DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 8, 2011

Fadlan Punca Stacy, Akim Berpisah?

Fadlan punca Stacy, Akim berpisah?


GARA-gara gosip hangat bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stacy, nama anggota kumpulan VIP, Fadlan Hazim Anuwar nampaknya mula mendapat perhatian ramai peminat di persada hiburan tanah air.

Ada pihak yang menyebarkan gosip, kehadiran jejaka kacak berambut perang itu dalam hidup Stacy atau nama sebenarnya, Stracy Angie Agam, 21, juga dikatakan menjadi punca perpisahannya dengan Akim AF7, baru-baru ini.

Walaupun masih berteka-teki mengenai kisah cinta yang terjalin, Fadlan mengakui dia dan Stacy memang berkawan rapat sejak lebih sebulan lalu.

Kata Fadlan, 19, dia dan Stacy mula berkenalan ketika mereka sama-sama belajar menari di studio tarian milik penyanyi popular itu bersama anggota kumpulan VIP yang lain.

“Stacy juga berkawan baik dengan gitaris kumpulan VIP dan mereka pernah menjadi penari latar Stacy dalam pelbagai persembahannya sebelum ini."

“Saya ikhlas berkawan dengan Stacy kerana dia banyak memberi bimbingan kepada saya untuk menjadi penyanyi yang bagus."

"Maklumlah, perbezaan usia kami dua tahun dan dia memang jauh berpengalaman daripada saya dalam bidang hiburan."

“Saya harap, orang tidak menuduh saya berkawan dengan Stacy kerana ingin menumpang nama besarnya pula,”
katanya.

Secara peribadi, Fadlan mengakui dia sangat mengagumi bakat besar dan kelincahan Stacy ketika beraksi di pentas.

“Pada pemerhatian saya, Stacy sangat fokus setiap kali buat persembahan dan ia memang tidak pernah menghampakan peminatnya,” katanya.

Ditanya, sama ada sudah menghidu hubungan Akim dan Stacy sebelum ini, kata Fadlan, pada mulanya, dia memang tidak tahu menahu ‘hubungan cinta’ yang terjalin antara mereka seperti diperkatakan orang.

Malah Fadlan menafikan dia menjadi punca perpisahan antara Akim dan Stacy kerana mereka saling mengenali apabila hubungan kedua-duanya sudah retak.

“Stacy sendiri memberitahu saya hubungannya dengan Akim memang bermasalah sebelum kami berkawan lagi. Kami juga tidak keluar berdua-duaan kerana sering ditemani anggota VIP yang lain kerana mereka juga kawan Stacy,” katanya.

Ditanya sama ada Stacy menepati ciri-ciri gadis idamannya, kata Fadlan, pengalaman pahit putus cinta mengajarnya lebih berhati-hati untuk memilih teman istimewa.

“Saya sering kali putus cinta kerana ramai gadis yang tidak jujur dalam percintaan. Sebab itu, saya kini lebih berhati-hati menjalinkan hubungan percintaan dengan mana-mana gadis."

“Sebenarnya, saya juga tidak kisah bercinta dengan golongan artis mahupun orang biasa kerana yang penting dia menyayangi saya yang memang seorang yang ringkas dalam segala hal,”
katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya pula, kata Fadlan yang berasal dari Kuala Lumpur, dia bermula dari bidang peragaan sebelum menceburi bidang seni.

“Saya berkecimpung dalam bidang modelling sejak berusia 16 tahun. Saya bukan saja menjadi model di Malaysia saja, malah mendapat peluang di Singapura dan Thailand sebelum ini."

“Bagaimanapun, saya mula melangkah ke bidang lakonan apabila menjadi artis bawah naungan KRU Talents pada Jun 2010 dan mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat mereka."

“Saya menjadi pelakon tambahan untuk mencari pengalaman dan antara drama lakonan saya ialah Hotel Mania serta menjadi pengacara program Paparazzi untuk KRU TV sebelum ini,”
katanya.

Kata Fadlan lagi, dia juga tidak ingin melepaskan peluang menyertai kumpulan VIP apabila ia muncul depan matanya.

“Saya sudah kenal dengan Adam AF sejak kami sama-sama berlakon dalam Hotel Mania. Saya juga tidak menolak peluang keemasan yang datang apabila Adam sendiri menawarkan saya untuk menyertai kumpulan VIP yang juga artis di bawah pengurusan syarikatnya, pada Mac lalu."

