DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 23, 2009

Nasi Kerabu

...

Hari ni aku makan nasi kerabu lagi. Since Monday for breakfast, aku makan nasi kerabu except yesterday makan Roti Telur. Meaning dah 4 hari makan nasi kerabu. Kebetulan nasi kerabu awe baru meniaga kat AIKOL sedap pulak..

Bila order dia dah tau dah... Cik Mek Sue punyer x nak budu, x nak togeh, sambal cili sikit, kuah lebih. Hehehe... Ok jgk rasanya nasi kerabu dia. Lengkap ada ikan celup tepung, daging bakar, ayam percik & telur masin.

Aku belajar makan nasi kerabu since ITM tahun 1995. Eija yg ajar aku makan nasi kerabu. Beli kat Pasar Malam Jengka. X nak budu & makan dengan ayam goreng. Pelik kan? Since tu lah aku makan nasi kerabu mcm tu, xnak budu tapi dgn ayam goreng.

Dulu masa duduk kat Kuantan, jiran aku org Kelantan. Kak Ti namanya. Kalau dia nak buat nasi kerabu dia akan ajak aku tolong dia sbb agak leceh nak menyediakan bahan2 nasi kerabu. Teringat kenangan memasak nasi kerabu dgn dia. Prepare solok lada, daging bakar, ikan celup tepung, telur masin, kuah masak, sambal kelapa + isi ikan, ulam2 & nasi bunga biru. Bunga biru? Bunga ni lah yg menjadikan color nasi tu jd biru. Selalunya dia import bunga tu bila dia kelik Kelate.

Lebih kurang 13 tahun duduk kat Pantai Timur, kira puas jgk la makan makanan sebelah sana. Macam2 benda aku cuba... Sedap gak. Erm, teringat 'AKOK KOTA BHARU' la pulok. Aku x tahu pun kat mana kedai yg sedap sbb K.Ti jd supplier aku setiap kali dia balik KB. Hahaha... Anyway thanx to K.Ti sbb selama 8 years K.Ti sudi ajar Sue byk benda pasal Kelantanism.

Nasi kerabu awe AIKOL sedap jgk sbb dia guna 'pure' bunga biru. Bkn pewarna. Boleh tahu beb!

Hari ni awe tukang bungkus oghe lain, dia terletak budu. Masin sikit rasanya. Ooo, agaknya rasa budu tu lah yg masin kot. Hehehe, sori la beb, aku x makan budu. So aku x tahu mcmana rasa budu. Aku x makan budu sebab byk sgt cite yg menggelikan pasal budu, so better do not take BUDU. Oghe lain yg makey budu jange maroh!

Dah siap bgks barulah awe yg biasa jd tukang bungkus muncul... Dia kata "Guane oghe Kelate dok make budu nih!" Aku pun katalah sbnrnya suka makan je. Dia pun pelik, "Lorr, ingatkan oghe Kelate, panda kecek Kelate". Ngeh3x :D

Ni lah menu aku utk minggu ni...

Nasi Kerabu dgn Solok Lada, Telur Masin & Ayam Goreng


Alhamdulillah... Kenyang! Burp!

...

Wednesday, October 21, 2009

Dah lama x dapat 'DRUG'

...

Aku baru balik dari clinic... ngantuk giler rasa. G jalan kaki sensorg je. Otw sampai ofis dah rasa mcm melayang2 nak pejam mata. Alhamdulillah selamat sampai kat kerusi sendiri.

Kat clinic td, lepas check2.. Dr. pun kata, bagi injection. Alamak.. aku dah lama xnak ambik jap. X sudah2 nak tayang punggung kat nurse. Malu seh..

Niat aku g clinic just nak ambik stok ubat je. Stok dah bkurangan. Biasala.. Hujah / mulut u boleh goreng kasi kelentong. Kalau badan dah x berapa ok tu, MEDICALLY u x boleh tipu la.. All shows!

Kat sini susah nak landing... nak landing kena g surau kat level 1. Tempat aku kat level 3. Dulu masa kat Kuantan, ada bilik sendiri. Bgtau Dr.Su, then she's ok, kunci pintu, tutup blind apalagi = landing time. Kat sini jauh nak bjalan lg. Maleh2...

