DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 29, 2010

Rindu Datang Lagi...

...

Lepas solat Isyak malam tadi, kami berdua baring utk tidur. Tiba-tiba Aisya bersuara..

"Mummy, tadi masa kat sekolah cikgu sebut & cerita kisah pasal ayah. Aisya sedih sangat. Aisya terus cakap kat cikgu Aisya nak pergi tandas. Aisya nangis dalam toilet sorang-sorang. Lepas Aisya dah ok, baru Aisya masuk kelas semula. Aisya takut cikgu check kat toilet kenapa Aisya lama sangat dalam toilet."

Aku diam seribu bahasa. Shocked, terkedu & sedih untuknya sebenarnya.

"Aisya selalu tengok orang lain ayah diorang hantar diorg pegi sekolah naik motor. Dulu-dulu daddy yang hantar Aisya pegi sekolah naik motor. Aisya peluk daddy kuat-kuat. Aisya happy sangat dapat peluk daddy. Daddy selalu akan bawa Aisya pegi mana-mana yang Aisya nak naik motor. Aisya rindu kat daddy. Tapi kenapa bila Aisya sebut je pasal daddy semua org akan kata tak payah. Diorang tak kesian kat Aisya ke mummy?"

Aku pun kata, "Dah la Aisya, tido ye.." Again, she continued. She continuing her heart felt with so sad intonations...

"Kalau setiap kali malam raya Aisya akan ikut daddy pergi kenduri rumah orang tu, Aisya mesti duduk kat bersila daddy. Aisya duduk je dekat daddy. Daddy peluk Aisya. Lepas tu daddy mesti akan letakkan dagu daddy kat kepala Aisya. Sekarang semua tu dah takde lagi mummy. Bila Aisya boleh duduk macam dulu lagi mummy? Nanti Aisya dah besar mesti Aisya dah tak muat nak duduk kat bersila daddy. Aisya rindu daddy peluk Aisya. Daddy selalu bagi duit raya yang daddy dapat kat Aisya. Mummy rasa daddy ingat kat Aisya tak sekarang ni mummy? Mummy, mummy dengar tak Aisya cakap ni?"

Sambil menahan getar suara, aku menjawab "Mummy dengar sayang. Aisya jangan nangis lagi. Nanti esok pergi sekolah mata bengkak lagi malu. Mesti orang akan tanya kenapa mata Aisya bengkak. Dah-dah. Tido. "

"Mummy, Aisya kesian bila tengok mummy kena buat semua benda sorang-sorang. Dahla mummy selalu tak sihat. Aisya tak marah mummy pun kalau mummy tak masak untuk Aisya tau. Kalau duit mummy dah tak cukup, mummy guna duit Aisya je. Aisya tak pernah marah mummy kalau mummy nak guna duit Aisya. Aisya pun tak marah mummy buat r****t p***s. Aisya tak nak tengok daddy pukul mummy lagi. Daddy dah janji dengan Aisya yang daddy akan jadi orang yang baik. Aisya tak sabar nak jumpa daddy. Aisya rindu sangat dekat daddy".

Aku mengalirkan airmata sebenarnya. Sayu dengar luahan perasaannya. Dah lama dia tidak mencurahkan perasaannya sebegini.

Berdosakah aku menyiksa jiwanya? Dia rindukan belaian seorang bapa. Mereka berdua terlalu akrab sebenarnya. Kini Aisya & aku pula semakin akrab. Semua yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi kurniaan Ilahi.

Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkanlah hati kami dalam menempuhi setiap dugaanMu dalam menjalani kehidupan di bumi Mu ini Ya Allah...


Dah tengah malam aku bangun bukak lampu bilik tengok Aisya sudah tidur lena. Sweet dreams sayang...

...

1 comment:

syazyatie said...

salam ksue, sabar bebanyak ekk. setiap org ada dugaan masing2. cuma sekuat mana dugaan itu hanya org itu yg tahu.ksue doa banyak2 ekk.Sian aisya..kecik2 dh kena matangkan diri. Segala dugaan yg kita terima tu tanda Allah masih sygkan kita. Tanda Allah sentiasa ingatkan kita. Tanda Allah nak kita makin dekatkan diri dgnnya. Tanda cinta kita hanyalah utk Dia semata-mata. Saya ckp senangkan??tapi sy sendiri pun slalu kalah & merungut dgn dugaan yg saya terima. Kak sue & aisyah pikir satu jek...Allah takkan duga kita dgn dugaan yg kita tak mampu tanggung. Hikmah disebaliknya hanya Dia yg tahu. Sama2 kita bersabar ekk...kem salam sayang kat Aisya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...