DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

Lagi..

...

Hasrat Aisya utk celebrate bersama abang-abang HMC PHLOW nyer x kesampaian lagi. Especially with Farouq. They all busy for SHOWDOWN 2011. Only phone call & smses je lah yang make her smile.

She received presents from sisters. Iwa, Neena, Asilah & myself. Iwa gave her diary with beautiful box, Neena - pyjamas & Asilah - handbag GIRLS. Mummy cuma bg frame gambar like mirror yg boleh letakkan 2 pictures front & back. Ingatkan Aisya akan letak gambar Aisya with Mummy, & Aisya with Daddy, rupa-rupanya dia letak gambar Aisya with Daddy, & Aisya with Adam. Aisya, Aisya.. Sabar je lah..

Haritu, before her birthday, Aisya beriya berharap something for her birthday. Now alhamdulillah.. Birthday song & present for Aisya lagi..


Last Saturday we all keluar makan ramai-ramai. Then tiba-tiba Adam panggil kumpulan B.A.D.Boyz (anak didik Adam - dibawah label syarikatnya AICO EMPIRE GROUP). Ingatkan apa. Then mereka berlima menyanyikan birthday song for Aisya.


Adam, Ryan, Yandy, Cici & Marlon

Aisya tutup muka dia dengan rambut. Malu konon. Yelah, time tu ramai fans + pelanggan yg lain jgk. Ni mmg betul-betul surprise. X sempat nak snap pictures betul-betul masa kejadian. Hehe..


Before this punya celebration kira personal lah. Only between us. Kali ni Adam, Kann, B.A.D.Boyz, AFCM, AICOVX & others bagi present kat Aisya lagi. I pun terharu and happy for her.

Rezeki 10th years old :-)

Thank you everybody!

Aisya pun kena la elok-elok perangai & belajar rajin-rajin, pandai-pandai since abang-abang & kakak-kakak dah layan Aisya dengan baik sekali ok :-)

Malam tu ada orang tido dengan present. Mummy jugak yang tak sudah-sudah membebel ke Aisya.

"Pecah nanti.. bla bla bla.. pok pek pok pek..."

Hisshhh :p


...

Thursday, February 24, 2011

Jujur..

...

Erm.. Aku nak make it clear bagi menjawab berbagai persoalan regarding 'Abang Aisya'

Aisya memang minat Adam dari kecik lagi. Dulu biasa-biasa je but since early last year, hubungan mereka semakin rapat & special, compare dengan fans-fans yang lain.

Sekarang, relationship between Aisya & Adam dah memang macam adik-beradik. Lagipun umur Aisya lebih kurang umur adik Adam - Yaya iaitu adik bongsu Adam yang kini berada di Sabah. So, macam abang sulung yang jaga & prihatin tentang adiknya lah ni. Dia anggap Aisya macam adiknya. Aisya pulak xde adik-beradik, so, menumpang kasih lah ni.

Mana ada Adam, disitu juga ada Aisya.

Ada yang gelarkan Aisya as Adam's GPS :D


Terima kasih kepada kawan-kawan yang merapatkan hubungan mereka. Kalau kat rumah, apa saja dia buat, sure dia akan ingat abang dia. Dulu apa-apa kat rumah semua benda sebut daddy je. Now semua daddy & abang.

Sikit-sikit daddy / abg kata / pesan macamni, macamtu, bla bla bla.. Semua ikut & ingat. *bagus jgk ada org lelaki yg dia betul-betul dengar cakap by slowly advice & consult her*

Sudahnya mummy ni kat mana? Huhu...

Xpe.. Sebagai ibu, I am happy when my princess are happy.

Yup, begitulah aku. Aku akan buat apa sahaja asalkan Aisya happy. Tambahan daddy Aisya pun mengetahui & merestui hubungan ini. Aisya sentiasa update daddy dia apa saje yang berlaku disekeliling kami, juga aktiviti dia & abangnya. Aisya memang tidak berahsia dengan daddynya dari dulu lagi.

Dia pun pesan, buatlah apa sahaja asalkan anak happy. Dia tak kisah & tahu segala-galanya. Dia tahu dia tak dapat menghiburkan anaknya ketika ini, jadi dia minta aku menghiburkan Aisya.