So, now tempat sendiri - my workstation ni jd mangsa. Jiran2 sebelah menyebelah dah biasa sgt kot tgk aku tsandar kat kerusi tlelap ataupun ter'landing' kat meja. Whateverlah... Janji aku rasa release & comfortable kan... Diorg pun dah faham my health condition.

Ofis aku ni aircon nye terlalu sejuk. Beku kakitangan. Kalau x pakai covered shoes, kenalah pakai socks. Kalau dah pakai socks tu, kwnnya udah tentu selipar jamban. Kadang2 ada jgk yg tegur - mcm org dlm pantang! Erk? Dalam pantang ke aku ni?

Malu dah buang jauh2. Selamba je la.. Aku kan ibu tinggal. Nothing to be shy!

...

Tuesday, October 20, 2009

Happy Birthday to me...

...

Hari ni merupakan ulangtahun kelahiranku yang ke - 32

Terima kasih kepada semua yg mem'wish' birthday kat aku. U've made my day as 'Special Day' ... Thank you soooooo much everybody...

I'd received 'The Most Valuable Birthday Card Ever' from my lovely daughter..

Tengoklah ni.. dia buat sendiri. Ooo, mummy suruh buat revision utk Final Exam, ni hasilnya ye.. :)

Here it is -




Thank you so much Aisya! Mummy LOVE u too...

...

Monday, October 19, 2009

Indahnya Bersangka Baik

...

“Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka


Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

...

Thursday, October 15, 2009

Surat Terbuka Untuk Semua...

...

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf andai coretan ini mengganggu ketenangan pembacanya. Aku cuma ingin menyuarakan apa yang terbuku di sanubari ku ini. Mungkin juga ia tak sepenuhnya apa yang terbuku di hatiku ini tapi ia sedikit sebanyak mungkin ia akan membantu meringankan bebanan tekanan perasaanku.

Mungkin ada yang berpendapat, kenapa nak luahkan di blog. Kenapa tak luahkan pada seseorang? Ini yang aku pilih. Aku akan terus meluahkan apa saja di blog ku ini. Maafkan aku. Aku bukan mengharapkan belas simpati. Aku bukan gila publisiti murahan. Sekadar ingin meluahkan.

Ramai telah mengetahui, aku telah diberikan kekuatan & petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk bertindak. Tindakanku itu telah menggegarkan satu Malaysia, mungkin juga ada ceruk-ceruk lain di dunia ini yang mengetahuinya juga.

Kisahku banyak dibincangkan di media massa, media cetak, media elektronik, forum-forum dan lain-lain lagi. Laporan itu ada yang betul, ada juga yang tidak betul. Biasalah, media akan berbuat apa sahaja untuk menaikkan rating mereka. Jadi terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Berbagai pendapat yang aku baca & dengar. Ramai memuji tindakanku itu. Tidak kurang juga ada yang mengutuk. Biarlah. Aku tak kisah. Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Aku telah lama memendam rasa. Memendam, menelan kepahitan demi untuk membahagiakan orang lain. Aku telah membuat banyak kesilapan. Aku malu pada orang sekelilingku. Sebab itulah, aku tanggung lagi segala kepayahan disebabkan malu. Juga aku kasihankan anakku. Aku tidak mahu dia menjadi mangsa kesan daripada permasalahanku.

Aku selalu merujuk permasalahanku kepada keluarga mertua. Especially my mother-in-law. I’d share everything with her. Bertahun lamanya aku merujuk kepada mereka, jawapan yang aku terima tetap serupa – tak tahu nak buat macamana. Mereka tidak pernah ambik inisiatif untuk menasihatkannya. Alasannya adalah ini masalah rumahtangga. Orang luar tak boleh masuk campur. Susah-susah, mereka suruh aku lari. Sampai bila aku harus melarikan diri sebegitu?

Aku cuma minta mereka menasihatkannya. Susah sangat ke? Masuk campur & menasihatkan adalah dua perkara yang berbeza. Aku tak tahulah macamana mentality & cara diorang berfikir. Aku malu hendak merujuk permasalahanku kepada keluarga aku sendiri. Dia pilihanku.

