DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Tuesday, November 3, 2015

Rindu..

...


Sebut je mana Daddy.. terus cium.. sondol.. sayang bantal Daddy.

Tak kasi Mummy tumpang sekali.

Mengada MeowOne ni!

Kalau MeowOne rindu Daddy, Mummy laaaaaaaaaaaaaaagiiiiii riiiiiiiiiiinnnnnnndduuuuuuu Daddy...

...

Sunday, November 1, 2015

Tabah..

...





...

Saturday, August 22, 2015

Mencintaimu..

...
Bestnya harini
Calltime 3.00pm.. arrived set 3.15 sbb jammed ada xcdnt. Then terus make-up, ready on set.. rolling & deliver your best! As a result, 3.45pm dah habis 
Alhamdulillah
Congrats to Production Manager & Jay Mazin The Agency yg sgt bagus atur jadual utk shooting. So, xperlu tunggu lama. Mcm retis gitu.. haha 
Walaupun iols hanya talent biasa, InshaaAllah I'll do my best for every task given.
Mudah-mudahan the Producer, Director, Asst. Director & all production team berpuashati dgn hasil kerja serta kerjasama yg diberikan.
So, jgn lupa saksikan 'Mencintaimu' dlm slot Akasia di TV3 setiap Isnin - Khamis mulai 19 Ogos 2015.
Me, starring as Doctor.
...

Thursday, April 16, 2015

No Tittle..

...

Time flies..

Tak sangka, rupa-rupanya dah almost 6 years.

Yup, I started this routine from middle or end of 2009 till now.


Istiqamah.

InshaaAllah.

Mudah-mudahan hingga akhir hayat.

Dahulu mula-mula aku buat ni ramai yang kutuk. Kata aku terpaksa ikat perut lah, itu lah, ini lah, tak de duit la, sebab tu macamtu.. kononnya. Biarlah mereka berkata apa sahaja.


Whatever it is, Allah Maha Esa.. Maha Mengetahui segala-galanya.

Rakan-rakan disekelilingku pun dah tau.  My boss lagilah..

They respect. I ok je. Tak kisah pun if they all nak buat apa-apa kat office.

Aku masih meneruskannya.  InshaaAllah... Jika diberikan kesihatan yang baik serta tiada keuzuran.  PUASA.... Setiap hari Isnin dan Khamis.  Kadang-kadang direct dari hari Isnin hingga Khamis.

Alhamdulillah.

Mungkin juga ini adalah kunci rahsia kesabaranku sebagai hamba yang lemah lagi hina dalam menempuhi dugaan selagi berada di muka bumi ini.

 ...


Thursday, April 9, 2015

Worried..

...

Mana Cheeky pergi?

Balik lah...

Mummy rindu...

Selalunya Cheeky yang tidur dengan Mummy...

Temankan Mummy...

Cheeky yang akan kejutkan Mummy untuk Solat...

Mummy risaukan Cheeky...

Setiap kali teringatkan Cheeky, airmata Mummy pasti meleleh sendiri...

...

Tuesday, September 23, 2014

Habuk..

...

Pergh...

Habuk tebal ok :D

Banyak yang terperuk di draft.  Sebabnya, baru nak menaip, asyik tergendala je.  Almaklumlah.. bizi yg amat.  Huhu

Rinduuuuuuuuuuu..........

Sehebat rinduku untuk menulis, hebat lagi apa yg ada dalam kepala aku ni.

Apa-apapun, sabar..........

Allah Maha Melihat & Maha Mengetahui segala-galanya :)

Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

Semoga Allah swt merahmati semua.


 ...

Monday, March 4, 2013

A's..

...



Hidupku dikelilingi A.

Di kananku A
Di kiriku A
Di depan A
Di belakang A

Tetapi, sesuatu yang pasti
A tetap menunggu ku
nuuuuun
di sana
betul-betul dihadapan ku
PASTI

Oh my A's


...

Thursday, June 7, 2012

Tension..

...