Aisya cuma menumpang kegembiraan & rezeki bersama abangnya. Allah Maha Adil. Mungkin Aisya kurang kasih sayang & perhatian dari sudut lain diberinya rezeki lain pula kan. Semua itu kuasa Allah. Syukur alhamdulillah.. Nampak keikhlasan dalam perhubungan ini.

Apa-apapun, aku akan pastikan pelajarannya tetap No.1

Pelajaran tu amat penting demi masa depan yang cerah.

Aku juga ingat pesanan-pesanan insan tersayang yang prihatin & faham our situation.

Biarkan orang berkata macam-macam atau apa sahaja speculation.

Yang penting, aku tak minta / guna duit diorang yang suka pandang sinis atau tahu mengata / condemn sahaja tu :p

I'll remember & always remind myself, who I am :-)


...

Tuesday, February 22, 2011

Sekadar Renungan..

...

Jika REDHA dengan sesuatu ujian atau musibah dariNya,
InsyaAllah akan ada satu kejutan manis buatmu di suatu saat yang tidak terjangka...

Jika terus hiba dan meratap nasib,
Sudahnya hanya kedukaan dan lara yang menjerat hidup...


...

Monday, February 21, 2011

Status FB I Loike

...

Aku rasa lepas ni aku nak start buat keje copy & paste. Hehe...

Kerja copy status-status fb kawan-kawan yang 'I LOIKE' dan paste kat blog ni..

Bukan apa, kadang-kadang banyak status ni merupakan ingatan untuk diri sendiri juga. So, sebagai ingatan, x salah kalau paste di sini kan?

Sekadar renungan utk dikongsi bersama. X kisahlah apa jua pun kan :D

Apa-apapun, ingatlah ni :-


...

Friday, February 18, 2011

X productive :(

...


Minggu ni merupakan minggu yang sangat tidak produktive! Kucar-kacir betul. Macam-macam hal jadi. Huhu..

Antaranya:

Aisya demam.. Dua kali ke clinic. Memang panas betul badannya.. up to 39'C. Menyambung demam abg yg dah baik la pulak nampaknya. Actually masa nak balik lepas makan-makan haritu, badan dia dah dedar.. Dah start batuk-batuk.


*credit to Asilah for this picture*

Thanx to Abg Aisya tolong buatkan air penawar utk Aisya. She seems better lepas tu. Syukur Alhamdulillah. Tidur malamnya pun dah tak mengingau yang bukan-bukan lagi dah.

Aku pun hanya kerja 2 hari je minggu ni. X sihat juga. Lepas MC sambung EL pula. As usual, telan ubat hospital je lah.

Tolong-tolong...

Huhu

...

Wednesday, February 16, 2011

Adik Abang :-)

...


Aisya komplen, abg dia lupa nak wish birthday dia.. Adam cuma ingat February je. Lupa date. So, bila jumpa, abg dia apologize..

"Abg bz la dik. Abg pun dah 3 hari demam".

Haritu dia tetap teruskan show even demam..


Then, selepas habis show, hujan lebat. Balik rumah, mandi-mandi sebab kena hujan, then Abg Aisya sempat pergi masjid as usual for Maghrib & Isyak prayer. Lepas tu baru kami keluar utk celebrate birthday Aisya.



Eh, I pulak yg di question.. Ingatkan nak celebrate dgn Marlon sekali since birthday Marlon on 16th February, sbb tu just letak Happy Birthday je & get 2 candles :p









Aisya was soo happy...

So, hopefully this small celebration will make u smile even belated & there is no birthday party as u wish..

OK darling?

TQ BRO!

...

Thursday, February 10, 2011

Letih Macam Nak Mati

...

Tiba-tiba aku teringat dialog Aisya masa kami tunggu bas.
X ingat kat bustop mana.

"Mummy, Aisya ni letih mcm nak mati.. Mana bas ni???"

:D

Aisya.. Aisya..

Sabarlah sayang :-)


...

Monday, February 7, 2011

Kenny Rogers

...