Keluarga mertuaku yang dekat, rapat & selalu tengok keadaanku. Mereka yang tahu situasi kami. Sebab tu aku mempunyai perasaan hormat terhadap mereka. Aku tak nak mereka berkecil hati seandainya aku ceritakan permasalahanku kepada orang lain. Aku mengharapkan bantuan mereka.

Mungkin jika perkara ini terjadi kepada saudara perempuan mereka, baru mereka akan merasai & bertindak untuk membantu saudara perempuan mereka. Aku orang luar. Orang luar yang tidak disambut kehadirannya. Mungkin juga terpaksa menerima kehadiranku dalam keluarga mereka.

Bertahun begitu. Hinggalah pada hari kejadian dimana anakku telah membuka jalan untukku terus bertindak. Kata-kata anakku merupakan semangat & keizinan yang tidak dipersiakan. Aku tiba-tiba jadi sebegitu berani. Sedangkan selama ini aku amat lemah. Takut. Tak berani.

Dia telah mengakui segala kesilapannya. Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah menyedarkannya & semoga dia menginsafi perbuatannya. Dia juga telah memaklumkan kepada keluarganya bahawa aku tak salah. Jika dia tidak berbuat begitu kepadaku, aku tidak akan mengambil tindakan terhadapnya. Dia juga berterima kasih kepadaku kerana telah menghentikan keterlanjurannya, membuka hati & mindanya tentang banyak perkara. Disebabkan perkara ini juga, keluarganya barulah 'buka mata' tentang kewujudan dirinya. Sebelum ini kehadirannya tidak dihargai.

Keluarga mertuaku tidak boleh menerima hakikat keadaan sekarang. Aku dihina, dikutuk & berbagai tohmahan dilemparkan kepadaku. Bagiku, dulu aku perlukan bantuan, merintih, merayu, tidak dihiraukan – kini aku pula yang dipersalahkan setelah aku bertindak. Aku adalah mangsa yang dipersalahkan setelah bertindak untuk menghentikan penindasan terhadapku & anakku.

Anakku juga dicemuh dengan sesuatu yang tidak dilakukannya. Pity her terjebak sama. Wahai malaun, sedarkah kau yang anak kecil itu tak berdosa? Kenapa kau kejam mereka cerita tentangnya?

Keluarga ku amat terkejut bila mengetahui keadaan sebenar. Aku tahu begitu sukar untuk mereka menerima & memaafkannya. Ialah, siapa yang boleh terima keluarganya diperlakukan sebegitu. Dihadapan mereka aku menyembunyikan segala keperitanku. Semuanya hanya lakonan yang menyimpan 1001 kepedihan tersirat. Dia juga begitu, tahu akan kelemahanku bahawa aku tidak akan menceritakannya kepada keluargaku. Aku menjaga maruahnya tetapi ku pendam sebuah duka. Aku redha. Mungkin ini dugaan untukku. Hati kecilku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t. mendengar rintihan hambaNya ini.

Aku juga mungkin telah melakukan kesilapan. Mungkin dahulu aku terlalu mengejar wang ringgit sehingga mengabaikan tanggungjawab & perhatian terhadapnya. Aku lakukan semua itu untuk menambah & mengukuhkan keadaan ekonomi keluargaku. Kami sama-sama muda. Mungkin ilmu & iman juga tidak setinggi mana. Goyah dengan peredaran semasa.

Selepas segala-galanya berlaku, barulah pintu hati & mata kami terbuka untuk menilai perjalanan lalu. Perjalanan kehidupan yang perlu diperbetulkan demi masa depan setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t.

Aku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t melembutkan hati kedua-dua keluarga. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan segala urusan kami. Semoga Dia juga melindungi & menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Kini, perjalanan hidupku telah berubah. Aku masih lagi dalam proses untuk menerima & menyesuaikan diri dengan suasana baru. Serba serbi berubah. Begitu juga dengan anakku. Dia juga tidak terkecuali.

Bila difikirkan tentang kesilapan, rasanya aku tidak mahu sebut lagi. Kalau boleh juga, aku tidak mahu dengar lagi jika ada orang menyebut “ tulah, dulu macamtu, dulu berani sangat, dulu tak fikir,” dan berbagai lagi statement yang menyalahkanku. Aku tahu semua tu. Aku tak nak dengar lagi. Tolonglah. Jangan menyesakkanku dengan statement-statement begitu. Kini, kalau boleh bantulah aku.

