DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 3, 2011

Percaturan Adam..

...


Populariti Adam mungkin berkurangan berbanding di awal pembabitannya dalam bidang seni.

Namun, dia antara bekas pelajar Akademi Fantasia masih bernafas di dalam industri sehingga hari ini.

Kemunculan Adam bersama sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka VIP (Versetaility In Perfomance) menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat, apakah Adam kini sudah tidak bergelar penyanyi solo.

“Sebenarnya saya masih bergerak solo dan mempunyai syarikat sendiri, Aico Empire Group (AICO). VIP adalah projek khas saya bersama KRU untuk mengembalikan semula zaman band boys seperti 4U2C dan KRU."

“Kalau ikutkan tidak timbul isu saya cuba mengembalikan populariti dengan cara menyertai VIP. Malah, jadual persembahan VIP diuruskan bersama antara AICO dan KRU. Namun soal album bersama VIP, keputusan sepenuhnya di tangan KRU."

“Saya akui, populariti saya mungkin tidak sama macam dulu. Tapi saya bertuah kerana masih mempunyai golongan peminat setia yang tetap menyokong karier seni saya,”
katanya.


S/H: Buah tangan terbaru

Berkongsi tentang perkembangan kariernya, Adam berkata, dia kini giat mempromosikan album keempatnya yang sudah berada di pasaran.

Menariknya, kesemua lima lagu yang terdapat dalam album ‘Adam 4’ ini adalah hasil nukilan jejaka berusia 27 tahun ini.

“Album ini mempunyai lima lagu baru dan lima lagu versi instrumental. Sebagai percubaan untuk saya berdiri di atas kaki sendiri, album ini diterbitkan syarikat saya sendiri dan diedarkan Erama Records."

“KRU tetap menyokong saya dari belakang dan banyak memberi khidmat nasihat untuk saya mengatur langkah."

“Album ini boleh dikatakan buah tangan istimewa dari saya untuk peminat setia. Lagu ditulis dalam album ini adalah nukilan tulus dari hati saya,”
katanya yang bakal muncul dengan filem Apokalips dan Dimensi Cinta.

Lima lagu dimuatkan dalam album ini, Kau, Pergilah, Tension, Boleh Bah Kalau Kau dan Ellena.


S/H: Masih mencari cinta

Mengulas mengenai nama gadis diangkat sebagai judul lagunya, Adam mengakui gadis bernama Ellena itu pernah wujud di hatinya. Namun, cinta mereka tidak bertahan lama dan kini Adam lebih selesa sendiri.

“Cinta kami berakhir penghujung tahun lalu. Buat masa ini saya masih mencari pasangan yang benar-benar memahami karier saya."

“Kalau sudah tiba masanya, saya akan berkongsi siapakah bakal isteri saya kepada peminat. Sejujurnya saya tidak meletakkan sebarang kriteria pada bakal isteri saya, dan saya tidak meletakkan sasaran bila saya akan menamatkan zaman bujang. Semua itu terpulang pada kuasa Allah SWT,”
katanya.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...