DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 28, 2009

Netball

...

Netball ni antara sukan-sukan yg menjadi kegemaranku. Aku dah start main netball since sekolah rendah lagi. Xlah terror sangat pun. Biasa-biasa je.

Zaman sekolah rendah stamina still tinggi lagi. Selalu jadi Center or Wing Attack. Zaman sekolah menengah tukar position jadi Defender or Shooter (GD / GK / GA / GS). Zaman sekarang ni still jadi shooter tapi duduk dalam kawasan D je lah. Stamina dah kureng... Sometimes aku jadi defender gak. Sbnrnya aku prefer defend memandangkan tugas yg berat sbnrnya kalau jadi GS ni. X masuk nanti sure org lain frust. Aku yg jurusumbat ni lagilah frust. Jurusumbat bola ni pun ada hari menjadi, ada hari x menjadi.

Mesti ada yang pelik, eh, aku ni sakit2 pun nak bersukan jgk. Ni nak bagitau kat org2 yg concern kat aku = sukan baik utk kesihatan. Aku cuma buat setakat yg aku mampu. Ols bersukan ni sbnrnya nak menghilangkan stress. Jadi daripada aku duduk saja memendam rasa, baik aku lepas geram kat padang - berlari, berebut & sumbat bola masuk gol. Ada jugak faedahnya...

Baru-baru ni aku mewakili Kuantan Campus buat kali ke-3 utk IIUM Staff Games 2009. Yelah, aku berkhidmat kat UIAM ni pun baru masuk 3 tahun. Kali ni dapat tempat ke-3.

Aik? apasal byk sgt no. 3 ni ha? lately ni mmg byk kebetulan facing dgn no. 3... dan yg pasti aku belum lagi berumur 33 tahun... hehehe, muda lagi seh...

Kita kena always berperasaan muda supaya nampak muda!


Sebelum start game posing dulu - aku (GS), sobir (GK) & finie (GA)


Representative for Kuantan Campus 2009. Mana otai2 ni? Tinggal anak2 ikan je.


jurusumbat berminyak2 muka berpeluh, muis center ok je, tp nampak gak muka letih. si gee, sengih je la sbb hari tu ko x main. xpe2 - supporter


Apa-apapun.... Orait gak! Thank you guys!

...

The Power Of Love

...



Aku beli CD! Walaupun ada org kata aku ni jiwang, ikutla... Ada gak yg kata apasal nak beli? Download je lah.... Jawapannya ialah = kurang masa & kesabaran utk mencari & men'dunlod'

Lagu-lagu yg ada dlm CD ni:

1. I Love You
2. Paint My Love
3. Big BIg World
4. Miss You Like Crazy
5. Hard To Say I'm Sorry
6. I Don't Want Miss A Thing
7. Un-Break My Heart
8. Back At One
9. Because You Love Me
10. How Do I Live
11. There You'll Be
12. Miss You Finally
13. The Colour Of The Night
14. Careless Wisper
15. When I Need You
16. I'll Be Missing You
17. Right Here Waiting
18. When You Say Nothing At All
19. Obvious
20. My Love
21. As Long As You Love Me
22. Without You
23. Never Had A Dream Come True
24. Dreaming Of You
25. Better Man
26. The Power Of Love



...

Thursday, March 26, 2009

Aku Terharu Beb...

...

Syukur Alhamdulillah...

Aku terharu sgt kat ko yg memberi semangat kat aku...

Syahdu seh...

Dalam dunia skrg ni, kadang-kadang kita x cakap apa2 pun mungkin org dah boleh baca atau agak apa yg tersirat dlm hati kita. Kan kan kan???

Malu memang malu tapi tebalkan je lah muka...

Aku redha = FACE THE FACT!!!

Beb, thank you so much! Betul cakap ko, 'kalu Allah tak sayang kita ... dia tak akan menguji kita sebegitu rupa. Dan Allah tau tahap kesabaran hamba2Nya sehingga level mana. Dia tau ko mampu ... didugaNya ko dgn situasi itu.'