Hey aku tension lagi, tension lagi!

Aku tension

Aku tension

Tension lagi

@_@

I'd been veryyyyyyyyyyy busy!!!

Tired, restless, sleepy, exhausted, etc.

Jiwa kacau, dot dot dot, semua ada!

Bila aku tension, asyik memikir je, mulalah my PSORIASIS naik *sigh*

Yup! Aku penghidap psoriasis since I was 7 years old.  Sesuatu yang bukan untuk dibanggakan tetapi amat memalukan.  Apapun segala penyakit datangnya daripada Allah dan semua itu ada hikmah tersembunyi.

Dulu-dulu psoriasis ni xdelah teruk sangat kecuali masa zaman ITM dulu.  Tension study kot.  Apalagi.. naik saje.  My friends aware dgn penyakit aku ni.  Alhamdulillah diorg tak kisah.  Lagipun psoriasis ni bukan penyakit berjangkit.  Cuma masih tidak ada ubat untuk mengubatinya.  Kita cuma boleh mengawalnya.  It will comes on & off.  Psoriasis secara amnya adalah proses pertumbuhan kulit yang terlalu cepat.  

Aku dah lali dah dgn pelbagai ubat & petua.  Gitu jgk.  Ada yang suggest kena pegi dekat Clinic XYZ & confirm psoriasis tu akan baik & hilang forever (ye ke???) tapiiiiiiiiiii bayaran / charge yg dikenakan mahalllllllllllllll.  Bukan aku tak nak pegi.  Fikir sendiri lah..

Tak semestinya hospital kerajaan tu tak bagus kan.. dan tak semestinya semua yang private & mahal itu bagus.  Semuanya ketentuan Allah.  Remember that!

As a result, regular check-up @ hospital not to be skip.  It is a must!

Psoriasis aku xdelah teruk sangat.  Just a few spot je.  Alhamdulillah under control.  Cuma sesekali tu bila stress sangat, mulalah dia naik dengan banyak.  Time dia naik banyak tu, ada jugak la rasa rendah diri sebab kulit tak licin, putih melepak, tulus mulus macam perempuan lain.  Yelah kan, as perempuan, memanglah itu yang diimpikan & itulah yang akan dipandang oleh lelaki.

Ada hikmahnya jugak.. Kalau kulit aku cantik sangat-sangat mesti aku dedah sana-sini = seksi-meksi walaupun dah masuk veteran kan?  Betul tak?

Hahaha...

Zaman sekolah cousin aku yang akan tolong sapukan ubat.  

Zaman ITM roomate / coursemate bergilir-gilir tolong.

Zaman ada husband dulu dia yang akan sapukan. Previously before I get married, I'd explained to him everything + siap bawa dia jumpa doktor pakar yg selalu merawat aku to explain to him also and Alhamdulillah, he'd accepted & redha.

Now, aku minta tolong Aisya je la yang tolong sapukan ubat.  Bila Daddy Aisya tau Aisya yang tolong sapukan ubat, dia akan cakap  "Kenapa suruh anak sapukan ubat? Racun tu! Tak boleh minta tolong orang lain or sapa-sapa ke yang tolong sapukan ubat?"  

Apa aku nak jawab? Dah tu, Aisya sorang je yang aku ada, so dia je lah yang boleh tolong.  Who else? :'(

Aku sentiasa berdoa agar Aisya dijauhkan penyakit yang aku hidapi.  Aku ni kan 'berpenyakit'! Macam-macam penyakit aku ada.  Walaupun begini, aku redha.  Ini ujian Allah swt buat aku lagi.

Aku tahu bukan mudah bagi seorang lelaki untuk menerima keadaan aku ni.  It's true!


Kuasa Allah swt., during pregnancy dulu, satu penyakit pun xde.  Migrain, gastrik, asthma, jantung, psoriasis dan lain-lain lagi.. semuanya OK.  Seriously!!!  9 months sihat!  Also, proses melahirkan Aisya sangat mudah!  Syukur Alhamdulillah..