Aisya buat ayat penyata or ayat mengendeng pun x tahulah.. hehe..

"Mummy, Aisya dah lama x makan Kenny Rogers, last sekali dengan Abg Adam dulu"

Ok2.. it's true. Mummy tahu sayang..

So, semalam kami berdua makan Kenny Rogers lah..
Ambik 1/4 set je..
Makan berdua pun x abes.
Budget woo..

Lepas makan, sengih je dia..

"ALHAMDULILLAH"

...

Wednesday, February 2, 2011

Aisya is 10 Years Old

...

Today is My Princess Aisya Birthday..

She was hoping that there would be a birthday party for her. Sorry darling, mummy unable to make your wish come true.

By the way, mummy will pray for you always. May u become a good daughter of mine. May happiness will always be with u. I love u so much!!!

I am sorry when I became harsh to u, I know, it's my mistake. I shouldn't hurt u. Whenever I'm stressed, u became d victim. Sorry dear.. also, whenever you did things wrongly, I can't control myself towards u.. but I want u to take it positively, I do it because I want u to be a better person & I do care of u. I don't want to lose u...

U r my strength :-)



*sekejap je masa berlalu.. 10 years ago, 02022001 @ 12.22pm = she was born*

...

Friday, January 28, 2011

Berita Harian Online | Dunia artis realiti

...


Adam mahu fokus kembali bidang nyanyian supaya tidak dilupakan peminat

SEJAK kehadiran Shahir, Akim, Hafiz dan ramai lagi penyanyi lelaki lebih muda daripada program realiti Akademi Fantasia (AF), nama Adam AF2 yang satu ketika dulu menjadi sebutan ramai peminat, terutama gadis remaja, seperti semakin dilupakan.
Kelibatnya dalam dunia muzik seakan-akan kian tenggelam, hinggakan namanya tercicir daripada senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), walhal satu ketika dulu, penyanyi yang popular dengan lagu Benar-Benar dan Joget Lambak ini antara yang terkuat di kalangan calon Penyanyi Lelaki Popular.

Ketika berkunjung ke Balai Berita dengan ditemani dua artis naungannya, kumpulan Bad Boys dan penyanyi solo wanita Shima, baru-baru ini, jejaka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu tidak langsung menunjukkan riak terkejut dengan keciciran namanya daripada senarai calon akhir ABPBH 2010. Lagi pun katanya, ia bukanlah kali pertama dirinya berdepan situasi sedemikian.


“Sepanjang enam tahun bergelar artis rakaman, tiga kali juga nama saya tercicir daripada senarai pencalonan. Jadi saya tidaklah begitu terkejut apabila gagal menempatkan diri dalam senarai anugerah itu sekali lagi pada tahun ini."

“Bagi saya anugerah seperti ini ‘bermusim’. Maksud saya, apabila munculnya nama-nama baru, biasanya mereka inilah yang akan menjadi perhatian. Saya perhatikan, lazimnya wajah baru yang dilahirkan daripada AF pasti tidak akan ketinggalan daripada dicalonkan, contohnya seperti Shahir."

“Mungkin salah saya juga kerana terlalu memberikan fokus kepada bidang lakonan pada tahun lalu, sehingga kurang mengambil berat pasal nyanyian. Sedangkan, semua orang tahu minat utama saya masih lagi bidang muzik. Memandangkan tiada lagu baru, stesen radio hanya memutarkan lagu lama saya. Apabila tiadanya produk baru, secara automatik nama saya tiada dalam senarai pencalonan. Jadi tahun ini, rancangan saya mahu kembali aktif dalam dunia nyanyian,”
katanya yang akan melancarkan album baru pada Februari ini.

Hakikatnya, jejaka yang pernah membintangi filem Main Main Cinta dan Cinta Fotokopi ini turut kencang mengusahakan syarikatnya sendiri, di samping ligat meneruskan langkah sebagai penyanyi. Lebih membanggakan, menerusi syarikatnya Aico Empire Group, Adam membuktikan kebolehannya dalam penciptaan dan penulisan lagu. Tidak hanya menulis lagu untuk album sendiri, jejaka berusia 28 tahun itu turut menyumbangkan ilham untuk dua artis naungannya.

