DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label us. Show all posts
Showing posts with label us. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

Tabah..

...





...

Friday, April 17, 2015

Feel..

...


Day xx - 

Aisya :  Mummy, Daddy kirim salam 'I LOVE U' dekat Mummy
Me    :  -

Day xx - 

Aisya  :  Mummy, Daddy kirim salam 'I LOVE U' dekat Mummy
Me      :  -

Today - 

Aisya  :  Mummy, Daddy cakap Daddy rindu dekat Mummy
             Daddy kirim salam 'I LOVE U' dekat Mummy
Me     :  -

Aisya  :  Mummy, Mummy dengar tak Aisya cakap ni?
Me     :  Dengar...

Aisya  :  Dahtu, tak cakap apa-apa pun
Me     :  Kenapa Daddy perlu nak bagitau Aisya?
             Kenapa Daddy tak cakap sendiri dengan Mummy?
             Mesej ke?

Aisya  :  Biarlah.. 
              Daddy nak bagitau Aisya suruh cakap dengan Mummy sebab 
              Daddy nak Aisya tau yang Daddy sayang kan Mummy

Me     :  *speechless*

Whatever it is, Aisya still macam dulu. Dari kecil hingga kini.  Tetap mempertahankan Daddy nya.  Apa sahaja...

'Like Father Like Daughter' ... 'Anak Daddy' sangat!


Conversations continues..

Aisya  :  Dahla masa Daddy call tadi 
             Aisya tengah beratur nak beli air.
             Semua orang tengok je Aisya bila Aisya cakap 
             I love U too.. I miss U too..
             Mesti orang ingat Aisya cakap dengan boyfriend *sigh*

Me      :  *laughing*

For your information, kami dah biasa dengan routine ends any conversation with
"OK bye, I Love U, I Miss u, Assalamualaikum"

That's how we are doing in our family!

Sometimes the ending will change with words 'MORE' or 'SOOOOO MUCH'

Tak rasa kekok atau janggal pun!  And really mean it!

No other speculations, please...




...









Thursday, April 9, 2015

Worried..

...

Mana Cheeky pergi?

Balik lah...

Mummy rindu...

Selalunya Cheeky yang tidur dengan Mummy...

Temankan Mummy...

Cheeky yang akan kejutkan Mummy untuk Solat...

Mummy risaukan Cheeky...

Setiap kali teringatkan Cheeky, airmata Mummy pasti meleleh sendiri...

...

Sunday, February 3, 2013

Saver..

...

Something happened.

Automatically Aisya terus call POLICE

Alhamdulillah, things has been solved again.

Ya Allah Ya Tuhanku, dugaan apakah yang Kau berikan kepadaku ini?  Atau mungkinkah ini petunjuk dariMu Ya Allah?

Dia selamatkan kami lagi.

...

Thursday, July 19, 2012

Anonymous Lagi..

...

Tiba-tiba dapat notification comments from blog.

Ada org dah baca entry T_T published few days ago.

Anonymous tinggalkan komen:  "kau kan bagus..apahal nak salahkan org lain..sukahati orang la nak jalan2 ajak kau anak beranak ke x.. kau yg pilih cara ni.. jgn asyik salah kan org.. makan telur x mati la.. kau x keja ke sampai nak mintak duit org tanggung idup kau sekuarga..kau duduk situ ptt la kena jimat..ukur baju badan sendiri.. poyo btl pempuan ni.." 

Nak aku jawab in details ke? Mcm malas.. tp sikit2 sudah lah ye.. Kang kalau aku revealkan 100% fact with evidence, abes..

Adus! bila masa pulak aku salah kan org?  Erm, mmg la makan telur tak mati & aku tak pernah mintak duit org utk tanggung hidup aku sekeluarga.. yup, aku tahu di mana kedudukan aku.. + poyo tu apa ya?

Rasanya si anonymous ni mesti ilmu agamanya amat kurang.  Meh aku share ilmu sikit.  Baca ni :

Ramadhan bulan rahmat, bulan pengampunan dan  bulan pembebasan dari api neraka.  Fadilat memberi makan orang berbuka puasa:


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Hihihi.. Sudah cukup-cukup sudah, tak perlu jadi cacing kepanasan.  Motif ???  Hahaha.. dalam diam-diam rupa-rupanya wujud lagi si anonymous ni..  Xtahulah either orang yg sama or other people.  Whatever lah...