Tapi kan, bila tengah tension-tension tu, tetiba terdengar ni..  rasa 'cool' sikit :-)



Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah segala penyakit yang ada dibadanku ini

...

Monday, May 14, 2012

Happy Mother's Day..


...



TQVM Darling!!!

I LOVE YOU...
...

Monday, May 7, 2012

Syukur Alhamdulillah..

...

 
To All Staff,

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Kindly be informed that one of the assessments  for Quality Administrative Staff Awards 2012 is through peer evaluation which carries 20% of total assessments.

As such, we would be grateful if you could kindly evaluate the nominated staff for the above awards as per listed until  18th May 2012 (Friday).

Please access the evaluation through the following link:
 
Your cooperation is highly appreciated.
 
Secretariat, Quality Administrative & Technical Staff Award 2012
Office of Corporate Strategy & Quality Assurance IIUM


Bila click je kat No. 4  Support Group I - Non-Technical Category (N27 – N40)

aku tgk ada nama akuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...




Unexpected!  

Aku tak sangka, tercalon..

Mungkin bagi a few names, diorg rasa biasa2 je, tp bg aku yg 1st time tercalon ni, memang terharu sgt!  Rasa dihargai sangat2.

Thank you to my boss yang mencalonkan.  Walaupun atas meja aku kelam kabut xgaya meja secretary yg bersih & kemas, aku ingat & tahu apa sahaja documents yg diperlukan.  Rasa penat lelah bekerja selama ni dihargai & org nampak / pandang gitu.  Syukur alhamdulillah.
 
Dlm 16 org yg tercalon tu, only 3 Office Secretary mcm aku.. tp kakak2 yg 2 org lg tu dah otai.. N32, aku je N27.  Yg lain2 semuanya Assistant Administrative Officer.  Semuanya dah berkhidmat lama.  Aku ni kira junior sgt2 among them. Erm.. xtahulah brp ramai yg undi aku ke x.. xkisahlah... (Aku low profile..hehe)  Kepada yg mengundi tu, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menilai hasil kerja ku..




Everything happens for a reason rite?

*teringat jgk kat my ex-boss Dr. Su, I MISS YOU soooo much*


Aku sampai ofis awal, by 7.30am dah sampai.  Then suppose breakfast 10.00am pun aku xkeluar since normally just buat secawan air utk alas perut if tak puasa.  Lunch hour pun terperuk kat dpn PC ni lg.. break kejap for solat or take 5 meluruskan tulang belakang yg bengkok ni.  Balik rmh selalunya by 7pm gitu la.. Aku cuma keluar / out from the office if ada hal yg penting sgt or appointment hospital.

Aku lepaskan geram dengan join sports activities = netball, badminton, athletics, hiking.  Being usher for VIP Protocol committee also menjadikan aku taklah terperuk kat ofis je.  Dapat bergaul dgn ramai org & VVIP.. hahaha... Not to forget any talk / usrah for spiritual enhancement.  Syukur alhamdulillah.. bekerja di International Islamic University Malaysia ni mmg banyak sangat aktiviti keagamaan yg dianjurkan. Baik dr management or student activity.   Terpulang pada diri sendiri samada nak join ikut or tidak.  Secara tak langsung, kalau kita sentiasa mendekatkan diri kita ni dengan benda2 yg baik, hati kita juga akan lembut menerima apa sahaja yg berlaku disekeliling kita. InsyaAllah.. *xleh ckp lebih2 nanti ada org kata aku berlagak baik/alim pulak*

Terharu!  Happy! Rasa nak menangis! Etc.. semua ada...

Terus rasa macam nak peluk A..  ; nak bgtau mak.. ; xtau nak bercakap dgn siapa..
Teringat someone..
Terus call!
Shammmmmmmmmmmm

Airmata dah meleleh-leleh...

TQ sham, for always there.

Sampai je rumah, terus aku peluk Aisya dah bgtau dia berita ni..  She was crying with me!!!  Our airmata kegembiraan & kesyahduan berdua berderai-derai...