Mmg kita ni x sesuci mcm org2 yg benar2 suci, tapi kita cuba utk menyucikan diri. Kita belajar dari kesilapan. Hidup cuma sementara. Disebabkan sementara je lah kita kena usaha buat yg terbaik atau buat something yg menggembirakan kita kan. Hidup penuh dengan dugaan...

"time flies...people may change. change for better is a wish may come true with hope & action. life must go on"

Ko dah bertemu 'chenta hati' yg sejati. Aku doakan semoga ko akan kekal bahagia dunia & akhirat. InsyaAllah...

Thank you so much, beb!

Missing you...

*SAHABAT SETIA*


...

Tuesday, March 24, 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab???

...

Dalam satu kisah percintaan, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka:

Isteri :
Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami :
Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri :
Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?

Suami :
Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri :
Tak boleh beri bukti? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya…

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang...

Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu… dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab...

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu, ia boleh dirasai dalam hati."


* CINTA DALAM HATI ABADI SELAMANYA*

831 means 'I Love You'
8 letters
3 words
1 meaning


...

Wednesday, March 11, 2009

Welcome to the world

...


Today aby & tofik dapat baby boy. Cute! 3.3kg. Besar mcm baby dah sebulan lebih. Baby ni still xde nama lagi. Tapi Auntie Sue dah bagi nama = baby Muhammad @ baby Adam sbb aunty sue suka nama tu... Hahaha, memandai je kan bagi nama. Jangan marah ye b... Bestnya dapat baby lagi kan?

...

Monday, March 9, 2009

Orchid

...

Walaupun frust dgn condition pokok2 kat sekeliling rumah. Ada jgk yg meng'happy'kan. Its my orchid. Semenjak duduk kat rumah baru ni dia x henti2 berbunga. Even x letak apa2pun byk bunga. Dulu duduk kat rumah lama rasa give-up jgk. Mcm nak buang je sbb x berbunga. Tapi $ tu! Sbb tu dulu kat rumah lama saya concentrate ke pokok bunga keladi. Ada mcm2 colour. Now semua dah pupus. Ngape ntah. Sayang ooo... Penat tanam.


ni je koleksi orchid yg ada setakat ni


x henti2 berbunga


rasanya Dr.Su ada jgk orchid ni


cantik x?


sweet colour


walaupun keding, tetap nak berbunga jugak


akan mengeluarkan bunga lagi


ulat bulu ni mmg nak mampus! Don't u dare hinggap kat orchid ku...

...

Tired but happy

...

Yesterday I was so happy... My family members came from KL. What a big surprise! Diorg dtg nak melawat saya yg not feeling well baru2 ni. Seronok + happy sbb diorg sudi dtg ke Kuantan yang jauh ni... Even just a day visit, I'm really happy! Thank you!



Haiman Ammar & Arshaq Arif bikin konsert



Cikgu-cikgi



Borak2...




Lepak kat Pantai Batu Hitam, Beserah



Sibuk nak mandi laut

...

Saturday, March 7, 2009

Weekend for house

...

This weekend xnak g mana2. Nak stay kat rumah. Cara ke rumah. Macam-macam benda ooo. Mana nak start eh?

Dobi - keje2 mendobi mmg dah jadi kewajipan everyday. Pelik betul lah, rumah ni 3 org je duduk tapi kain baju macam org duduk 10 orang. Basuh xpe, washing machine. Nangih washing machine ni. Berapa trip ntah. Tekan je. Siap, kuarkan n sidai. Bab sidai & angkat ni ok lagi. Tapi bab melipat tu, huhuhu... byknya! Nak termuntah dok melipat kain. Kalau ada machine utk lipat kain, saya lah org pertama yg akan membeli nya... Xde org nak cipta ke?

Sabtu memang hari untuk mengelap & mengemop lantai. Sakit pinggang. Letih! Dulu kalau kat rumah lama, sekejap je boleh siap semua operasi. Now, sampai tengahari pun belum tentu siap lagi. Sometimes sampai petang baru complete everything. Penat tapi puashati. Kalau geram, lagi macam2 benda dibelek...