Comments tu mcm memerangkap kebenaran yg disembunyikan / dilakonkan je kan..  Wakaka... *tq pengakuan*

Wonder jugak siapa dia.. Kalau nak kata adik-beradik, tak kan lah sedara sedarah sedaging tergamak sanggup nak buat gitu kot?  Wallahu'alam..

Maknanya prihatin jgk si anonymous ni kat blog aku kan.. Nak jgk dia tahu cerita-ceriti aku.  Tapi agak pengecut sikit lah! Xtahulah sapa hamba Allah ni.  Xkuasa nak selidik & find-out sapa.  Allah s.w.t. Maha Mengetahui.  Kenapa tak reveal kan identiti ko kat sini ye? Here, at this blog.. not other places ya!  Tak bertanggungjawab atas tulisan ko!

For me, yes, I'm RESPONSIBLE to what I'd wrote and I'll WRITE BASE ON FACT :-)

For viewers yang mengenaliku, aku tak minta belas ehsan atau simpati pun.. Everybody ada otak untuk berfikir.  Nilailah sendiri...  Please...

Org nampak kami sekeluarga bahagia pun jadi masalah jgk kan.. Aku tak kacau hidup orang ya!  Aku buat apa sahaja yang menggembirakan kami sekeluarga.  Tak kuasa nak serabutkan kepala otak dengan benda yang remeh-temeh + orang yang kata aku gila tapi sebenarnya dia yang gila.  Buang masa layan!

Aku memang ingat pesanan orang-orang yang prihatin & sayangkan kami sekeluarga iaitu SABAR, DOA dan buatlah apa sahaja yang mengGEMBIRAkan kami.  Enuff :-)

Then, si anonymous  ni godeh entry lama lagi kot..  Dia tinggalkan komen ni pulak "bagus laa ajar anak mengediks dari kecik..lama2 anak pijak kepala kau.. apa nak jadi bohsia ke."

Pergh... entry ni nothing related with 'mengediks'! Cuba u all view entry ni & judge.

Sekadar berkongsi kegembiraan Aisya.  Salah ye, if orang luar melayan, menghiburkan & menggembirakan Aisya ???

Astaqfirullahhal'azimmmmmmmmmm.... sampai kata nak jadi bohsia lagi.  Sampai begitu sekali doa anonymous ni ye!  Setiap ibu bapa mengharapkan doa yang baik-baik buat zuriat.  Xtahulah si anonymous ni ada anak or akan ada anak kelak.  INGAT ALLAH !!!  ALLAHU AKBAR !!!

*_*

Speechless!

Apa yang dimarahkan sangat dengan Aisya? Juga kami sekeluarga?

Ni mak & ayah Aisya masih hidup lagi pun Aisya dilayan sebegini rupa.  Kalau parents Aisya ni dah tak ada nanti, macamanalah gamaknya nasib Aisya kan?

Nampaknya mereka mungkin dah hilang perasaan kewarasan terhadap anak kecil itu juga kot.  Wallahu'alam...


Sesungguhnya aku amat bersyukur dekat dengan Islamic Environment especially kat ofis ni.  Sentiasa mengingatkan kita akan hukum Allah swt serta qada' & qadar.  Memanglah aku ni bukan org baik tetapi aku berusaha utk menjadi hamba Allah yang baik disisiNya.

Sucikanlah hatimu.....

Bersihkanlah dirimu.......

Hiduplah dengan berpandukan....

Hadith & Al-Quran :-)




....

Tuesday, July 17, 2012

Mee Calong..

...


Tiba-tiba sekitar jam 7 malam terdetik something.  Nak buat Mee Calong lah!  After lebih kurang 4 years kot tak buat.

Aku buat ni sebab aku teringatkan our conversation on last Sunday.  Ceritalah kat Daddy Aisya alkisah minggu lepas Aisya g pasarmalam dgn uwannya.  Then dia menangis sebab dia kata uwan beli kuih kegemaran Daddy.  Mummy pun tak pernah beli semenjak Daddy tak ada.  Daddy dia kata next time beli je lah, makan je, jangan fikir macamtu sangat, tak baik.  Anggap dia makan sama.  Dia suruh ingatkan & pesan kat Aisya gitu.  Then dia kata ni mesti tak buat Mee Calong kan?  Anak suka makan Mee Calong, buatlah.  So harini tiba-tiba tergerak lah nak buat.