*Biarlah org nak ckp apa pun pasal entry ni.. 
  ini sejarah hidup aku. 
  Dalam  beribu staffs kat sini, 
  terselit aku
  kann*


...

Monday, April 23, 2012

Weken..

...

Last Saturday join Netball for IIUM Inter-Department Staff Games 2012

Syukur alhamdulillah.. our team dpt no.2
Haha.. org veteran main kan.. ok la tu kan
Gambar xde sbb little photographer tak ikut mummy last Saturday bcoz Aisya sekolah ganti.

Then petang gi Finas jap. Jumpa org. For next project.  Doakan kami selected & boleh / dapatlah duit lebih sikit nanti.  InsyaAllah...

Ahad pagi lagi kami dah ke Rawang. Ofismate ada buat kenduri kesyukuran.  Sampai pkl 3 baru balik.  Aisya happy being there.  Dia ada cakap, "Mummy, rumah kat sini mahal tak?  Nanti kita beli rumah kat sini ye, rumah kat sini macam rumah kita kat Kuantan dulu" Huhu..  

Then dia dok cerita kenangan-kenangan silam.  Nowadays aku biarkan je dia cakap apa yang dia rasa nak cakap.  Sebelum ni apa je dia nak cakap, aku cantas. Aku agak kejam tak bagi dia menyuarakan isi hatinya.  Aku takut aku hanyut sama bersama emosinya.  Now aku biarkan je.  Biarlah apa je orang nak kata.. I don't care!  Do other really care about us???

Lu fikirlah sendiri *wink*

Malamnya Mentor 6.  Alhamdulillah, KJ - protege kepada Adam menang for this round.  Keep up good work bro!

...

Thursday, March 22, 2012

Bored..

...


Tengahari ni boring sangat rasanya. Ofis kosong. Aku tinggal sorang-sorang kat ofis. Yang lain-lain keluar. Orang ni ada janji dengan orang tu, orang tu ada janji dengan orang tu dan macam-macam urusan lain lagilah. Masing-masing ada urusan bukan sesama officemate.

Almaklumlah hari ni hari yang mulia a.k.a. hari gaji. Bagi aku still all the same. Hari yang mulia ke, hari biasa ke, duit still negative. Tak cukup :'(

Every month, kena pandai berkira-kira untuk mengatur ekonomi berdua. Kalau bulan ni bayar duit A, bulan ni skip bayar duit B. Then duit C la, duit utk D la & mcm2 lg la.. As a result, A dah 2 bulan tak bayar, B pun dah 2 bulan tak bayar jugak. Huhu... *bahaya ni!*

Nafkah oh nafkah ... *berangan je lah*

Harini ingat nak puasa lagi, tapi pagi tadi tengah ikat rambut Aisya untuk ke sekolah, perutku berbunyi dengan kuat sekali. Berkeroncong!

Aisya terus kata "Mummy jangan mengada-ngada nak puasa. Perut Mummy berbunyi lapar tu!"

"Ish, perut Mummy ni memang selalu bunyi kuat lah"

:p

Erm, kena cancel lah niat nak puasa harini. Aisya dah potpetpokpek...

Aisya nak bawak bekal nasi lemak. So aku pun belilah sebungkus nasi lemak biasa untuk bekalan ke ofis harini. Alhamdulillah kenyang. Itupun ada yang tegur aku tak makan lagi ke hari ni? Ish, kenapa ramai dah perasan aku tak makan ni???? Aku makanlah weih... Jawapan yang selamat = BZ / PUASA ;-)

Alamak, bos sampai awal lah pulak time lunch break ni.