Biarpun namanya mungkin sedikit sepi sejak kebelakangan ini, namun anak sulung daripada empat adik-beradik ini mempunyai visi yang jelas dalam kerjaya seninya. Kejayaan idolanya, trio adik beradik KRU - Norman, Yusry dan Edry - dalam bidang hiburan dan perniagaan memberi inspirasi buat Adam untuk memiliki syarikatnya sendiri, seterusnya mencipta kejayaan seperti artis pujaannya.

“Selepas empat tahun menjadi penyanyi, saya mula terfikir perlu memiliki jenama sendiri. Maka tertubuh syarikat ini, Aico Empire Group. Bagi saya, seseorang itu tidak perlu menunggu sehingga sudah lanjut usia untuk mereka miliki syarikat. Ketika kudrat kita masih kuat, saat itulah yang terbaik untuk kita mengejar impian."

“Saya sememangnya menjadikan adik-beradik KRU sebagai inspirasi. Walaupun mereka masih muda, KRU berjaya memiliki syarikat sendiri, malah berjaya mengetengahkan ramai artis baru yang dikenali ramai di bawah jenama mereka,”
katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah dia cuba membela nasib artis senegeri, apabila mengambil Bad Boys yang juga berasal dari Sabah, sebagai artis naungannya, jejaka yang lebih terarah kepada muzik pop dan tarian ini menafikan tanggapan sedemikian.

Kata Adam, dia menawarkan kumpulan itu untuk bernaung di bawah labelnya mengenangkan industri muzik tanah air ketika ini yang ketandusan ‘boy band’. Apatah lagi dia sudah pun mengenali kumpulan yang ditubuhkan sejak 2008 itu ketika di Sabah lagi.

"Saya tertarik untuk mengambil mereka kerana kebolehan Bad Boys menari dan menyanyi dengan baik," jelas Adam mengenai kumpulan yang kini hanya mempunyai tiga anggota, Rayndra Jubidi, 22; Eryande Sahat, 26 dan Mailin Antikoh, 22.

Anjur konsert di Sabah

SELAIN memiliki syarikat sendiri, Adam nampaknya mengorak setapak lagi langkah ke depan apabila berani menanggung risiko menganjurkan konsert dengan menggunakan bajet sendiri.

Konsert solo pertamanya yang dinamakan Adam Borneo Tour itu akan diadakan sekitar Mac ini dengan lokasi pertamanya di Semporna, Sabah.

Di samping konsert sulung itu, Adam turut merencanakan persembahan di 13 lokasi lain di negeri berkenaan. Penyanyi itu memilih negeri kelahirannya sebagai destinasi persinggahan konsertnya kerana ramai penyokongnya datang dari negeri terbabit.

Namun katanya, sebagai permulaan, konsert berkenaan tidaklah diadakan pada skala besar-besaran. Sebaliknya ia akan dianjurkan dalam dewan yang mampu memuatkan antara dua hingga tiga ribu penonton saja.

“Saya mengambil inisiatif menganjurkan konsert sendiri bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi, ia lebih kepada tanda penghargaan buat peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni saya. Konsert ini memang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat saya tetapi jika ada yang berminat untuk menaja, tentu sekali amat saya alu-alukan," ujarnya.

Kata Adam, pada konsert terbabit, dia akan menyanyikan kira-kira 20 lagu daripada empat albumnya, termasuk album terbaru yang dihasilkan sendiri olehnya.

“Konsert itu nanti juga akan menampilkan dua artis naungan saya, Bad Boys dan Shima. Inilah masanya untuk saya memperkenalkan dua artis baru ini kepada peminat. Tiket untuk menyaksikan konsert saya juga dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM 10 hingga RM 100."

"Insya-Allah jika konsert ini turut mendapat permintaan daripada penganjur atau peminat di Semenanjung, saya pasti mempertimbangkannya,”
kata Adam.