Aku perlukan bantuan. Terutamanya dari segi wang ringgit untuk meneruskan kehidupan seharian anakku. Aku x perlukan sponsor utk apa2.. kan lebih baik sponsor utk menghiburkan hati tu ditukarkan mjd sumbangan ikhlas. Jika disebut nakkan balasan atau syarat bagi apa jua, itu bukan ikhlas namanya. Xpelah, aku x perlu itu semua sebab aku tak nak terlalu termakan budi. Bukan sombong. Biarlah...

Dulu ramai yang kata akan membantu tapi dimana semua janji-janji itu pergi?

Ada orang memberitahuku, moral support orang boleh bagi tapi dari segi wang ringgit, setiap orang ada komitmen masing-masing. Aku tahu. Tapi bagi aku, tak berkudis pun kalau menghulurkan sedikit bantuan kepada kami. Aku tahu kemampuan mereka yang boleh menolongku, sebab tu aku mohon bantuannya. Aku tak boleh paksa. Aku benar-benar akan buka mulut jika dah terdesak sangat-sangat. Aku juga ada maruah untuk tidak meminta-minta.

Tapi kalau dah tak boleh tolong, tidak mengapalah. Janganlah kata aku degil & menyalahkanku dengan statement-statement provoke. Jangan sindir & hukum aku. Berterus-teranglah.

Jika mereka yang berada disekelilingku memahami keadaanku & ingin membantu, syukur Alhamdulillah. Terima kasih tak terhingga. Itu sahaja yang mampu ku katakan. Budi baik kalian, sentiasa di hati. Hanya Allah s.w.t. yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan memperlipat-gandakan rezeki kalian.

Aku selalu buntu bagaimana hendak menyara kehidupan aku & anakku. Aku sedih. Begini akhirnya nasib diriku & anakku.

Aku ingin kerja part-time untuk menambah pendapatan bulananku tapi keadaan fizikalku tidak mengizinkan. Aku tak sama macam orang lain. Aku berpenyakit. Walau apapun, aku tidak menjadikan keadaan ini sebagai halangan untuk aku mencuba & meneruskan pelbagai aktiviti untuk meneruskan kehidupan seharian di bumi Allah s.w.t. yang penuh pancaroba ini.

Banyak cadangan yang aku terima, cuba makan ubat ni, ubat tu, cara ni, cara tu, tapi macamana aku nak proceed jika aku kekurangan wang? Bukan aku tak nak. Aku tak mampu.

Nak bagi anak aku makan pun terpaksa berjimat cermat sangat-sangat, inikan pula nak melabur ke benda lain. Nak belanja seharian juga begitu.

Kasihan anakku, selalu bawa bekal nasi & telur sahaja. Hati ibu mana yang tak terharu bila dia katakan yang takpe, dia tak kisah kerana telur & kicap adalah kesukaannya. Aku tahu jauh disudut hatinya dia juga seperti kanak-kanak lain. Nak ini, nak itu.

Sekarang, tanyalah apa sahaja padanya, dia akan kata takpelah. Dia tak nak. Aku merasakan yang betapa kejamnya aku sebagai ibu.

Pernah juga ada orang mengatakan padaku, tu cincin tu ada, apa lagi – jual atau gadai la.. boleh juga dapat duit. Astaqfirullahal’azim. Hingga begitu sekali. Pernahkah dia terfikir kata-katanya itu amat menghiris hatiku.

Aku tahu aku tak cukup duit tapi aku tak sampai ke tahap itu lagi. Itu je harta yang aku ada. Takkan semua nak let go? Sudahnya tak ada apa yang tinggal untuk aku lagi. Mungkin semua akan gembira bila aku betul-betul dah tak de apa-apa.

Aku juga pernah berkecil hati apabila orang yang lebih muda usianya daripada aku meninggikan suaranya kepadaku. Aku tahu mereka bertindak begitu kerana mereka sayangkan aku. They are very protective that’s why they’re behaving like that. Cuma aku ingin mengingatkan, budi bahasa jangan lupa sampai bila-bila. Biar kita tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi sekalipun, tetapi jika kita berbudi bahasa, insyaAllah, kita akan lebih dikenang kerana keperibadiaan kita itu.