"Nah Sue, for you. Makan"

"TQ Cik Pah"


Syukur alhamdulillah rezeki. Pagi tadi dia dah bagi aku bekalan mee goreng from home. Tengahari dia kuar belikan aku laksa pulak. Malunya rasa *blushing*

My boss selalu jugak bagi bekalan dari rumah. Bibik masak. Hehe .. Officemate pun perasan. Diorg cakap "Baik bos selalu bagi bekal kat secretary" Kalau aku puasa, dapatlah makanan sedap sikit untuk berbuka nanti. If not, biasa-biasa aje, apa-apa aje yang ada di rumah. Or if tak puasa, aku bawa balik rumah jugak, share dengan Aisya.

Aku ni jenis tak kisah, siapa je, apa je org kasi, aku terima. Malu tolak tepi. Rezeki jangan di tolak.

Laksa tu kejap-kejap lagi lah aku makan. *konon* Still kenyang lagi ni. Mee goreng pemberian bos tadi aku dah jamah rasa sikit. Nanti boleh bagi Aisya :-)


...

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita..

...

Hey Ladies!



Wanita itu istimewa, pelengkap kehidupan pada kaum lelaki...
Wanita itu penyeri, tanpa wanita sunyi sepi lah dunia...
:-)


p/s: Alhamdulillah, every year somebody will personally wish me sempena Hari Wanita semenjak mengenalinya hingga lah kini. TQVM kerana menghargai wanita ini *terharu*

...

Tuesday, February 21, 2012

History..

...

Juadah berbuka puasa


Nasi Putih


Kicap Kipas Udang Manis

dannnnnnnn...........


Kacang Botor (pemberian officemate)

sahaja...

*memang Hari Ini Dalam Sejarah*

...

Monday, February 20, 2012

Not Necessary..

...

Hari ni aku puasa lagi.

Aisya dah report kat Daddy dia yang aku asyik puasa direct, gastrik pun puasa jugak, tak makan a day before tapi keesokan puasa jugak & lain-lain lagi.

So, permission for fasting is under consideration with terms & condition. Ha.. ambik gitu!

As a result, xleh puasa sembarangan, kalau tak.. dapat penat je la.. Tapi kan...

I HAVE TO !!!!!

Ala Aisya ni, kalau mummy tak puasa pun sama jugak. Mummy still makan sehari sekali. Tak de beza pun :p


...

Wednesday, February 15, 2012

Opss...

...


Hari ni ada orang dalam ofis ni tegur aku. Diorang perasan something.

"Sue tak makan ke? Tak nampak pun Sue makan? Puasa direct lagi ke?"

"Makan, saya makan kat tempat saya je"

"Takde pun nampak Sue makan atau bawak bekal macam selalu? Pagi tak kuar breakfast. Tengahari pun tak nampak Sue makan. Sudah-sudah la tu buat keje"

"Ada, saya makan. Sambil-sambil buat keje, saya makan. Keje banyak"

"Bawak-bawaklah keluar"

"Hehe"


Ops, rupa-rupanya ada orang perasan. Maluuuuuuuuu *blushing*

Yup, memang aku tak makan sebenarnya.. aku buat air, makan biskut or sekeping dua roti sebagai alas perut.

Minggu-minggu sebelum ni aku puasa. Kalau dulu selalunya aku puasa sunat setiap Isnin & Khamis, now aku puasa direct Isnin hingga Khamis. *cuti umum je tak.. hehe*

Hanya Allah swt yang tahu hati & perasaan hambaNya ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian di bumi mu ini Ya Allah. Murahkanlah rezeki & sumber kewangan kami sekeluarga. Kasihanilah anakku :(


...

Friday, December 30, 2011

Annual Leave..

...



:p

* Berangan kalaulah Annual Leave ni boleh convert to RM.. Seronoknya!!! *

...

Wednesday, December 14, 2011

Leave..

...

Annual Leave as today banyak lagi... Hahaha... jgn tak percaya.. 40 days tu!!! Entitlement annually cuma 25 days only.

Since 2009 aku memang sangat-sagat jarang cuti. Aku hanya bercuti apa yang kerajaan bagi or if terpaksa sangat-sangat. Other than that, aku rasa aku lebih suka menyibukkan diri kat ofis, buat kerja yang tak pernah habis tu.