Masa siang ikan tu Aisya dah tanya, "Mummy nak buat apa?"
Aku kata, "Nak buat fishball"
"Kan Mummy beli je fishball"
"Saje nak buat"

Then bila dia tengok aku blend isi ikan, air tulang ikan & tumis, dia dah boleh agak yang aku akan buat Mee Calong.  Tergambar kegembiraan diwajahnya.  Alhamdulillah :-)



Yes, today aku buat Mee Calong makanan kegemarannya setelah sekian lama tak buat.  Bukan apa, semenjak Aisya dah terpisah dengan Daddynya, dia macam dah tak nak makan atau buat apa sahaja yang sama kegemarannya dengan Daddy dia.  Aku tahu dia sedih & rindu sangat dengan Daddy nya.

Setiap hari aku bersamanya, sudah tentu naluri keibuanku memahami kehendaknya.  Yes, only both of us knows! And definitely ALLAH KNOWS WELL!!!

....

Not Feeling Well..

...

Pagi semalam Aisya dah called from school bagitau dia sakit perut.  Dia kata dia dah makan semua bekalan makanan tapi still sakit perut.  Aku suruh dia bertahan lagi.  So far Aisya tak pernah lagi ponteng sekolah tahun ni sebab aku memang tak didik dia untuk ponteng sekolah.  Even demam sekalipun, mesti bawak bekalan ubat untuk dimakan masa rehat.  Dari kecik dah didik gitu.  Kalau dah teruk sangat baru cikgu akan call suruh bawak balik.  Tu je.

Then tengahari semalam pihak sekolah called minta ambik Aisya since sakit perutnya bertambah teruk. Lepas ambik dia dari sekolah, terus bawa dia datang ofis.  Aku pun tak sihat sebenarnya.  Hari Sabtu & Ahad lepas dapat attack sakit belakang.

Mungkin aku penat kot.  Lagipun haritu  masa sibuk-sibuk sports training & games, aku lupa diri sikit.. hehe... now mengidap la

Pagi tadi aku bawa Aisya g clinic UIAM je.  Kat sana better, laboratory service semua ada. Kalau g clinic biasa, overcharged nanti kena bayar pulak.  Health Center IIUM free je pun

Memang nampak sangat Aisya still  menahan sakit.  Aku takut appendix je tapi dia xsakit kat sebelah kanan perut pun.

Lepas doktor examine her, dia kena g lab for blood test & urine.  Beriya dia kata jarum besar lah.. etc. Resultnya hemoglobin pekat sangat sbb kurang makan sayur.  Also dalam urine nya ada darah rupanya = kencing berdarah!  Pundi kencing bengkak.

Aisya ni memang jenis yang tahan sakit.  Kalau dia kata sakit maknanya dia dah tak tahan lah tu. Dia rela tahan nak g toilet sebab penggeli / kotor.  Hehe, macam aku jgk ;D

Doktor pun kata Aisya ni kuat tahan sakit.  So now she's on antibiotic & kena minum banyak air.

Lepas tu bab sakit belakang aku la pulak.  Jiwa kacau.. teringat macam-macam semula, mulalah tak sihat & sakit.  Itu memang kelemahanku..  Nak buat macamana kan.. Sabar, usaha & doa je lah. 

As a result = backache = dapat injection. Petidine! Sudahnya laloklah pulak.. Dinasihatkan agar baring kat sick bay but refused! Standard aku lah kan. Mana nak mengaku diri ni pesakit.  Kalau dah tak tahan sangat tu mulalah akan buat publisiti murahan, terpeleot terpengsan.  Hehe... Alhamdulillah selamat sampai rumah :-)

So harini kami sama-sama sakit berehat dirumah sahaja. Huhu :-(


...

Monday, July 16, 2012

T_T

...



Harini rasa sangat demotivated.  Entah kenapa ntah.. Nak kata Monday Blues tak juga.

Keje bertimbun-timbun. Keje yang ditinggalkan semasa ketiadaan di ofis berminggu-minggu yang lalu makin bertambah.  I'll try my best to complete it as soon as possible.

Harini bos cuti.  Aku pulak tak de mood.

Tiba-tiba tergodeh email yahoo yang dah beribu-ribu tu.

Aku terbaca emails comments from facebook.  Antaranya adalah email-email komen-komen yang mengatakan aku ni orang luar, geli, jiwang, etc.  Anak sedara yang dah tak hormatkan ibu saudaranya yang bodoh ni.

