DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 23, 2009

Why "N.I.T." ?

...

ha, ni nak cite sikit sejarah silam
hehehe - cerita benar



HARI INI DALAM SEJARAH

Tanggal 20 Oktober 1977, satu kejadian luar biasa telah berlaku di Malaysia. Ceritanya bermula kira-kira jam 12 tengahari 19 Oktober 1977; iaitu ketika seorang ibu sedang sibuk memasak. Sedang ibu itu asyik memasak, tiba-tiba dia terkejut dengan kehadiran seorang pemuda yg suka ‘mengintai’ di tingkap dapur. Alangkah terkejutnya ibu itu. Seakan hendak tergugur kandungannya (p/s: ibu itu sedang hamil 7 bulan). Pemuda yang suka mengintai itu takut, dengan sepantas kilat dia melarikan diri. Semenjak daripada saat itu, ibu yang mengandung itu terus merasa sakit seakan hendak bersalin (drp pengalamannya setelah melahirkan 6 org anak).

Disebabkan oleh kerana bayi di dalam kandungannya sudah tidak sabar lagi hendak keluar, dia terpaksa merelakan pengeluaran bayinya menjelang Subuh pada 20hb Oktober 1977. Tiba-tiba bidan berkata, "Allahu Akbar!"

"Apasal ni?" hati kecilnya berkata. Rupa-rupanya bidan itu terkejut kerana yang dilihatnya adalah sebuah karung @ guni. Tetapi ada suara bayi menangis. Dari mana datangnya suara itu?

Bidan pun mendapat idea untuk mengoyakkan karung itu. Apabila karung itu terkoyak, bidan pun pengsan. Bidan pengsan disebabkan oleh kerana terlalu terkejut dengan keajaiban seorang bayi. Sudahlah lahir dalam karung dan orangnya sekecil jug, ada gigi bawah dua batang pula tu!!!

Itu semua kuasa Allah s.w.t. Seterusnya bayi itu dimasukkan ke Wad Kanak-kanak Hospital Daerah Kuala Pilah. Setiap orang yang melawat bayi itu pasti menitiskan air mata melihatkan keadaannya. Dia dimasukkan ke dalam ‘kaca’ dan hidup berlandaskan wayar yang disambungkan ke badannya. Bayi ‘unik’ mendapatkan pemakanannya melalui tiub yang disambungkan dari hidung ke perutnya.

Semua orang memanggilnya dengan gelaran "DIK NIT" (nit bererti kechik). Dua bulan lebih masa berlalu. Apabila dia dibenarkan pulang, semua orang terkejut dengan kehilangan dua batang giginya.

Kini, bayi itu membesar sebagai manusia normal. ‘Bumi mana yang tidak ditimpa hujan’, begitu juga dengan ‘SIDE EFFECT’ ke atas bayi itu dari pengalamannya bersabung nyawa menentang maut, mungkin tidak dapat dielakkan.

Sehingga kini, gelaran ‘NIT’ masih belum dapat dikikis…



...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...