Nama: Mohd Aizam Mat Saman
Tarikh lahir: 19 September 1983
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Genre: Pop, Tarian
Profesion: Penyanyi, Pelakon, Komposer, Pengarah
Kebolehan dalam muzik: Vokal, Tarian, Gitar, Dram
Tahun aktif: 2004 hingga sekarang
Label: KRU Studios
Album studio: Adam (2005), Adam II (2007), Adam III (2008), Adam IV (2011)
Drama: Akademi (2004), Ejen 016 (2006), Pria (2007), Wira Malam (2009), Hotel Mania (2010)
Filem: Cinta Fotokopi (2005), Main-Main Cinta (2006), Diva (2007)


Sumber : Berita Harian

...

Wednesday, January 26, 2011

Aisya oh Aisya & @ JW Marriot Putrajaya

...

Her wish :


First impression baca ni kat board dia, aku terkedu.. Sian ada, nak marah ada, geram pun ada jgk. Pendek kata, mcm2 ada :D

Apa2pun, I'm always cool ^_^

Forget about it n dipanjangkan cerita, my boss ajak keluar, dia ajak g mkn. Boss dah buat booking kat JW Marriot Putrajaya rupa2nya. Dia suruh bawak Aisya sekali. On that day was her sister's birthday. So, birthday boss pun on January jugak. Plus, birthday Aisya is coming. So, boleh dikatakan 3 in 1 lah senang (w/pun menumpang, hehe).

Kami pergi naik kete boss la, apa lagi. Aisya x tahu nak ke mana. Dia cuma tahu boss mummy nak belanja. Tu je. Sampai je JW MARRIOT PUTRAJAYA, Aisya kata "kenapa mummy tak bagitau boss mummy nak bawa gi hotel?" Aku senyum je.. SURPRISE!!!


She was happy! The lunch cum hi-tea buffet was nice! A lots of choices n rasanya sedap. Presentation was good too. Overall best la :-) Tambahan boss belanja = free, lagilah best kan :D


While having lunch, the performers from Philippines went to every table to entertain guests. While at our table, they sang Happy Birthday song. Apa lagi, tersipu2 malu & tersengih2lah Aisya. TQ :-)



The clown said I don't look as Aisya's mom at all. Yeke? NO lah.. He was joking or saje la tu. Hehehe...

So, a few pictures there..




...

Monday, January 24, 2011

Blogging

...

Aku rasa aku nak start berblogging kembali. Kunun...
(SEMOGA BERJAYA)

Aku nak jd mcm REDMUMMY lah.. Boleh buat duit dgn berblogging ni.. Aku kan mata RM$$$, so, why not give a try again.. Hahaha.. berangan nak dpt cheque dari NUFFNANG gitu..

Seperti REDMUMMY bgtau, blogging ni personal..


So, suka hatilah nak ckp apa pun kan..

Lumrah dunia blogging, sometimes kita tulis tu utk diri kita sendiri; tapi org lain pulak yg terasa. Selalunya org yg terasa ni adalah org yg ada buat something wrong somewhere la kot. MAYBE!

Also lumrah manusia,
bila kita terasa,
dia kata kita fikir yg bukan-bukan
tapi bila dia terasa pulak,
dia salah kan kita,
kata kita perli dia pulak..
hishhhhhhhh.. whatever!

ITULAH KEHIDUPAN...

Ada aku kesah? Malas nak layan. Lu pikir lah sendiri :D

Segala draft or yg dah dipublishkan utk tatapan diri sendiri je sbl ni (sbb aku kan tutup seketika blog ni dulu) akan menjadi tatapan umum. Check it out!

Ramai yg bertanya kat aku kenapa dah tutup blog, dah tukar url ke? dah private kan ke? Jwpn yg aku bg adalah aku bz. X sempat nak hupdate blog. Sbrnya aku tension gak x dpt meluahkan isi kandungan otak aku ni kat sapa-sapa. Yelah, korang tau kan, kalau aku mengetuk keyboard ni, ada jgk tmpt aku mencurahkan perasaan. Dahla.. Apa aku yg aku mengomel pulak ni!

Aku nak jadi mcm kak red ni haa...



So, akan ku abadikan di blog ku ini.. hehe

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa hati


Bukan apa, bila dah tua nanti (kalau umur panjang la) boleh jugak baca semula apa aktiviti / yg berlaku masa dulu-dulu kan.