Furthermore, saturday morning saya boleh buat keje rumah dengan aman. Aisya xde, every saturday morning dia ada kelas tarian kat sekolah. Meow? No way to be in the house. Duduk dalam cage. Merayu mcmana pun mummy xkan layan.



Petang - tengok pokok2 kat sekeliling rumah. Dulu menanam kat depan rumah tp baru2 ni habis kena sondol dengan 'kebau pendek' dah kena tanam semula kat dlm kawasan rumah je. Habis daun pandan, lengkuas, bunga kantan, ubi, pisang, serai, daun kari & pokok rambutan.

Jeles ni tgk pokok2 sham, makfiza & atie subur tlebih baja. Nanti ye, pasni korang tgklah pokok2 k.sue. Hehehe...


Pokok2 semuanya baru nak naik


habis kering


pokok kacang botol pun dah jd keding


pokok ubi je yg subur



Selesai bab pokok, kerjakan aquarium pulak.


still x puashati dgn condition aquarium ni. next time kena kerjakan sekali lagi

Fuyoo, besarnya harapan tu. Takut gak, kang ter'over' active, lain pulak jadinya. Tapi kalau difikir2kan, memang kena buat jgk. Inilah namanya wanita, isteri & ibu. Semua kerja2 rumah kena buat sendiri. Lainlah kalau ada maid. Tapi rasanya bila kita buat sendiri, dia punya satisfaction tu lain. Its a good therapy also. Hilang stress. As a results, lega & happy...

At last, I manage to do all these works...

...

Wednesday, March 4, 2009

+-=*&^%$#@1.10pm

...

Yesterday, lepas habis RESEARCH AND PUBLICATION EXHIBITION 2009 rasa released sikit. Nasib baik this year collaboration with Medic & Pharmacy. X macam last year. KAHS buat alone, tkejar2. Hari ni pun x settle lagi sbnrnya. Kerja2 pencabutan posters & compiling d results. Memang penat giler...

Actually lately ni rasa penat sgt2. Rasanya macam nak ambik cuti lepas siap semua keje2. Yelah, kesian kat boss masa saya xde. Lots of correspondence need to be settled. Apa2pun my boss mmg baik. Actually my boss - Dr.Su is perfect! Dahlah cantik, bab2 keje ni mmg superb. Tabik spring! Bila saya xde kat ofis nasib baik shaz ada jgk tolong assist Dr.Su. Sekarang ni keje2 pen'cover'an hampir selesai. (iye kot)

Also, a lots of things happened...

Alhamdulillah, masih bisa lagi menguruskannya. Itu pun rasa frustrated jgk. Ingatkan uwan nak g umrah smlm, try to called her a nite b4, rupa2nya uwan (my nenek) dah sampai Makkah. Salah pendengaran rupanya. I really thought uwan nak g umrah on d 3rd March. Rupa2nya on d 2nd March. Semoga uwan selamat segala2nya. Selamat mengerjakan umrah (buat kali ke brp pun dah x ingat) ols uwan selamat pergi & balik.

Pokok2 kat rumah tu dah lama x diberi perhatian. Apa dah jadi dgn pokok2 ku agaknya. So far Aisya kata dia siram everyday while I was admitted. Everyday tgk kat depan rumah ok lagi. Tu x tahulah mcmana keadaan pokok2 kat tepi & belakang rumah. Kat belakang cuma pokok2 rencah utk memasak - penting tu. Kalau mati, syahdunya...

Aquarium & cage meow mmg Aisya & Daddy nya took over. Ha, baru u all tahu, mcmana penatnya nak men'cara' mcm2 benda kat rumah. Hehehe, bukan selalu pun kan.

Appointment @ HTAA mmg byk yg dah tlepas x gi. X sempat. X sampai hati nak kuar time office hour for that appointment. Masa itu emas. Sayang ooo... Manyak kilija!

Last week dah skip x g Academic Review Meeting kat Gombak. Today & 2mrow ols supposed to attend course kat KL. Skip lagi. Keadaan x mengizinkan.

Pagi td dpt 2 ekor ikan laga yg dah besar sikit pemberian roslam. Tq2. Ko mmg penternak yg berjaya. Mengemut anak ikan laga dalam balang. Nanti bagi lagi ea...

