DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 18, 2011

Sehari Bersama Peminat Adam..

...


Meskipun sibuk dengan jadual seni yang padat, namun Adam sempat meluangkan masa bersama peminatnya yang dianggap nadi kepadanya dalam industri hiburan ini.

Malah, sebagai tanda sokongan kepada sifunya, KRU, Adam mengajak peminatnya menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa di GSC, Pavillion, Kuala Lumpur.

Adam yang mencadangkan kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) kelab peminatnya iaitu AICOVX untuk menyokong filem yang menelan belanja RM8 juta itu.

“Seramai 32 peminat ikut serta. Kami memang hadkan untuk 32 orang sahaja untuk program ini walaupun ramai yang mahu turut serta."

“Tambahan, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti dan ia juga sebagai tanda sokongan kepada KRU."

“Mungkin selepas ini saya akan mengajak peminat untuk menonton filem terbaru saya, Apokalips. Masa itu mungkin boleh ajak ramai sikit,”
katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Adam ternyata berpuas hati dengan sokongan peminatnya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan kelab peminatnya.

“Setiap kali kita ada aktiviti, pasti akan dapat sambutan yang memberangsangkan. Oleh itu, saya dan AJK AICOVX merancang mengadakan satu lagi majlis dalam masa terdekat ini."

“Pada peminat yang mahu menyertai, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di laman sosial Facebook iaitu Aico Fc atau Adam Af2 Real,”
katanya.

Selepas menonton wayang, Adam sempat mengadakan sebuah showcase mini bertempat di Sungai Wang Plaza.

Ia bersempena mempromosikan album keempatnya yang berjudul Adam 4 dan kira-kira 200 peminat datang untuk menyaksikan showcase mini istimewa itu.

Selain Adam, ia turut disertai artis baru kelahiran KRU Studios iaitu Forteen, Tiga dan VIP dianggotai Adam sendiri.

Menurut Aico Eksekutif yang juga Pengurus Acara, Norweina Rosli, pihak Aico dan Adam sendiri tidak menjangka mendapat sambutan yang begitu hangat, malah mereka berpuas hati dengan jualan album dan poster Adam pada hari berkenaan.

Sumber - Sinar Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...