Seriously aku tak tahu apa perasaan aku masa baca statement tu berulang-kali.  KOSONG.

Satu je aku fikir, anak-anak takkan buat macamtu kalau parent diorang tak mulakan dulu kan.  Betul tak? Thank you very much...


Till now. Macam-macam... happened.  
Antaranya:-
~ buat majlis berbuka puasa tp x invite kami dua beranak (mereka mewah dgn macam-macam makanan tp kami berbuka dgn telur hancur sahaja)
~ going out for Ikan Bakar beramai-ramai xajak-ajak ayam pun (Aisya tanya kenapa diorg tak ajak kita Mummy? Last sekali Aisya makan ikan  bakar dengan Daddy dulu kat kedai Uncle Mail Tanjung Lumpur)
~ jalan-jalan & makan-makan sekitar KL together-gether (xterdetik nak pelawa even Aisya je)
~ holiday ke Lost World Tambun & Cameron Highland dirahsiakan (konon) - bab ni mmg extreme  betul la sbb mereka berkeluarga-keluarga bersekongkol utk jgn bukak mulut & banyak pihak yg telah ditipu oleh alasan-alasan mereka termasuklah MAK & sedara-mara tp Allah Maha Kaya, dunia ni bukan besar sgt pun, terlepas jgk ke pengetahuan kami dgn bukti sekali ya :-) Aisya sedih :-(

Biarlah.. Allah Maha Mengetahui.  Mereka punya segala-galanya untuk dibanggakan didunia.  Kau ado?  Kalau tak ado, cermin diri & status anda ye!

It's a fact.


Aku juga baca email yang dihantar all the way from Johor Bahru yang penuh dengan ayat-ayat ala kurang ajar.  Bagi aku la.. tapi mungkin bagi pengirimnya tu tak ada apa kot.  Mungkin juga bagi orang lain biasa-biasa aje sebab dah terlebih belajar pandai-pandai sehingga tak tahu nak menilai mana yang terlebih ajar or kurang ajar.

Biarlah.. itu kenangan untuk direnungkan.

Terfikir jugak, kalau aku dah minta maaf from them seandainya aku bersalah, takkanlah diorang tak terdetik langsung untuk minta maaf kat aku kot.  Dulu boleh serang aku kat facebook, kat blog, emails & macam-macam lagi, takkan to apologize susah sangat kot. Facebook? Email? Face to face?  None! Nak serang together-gether or slowly kasi pedih kaw-kaw kot!

Hati orang mana kita tahu.

 

Tak baik bersangka buruk kat orang kan.  Astaqfirullahhal'azim...

Mungkin bagi mereka, diorang memang tak salah langsung.  Betul segala-galanya.  That's it!

Xpelah.. aku sentiasa mendoakan agar mereka  sentiasa berbahagia, kaya-raya, mewah & sempurna segala-galanya.

Biarlah apa org nak buat kita.. sabar & balas dengan kebaikan shj.  Allah memerhatikan...

Nanti mesti ada yang psycho aku lagi, kenapa nak ungkit benda ni.

My answer = entah... fikirlah sendiri

Dahlah.. malas nak serabutkan kepala otak bila mengenangkan apa yang orang dah buat kat kami.  Nanti kata kami ni bodoh la, tak tahu malu la, tak kenang budi la, & macam-macam lagi la...  Buatlah macamana, apa sekalipun, kami tetap disalahkan serba-serbi.  Never ends!

Questions...,

Selama ni kalau kami susah, tak makan, ada sapa-sapa ambik tahu???
Ada sapa-sapa ambik tahu pasal perasaan Aisya???
Ada sapa-sapa bertanya situasi kami?
Beri perhatian & kasih sayang terhadap kami?

Kalau mereka dapat info kitorg ni follow someone somewhere or ada gambar nampak tersenyum gembira, DIKECAM macam-macam.  Salahkah????

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu


...

Monday, May 14, 2012

Happy Mother's Day..


...



TQVM Darling!!!

I LOVE YOU...
...

Monday, April 23, 2012

Weken..

...

Last Saturday join Netball for IIUM Inter-Department Staff Games 2012

Syukur alhamdulillah.. our team dpt no.2
Haha.. org veteran main kan.. ok la tu kan
Gambar xde sbb little photographer tak ikut mummy last Saturday bcoz Aisya sekolah ganti.