Pada yang mempunyai kepandaian ilmu pengetahuan sikit tu, janganlah terlalu riak dengan kelulusan & pendapat diri anda sahaja. Kadang-kadang silap juga. Ye, bila-bila masa sahaja Allah s.w.t. akan menguji & terus menguji hambaNya.

Ingatlah, aku juga manusia, hamba Allah s.w.t. yang punya hati, perasaan & maruah untuk dihormati.

Cubalah letak diri anda ditempat aku. Jangan pandai cakap je tapi action show nothing.

Kini, undang-undang telah menghukumnya. Bagiku, bukanlah kita pula sebagai manusia untuk menghukumnya lagi.

Setiap orang melakukan kesilapan. Kesilapan itu mungkin dilakukan berulangkali seandainya tidak dibimbing kejalan yang betul. Ia akan terus hanyut dalam kesilapan yang tiada berpenghujung.

Yang baik dijadikan tauladan & yang buruk di jadikan sempadan.

Mungkin ada yang marah dengan statement ku ini. Maafkanku…

Kini aku tak tahu apakah keputusan & tindakan yang patut aku ambil untuk masa depanku. Aku takut seandainya aku tersilap lagi. Aku juga agak lemah dalam membuat keputusan. I’m not good in decision making. Pendirianku agak goyah.

Statusku? Terus terang aku katakan, aku serahkan kepada Allah s.w.t untuk menentukan jodohku. Dia yang menentukannya. Jodoh, pertemuan, ajal & maut semuanya di tangan Tuhan. Aku cuma mampu berdoa agar Allah s.w.t menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Bagiku, banyak lagi benda yang aku kena cover untuk menjadikan hidupku & anakku back to normal. Terutamanya segala hutang-piutang yang ditinggalkannya. Akulah yang perlu meng’cover’kannya. Oh my God, macamana aku nak cover?

I’m tersangatlah problematic!!! What else? Segala-galanya! 

Aku juga mengimpikan kebahagiaan di dunia.

Aku ingin menumpang kasih pada yang sudi. Aku sedar, bukan mudah untuk sesiapa saja menerima diriku ini. Aku taknak jadi tamak. Jika dapat menumpang kasih & perhatian pun jadilah. Aku perlukan teman. Aku perlukan pembimbing. Aku sedar diri. Aku kotor! Aku tak nak hidup dalam noda! Imanku tipis. Aku takut! Hidup penuh dengan cabaran & dugaan.

Sekarang, apa sahaja yang aku lakukan lebih kepada untuk anakku. Aku akan buat apa sahaja untuk menggembirakan & membahagiakannya biarpun hatiku menjerit membantah yang aku tak sepatutnya bertindak atau berbuat sedemikian. Aku buat semuanya untuk anakku. Mungkin ramai yang mempertikaikan tindakanku, tapi itulah aku - kini. My daughter is my priority. Aku tak mahu dia menderita.

Aku yang selalu bersama dengannya. Aku faham hati, perasaan & nalurinya. Bukan aku terlalu mengikutkan kehendak hatinya, tapi she deserve it. Dia tidak sepatunya melalui penderitaan perpisahan disebabkan kesilapan kami.

Mungkin sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk kami bermuhasabah. Dulu mungkin kami terlalu mengikutkan jiwa muda & bertindak melulu mengikut hawa nafsu semata.

Apabila Allah s.w.t. mendatangkan musibah, barulah terkial-kial mendekatkan diri padaNya.

Tolonglah jangan desak aku! Beri aku ruang jugak untuk aku bernafas dengan selesa!

Jalanku masih berliku & aku masih mencari Nur, cahaya dariNya.

Kepada semua, maafkanku…

Wassalam.

...

Boring...

...


Hidup makin membosankan. This is what i feel rite now. X menceriakan. Suiz / kunci kegembiraan x jumpa lg. Hilang entah ke mana. Arghhhh, aku bosan!

Kepala otak ni serabut sbb asyik bfikir je. Yelah, semua org berfikir kan.. so, dah tentulah kepala otak berserabut, sel2 otak bkerja...