Think positive!!!

MY BLOG

Friday, January 21, 2011

Huhuhu

...

Aku letih..
byk urusan..
semput,
lelah sorang-sorang.
dah 2 minggu diserang gastrik teruk
so, meaning
dah 2 minggu ni juga aku x puasa sunat
pada Isnin & Khamis seperti kebiasaannya..
asyik x sihat je skrg ni
hai apalah nasib
Xpe, aku boleh!
I CAN HANDLE IT!
GO! GO! GO!
CHAIYOKKK!!!!!

p/s: aku happy sbb dpt tgk wajah si dia bersih, rambut stylo & good looking sgt di mataku harini = sengih terbang melayang-layang bila teringat walaupun hatiku bertampal plaster. cet! xmo ingat.. sambung balik :-)

...

Wednesday, January 19, 2011

MISS HIM...

...

Semalam aku balik rumah bawa paper Harian Metro.

Bagi kat Aisya.

Pastu dia menjerit sekuat2nya..

"Abang Adam, Aisya rindu Abg Adam! Arghhhhh.. "

She was screaming & crying.

Aku terkedu..

"La, apasal nangis pulak ni?"

"Aisya rindu abang Aisya. Mestilah adik rindu abang dia kan?"

I'm speechless.

Last sekali they met was on Christmas Day 2010.

Aku dah tgk dah, status Aisya kat fb about him..

mmg dia rindu sungguh kat abg dia yg baik ni rupanya.

Kat wall / status abg dia, habis diconteng luahan rindunya.

Profile pic mmg gmbr dgn abg.

Handphone pun sama..

Gambar bluetooth dr abg.

X sudah2 puji COMELnyer..

Abg dia?

Hhmmm…..

BZ

*sambil tunggu Azan Isyak, Aisya dah terlelap*



Monday, January 17, 2011

Remember

...

...

Friday, January 14, 2011

Syukur Alhamdulillah :-)

...


Thank you Allah!

Subhanallah...
Allahu Akhar...
Janji MU benar...
Kesabaran pasti ada ganjaran
Syukur...
Terharu...
Bercelaru...
Tawakkal...
Cekal...
Kuat...
InsyaAllah...
:-)

....

Thursday, January 6, 2011

Hujan

...

Pagi ni aku bangun macam biasa. Pkl 5am. Prepare bekalan. Sudah elok bersiap-siap nak keluar rumah, lebih kurang pkl 6.40am, tiba-tiba hujan lebat turun.

First time in this year hujan di pagi hari. Sian Aisya nak pegi sekolah. Pakai sliper & pegang payung sorang satu. Hujan lebat sangat. Dengan angin kuat lagi. Kami redah jugak. Dah biasa. Kami basah kuyup lagi.

Aisya kata, "Mummy, Aisya sejuk"



...

Saturday, January 1, 2011

2011

...

Happy New Year Everybody!

Time flies..

Tahun ni kalau boleh aku nak lupakan segala kesedihan & akan terus kuat mengharungi apa jua yg mendatang demi utk diriku & yg tersayang.

Whatever it is, as before.

ALHAMDULILLAH.. Berkat RESTU & DOA.. I manage to handle it ALONE even semput. So, it REMAINs & NO CHANGEs!

Kami akan kemana2 jika ada org ajak/jemput. If not, xdelah kehadiran kami.. So, if kami xde kat sesuatu tmpt/majlis tu, maknanya no invitation la tu ye.. Jgn pulak ada propa kata kami xnak join atau apa2, konon.

Biar lantak org nak kata apa.. Do I care? If u/they really care about us, show it with ACTION but NOT CAKAP BELAKANG!

Thank you very much to my lovely mom, cousins, aunties, uncles, relatives & friends for your support & prayers.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga :-)


*smile always supaya nampak ceria & muda gitu.. betul x? hehe.. senyum dalam paksaan sekadar lindung kedukaanku...*
...

Wednesday, October 20, 2010

20102010

...



Happy Birthday to me..

Bkn senang nak dpt date ni

20102010

hanya insan istimewa terpilih utk menyambutnya..