Then petang gi Finas jap. Jumpa org. For next project.  Doakan kami selected & boleh / dapatlah duit lebih sikit nanti.  InsyaAllah...

Ahad pagi lagi kami dah ke Rawang. Ofismate ada buat kenduri kesyukuran.  Sampai pkl 3 baru balik.  Aisya happy being there.  Dia ada cakap, "Mummy, rumah kat sini mahal tak?  Nanti kita beli rumah kat sini ye, rumah kat sini macam rumah kita kat Kuantan dulu" Huhu..  

Then dia dok cerita kenangan-kenangan silam.  Nowadays aku biarkan je dia cakap apa yang dia rasa nak cakap.  Sebelum ni apa je dia nak cakap, aku cantas. Aku agak kejam tak bagi dia menyuarakan isi hatinya.  Aku takut aku hanyut sama bersama emosinya.  Now aku biarkan je.  Biarlah apa je orang nak kata.. I don't care!  Do other really care about us???

Lu fikirlah sendiri *wink*

Malamnya Mentor 6.  Alhamdulillah, KJ - protege kepada Adam menang for this round.  Keep up good work bro!

...

Wednesday, March 14, 2012

♥♥♥ ..

...


♥♥♥

..SEKUAT mana saya SETIA ......
..SEJAUH mana saya MENUNGGU ...
..SEKERAS mana saya BERSABAR ...
..SEHEBAT mana saya MERANCANG ...
..SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK ...

Jika Allah tidak menulis jodoh kita BERSAMA,
kita tetap TIDAK akan bersama ...
Tiada yg KEBETULAN melainkan semuanya telah DIRANCANG ...
Dan sebaik-baik yg MERANCANG itu adalah ALLAH s.w.t ...

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..

:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..

:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..

:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..

:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..

:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..

:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan...

jadi, usah risau...

andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luth Mahfuz untuk saya...

InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...

♥♥♥

...

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year 2012..

...


Time flies..

Sekejap je rasanya dah bertukar tahun lagi.

Usia juga akan makin meningkat. Semoga kita semua sentiasa dipelihara iman & dirahmatiNya.

Semalam aku bawak Aisya breakfast kat luar. This is because after almost 3 years we all duduk KL, kitorg tak pernah breakfast kat luar. Percaya tak? Jangan tak percaya! Ini kisah benar.

As usual, Aisya kan memang akan report everything kat Daddy dia. Then last Saturday dia pesan, "Bawaklah anak makan kat luar, kesian dia". Yelah, harini Mummy bawak g breakfast kat luar walaupun cuma makan Nasi Lemak with telur mata kerbau & air Milo sahaja.

Tersenyum happy dia. Berseri-seri wajah dia ketika menikmati juadah walaupun dia komplen nasi dia berderai, seulas-seulas lah. Pandai je dia :D

Also dia kata, "Mummy dulu-dulu masa duduk Kuantan kita selalu breakfast kat kedai yang dekat dengan laut tu kan? Kedai tu sedap. Ada macam-macam. Lepas tu boleh pergi dekat laut. Masa Wan datang rumah kita pun kita ada pergi bawak Wan kat situ"

Aku tahu kedai mana yang dimaksudkan. Tak lain tak bukan kedai lempeng kat Tanjung Lumpur. Aku dah lupa nama kedai tu. Kedai tu masuk kat dalam sikit. Macam-macam juadah disediakan - lempeng, laksam, nasi minyak, nasi dagang, kuih-muih, etc.

Then masa nak balik dia kata, "Mahal lah Mummy, Nasi Lemak RM2.20, Milo RM1.90"

Aku pun jawab "Tak pe, sekali-sekala"

Bagi orang lain, mungkin murah dah tu; but for her yang biasa hanya makan ala kadar di rumah & tahu akan betapa besarnya nilai ringgit untuk menampung perbelanjaan keperluan kami berdua, ianya adalah MAHAL baginya.

InsyaAllah, rezeki itu ada di mana-mana.

:-)

...

Thursday, September 15, 2011

Dream..

...

Malam tadi mimpi lagi.

Lately ni selalu sangat mimpi dia.


As usual, aku akan share dengan Aisya.

She said "Mummy ni dah berpeluk berjam-jam pun asyik mimpi lagi" :p

Pandai & ada-ada je statement Aisya untuk mencuit hati ini :D


Rindu...

...

Thursday, August 4, 2011

Selamat Ulangtahun Sayang..