“Saya percaya dengan minat dan semangat yang ada saya dapat memberi komitmen
terbaik pada kumpulan VIP. Pada masa sama, saya juga belajar menari dan menyanyi dengan baik sebagai persediaan untuk kami mengadakan mana-mana undangan persembahan bersama VIP,”
katanya.


Sumber : Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FadlanpuncaStacy_Akimberpisah_/Article/index_html

Friday, August 5, 2011

Lelaki Yang Bernama Bapa..

...


Kasih bapa tiada batasannya.

Biar apapun pekerjaan bapa anda yang halal, hormatilah dia, kerana hanya itu yang termampu dilakukan untuk menyara keluarga.

Dengan keringat dan tubuh empat kerat, dia rela melakukan apa saja untuk keluarga, jangan malu walau siapapun bapa anda.

*Ain Nur Aisya dearie, please remember this always*

...

Thursday, August 4, 2011

Selamat Ulangtahun Sayang..

...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu




...

Tuesday, August 2, 2011

Makkah Live's..

...


Aku jumpa channel ni, bagus sangat..

Hati meronta-ronta ingin ke sana. Ya, aku masih ingat, aku pernah berniat, kalau rumah Kuantan dah jual, ada dapat duit lebih, aku nak ke Mekah. Apa kan daya, rumah dah terjual, tapi aku rugi besar! Kena top-up almost 12K. Huhu...

Apapun, syukur alhamdulillah, ALLAH s.w.t. memberikanku kemudahan & kekuatan berurusan; dan aku menguruskan segala-galanya seorang diri - without bantuan sapa-sapa esp. orang ada nama / kedudukan / pengaruh / bijak berkata-kata / mengarah / apa-apa je lah.

Semoga aku akan sampai ke sana jua nanti. InsyaAllah...

Jom tengok kat sini je lah, rasainya aura suasananya :-)


...

Friday, July 29, 2011

Pray..

...


...

Friday, July 22, 2011

FYI..

...


...

Tuesday, July 19, 2011

Frog..

...


...

Monday, July 18, 2011

Hello..

...

Dear SOMEONE ...
I won’t BLOCK you,
or DELETE you.

I’m KEEPING you there,
so you’re able to SEE
how HAPPY I am
WITHOUT YOU ...


...

Thursday, July 14, 2011

Place..

...


...

Monday, July 11, 2011

End..

...


...

Friday, July 8, 2011

Test..

...

Kejayaan semanis madu takkan datang tanpa pengorbanan sepahit hempedu.

Allah uji kita kerana Allah sayang kepada kita.

Dia hendak melihat sejauh mana keimanan dan ingatan kita terhadapnya dan dapat mendekatkan lagi kita dgn Sang Pencinta yang Maha berkuasa.

Firman Allah swt: Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “ Kami telah beriman dan mereka tak diuji”.


...

Wednesday, July 6, 2011

Friend..

...


...

Tuesday, July 5, 2011

Why..

...

Why a man needs a wife?

Because :

W --- Washing
I --- Ironing
F --- Food
E --- Entertainment


Why a woman needs a husband?

Because :

H --- Housing
U --- Understanding
S --- Sharing
B --- Buying
A --- and
N --- Never
D --- Demanding


...

Friday, July 1, 2011

Say..

...


...

Thursday, June 30, 2011

Seri Dewi Keluarga..

...



...

Wednesday, June 29, 2011

Knowing..

...


Mengenali seseorg itu kadangkala membuat kita ketawa,
Mengenali seseorg juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata,
Sesungguhnya mengenali seseorg itu mpu memberi kita sejuta rasa,
Marah, sedih, merana, gembira, syg & rindu...

Namun, mengenali seseorang itu sebnrnya anugerah...
Biarpun hadirnya hnya seketika & sementara,
Bersyukurlah dgn kehadirannya
Kerana dgnnya kita mengenal erti kasih syg...

...

Friday, June 24, 2011

Dialog Malam Pertama..

...


Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).

Isteri : Ramai kan yang berniqab?

Suami : Kerana awak ada agama.

Isteri : Ramai kan yang ada agama?

Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik…

Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada. Nanti sekejap.

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).

Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.

Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?

Isteri : Oh! ada, saya ingat.

Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.

Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?

Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?

Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.

Sumber: syahirul.com

...

Thursday, June 23, 2011

Please Forgive Me..

...


ALLAH, maafkan HAMBAMU !!! ... :[

♥Maaf Ya Allah, jika hamba lupa dengan smua nikmat dariMu
♥Maaf Ya Allah, jika hamba sombong mrasa semua nikmat ini adalah kewajibanMu

♥Maaf Ya Allah, jika hamba merasa paling beriman diantara manusia yg lain
♥Maaf Ya Allah, jika hamba merasa paling benar diantara mahlukMU

♥Maaf Ya Allah, jika hamba menunda sholat fardhuMu
♥Maaf Ya Allah, jika lisan hamba menyakiti mahlukMU


...

PARTNER..

...

CARILAH pasangan hidupmu,
yg jikalau engkau melihatnya,
engkau pasti akan teringat pd Allah,
serta bertambah imanmu kpd Allah....

Akan tetapi,

JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu,
yg jikalau engkau melihatnya,
engkau pasti melupai Allah,
dan engkau teringat akan nafsu kejahatan...

Sesungguhnya, itu hanyalah godaan syaitan yg akan mengheretmu ke lembah kemaksiatan...


...

Wednesday, June 22, 2011

Better..

...


...

Tuesday, June 21, 2011

Smile..

...


...

Monday, June 20, 2011

B+ ..

...


...

Monday, June 13, 2011

Umrah..

...

He's going for umrah.


Aku tak tahu kenapa bila dapat tahu dia akan mengerjakan umrah, hati aku sayu sangat. Syahdu tetiba. Kenapa ntah!

Semoga MAMS dapat mengerjakan ibadah dengan kusyuk & dirahmati Allah s.w.t. sepanjang pengembaraan beliau ke sana.

Doakan kesejahteraan kami sekeluarga serta agar kami dapat sampai juga ke sana secepat mungkin ya!

...

Friday, June 10, 2011

Excited..

...


X sabar nak ambik Aisya..

Rindu...

Aisya pun sama, pagi-pagi lagi dah kemas kelengkapan dia :-)

...

Monday, June 6, 2011

Tahfiz..

...


Aku rindu sangat pada Aisya.

Aisya tak de kat rumah sebab aku hantar dia kat tempat tahfiz. Memang berjujuran airmata dia masa tinggalkan dia haritu.

Malam tu dia terus call & cakap "Mummy, kenapa kat sini asyik mengaji & solat je?"

"Yelah sayang, sebab tu nama tempat tu TAHFIZ :-)"

Lonely sgt rasa...

...

Friday, June 3, 2011

Mahram Bagi Wanita..

...


Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.

Siapakah Mahram yang dibolehkan menampakkan sebahagian aurat kepadanya dan diharamkan berkahwin dengannya?

Allah s.w.t berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nuur, 24:31)

Dalam ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bolehnya mahram melihat bahagian perhiasan (aurat tertentu) dari tubuh wanita.

“…dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau…”

Di antara hikmah bolehnya wanita tidak menutup bahagian aurat tertentu di hadapan mahram adalah bagi memudahkan pelbagai urusan mereka. Di mana antaranya mereka sentiasa berada bersama bercampur-baur di dalam rumah yang sama.

Daripada ayat tersebut, Allah s.w.t memulakannya berdasarkan turutan berikut:

1. Suami.

2. Bapa, termasuk datuk. Termasuk datuk dari pihak ibu.

3. Bapa suami (bapa mertua).

4. Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.

5. Saudara secara mutlak, sama ada saudara kandung (adik-beradik), saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah.

6. Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan.

7. Pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu. Mereka termasuk di dalam cakupan mahram, walaupun tidak termasuk di dalam ayat tersebut.

Terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu tidak termasuk mahram yang dibolehkan untuk tidak menutup aurat. Ini adalah berdasarkan daripada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari ‘Ikrimah ketika menafsirkan ayat 31 dari surah an-Nuur, Ia (‘Ikrimah) berkata, “Pada ayat ini Allah tidak menyebutkan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu. Kerana hukum pakcik dari pihak bapa atau pakcik dari pihak ibu mengikuti putera-putera pak cik mereka (sepupu). Dengan demikian, mereka tidak boleh melepaskan khimar (tudung) ketika berhadapan dengan pakcik dari pihak bapa atau pakcik dari pihak ibu.” (Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 4/338. Lihat: Tafsir Ibnu Katsir)

Namun, (lebih tepat) kebanyakan ulama berpendapat bahawa mereka (Pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu) adalah sama hukumnya dengan mahram yang lainnya dengan berdalilkan hadith dari Aisyah r.a: “Bahawasanya Aflah, saudara Abul Qu’ais (iaitu pak cik sepersusuannya) datang meminta izin untuk menziarahinya (menemuinya) setelah diturunkan ayat Hijab. Aisyah r.a berkata, “Aku tidak mengizinkannya”. Ketika Rasulullah s.a.w datang, aku menceritakan apa yang telah aku lakukan. Ternyata beliau menyuruhku supaya mengizinkannya menemuiku.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

8. Mahram kerana sepersusuan juga tidak disebutkan melalui ayat terebut. Namun, para ulama berhujjah dengan hadith dari Aisyah tadi dan bersepakat bahawasanya mereka sama seperti mahram yang lainnya.

9. Mereka yang diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya seperti ibu/bapa kepada suami/isteri dan suami kepada ibu mereka (iaitu suami kepada ibu yang telah bersetubuh dengan ibu).

Mahram Sementara Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya (Namun tidak semestinya boleh menampakkan aurat kepadanya)

Allah s.w.t berfirman:

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu), dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapanNya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4:23-24)

Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram

Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wuduk. Daripada Ibnu Umar r.a, ia berkata: “Dahulu kaum lelaki dan wanita pada zaman Nabi s.a.w melaksanakan wuduk secara bersama-sama.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dapat difahami daripada peristiwa ini ia adalah khusus bagi para isteri dan mahram. Menurut Ibnul Jauzi: “Di dalam hadis tersebut terdapat suatu penjelasan yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki boleh melihat anggota-anggota wuduk bagi mahramnya, demikian juga sebaliknya.” (Ibnul Jauzi, Jami’ Ahkam an-Nisaa’, 4/195)

Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan mahram. Dan wajib mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada selain mahram iaitu kepada sebagaimana individu yang dijelaskan di atas.

Sumber : syahirul.com

...

Tuesday, May 31, 2011

Learn..

...


Aku belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Aku belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Aku belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Aku belajar MENGALAH dari satu KEEGOISAN,
Aku belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN,
Aku belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Aku belajar TAQWA dari KEKUFURAN,
Aku belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Aku belajar REDHA dari satu KETENTUAN...

...

Monday, May 30, 2011

Loike..

...


Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.

Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.


...

Friday, May 27, 2011

Apakah Jodohnya Penzina Juga?

...


Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya (taubat nasuha) akan mendapat jodoh penzina juga? Sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :

Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif.
Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi.
Masih ber’boyfriend’ aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz’ atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu’.

Maka, peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati. Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.

Mata Lelaki Soleh

Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk bertampar’, bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh’ luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh’ dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina?

Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.

Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya. Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).

Sumber: syahirul.com

Thursday, May 26, 2011

Antara Lelaki Yang Layak Dicintai..

...


Berikut adalah 13 ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnya, lelaki yang layak dicintai!

13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:

1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.

“…Kalau setiap saat awak ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”

Sumber: www.ohalkisah.com


...

Wednesday, May 25, 2011

Woman..

...


Lembut wanita kerana senyumannya..
Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana kesetiaannya..
Sabar wanita kerana imannya..
Kasih wanita kerana belaiannya..
Lemah wanita kerana air matanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sikap keibuannya..
Tanpa wanita, lelaki menjadi lemah..
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah

...

Monday, May 23, 2011

20 Tips Amalan Romantik Suami Isteri..

...


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I Love You sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererhttp://www.blogger.com/img/blank.gifti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”
.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Sumber: www.ohalkisah.com


...

Friday, May 20, 2011

*_*

...


...

Thursday, May 19, 2011

Expired..

...

Lesen dah mati rupanya!

Haiyak!!! Ini kali kedua kejadian ni berlaku kat aku semenjak hidup dalam jiwa kacau ni.

