...
Baru ini berbual dengan seorang abang ni. Dia kata, isteri saya 
sangat baik dan bijak. Dia bantu saya berada di tempat saya berada hari 
ini...dia asbab saya berubah. Dialah bidadari saya...
Saya tergelak dengan kisahnya kerana cara dia cerita kelakar....
Katanya, satu hari saya ada 2 telefon. Satu jer yang isteri saya tahu. 
Satu lagi saya guna untuk makwe makwe saya. Satu hari masa saya nak ke 
bandar kl. Telefon berbunyi. Saya cepat-cepat angkat. Sekali masih 
berbunyi. Bunyi bawah kerusi makin kuat. Sambil saya drive isteri saya 
seluk tangan dan ambil. Sudah habislah katanya. Muka saya pucat.
Isterinya nampak nama perempuan keluar. Terus isteri dia campak telefon
 tu keluar tingkap kereta tengah berjalan. Dia terkejut dan diam. 
Isterinya pun tak tanya apa-apa. Sampai di kl dia kata abang saya nak 
shopping boleh?
Cepat-cepat suami dia kata boleh. Isteri dia 
shoping dan dia pergi bayar. Terperanjat isterinya belanja barang 
anak-anak dan keperluan semuanya sampai rm5k dalam sehari. Habis kad 
kredit.
Dah lewat isterinya kata abang malam ni tidur hotel 
boleh. Takyah balik rumah. Isterinya goda suaminya. Lepas tu esok ajak 
shoping lagi. Habis lagi 2k. Suaminya terdiam lagi..
Tak lama dia
 kata jika awak nak kahwin lain cakap jer saya pinangkan. Saya uruskan 
untuk awak. Dia kata saya tahu tu jerat untuk saya..haha..saya pun dah 
tak nak dah selepas telefon kena campak luar tingkap.
Duit cuma 
ada sedikit jer lagi. Isterinya jaga solat awal waktu dan solat malam. 
Subuh dia kejut suaminya. Pukul 5 pagi. Abang jomlah bangun tahajud. 
Semenjak hari itu saya taubat dah takde perempuan lain selain isteri 
saya..
Saya tersedar saya senang selama ini kerana isteri saya 
berjimat cermat. Dia tak pernah beli apa-apa untuk dirinya. Dia cari 
barang paling murah bila beli barang. Dia tak hidup macam orang lain. 
Dia uruskan semua hal rumahtangga sehingga saya boleh bekerja dengan 
senang. Saya boleh rehat. Dia uruskan semua hal rumahtangga. Dia kemas 
rumah. Dia buat semua. Dia tak sempat rehat. Tak sempat makan dan tidur 
dengan sempurna. Seluruh hidup dia cuma ada saya..Tapi ini balasan saya 
pada dia. Saya menyesal..
Kisah kedua. Pernah isteri dia minta 
tolong buang sampah dan angkat baju. Bila isterinya balik, semua kerja 
suaminya tka buat lagi. Isterinya muka berubah. Dia ambil kunci dan kata
 abang pergi kedai dan minum kat kedai sebelum kita bergaduh. Saya 
cepat-cepat ambil kunci dan lari...takut saya..
Ada sekali lagi 
saya suka main snooker. Saya berjudi. Isteri saya tegur saya. Saya tak 
mahu dengar. Isteri saya tolong lap kayu snooker saya dan kata abang 
pergi main sampai menang. Jangan kalah. Lepas tu duit boleh kita makan 
sedap-sedap. Dia senyum jer..
Itulah hari terakhir saya main snooker.
Dia setkan waktu solat ada azan dekat hp saya. Dia tahu saya sibuk dia ingatkan saya solat..
Sehinggalah saya tahu sayalah lelaki paling beruntung dalam dunia 
kerana isteri saya bijak dan faham saya. Saya syukur dapat tinggalkan 
tabiat buruk saya.
Satu yang tak boleh tinggal dia selalu berdoa menangis buat saya di waktu malam.
Lain orang lain caranya..saya cuma tersenyum dan teringat ramai wanita 
yang bertanya mengenai perangai suami masing-masing. Ini mungkin salah 
satu caranya..setiap isteri lebih faham suami masing-masing.
Paling utama jaga solat dan minta pertolongan Allah. Allah akan bukakan jalan-ebit lew
... 
M World Hotel Petaling Jaya Review
6 hours ago