...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu




...

Thursday, June 30, 2011

Seri Dewi Keluarga..

...



...

Sunday, May 8, 2011

Double Celebration..

...

Double Celebration for today..

Today is Mother's Day..

Mak, Happy Mother's Day Mak..

Budi mak tetap di hati

Hari ni jugak another celebration suppose to be our 11th Wedding Anniversary.

Kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala-galanya.

Aku amat terharu & tersentuh sangat-sangat dengan ucapan & gifts from Aisya.

I received two cards & 2 gifts from her.

Thank you very much darling..

Mummy really appreciate it!

...

Tuesday, April 19, 2011

2 Years..

...

Hari ni genap 2 tahun selepas hari kejadian.

Aku jadi lupa sebenarnya sebab kalau boleh aku nak lupakan kejadian 2 tahun lepas tu. Past is past. People make mistakes. So do I. We're human yang memang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Nasib kita pun belum tentu lagi pada masa akan datang macamana. Semua orang mahukan yang terbaik dalam meniti kehidupan ini.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala-galanya.

Kita kena ingat, hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.

Langit tidak akan selalu cerah walaupun itu yang diharapkan oleh semua.

Life must goes on!


...

Sunday, March 27, 2011

Exhausted..

...

Hari ni agak letih & mengantuk sebenarnya.

Aktiviti semalam berlarutan hingga ke awal pagi ni. Mana tak ngantuk kan. My activities started as early at 6.00am. Mata aku ni, walau hari cuti, paling lewat pkl 6.00am pasti dia terjaga. Weekdays 5.00am. Dah biasa. Cubalah time weken dia jaga pukul 6.45am ke, kan best. Lama sikit tido & sempat Solat Subuh lagi. Kalau jaga pkl 6.00 pagi & lepas solat mata ni nak tido semula xpe, tapi ni tidak. Xde maknanya nak lelap semula.

So, normally inilah peluang lama sikit duduk atas sejadah mentelaah & baca apa yang patut. Lepas Solat Sunat Dhuha, aktiviti harian weken pun bermulalah. Tapi semalam aku x terus ke dapur sebab Aisya nak breakfast roti je. Wah! Senang keje I. So, belek macam-macam magazine sambil tengok Nasi Lemak Kopi O tak sedar dah pukul 10 pagi rupanya.

Aku meneruskan aktiviti simpan kain baju yg dah berlipat ke dalam almari. Aisya pening. Banyak sangat kategori katanya. Hehe..

Tengahari attended wedding invitation kat Setapak. Kebetulan ada 2 org kawan/adik nak pegi jgk. Pika naik tren from Seremban to Bangi. Then Zieha ambik dia & terus memecut ke rumah. Diorg sampai dah dekat pkl 1.00 tghr.


Lepas we all pegi wedding kakak Zared, balik rumah, solat Zohor & memecut ke Sg. Wang Plaza pulak. Aisya dah risau takut tak sampai on time sebab abang dia bagitau show starts at 3.30pm. No lah, it started at 4.00pm.

Kali ni promotion for ADAM 4, projek baru KRU - V.I.P, artis baru naungan KRU - kumpulan TIGA, FORTEEN & artis baru under Aico Empire Group - Shima & RE-DO. Iqa Mentor 5 pun ada. Surprisingly, Edry skodeng dari jauh rupanya.


Lepas abes show, as usual autograph n photo session. As usual adik abg akan jadi PA Jr cum pegang glove, specs, etc. Sempat aje dia menyelit kat mana-mana. Aku cuma memerhatikan je dia dari jauh. Now aku realize Aisya makin bijak bergaya depan camera.


Then lepak Delifrance makan-makan. Time ni lah macam-macam perangai backstage muncul. Feninnnnnnnn


Then balik rumah semula mandi, solat, rehat & bersiap nak kuar semula. 8.30pm kuar rumah sebab 9.00pm nak tengok movie - Hikayat Merong Mahawangsa @ Pavilion.


Sebenarnya aku tak pernah gi Pavi. Hahaha, x caya? betul beb! it's true.. nama je duduk KL tapi tak keluar rumah. Sekarang ni kalau keluar pun sebab ikut Abang Aisya. Kalau tak, terperuk la kat rumah je. Tengok movie jarang sekali. Last year sekali je kot. Sian Aisya. X macam masa duduk Kuantan dulu yang every week wajib melawat GSC Megamall.