Lepas ni mmg rasanya nak bercuti. I need a break! Hehehe, semoga impian menjadi kenyataan.

Tengahari ni rasa exhausted. Geng pantry? Nad & Abby keluar. Adah cuti. Intan & Noi g course. Tinggal Abetah sorg je. Tiba2 jd ngantuk pulak. Nak baring jap la... z z z z z z z z z z z

...

Thursday, February 26, 2009

Happy Belated Birthday Aisya

...


Ain Nur Aisya & Nur Hannah Aqilah = both are cousins and sharing same birhtday date - 2nd February


Ni posting belated birthday for Aisya. She was born on 02/02/2001 @ 12.22 noon. Cantik x nombor tu? Tbalikkan date tu, buang kosong. Pandai x I "mengeluarkannya" pada masa & tarikh yg ngam. Hehehe, perasan.

Actually on her b'day this year, I'm not feeling well. On MC. Sian dia monyok je, x buat apa2. Biasalah budak2. Asal birthday je, kewajipannya mesti nak ada kek. This year she requested nak buat birthday party kat rumah baru with A&W. Awal2 lagi mummy dah kata 'NO-NO-NO'. Budget lari... Mepeh dah ni! Last year lain, ada rezeki lebih sikit & lagipun dah janji byk kali sgt nak buat birthday party kat rumah with McDonalds. Mana boleh every year. Tulang belakang mummy dah bengkok, bertambah bengkok nanti.

Ingatkan tahun ni memang nak buat jgk her birthday party since baru duduk kat rumah baru. Boleh buat kenduri kesyukuran + house-warming sekali. Tapi dot dot dot. Nantilah... Ada rezeki - I will invite u all semua.

Eh, dah melencong pulak ni...

A week after her b'day, my cousin from Tampin came over. What a surprise! Pengantin baru datang holiday ke Kuantan. He's ex-student Kulliyyah of Pharmacy, IIUM. So, nak bawa wife kenal IIUM. Malam tu kitorg keluar makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur.

Itu dah menjadi kewajipanku utk bawa sapa-sapa je org luar yg datang sini utk makan kat kedai "MAIL IKAN BAKAR - TANJUNG LUMPUR" - mmg best. Abg mail ni upah org mmg utk tangkap ikan-ikan fresh kat kedai dia je. Ada ikan bayam, aji2, jebong, siakap, sotong, udang ketak & lain-lain seafood lagi lah. Memang pelik bunyinya... Tapi bila makan, memang sodap!

Aisya naik kete PakLangWan nya. Bila lalu kat town, tiba-tiba je rasa mcm nak beli kek utk dia. I drop-by kat kedai kek. Surprise for Aisya.

Sampai je kat kedai abg mail, bila mummy bawa turun kek, dia punya lah happy...

Habis dicium2nya mummy, sampai nak tjatuh kek. Hai Aisya, sayang mummy sebab mummy beli kek je ke? Hehehe.... Xlah. Mummy tahu Aisya memang sayang mummy. I love you too!

So, Happy Birthday Darling!


Sesi potong cake for '8th Birthday Celebration' - makin byk candle!


Tahun ni xde kek secret receipe. Sg. Wang je...


Aisya & her new maklang. Welcome to our big family!

...

Friday, February 20, 2009

I was discharged!

...


Bekalan ubat sebeban. Tu stok untuk seminggu je tu…

Bil??? Fuyoo... RM XX,XXX.XX ONLY!!! Nasib baik company bayar. Kalau self-sponsored = nangih!

Melampau betul private hospital ni. Dahla byk nyamuk. Ubat nyamuk ni pun diorg charged.



Sampai je kat rumah, si kecik gumuks menyambut kepulangan mummy nya. Terus menggesel minta dibelai.



Meow rindu kat mummy ea…Mummy pun rindu kat meow. Bila mummy baring je, apa lagi – meow pun menempel kat celah kangkang mummy. Teruk betul meow ni. 18SX




Malam tu x boleh tidur sebab sakit semula. Ni lah bahana minta balik jugak. Kalau kat hospital boleh inject petidine. Kat rumah ni, tramadol x mampu nak release kan jugak kesakitannya. Pukul 3 lebih pun x lelap lagi sebab menanggung sakit.

