgt no. 3 ni ha? lately ni mmg byk kebetulan facing dgn no. 3... dan yg pasti aku belum lagi berumur 33 tahun... hehehe, muda lagi seh...

Kita kena always berperasaan muda supaya nampak muda!


Sebelum start game posing dulu - aku (GS), sobir (GK) & finie (GA)


Representative for Kuantan Campus 2009. Mana otai2 ni? Tinggal anak2 ikan je.


jurusumbat berminyak2 muka berpeluh, muis center ok je, tp nampak gak muka letih. si gee, sengih je la sbb hari tu ko x main. xpe2 - supporter


Apa-apapun.... Orait gak! Thank you guys!

...

The Power Of Love

...



Aku beli CD! Walaupun ada org kata aku ni jiwang, ikutla... Ada gak yg kata apasal nak beli? Download je lah.... Jawapannya ialah = kurang masa & kesabaran utk mencari & men'dunlod'

Lagu-lagu yg ada dlm CD ni:

1. I Love You
2. Paint My Love
3. Big BIg World
4. Miss You Like Crazy
5. Hard To Say I'm Sorry
6. I Don't Want Miss A Thing
7. Un-Break My Heart
8. Back At One
9. Because You Love Me
10. How Do I Live
11. There You'll Be
12. Miss You Finally
13. The Colour Of The Night
14. Careless Wisper
15. When I Need You
16. I'll Be Missing You
17. Right Here Waiting
18. When You Say Nothing At All
19. Obvious
20. My Love
21. As Long As You Love Me
22. Without You
23. Never Had A Dream Come True
24. Dreaming Of You
25. Better Man
26. The Power Of Love



...

Thursday, March 26, 2009

Aku Terharu Beb...

...

Syukur Alhamdulillah...

Aku terharu sgt kat ko yg memberi semangat kat aku...

Syahdu seh...

Dalam dunia skrg ni, kadang-kadang kita x cakap apa2 pun mungkin org dah boleh baca atau agak apa yg tersirat dlm hati kita. Kan kan kan???

Malu memang malu tapi tebalkan je lah muka...

Aku redha = FACE THE FACT!!!

Beb, thank you so much! Betul cakap ko, 'kalu Allah tak sayang kita ... dia tak akan menguji kita sebegitu rupa. Dan Allah tau tahap kesabaran hamba2Nya sehingga level mana. Dia tau ko mampu ... didugaNya ko dgn situasi itu.'

Mmg kita ni x sesuci mcm org2 yg benar2 suci, tapi kita cuba utk menyucikan diri. Kita belajar dari kesilapan. Hidup cuma sementara. Disebabkan sementara je lah kita kena usaha buat yg terbaik atau buat something yg menggembirakan kita kan. Hidup penuh dengan dugaan...

"time flies...people may change. change for better is a wish may come true with hope & action. life must go on"

Ko dah bertemu 'chenta hati' yg sejati. Aku doakan semoga ko akan kekal bahagia dunia & akhirat. InsyaAllah...

Thank you so much, beb!

Missing you...

*SAHABAT SETIA*


...

Tuesday, March 24, 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab???

...

Dalam satu kisah percintaan, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:

Isteri :
Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami :
Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri :
Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami :
Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri :
Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya…

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang...

Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu… dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab...

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu, ia boleh dirasai dalam hati."


* CINTA DALAM HATI ABADI SELAMANYA*

831 means 'I Love You'
8 letters
3 words
1 meaning


...

Wednesday, March 11, 2009

Welcome to the world

...


Today aby & tofik dapat baby boy. Cute! 3.3kg. Besar mcm baby dah sebulan lebih. Baby ni still xde nama lagi. Tapi Auntie Sue dah bagi nama = baby Muhammad @ baby Adam sbb aunty sue suka nama tu... Hahaha, memandai je kan bagi nama. Jangan marah ye b... Bestnya dapat baby lagi kan?

...

Monday, March 9, 2009

Orchid

...

Walaupun frust dgn condition pokok2 kat sekeliling rumah. Ada jgk yg meng'happy'kan. Its my orchid. Semenjak duduk kat rumah baru ni dia x henti2 berbunga. Even x letak apa2pun byk bunga. Dulu duduk kat rumah lama rasa give-up jgk. Mcm nak buang je sbb x berbunga. Tapi $ tu! Sbb tu dulu kat rumah lama saya concentrate ke pokok bunga keladi. Ada mcm2 colour. Now semua dah pupus. Ngape ntah. Sayang ooo... Penat tanam.


ni je koleksi orchid yg ada setakat ni


x henti2 berbunga


rasanya Dr.Su ada jgk orchid ni


cantik x?


sweet colour


walaupun keding, tetap nak berbunga jugak


akan mengeluarkan bunga lagi


ulat bulu ni mmg nak mampus! Don't u dare hinggap kat orchid ku...

...

Tired but happy

...

Yesterday I was so happy... My family members came from KL. What a big surprise! Diorg dtg nak melawat saya yg not feeling well baru2 ni. Seronok + happy sbb diorg sudi dtg ke Kuantan yang jauh ni... Even just a day visit, I'm really happy! Thank you!



Haiman Ammar & Arshaq Arif bikin konsert



Cikgu-cikgi



Borak2...




Lepak kat Pantai Batu Hitam, Beserah



Sibuk nak mandi laut

...

Saturday, March 7, 2009

Weekend for house

...

This weekend xnak g mana2. Nak stay kat rumah. Cara ke rumah. Macam-macam benda ooo. Mana nak start eh?