Yesterday was tiring but sangat enjoyable! Aisya terutamanya. She was happy! The movie was BEST! Thumbs up + tabik spring toing toing to Yusry KRU!!!!!


Abes movie sesi bergambar tak hengat orang keliling berlaku lagi utk kesekian kalinya. Usik mengusik, senda gurau berlarutan ke kedai makan hingga jam 2 pagi.


mereka yg xde keje

Dahla masa nak kuar dari Pavi, rombongan En. Mohd Aizam mengembara parking area by Buggy Car. Sangat challenging macam nak terbang gara-gara lupa nak jot-down kat mana parking tadi. Cuma ingat level je. Ha, ambik semua.. Gelak abg driver buggy car melayan karenah kami. Lawak betul!

Sampai rumah continue borak lagi sampai pukul 4 lebih. Then paksa tido sebab esok nak bangun pagi. Seperti biasa, mata aku ni pkl 6 lebih je dah jaga semula. Hey aku tension lagi, tension lagi :p

Xpelah kan, bagus jugak, tak terlepas Solat Subuh. Alhamdulillah, kurang sikit dosa kot. Hehe...

Lepas breakfast, pkl 10am dah kuar rumah nak g wedding my cousin kat Cheras pulak.


Hari ni Majlis Akad Nikah & perempuan's side. Yang pergi all aunties & uncles (sebelah arwah ayah) & cousins je. Bunyi macam sikit tapi kami ni ramai. Takde orang luar pun. Kalau naik bas 2 tingkat pun x muat.

Sementara tunggu acara berlangsung utk tengahari selepas akad nikah pagi tadi, kami semua lepak-lepak dalam surau. Aku akan ingat nasihat & pesanan ibu saudara aku yang kalau aku susah sekarang ni pun, ada lagi orang yang lebih susah daripada aku. Aku akui & memang ingat tu :-)

Sebab tu lah kalau aku & Aisya susah sekali pun, aku akan still buat-buat biasa; tabahkan hati supaya lebih cekal lagi untuk melalui kehidupan sekarang & akan datang, InsyaAllah.

Balik rumah dah 4pm gitu. Oh, ngantuknya la rasa.. Aku teruskan aktiviti mendobi & mengemas rumah.

Malamnya Aisya still asking whether nak ikut abg gi konsert mentor ke x? I said NO sbb penat & nak tido awal kononnya. Mlm tu while watching Mentor 5 @ TV3 rasa mcm rugi pulak x gi MBSA sbb ada Rossa. Ada org terjerit-jerit kat rmh & buat aku hangin jek :p

Performances by all protege pun best. Mmg best tgk live lg kot. Minggu ni Ally Iskandar mesti rindu.. Hahaha... *perasan*

Semua aktiviti mcmni, even meletihkan, I'm happy sebab aku boleh melupakan keserabutan otak :D

Penyakit tak boleh tidur aku ni kembali semula..
Hish, geram betul lah...
Ggrrr.....


...

Thursday, March 24, 2011

Highest & Apology..

...

Aisya called.

Dia dah dapat markah utk paper BI for previous examination. She got 96% and the highest in the class. Syukur alhamdulillah.. sbb tulah berkobar-kobar dia call aku dari sekolah nak bagitau berita gembira ni kot.

Aku rasa ini ada kena mengena dengan kejadian malam tadi jugak kot. Lepas solat Maghrib, mengaji & sementara tunggu azan Isyak, elok borak-borak. Then x semena-mena aku naik angin terus merotan Aisya dengan bertelekung bagai.

Teruknya aku!

Aisya bagitau dia dah dapat markah bagi 2 subject dan aku jadi giler sekejap sebab dia dapat markah yang tidak memuaskan hati aku. Aku nak dia dapat 100% bukannya markah yang rendah. Mungkin bagi org lain markah tu dah ok but not for me. Sebenarnya bukan teruk sangat pun, ataupun fail ke.

Regret... Istiqfar...

Bila difikir semula, Aisya ni selalu jadi mangsa kemarahan aku. Benda kecik pun aku boleh naik angin. Ye betul.. aku xde tempat nak meluahkan. Pendam jek. X lepas. Then sekali meletup macam gunung berapi. Benda yang tak berkenaan / tak sepatutnya pun tarbabit sama jadi mangsa. Sian Aisya...

Maafkan Mummy sayang, Mummy sayang Aisya...