Kini aku rasa mentari / matahari yg dulu nya bersinar2 ceria setiap hari, di pagi hari hilang entah ke mana. Ke mana sinaran tu hilang ea? X tahu!

Kemanakah kau pergi? Ke mana kau menghilang?

Dulu aku selalu sembang / borak / sms / gayut / chatting dgnnya.. now dah x de.. where r u? dulu kita selalu share a lots of things. Suka-suka, senyum-senyum, gossip-gossip, sedih-sedih, nangis-nangis, share-share, dan mcm-mcm aktiviti lg lah kita buat bersama kan.. now mana hilang semua tu?

Kadang2 kita keluar bersama / jumpa utk menggembirakan hati & diri kita.

Keadaan dah berubah. Kita semakin jauh. Sejauh mana pun x tahu nak kata. Harapanku, semoga aku tetap ada - sentiasa dlm jiwa & hati mu... ke itu hanyalah impianku semata-mata? Aku berangan lagi ke?

Aku rindu! Aku sentiasa teringat segala kenangan kita dahulu...

Kita ikhlas dlm hubungan kita kan... Aku akui.. ya, aku ikhlas dlm perhubungan kita. Tiada rahsia antara kita... Kau rapat dgn aku. Itu dulu...

Dulu kau ambik berat pasal diri aku, kini x lg. Kau marah aku ke? Kau benci aku? Kau kata kau sentiasa ada disamping aku, jd semangat aku. Kau bz ea.. hingga kau lupa pada aku.

Hidup aku makin membosankan. Kadang2 aku rasa teringin kembali semula ke waktu dahulu utk bersama dgn mu...

Now segala-galanya sepi... What's going on? Dimana silapnya atau kita yg terlalu sibuk hingga kita lupa pd hubungan kita?

Aku kehilanganmu...

Missing u...

Dedicated to u..

Sapa 'U' ?

'U' tahu yg I maksudkan tu adalah 'It's U! U!'

mmm... 'U' lah...

Aku rinduuuuuuuuuu...... (aku dah kesat airmata nih)

Maaf kan ku... Ini yg aku rasa...

Kembalilah...

I-Love-You-(43).gif Pictures, Images and Photos



...

Monday, October 12, 2009

Not feeling well

...

Lately ni aku rasa diri aku ni mcm x sedap badan je. Asyik rasa letih & penat x bermaya je. Dah 2 minggu lebih ni even worst. Tapi syukur alhamdulillah... aku berjaya menunaikan kewajipan di bulan Ramadhan lalu. Now Syawal dah nak ke penghujung, masih belum sempat untuk menunaikan puasa sunat 6 hari dlm bulan Syawal. Mmglah ia sekadar puasa sunat, tapi besar ganjarannya. Rugi kalau x grab. Nak memulakannya badan rasa x daya je.

Setiap hari balik keje, melepet, x larat. X tahu kenapa. Nak makan xde selera. No desire! Air je yg nampak best. Minum air dah bergelen2 kot. Itupun kulit still kering mcm x bermaya. Badan dah la kurus kering (yeke ha?) dah bertambah kerempeng. Aku rasa la. Baju / kain / seluar yg mengembang atau aku yg mengecut? Kalau semua kecut, tulang je la yg tinggal. Mcm skeleton. Mmg x menarik langsung appearance diri aku yg mmg dah x menarik ni. Huhuhu... Weekend pun camtu jgk. Terbaring je.

What's wrong with me? Only HE knows...

Apa-apapun, still gagahkan diri utk buat apa-apa yang patut. Keperluan harian utk Aisya pun ala kadar je. Alhamdulillah, she's very independant. Dia amat risau bila tgk aku mcm x larat je. Aku lebih lagi risau. Risau akan diri sendiri. Kalau aku dah x larat nak bangun, colapse - lagi susah Aisya. Sapa nak take care dia? Aku cuma mampu berdoa agar aku diberi kesihatan yg baik, utk menjaga anakku.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau peliharailah hamba Mu ini...

...

Friday, October 9, 2009

Kisah Aisya pd mlm tadi...

...