At home, my little nurse really taking care of me. Lebih garang. X macam nurse kat hospital yang lembut je. Little nurse ni concern betul. Sapa lagi kalau bukan Ain Nur Aisya. Aisya, mummy dah boring makan porridge. Perut mummy dah ok. Mummy x nak makan ubat lagi. Huhuhu…

X kisahlah…. Janji dah discharged.

I will be on Medical Leave until 28th February.

...

Thursday, February 19, 2009

I was admitted...

...

Sebenarnya dah lebih kurang 2 minggu facing with headache. Dah banyak kali gi clinic, doctor bagi pain killer. Kalau dah teruk sangat, they gave me an injection. Injection tu sekejap je, lalok n terus lelap. Lepas terjaga rasa release sikit.

Rabu, 9th February 2008 - Today morning mmg dah rasa not feeling well. Pagi ni lambat pulak breakfast. Bukan apa, kalau bos ada meeting – selagi bos x g meeting, selagi tu saya akan setia di bilik saya. Yelah, need to settle the preparation first. Furthermore, paper e-meeting selalu available hari yang sama. Sebab tu selalu kelam kabut.

Selepas my bos masuk meeting, saya pun breakfast. Pagi ni makan makanan berat. Saya bawa bekal nasi putih + ayam kurma lebih malam tadi. Hehehe, ni kira penjimatan jugak la. Iyelah, kalau masuk freezer, after reheat, belum tentu ada yang makan. Baik bawak g ofis. Jimat & kenyang...

Tengah-tengah makan dah rasa dah perut macam lain macam. Sudah. Gastrik. Ni gara-gara lambat sangat breakfast lah ni. Since bangun pagi perut kosong lama sangat.

Cepat-cepat basuh tangan. Pastu panggil Intan. “Intan, tolong kaksue – minta temankan k.sue balik ofis k.sue sebab ubat k.sue dalam handbag” Intan pun menemankanku. Lepas je Intan selamat menemankanku sampai di ofis, dah menggigil-gigil dah tu. Cepat-cepat telan ubat. Pastu rasa kepala pulak menangkap. Alamak! Lepas satu, satu lagi penyakit datang.

Dalam menahan sakit tu, call Nadea, informing her tengahari nanti nak minta tolong to send me to Kuantan Specialist Hospital (KSH). Sebab dah rasa lain macam sangat. Tengah-tengah bercakap telefon tiba-tiba tulang belakang ni rasa macam ditusuk macam jarum. Sakit belakang pulak. Then sedar-sedar saya dah ada kat lantai. Nad dah ada tengah dok menepuk-nepuk muka saya. Dia kata k.sue pengsan, tengah cakap kat phone tiba-tiba senyap. That’s why dia berlari datang ke bilik saya. Tengok saya ada bawah meja. Thank you Nad. U'r the rescuerer.

Kepala sebelah kiri rasa sakit. Terhantuk kat meja agaknya. X lama tu Intan & Noi pun datang. Diorang bawa saya ke hospital dalam town. Kuantan Medical Center (KMC) Thank you to Br.Zainul & Sya too. TIndakan pantas diorg meminjamkan wheel chair memudahkan proses pem’transfer’an ku ke dalam kereta.

Sampai depan KMC sedar lagi, pastu kiok semula. Sedar-sedar dah dalam emergency room. Ramai jantan-jantan kat dalam tu. Ni mesti diorg yang usung ni. Confirmed!

Malunya… Untuk kesekian kalinya it happens again & again. Nak buat macamana? Malu ooo…



Tangan kiri ku dah di pasang drip.



Doktor kata saya memang kena admitted.



Nad & Noi mengorek apa ntah dlm handbag ku itu. Intan pulak jadi photographer of the day. Otw to x-ray room, bos pun ada jugak rupanya. Thank you Dr.Su!

Bilik kat wad pulak penuh. So, saya still ditempatkan di A&E. Then saya minta diorg balik je ke ofis. Xpe, I don’t mind. Lagipun nombor bilik dah dapat. # 333. So anything they know where am I been placed.