Syukur alhamdulillah... dipanjangkan usia utk terus berada di muka bumi ini

Semoga aku akan terus cekal & berusaha yg terbaik buat diriku sekeluarga.

InsyaAllah...

Kepada semua, terima kasih atas ucapan & doa kalian!

* Tahun 2010 aku dpt birthday wish yg terbanyak - more than 250+ (setakat ni) but NONE from my s _ _ l i _ _ s :-) *

TERIMA KASIH SEMUA!

SAYANG KALIAN...



Teristimewa, aku dpt gift from Aisya.. TQVM Darling.. Mummy terharu sgt.. but I wonder, mana Aisya dpt duit beli present utk mummy sedangkan mummy x pernah bg Aisya duit belanja sekolah. Haa, korek tabung ea...


...

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri

...


Salam Aidilfitri buat semua...

Kami berdua lagi..

Kami tak kisah, asalkan kami happy, gumbira, bahagia bersama
it is more than enuff..

Dikesempatan ini juga, kami sekeluarga ingin memohon kemaafan daripada semua atas segala-galanya..

Pohon dihalalkan segala-galanya juga..

Semoga Allah s.w.t. melindungi & merahmati semua..

InsyaAllah..

...

Wednesday, September 8, 2010

FB

...

Kadang-kadang nak gelak jugak bila teringat dulu ada org tu kata, dia nak deactivated FB dia.. Mcm2 dia ckp = confirmed kutuk la.. tp sampai skrg active je nampaknya.. Habis sekeluarga semua ada fb! Kahkahkah... Adoyai...

Sebab tu la, Allah swt dah bgtau awal2, kita jgn ckp besar sgt, bila2 je Allah swt boleh twist/uji kita.

*sekadar ingatan utk diri sendiri juga*

Ada org add, pastu dia remove.. pastu dia blocked pulak! Erm.. Nampak sgt dah xnak ada apa-apa hubungan sesama manusia. Xnak kawan sudah! BUSUK HATI

& stop la skodeng blog ini OK!

Aku suka fb sbb aku boleh contact kwn lama esp., sedara-mara & keep in touch with my friends.

MENGERATKAN SILATURRAHIM :-)



...

Friday, September 3, 2010

Arghhh...

...

Mereka lihat ku tersenyum.
Gembira bagai tiada duka
tapi hatiku bergelora,
retak,
sayu,
kecewa,
hancur,
luluh,
tertekan,
etc.
Aku xde tempat utk mengadu..
Xde tempat utk bercerita, berkongsi dsbnya..
Huhuhu...
Kepala mahu pecah!
ALONE...
Hanya padaMU tempat ku mengadu
Senyum dalam paksaan sekadar lindung kedukaan ku :((

***

Thursday, September 2, 2010

Sekadar renungan...

***

Jika ingin membaiki dunia,
kita perlu baiki manusia.
Dan utk baiki manusia
kita perlu baiki hatinya.
Untuk membaiki hati,
kita mesti bermula dgn memperbaiki SOLAT

SOLAT itu tiang agama
jika goyah tiangnya,
maka hidupmu juga mungkin goyah

Jika tiangmu itu berdiri TEGUH
janganlah SOMBONG
bimbinglah
orang-orang disekelilingmu...

***

Monday, August 30, 2010

Cerekarama

...

Aisya keep on reminding me, dia nak tengok cerekarama Sabtu - 28082010.
Pelik.
Jarang sesangat la dia nak tgk drama Melayu.
Mesti ada sebab nih!

*wondering*

Aisya, Aisya...

Dialah segala-galanya bagiku..

Juga, syukur kepada kawan-kawan yang sudi menemani & melayan Aisya.

TQ guys!


...

Friday, August 20, 2010

Ramadhan 2010

...


Ramadhan ini kami berdua lagi
berbuka ala kadar
seperti hari-hari biasa kami
tiada hidangan istimewa
IFTAR
apapun syukur atas rezeki
kurniaan Ilahi
juga
undangan
insan baik hati
utk bersama
bersedekah
hidangan istimewa
di bulan mulia ini
InsyaAllah...

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...