First time masa last year. Aku guna kereta member utk g training netball (malam) kat UIAM. Habis je training, otw balik, ada roadblock depan UIAM. Betul2 lepas traffic light UIAM. Ni mmg spot roadblock. Semua kenderaan polis tahan. Minta lesen.

Sampai turn aku, polis pun minta "Kak, nak lesen"
Aku dgn bangganya pun keluarkan lesen. Tanpa rasa apa2.

Then dia kata "Kak, yang lain ada?"
"Tu je lah"
balasku.
"Ini dah mati lama ni kak" sambil polis tu tunjuk lesen aku kat aku semula.
"Astaqfirullahhal'azim.., betul2 x perasan la en. Minta maaf byk2. Mmg x perasan betul. Lagipun rmh dekat je."
"Maaflah, ni kena saman ni"
Aku merayu byk kali agar dimaafkan pun dia x layan.

Mentang2 aku busuk.. baru balik training & dgn anak lagi, ko x layan ea.. Kalau aku wangi2 semerbak bau perfume, sorg2, sure lepas! Huh! X pasal2 melayang 2 saman utk aku. 1 - xde lesen, 2 - xde insuran. Hambik! RM600 tu..

Nasib baik ada diskaun haritu, member tolong settle kan. Jimat duit aku.

Hari ni kat ofis ada kakak tu sibuk2 bckp pasal lesen. Aku terdengar la. Then baru teringat, lesen aku suppose mati on May tapi x ingat bila.

Check punya check lesen aku dah mati lama la.. 11/05/2011 - Hari ni dah 19/05/2011

Mak ai! Selamba je aku ke sana kemari drive tanpa lesen. Nasib baik x kena tahan kat roadblock dpn UIAM. Kalau polis yg sama tahan aku, sure dia ingat kes tahun lepas.

Apa lagi, jap lagi g renew kat Post Office je lah. Melayang lagi duit aku! Huhu

Dah la memang sentiasa kering, bertambah kering lagi. Apa2pun kena renew jgk kan. Itu adalah keperluan & kewajipan buat semua pemegang lesen.

...

Wednesday, May 18, 2011

Loike..

...


Bayangkan kita dipanggil pulang oleh Allah swt malam ini.

Lupakan semua kejahatan manusia & kebaikan kita, tetapi ingat kebaikan manusia lain pada kita dan kesilapan kita pada orang, dan ampunkan semua orang dan minta ampun pada Allah swt sebelum kita memejamkn mata kita malam ini.

Saya minta maaf dengan anda semua kalau ada salah dan silap saya, Lailassa'adah..:)

...

:'(

...



Aisya menghampakan aku lagi.

Guru kelas dia called.
Nak jumpa aku.
Luluh, luruh rasa segalanya.

Sampai hati Aisya...

...

Monday, May 16, 2011

T_T

...


...

Sunday, May 15, 2011

:-)

...

Sentuhan impian pengubat kerinduan :-)


...

Thursday, May 12, 2011

Meow1...


...

Aku lupa nak cerita. Aisya ada adik baru menggantikan MEOW yg mati dulu, pemberian sahabat. Kalau beli kucing spesis ni, mahu melayang RM800-1000. Rezeki Aisya, dapat free. Syukur Alhamdulillah.


Balik sekolahnya xde lah menangis lagi bila tengok sangkar MEOW kosong. Sikenit baru ni Aisya bagi nama MEOW1 - sebutannya 'MEOW ONE'. Suruh bagi nama lain but she refused. Dia nak kekalkan nama MEOW untuk mengingatkan MEOW nya dulu.

MEOW ONE manja sangat. Comel je, sebab kami dapat daripada dia baby kitten lg. Usia around 2 weeks gitu. Mula-mula dulu, Mummy ada tugas baru la pulak, bagi anak angkat baru susu botol. Makin lama bila dia dah besar, habis kontot puting botol susu digigitnya. Mengadanya MEOW ONE ni dia xnak minum sendiri. Nak disusukan juga.

So, sekarang Aisya dah ada 'adik' baru, teman bermain, bergurau, bergaduh, etc.


...

Tuesday, May 10, 2011

*_*


...


Jihad seorang wanita adalah apabila dia menjaga suaminya dengan mencari keredhaan dan melakukan segala yang disukai oleh suaminya...