Tahun-tahun sebelum tu bercuti jugak, tapi tak pernah habis cuti tahunan & bring fwd to the next year.

If until December ni aku tak ambik cuti jugak, meaning aku ada 42 days to carry forward to next year. InsyaAllah panjang umur, tahun depan tambah lagi 25 hari. Jadilah 67 hari cuti bergaji aku until 31 December 2012. Tapi aku kena gunakan 17 hari cuti jugak next year sebab tak boleh carry forward to 2013 more than 2 times of entitlement.

Bagi aku, banyak tu! Kalau rasa-rasa nak merasa cuti 2 bulan bergaji penuh pun boleh jugak kan.. Cuti banyak! Tapi keje banyak tu, sapa nak tolong??? Sian bos aku nanti.

Mungkin jugak aku memang dah biasakan diri aku ni, if tak sihat sikit pun, still pergi kerja jugak lagi. No ponteng-ponteng aaaaaaa...

MC tahun ni byk! 14 hari sebab admitted haritu. Tahun sebelum tu cuma 5 hari je :-)

I want to go for a holiday!!!

I really need rest & vacation!

Aisya pun dah complaints bila nak pegi holiday??? Dia kata semenjak daddy tak ada kita tak ada pun pergi holiday. Yes, mummy tahu sayang... Sabar ye, ada rezeki nanti kita g holiday bersama.

Money, please come to me!!!!!

:D

..

Wednesday, December 7, 2011

Session With Dr. Ridhuan Tee Abdullah

..

Bersempena dengan Client Day of IIUM Library, they organized session with outhors as every year they did. This year berpeluang bersama dengan Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Overall, BEST!

Walaupun Dr. agak pedas dalam mengeluarkan hujan / pendapatnya tapi bila difikir-fikir, memang betul, zaman sekarang ni kena cakap direct, takde tapis-tapis sebab IF banyak sangat tapisnya, mungkin mesej sebenar tak sampai.

So... think & act!

Antara point yg amat terkesan ialah ~

Masa kita semakin singkat, bimbang tak sempat.
Jadi bertindaklah.
Berubah.
Saling ingat-mengingatkan.
Thinking is the highest thing in learning process.
Apa guna hidup pura-pura.
Berwaspadalah.
Allah itu Maha segala-galanya :-)


...

Thursday, December 1, 2011

Doubt..

...

Time flies...

Today dah 1st December on 2011.

Rasanya macam baru je new year of 2011.

Life goes on...


Macam-macam benda lah..

Hari ni aku nak luahkan perasaan lagi. Ikut suka aku lah kan.. Hahaha..

Xsuka baca jangan baca. Xyah sibuk-sibuk bukak URL blog aku ni. Tapi kalau keep on bukak jgk nak tahu cerita-ceriti aku, go ahead. Bukak mata, baca... tutup mulut sudah!

Aku nak sentuh sikit lah kan.. pada manusia yg suka dengar cakap-cakap org daripada bertanya sendiri ke tuan empunya badan.

Macam aku, my style is if aku dgr apa-apa, aku xterus percaya or ambik port apa yg org tu kata sebab aku lebih suka tanya tuan empunya badan utk mengetahui kesahihan / kebenaran tentang cerita yg aku dgr tu. It is better.

Biasalah, org kalau bercerita mungkin akan ditokok tambah ataupun dia bercerita mengikut hati & perasaannya kan.. x gitu?

So, ada la org yg akan bgtau.. byk dengar cerita tentang aku. Semenjak 'kes' 2009 hinggalah kini.

Hello....
Dengar daripada siapa? Org yg boleh dipercayai? *siapa dia? siapa org tu?* Setakat mana org tu mmg boleh dipercayai? Org tu betul-betul kenal & tahu pasal aku dari A to Z ke? Bila ditanya siapa, xnak cakap pulak. Bagi aku, berani kerana benar, takut kerana salah. Betul x?