Aku sedang menonton tv, tgk berita. Panggil Aisya-Aisya x menyahut.. mana pulak perginya anakku ni? Tadi kata nak solat Isyak, x sudah lg kot.. Selang beberapa minit panggil lagi, mana Aisya ni? masuk bilik aku tgk dia tgh baring atas katil, tangan pegang handphone, airmata meleleh dah basah bantal. Apasal pulak ni Aisya? Aku ambik hp tu & tgk. Gambar dia & daddy. Dia tutup muka dia dengan tangan. Aku tarik tangan dia & terus peluk dia. Dia kata dia rindu sgt kat daddy. Dia nak jumpa daddy... InsyaAllah Aisya, mummy akan usahakan supaya Aisya boleh jumpa daddy. Mummy janji. Aisya tahu mmg ada insan2 yg sengaja nak memisahkan dia dgn daddynya... Sian Aisya.

Apa2pun Aisya, mummy akan usahakan agar Aisya tetap dapat hak Aisya. Hak yang sepatutnya dinikmati oleh Aisya. Perhatian, nafkah, lawatan, dan lain-lain lagi. Mummy xkan hampakan Aisya. I'll fight & go for your right! Don't worry! I love u! I'll do everything to make u happy, darling...

Aisya nangis lagi. Aku xnak Aisya nangis lagi! Aisya kata dia x sabar nak jumpa daddy, peluk daddy & nak tengok daddy berubah jd lebih baik. Daddy dah janji dgn Aisya, daddy akan berubah demi masa depan kita sekeluarga. Her hope are very high! Semoga Allah s.w.t. membantu & melindungi anakku...

Then ajak dia makan. Tengah makan layan slot Mahligai TV1. Cite Kau Yang Ku Sayang. Tiba2 terdengar bunyi ketukan piano / instrumental yg mengasyikkan. Melodi lagu yg liriknya ala2 gini 'tiada lagi yg ku idamkan, tiada lagi ku bersamamu, biar aku simpan kenanganku, bersamamu....' then Aisya kata, "ni yg buat Aisya sedih lagi ni". Aku pun suruh dia makan tanpa melayan perasaannya lagi. Aku rasa aku dah selalu sgt abaikan perasaan & nalurinya. Bkn aku xnak layan, tp kang jd lain pulak. Aku buntu!

Everyday sebelum tido, Aisya akan gaduh dgn meow berebutkan something. Aisya akan letak baju him sebelah pillow nya. Then meow akan menempel kat situ. Berlakulah sesi tarik menarik. Dia akan membebel ke 'adik'nya bgtau nanti hilanglah 'bau tu'. Everyday is like that. Aku biarkan aje... At last, kakak will win & tidur dgn senyuman sambil memeluk barang rebutan. So sweet of Aisya. Dulu dia selalu ngigau panggil daddy, now tidak lg tp xtahulah kalau mummy nya ni yg tido mati :P

Sebelum melelapkan mata, Aisya masih lagi seperti dulu. Hug, kiss pipi kiri, kanan, dahi, mulut & hidung n say Good Nite Mummy, I Love U, Assalamualaikum... Itu adalah rutinnya sbl tidur. Dulu kami bertiga mengamalkannya... Now dah tinggal berdua. Still mengamalkannya... Kasih sayang tiada sempadan...

Bila aku dah pura2 tido, aku dengar dia cakap benda yg sama "Good Nite Daddy, I Love U, Assalamualaikum..." Assuming he is exist.


"LOVE - both of them are very close"


Kakak & Adik = Aisya & Meow

...

Wednesday, October 7, 2009

Cite lepas raya

...

Syawal sebulan. Kuih raya? Tahun ni buat 2 jenis je kuih raya air tangan diri sendiri.

1st, sempat tolong ateh buat tart nenas. Nak buat tart gulung, dah x tergulung. Buat pakai acuan tekan2 jelah. Kami buat bertiga - aku tukang canai a.k.a. tekan, ateh tukang gentel jem a.k.a tukang bakar & Aisya tukang buat bulat2 utk ditempel atas jem. Sakit pinggang membuatnya. Jadi dptlah barang sebotol dua utk dibawa balik ke rumah sendiri makan.