Aku selalu ingatkan diri aku untuk sabar dengan bermacam benda, dan aku boleh sabar.. tapi bila berdua dengan Aisya, sometimes aku ni jadi panas terus.

So, to calm myself also, today - aku puasa. Itu lebih baik untuk menyabarkan ku.. Lagipun aku memang selalu puasa sunat setiap Isnin & Khamis jika tidak ada keuzuran. Semoga kesabaran akan sentiasa menemaniku..

Doakan ye..

...

Tuesday, March 1, 2011

Pasar Malam

...

Kejap betul masa berlalu. Sekejap je dah new month - MARCH. Rasa macam baru je new year.

So, bulan baru ni, aku memulakan sesuatu yang baru lagi buat kami berdua.

Harini aku tanya Aisya, "Aisya nak pergi Pasar Malam?" terus dia jawab "Nak!"

First time after 2 years, we went to Pasar Malam. Macam poyo je bunyi nyer kan? Betul.. Dah 2 tahun ni aku tak pernah bawa Aisya pergi Pasar Malam.

Sampai je kat Pasar Malam, Aisya kata, "Mummy, semenjak kita duduk KL, kita x pernah pergi Pasar Malam kan?"

"Haah" jawabku.

Kami berjalan memerhati apa yang ada di Pasar Malam. Tiba-tiba aku terpandang something. Aisya pun tengok benda yang sama kot. Spontaneously, we look each other.

"Daddy suka makan kuih tu"
Airmata ku meleleh. Aisya terus cakap "Mummy ni tak malu lah menangis depan orang :p"

Terus kitorang jalan cepat-cepat xnak tengok kuih denderam / telinga keling tu lagi.

Then Aisya kata lagi "Mummy, bila kita nak pergi Kuantan lagi, Aisya rindu sangat kat Kuantan"

Me - speechless - no answer for her questions.

After bought few kuih-muih, ice-blended, sugarcane drink & fried chicken for her, we went home. Enuff la...

She smile happily on the way home.


I think we miss Pasar Malam @ Kuantan a lots..

Monday - Pasar Malam Beserah
= Nasi Dagang + Laksam + Tepung Pelita + Lompat Tikam + Kuih Koci + Kole Kacang Nenek/Atuk Aisya (sbb dr Aisya baby lagi dah jd pelanggan setia)

Tuesday - Pasar Malam Taman Impianku
= Nasi Minyak Bohsia + Laksa Lemak/Masak + Apam Balik

Friday - Pasar Malam Indera Mahkota
= Nasi Minyak Cenderawasih + Air Bandung Kak Ros (wajib beli air jagung angah yg mmg best)

Saturday - Pasar Malam Bandar
= Yong Tau Fu + aiskrim & air yg angah jual jgk :D

Mostly penjual kat pasar malam ni semua dah kenal kami. Macam nenek/atuk Aisya tu mmg tahu dah our order. Anaknya pun sama. Abg yang jual Yong Tau Fu pun sama, Isnin & Sabtu mesti beli. Wife dia pun dah tahu dah, kuah pedas sikit, manis lebih. Kakak dah berapa kali bersalin pun kitorg tahu. Cukup risau bila tengok wife abg jual yong tau fu tu pregnant, nanti akak bersalin, lama x dpt makan yong tau fu dia :D

Kalau Air Bandung Kak Ros yang masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan tu xyah ckplah. Kalau x free air, sure aiskrim. Sampai naik segan dgn angah & abgngah. Kalau kitorg x bg Aisya makan aiskrim sbb batuk (kononnya la.. sbnrnya alasan semata2) sure angah marah. "Nak Aisya, makngah bagi. Aku bukan bagi kat ko, tapi anak ko! Bkn aku suruh bayar" :p

Also, Aisya ni kategori yang mudah mesra dengan orang. Boleh dikatakan berbudi bahasa & pandai menghormati orang yang lebih tua, so that makes her special & well-known dikalangan peniaga-peniaga pasar malam. Furthermore, dia ni kan speak in English, Mandarin & Malay; lagilah special case. Kalau bab dapat free kat pasar malam tu xyah cite la.. Macam-macam. Alhamdulillah, rezeki.

Aku pulak giler orkid kat pasar malam. Mesti beli pasu besar atau kecik pun jadilah. Xde orkid yang berkenan, pokok lain pun aku sapu. Hehe..

*memories*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...