There are two specialist yang rawat saya - Mr.Mohd Nor and Mr. Kannan. I knew both of them since 1999 at HTAA. They’re Orthopaedic & Surgical Consultant.

2nd day saya kena masuk OT (Operation Theater) for my gastritis. This is the third time kena buat OGDS. Had it before, kat HTAA & ingatkan dah x perlu buat lagi. Ikut je lah apa je cakap doctor. As long it can reduce the pain.

For my backache & headache, still x kurang lagi. Dah banyak kali sangat ni kena cucuk dengan Petidine. What everlah. As long boleh release the pain. Then ok, boleh balik.

Hmm, xde maknanya bila sedar from lalok, sakit still ada. Cuma sesekali berkurangan. Sebenarnya dah lama x sakit seteruk mcmni. Tu yang kali ni rasa mmg teruk sikit lah.

Tangan kiri dah membengkak. Gumukssss….






Kini drip dah bertukar ke tangan kanan pulak.




On Saturday Mr. Md. Nor nak buat procedure for my back bone. Ramai org takut nak mencuba. For me, saya merelakannya….

Eh, x jadi pulak – maybe on Monday. Akhirnya buat jugak. Terasa liquid dlm tulang belakang moving. Rasa mcm ditarik / disedut then dimasukkan something. Patutla ramai org xnak buat procedure ni. Memang sakit. Dulu arwah ayah pun pernah diambil air tulang belakangnya - Ayah, nanit pun rasa apa yg ayah pernah alami dulu.

A day after, my backache feel better. Gastric still mcm tu jgk. Dah jemu rasa makan bubur je. I need rice! Headache dah beransur pulih.

My drip bertukar ke tangan kiri semula sebab dah bengkak & bleeding. Mana xnya…. Every 6 hours, kena cucuk lagi. Tu belum masuk cucukan petidine untuk melalokkanku if the attack comes.





Tuesday kena buat MRI. The last time had MRI was at HKL on year 1997 kot. The doctor said it will take almost 2 hours to complete. 9.30am saya dah berada dlm terowong MRI. Agaknya macam ni lah keadaan dalam liang lahad. Machine MRI ni boleh pilih nak dengar lagu apa. Sebelum masuk diorg dah tanya nak dengar lagu biasa @ radio. Saya pilih Hitz FM. Lama x dengar radio. Sebenarnya diorg xnak patient rasa takut baring dalam terowong ditambah pulak dengan bunyi tembakan & getaran MRI Machine yang kuat tu. Rasa mcm lama sangat duduk kat dalam tu. Then diorg keluarkan saya sekejap, betulkan kedudukan & continue. Bila doctor kata ok siap, lega rasanya. Tapi the doctor did mentioned, probably esok kena buat MRI contrast pulak, sebab nampak macam ada something. They want to look into my backbone deeply. Hopefully there's nothing. Procedurenya kena masuk ubat dlm badan dulu, then baru masuk dlm terowong lahad tu. Then I asked the nurse, pukul berapa ni. Ha? Dah 1.15pm. Lamanya. Patutlah perut dah lapar.

For me, dah x kisah sangat apa je procedure yang doctor nak buat. I have been suffering for 16 years. Traditional & modern = semuanya dah cuba. Apa-apapun akhirnya ke hospital jugak. So better remain to go for modern treatment.

Staying kat hospital boring. Asyik makan ubat je. Memang lah ubat tu dah jadi makanan harianku, tapi ni over sangat ni. Sekali makan sampai 14 biji. Tu x masuk yang kena kunyah 2 biji lagi. <16 bijik> Kenyang ubat. Kenyang cucuk. Saya dah allergic pada morphine. Dadah apa lagi yg masuk dlm badan ku ini? Huhuhu...

If ada road-blocked & buat urine test on the spot mmg confirm sangkut. Sbb tu kena sentiasa bawa buku appointment hospital ke mana2. Kalau x dok dalam lokap la...