Dobi - keje2 mendobi mmg dah jadi kewajipan everyday. Pelik betul lah, rumah ni 3 org je duduk tapi kain baju macam org duduk 10 orang. Basuh xpe, washing machine. Nangih washing machine ni. Berapa trip ntah. Tekan je. Siap, kuarkan n sidai. Bab sidai & angkat ni ok lagi. Tapi bab melipat tu, huhuhu... byknya! Nak termuntah dok melipat kain. Kalau ada machine utk lipat kain, saya lah org pertama yg akan membeli nya... Xde org nak cipta ke?

Sabtu memang hari untuk mengelap & mengemop lantai. Sakit pinggang. Letih! Dulu kalau kat rumah lama, sekejap je boleh siap semua operasi. Now, sampai tengahari pun belum tentu siap lagi. Sometimes sampai petang baru complete everything. Penat tapi puashati. Kalau geram, lagi macam2 benda dibelek...

Furthermore, saturday morning saya boleh buat keje rumah dengan aman. Aisya xde, every saturday morning dia ada kelas tarian kat sekolah. Meow? No way to be in the house. Duduk dalam cage. Merayu mcmana pun mummy xkan layan.



Petang - tengok pokok2 kat sekeliling rumah. Dulu menanam kat depan rumah tp baru2 ni habis kena sondol dengan 'kebau pendek' dah kena tanam semula kat dlm kawasan rumah je. Habis daun pandan, lengkuas, bunga kantan, ubi, pisang, serai, daun kari & pokok rambutan.

Jeles ni tgk pokok2 sham, makfiza & atie subur tlebih baja. Nanti ye, pasni korang tgklah pokok2 k.sue. Hehehe...


Pokok2 semuanya baru nak naik


habis kering


pokok kacang botol pun dah jd keding


pokok ubi je yg subur



Selesai bab pokok, kerjakan aquarium pulak.


still x puashati dgn condition aquarium ni. next time kena kerjakan sekali lagi

Fuyoo, besarnya harapan tu. Takut gak, kang ter'over' active, lain pulak jadinya. Tapi kalau difikir2kan, memang kena buat jgk. Inilah namanya wanita, isteri & ibu. Semua kerja2 rumah kena buat sendiri. Lainlah kalau ada maid. Tapi rasanya bila kita buat sendiri, dia punya satisfaction tu lain. Its a good therapy also. Hilang stress. As a results, lega & happy...

At last, I manage to do all these works...

...

Wednesday, March 4, 2009

+-=*&^%$#@1.10pm

...

Yesterday, lepas habis RESEARCH AND PUBLICATION EXHIBITION 2009 rasa released sikit. Nasib baik this year collaboration with Medic & Pharmacy. X macam last year. KAHS buat alone, tkejar2. Hari ni pun x settle lagi sbnrnya. Kerja2 pencabutan posters & compiling d results. Memang penat giler...

Actually lately ni rasa penat sgt2. Rasanya macam nak ambik cuti lepas siap semua keje2. Yelah, kesian kat boss masa saya xde. Lots of correspondence need to be settled. Apa2pun my boss mmg baik. Actually my boss - Dr.Su is perfect! Dahlah cantik, bab2 keje ni mmg superb. Tabik spring! Bila saya xde kat ofis nasib baik shaz ada jgk tolong assist Dr.Su. Sekarang ni keje2 pen'cover'an hampir selesai. (iye kot)

Also, a lots of things happened...

Alhamdulillah, masih bisa lagi menguruskannya. Itu pun rasa frustrated jgk. Ingatkan uwan nak g umrah smlm, try to called her a nite b4, rupa2nya uwan (my nenek) dah sampai Makkah. Salah pendengaran rupanya. I really thought uwan nak g umrah on d 3rd March. Rupa2nya on d 2nd March. Semoga uwan selamat segala2nya. Selamat mengerjakan umrah (buat kali ke brp pun dah x ingat) ols uwan selamat pergi & balik.

Pokok2 kat rumah tu dah lama x diberi perhatian. Apa dah jadi dgn pokok2 ku agaknya. So far Aisya kata dia siram everyday while I was admitted. Everyday tgk kat depan rumah ok lagi. Tu x tahulah mcmana keadaan pokok2 kat tepi & belakang rumah. Kat belakang cuma pokok2 rencah utk memasak - penting tu. Kalau mati, syahdunya...

Aquarium & cage meow mmg Aisya & Daddy nya took over. Ha, baru u all tahu, mcmana penatnya nak men'cara' mcm2 benda kat rumah. Hehehe, bukan selalu pun kan.

Appointment @ HTAA mmg byk yg dah tlepas x gi. X sempat. X sampai hati nak kuar time office hour for that appointment. Masa itu emas. Sayang ooo... Manyak kilija!

Last week dah skip x g Academic Review Meeting kat Gombak. Today & 2mrow ols supposed to attend course kat KL. Skip lagi. Keadaan x mengizinkan.

Pagi td dpt 2 ekor ikan laga yg dah besar sikit pemberian roslam. Tq2. Ko mmg penternak yg berjaya. Mengemut anak ikan laga dalam balang. Nanti bagi lagi ea...

Lepas ni mmg rasanya nak bercuti. I need a break! Hehehe, semoga impian menjadi kenyataan.

Tengahari ni rasa exhausted. Geng pantry? Nad & Abby keluar. Adah cuti. Intan & Noi g course. Tinggal Abetah sorg je. Tiba2 jd ngantuk pulak. Nak baring jap la... z z z z z z z z z z z

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...