2nd, Hari Ahad (8 Syawal) Aisya ajak buat cornflakes madu - kegemarannya. Ikutkanlah buah hati ku ini, melayan dia buat cornflakes madu. Baru tgk dia tersenyum girang. Org buat kuih raya sebelum raya, tapi kitorg lepas raya baru nak buat kuih raya. Xpelah.. as long as anak aku happy.

Ikutkan hati aku ni, mmg xnak buat apa2pun. Malas! Tapi bila mengingatkan pesanan daripada INSAN TERSAYANG, "buat biasa je, nanti lagi org marah" aku gagahkan diri, buat2 biasa as nothing happened. Dalam hati tuhan je lah yg tahu. Puas nak control beb. Tapi aku & airmata memang x dapat dipisahkan. Mata x boleh menipu. Eh, apasal dah menyimpang pulak ni? Aku pun x tahu..

Sekarang aku nak jadi makin berani utk meluahkan isi hati aku kat blog ni. Biar lantaq pi la apa org nak kata. Aku tanggung sorg2, nak pecah kepala dok memendam. Sapa nak layan / to share with? Nak cite kat org takut / org marah / xleh terima / nanti org bg komen apa2 kot2 kontra dgn aku, dah terkecik hati / tbesar kepala / jd gaduh pulak, so aku luah kat sini je lah. Org lain pun ramai yg luahkan P&C kat blog. ok jer.. x jd kontroversi pun. xkan aku luahkan isi hati aku kat sini nanti jd masalah besar pulak kot? Sbbnya kalau kita x meluahkan apa yg terbuku dlm diri kita, lama2 kita boleh jd gila. Sekarang ni ramai org dah menghidap penyakit jiwa sbb tekanan yg x tertanggung. Jangan terkejutlah kot2 ter'laser'lah pulak. Jadi minta maaflah ye... Furthermore, sapa / berapa kerat je lah yg baca blog aku ni. Apa yg boleh di share, insyaAllah, aku share kat blog aku yg kejap active, kejap dibuat pekasam. Hehehe, kadang2 mood tu ada nak menulis, tp masa mencemburuiku.. huhuhu... Wait n c je lah...

Since petang semalam teringin sgt nak minum air tebu fresh & makan tapai yang dibungkus dgn daun. Perghhh, best ooo kalau dpt air tebu fresh yg baru di mesin, airnya memercik2 kuar lalu ditadah. Pastu letak ais & minum. Sedap! Lupa diri kejap kalau dpt meneguknya... Ha, mesti korg yg baca ni pun telan air liur kan? kahkahkah... Ekceli since kejadian yg telah merubah perjalanan hidupku, aku x pernah lg minum air tebu. Aku teringatkannya... Dulu kalau bulan puasa everyday dia mesti beli air tebu buat berbuka puasa. Arghhh, "tinggal kenangan, gagal segala impian, tinggal kenangan, api sejati" lagu Wings la pulak!

Raya baru ni pun x dpt makan tapai. Xde pulak terjumpa sapa2 yg bawa tapai ke rumah. Kalau yg beli tu rasanya x sama macam yg dibuat oleh org2 yg kita kenali. Betul x? Kalau kat Kuantan, tapai Mak Wan Restoran Impianku (emak Z) memang sedap! Manis & comel. Bungkus dgn daun pisang. Every year memang buat open house, so aku selalu tempah dari dia. Eh, last year aku x buat open house lah. Apasal ek? Budget lari sebab baru pindah rumah kot. Hehe.. Dulu2 aku mmg selalu buat makan2 or kenduri kat rumah jadi mesti order tapai dari makwan. Sekarang ni? dot dot dot

Erm, kalau dpt 2-2 benda idaman ku ini, best jgk. So, telan air liur dululah ye...

Musim raya, jalan raya. Kunjung mengunjungi dari rumah ke rumah. Tahun ni aku kureng nak join. Hanya rumah2 tertentu je aku g. Same goes to an 'Open House'. Terpaksa beb! Nak jaga hati. Tapi kan, hati aku ni sapa yg nak jaga kan??? Sendiri je lah jaga. Huhuhu...

Aku dah makin x betul ni.. Sebelum aku meluahkan apa yg x sepatutnya diluahkan disini, better chow...


Missing a lots of things...

I MISS U
I MISS THAT
I MISS EVERYTHING


...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...