DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 17, 2012

Not Feeling Well..

...

Pagi semalam Aisya dah called from school bagitau dia sakit perut.  Dia kata dia dah makan semua bekalan makanan tapi still sakit perut.  Aku suruh dia bertahan lagi.  So far Aisya tak pernah lagi ponteng sekolah tahun ni sebab aku memang tak didik dia untuk ponteng sekolah.  Even demam sekalipun, mesti bawak bekalan ubat untuk dimakan masa rehat.  Dari kecik dah didik gitu.  Kalau dah teruk sangat baru cikgu akan call suruh bawak balik.  Tu je.

Then tengahari semalam pihak sekolah called minta ambik Aisya since sakit perutnya bertambah teruk. Lepas ambik dia dari sekolah, terus bawa dia datang ofis.  Aku pun tak sihat sebenarnya.  Hari Sabtu & Ahad lepas dapat attack sakit belakang.

Mungkin aku penat kot.  Lagipun haritu  masa sibuk-sibuk sports training & games, aku lupa diri sikit.. hehe... now mengidap la

Pagi tadi aku bawa Aisya g clinic UIAM je.  Kat sana better, laboratory service semua ada. Kalau g clinic biasa, overcharged nanti kena bayar pulak.  Health Center IIUM free je pun

Memang nampak sangat Aisya still  menahan sakit.  Aku takut appendix je tapi dia xsakit kat sebelah kanan perut pun.

Lepas doktor examine her, dia kena g lab for blood test & urine.  Beriya dia kata jarum besar lah.. etc. Resultnya hemoglobin pekat sangat sbb kurang makan sayur.  Also dalam urine nya ada darah rupanya = kencing berdarah!  Pundi kencing bengkak.

Aisya ni memang jenis yang tahan sakit.  Kalau dia kata sakit maknanya dia dah tak tahan lah tu. Dia rela tahan nak g toilet sebab penggeli / kotor.  Hehe, macam aku jgk ;D

Doktor pun kata Aisya ni kuat tahan sakit.  So now she's on antibiotic & kena minum banyak air.

Lepas tu bab sakit belakang aku la pulak.  Jiwa kacau.. teringat macam-macam semula, mulalah tak sihat & sakit.  Itu memang kelemahanku..  Nak buat macamana kan.. Sabar, usaha & doa je lah. 

As a result = backache = dapat injection. Petidine! Sudahnya laloklah pulak.. Dinasihatkan agar baring kat sick bay but refused! Standard aku lah kan. Mana nak mengaku diri ni pesakit.  Kalau dah tak tahan sangat tu mulalah akan buat publisiti murahan, terpeleot terpengsan.  Hehe... Alhamdulillah selamat sampai rumah :-)

So harini kami sama-sama sakit berehat dirumah sahaja. Huhu :-(


...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...