Jadilah seperti pohon pisang...
setiap bahagiannya ada kegunaan...
batang jadi rakit,
buah jadi santapan,
jantung jadi ulam,
daun jadi pembungkus,
kulit pokok yang kering jadi tali,
hilangnya ada pengganti...
meninggalkan tunas-tunas baru,
penyambung perjuangan...

...

Sunday, May 8, 2011

Double Celebration..

...

Double Celebration for today..

Today is Mother's Day..

Mak, Happy Mother's Day Mak..

Budi mak tetap di hati

Hari ni jugak another celebration suppose to be our 11th Wedding Anniversary.

Kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala-galanya.

Aku amat terharu & tersentuh sangat-sangat dengan ucapan & gifts from Aisya.

I received two cards & 2 gifts from her.

Thank you very much darling..

Mummy really appreciate it!

...

Friday, May 6, 2011

:-)

...


...

Thursday, May 5, 2011

Love..

...


...

Wednesday, May 4, 2011

^_*

...

Gempuran makin hebat,
pertahanan diri harus diperketat,
semoga iman tambah kuat......
fitnah dunia....
oooh....
fitnah dunia....
whatever it is...
We are strong!!!


...

Tuesday, May 3, 2011

Percaturan Adam..

...


Populariti Adam mungkin berkurangan berbanding di awal pembabitannya dalam bidang seni.

Namun, dia antara bekas pelajar Akademi Fantasia masih bernafas di dalam industri sehingga hari ini.

Kemunculan Adam bersama sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka VIP (Versetaility In Perfomance) menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat, apakah Adam kini sudah tidak bergelar penyanyi solo.

“Sebenarnya saya masih bergerak solo dan mempunyai syarikat sendiri, Aico Empire Group (AICO). VIP adalah projek khas saya bersama KRU untuk mengembalikan semula zaman band boys seperti 4U2C dan KRU."

“Kalau ikutkan tidak timbul isu saya cuba mengembalikan populariti dengan cara menyertai VIP. Malah, jadual persembahan VIP diuruskan bersama antara AICO dan KRU. Namun soal album bersama VIP, keputusan sepenuhnya di tangan KRU."

“Saya akui, populariti saya mungkin tidak sama macam dulu. Tapi saya bertuah kerana masih mempunyai golongan peminat setia yang tetap menyokong karier seni saya,”
katanya.


S/H: Buah tangan terbaru

Berkongsi tentang perkembangan kariernya, Adam berkata, dia kini giat mempromosikan album keempatnya yang sudah berada di pasaran.

Menariknya, kesemua lima lagu yang terdapat dalam album ‘Adam 4’ ini adalah hasil nukilan jejaka berusia 27 tahun ini.

“Album ini mempunyai lima lagu baru dan lima lagu versi instrumental. Sebagai percubaan untuk saya berdiri di atas kaki sendiri, album ini diterbitkan syarikat saya sendiri dan diedarkan Erama Records."

“KRU tetap menyokong saya dari belakang dan banyak memberi khidmat nasihat untuk saya mengatur langkah."

“Album ini boleh dikatakan buah tangan istimewa dari saya untuk peminat setia. Lagu ditulis dalam album ini adalah nukilan tulus dari hati saya,”
katanya yang bakal muncul dengan filem Apokalips dan Dimensi Cinta.

Lima lagu dimuatkan dalam album ini, Kau, Pergilah, Tension, Boleh Bah Kalau Kau dan Ellena.


S/H: Masih mencari cinta

Mengulas mengenai nama gadis diangkat sebagai judul lagunya, Adam mengakui gadis bernama Ellena itu pernah wujud di hatinya. Namun, cinta mereka tidak bertahan lama dan kini Adam lebih selesa sendiri.

“Cinta kami berakhir penghujung tahun lalu. Buat masa ini saya masih mencari pasangan yang benar-benar memahami karier saya."

“Kalau sudah tiba masanya, saya akan berkongsi siapakah bakal isteri saya kepada peminat. Sejujurnya saya tidak meletakkan sebarang kriteria pada bakal isteri saya, dan saya tidak meletakkan sasaran bila saya akan menamatkan zaman bujang. Semua itu terpulang pada kuasa Allah SWT,”
katanya.

Sumber : Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...