Hari ke lapan being at hospital ubat dah kurang sikit. Tinggal 11 biji je. + kunyah 2 biji, so = 13 biji je. Alhamdulillah…



Hari ke sembilan, dah petang happy sikit bila doctor kata xyah buat MRI Contrast. Yeah! Tapi belum boleh discharge lagi. Tensionnya…

Pkl 9.30 malam during ward review by Mr. Md.Nor, saya merayu lagi nak balik. Dah boring sangat tido spital nih. Macam-macam ayat yang saya goreng. Mula-mula dia x bagi. Tapi bila dia kata ok, u boleh balik rehat kat rumah as long completed the medication from both doctor and rest betul-betul. Saya x boleh active dalam masa dua minggu since tulang belakang baru je di sentuh oleh jarum-jemarum Mr. Md. Nor. Mr.Kannan also reminded me to take 'Soft Diet Only' until follow-up on 5th March. Say no to chicken also - only porridge & fish. Roti & kuih or benda-benda yang lembik je boleh. :-(

I am really happy… boleh balik rumah sendiri. Terus lupa diri mengemas barang-barang bekalan. Yezza…. Macam bertahun x balik rumah rasanya.

Bye-bye KMC! Thank you, doctors. Thank you to nurses too. Not to forget, thank you to all the visitors – Nad, Adah, Intan, Amy, Aja, Epi, Kaklong, Kakngah, Mak, Dr. Su, Abetah, Kak Norma, Pn. Azizah, Safdi, Intan Zurina, Shaz, Adda, Eija, Jumri, Mizi dan lain-lain lagi. Also thank you for Along, Ateh, Sham, Zul & semua yang mendoakan saya.

Thank you so much!

...

Sunday, February 8, 2009

Depressed!

...

At this moment, I feel that I'm really depressed! Macam-macam benda. Yeah I know, as human, kita memang diuji dengan pelbagai benda. Setiap orang ada bahagian masing-masing.

Dunia hanya sementara. Sebab dunia ni sementara lah, kita kena grab sebaik mungkin. Masa yang berlalu begitu pantas. Sometimes rasa give-up! Demi yang tersayang, aku akan gagahkan jugak. Aku selalu berdoa agar Allah s.w.t. memberikan aku kekuatan dalam menempuhi segala dugaan ini. Aku hanya insan yang lemah, cuba bangkit dari kesilapan lalu, demi masa depan yang lebih bermakna. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Usaha mesti diteruskan. Never ends...

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkanlah imanku ini, berikanlah aku kekuatan dalam menempuh dugaanMu... Permudahkanlah urusanku... Hanya Engkau yang Maha Mengetahui...

Tidak ada orang yang menginginkan penderitaan. Macam-macam bentuk penderitaan ada - mental, fizikil, etc. Semua orang nak hidup bahagia. Tapi sebelum kebahagiaan azali itu menjadi miliknya, kita akan terus diuji.

For me, bila depressed macam ni, my psoriasis will getting worst. Bila emotion x stabil, penyakit-penyakit yang ada pada dalam diri ni pun apalagi. Muncul satu per satu esp. gastrik & sakit belakang. Nowadays memang alwayz headache. Satu kepala sakit. If migrain sebelah je. Bila migrain dah menyerang, lagi susah. Nak kata power mata naik, mungkin jugak. Harap-harap ianya x berpanjangan.

Rasa macam x bermaya. Letih je. Also...

I can't concentrate on my job! Bila performance down, I am in trouble!

Ya Allah, aku redha dengan dugaanmu ini. Aku cuba untuk buat-buat x tahu or lupakan about 'PROBLEMS', tapi... ianya datang sendiri. Automatically! Aku amat bersyukur mempunyai 'SAHABAT SETIA' yang sentiasa memberikan ku semangat. Tanpa semangat yang betul-betul kuat & jitu, entahlah... x tahu nak kata.

Kalau ikut kata hati, nak je lari. Tapi nak lari ke mana? Lari macamana sekalipun, it won't settle the problems. You have to face it.

Yes SUE, be strong! You can do it!

...

Friday, February 6, 2009

Romantiknya...

...

"Sifat Romantik Nabi Muhammad"

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."

Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya...

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...