Kadangkala, kita perlu tahu siapa org tu bukannya nak serang dia.. tapi kita nak explain kat org tu seandainya dia dah sebarkan fakta yg tak betul. Kita boleh stop dia daripada buat dosa lagi.

Berbalik pada topik sebenar - hanya beberapa orang sahaja yg tahu cerita sebenar sebab orang-orang inilah yang bertanyakan direct kepada aku.

So, when people ask, I answered.

From far I have Dr. S, S & E. Three of them mmg tahu segala-galanya. Also I have uncle, auntie & cousins who knows everything. Not to forget, some of my ITM's friends.

Aku percayakan mereka. I knew them well. Mereka ini bukanlah jenis org yg suka busy body bercerita pasal tepi kain org. Diorg ni caring membantu aku dari segi emotional, moral support & advices.
*it doesn't mean if i don't mention your name here, i forgot.. but i just stated few names who knows 99% ~ jgn kecik hati, maybe u tergolong dlm others = aku ingat dgn sapa & apa yg pernah aku cerita*

Others, yg konon2nya tahu everything & daripada sumber-sumber yg boleh dipercayai jugak tu, dapat info daripada mana ye?

Alkononnya, macam-macam cerita pasal aku tu.. daripada mulut siapa ye?

Unless dengar betul-betul daripada mulut org yg aku cerita & percayai itu..

Hahaha.. ginilah senang, xyah nak kata org kalau benda tu mungkin daripada perasaan org tu sendiri kan. Mungkin ya... mungkin juga tidak. Terpulanglah.. ikutlah...

Ada jugak jenis orang yg konon-kononnya tahu serba-serbi & dia semua betul. Aku jugak yg salah, yg bodoh. Xyah nak bergossip / komplot / sokseksoksek kat belakanglah ye.. Kurus aku tau sbb ko makan daging aku :D


Dalam hidup ni, kitarannya seumpama roda. Allah itu Maha Adil.

Kita tak lari daripada melakukan kesilapan.

Realize, taubat, mohon maaf & tabahkanlah hati utk menjalani kehidupan baru. Mudah-mudahan Allah s.w.t. memperkenankan & memberikan kebahagiaan dunia buat kita.

Mungkin juga ujian ini didatangkan disebabkan dosa-dosa kita yg lampau.

Allah itu Maha Pengampun. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Inikan manusia. Atas dasar perikemanusiaan, juga untuk menjaga hati agar tidak bersangka negative, maafkan & doakanlah yg terbaik buatnya. Kata-kata itu kan satu doa..

Tolonglah jangan judge begitu saja. Kat dunia ni, hakim pun perlukan hujahan & bukti sebelum menjatuhkan hukuman. Pun ada rayuan jugak, utk diberi peluang.

Di akhirat kelak pun sama. Malaikat akan kemukakan bukti-bukti.


Pelik, pelik... kenapa tak tanya sendiri kan?

Manusia... oh manusia...

Itulah manusia, dia tgk je dgn mata kasar, dah buat own assumption & conclusion. That's it! Fullstop!

Perlu ke aku nak meratap 24jam sehari, hari-hari atas apa yg berlaku?

Kami susah ada sapa-sapa betul-betul ambik tahu???

Kalau kami nampak happy jadi masalah pulak org lain utk mengata

Semua serba xkena!!! *sigh*

X dinafikan, ada juga yg membantu.. tp janganlah bila hulurkan bantuan nak something pulak. Kalau mcmtu xyah tolonglah.. Thanx...

Biarlah kami susah asalkan kami bahagia, xserabut kepala otak :-)

Nak hulurkan pertolongan biar ikhlas.

Takutlah.. bila org tabur budi lepas tu sbg balasan nak kena patuh arahan pulak. Takut terkeluar nanti "org dah bagi macam2, ko kena buat ni, buat tu, macamni, macamtu"
Kang jadi mcm lembu dah kena ikat/tambat kat hidung pulak... Takutttttttttt

Takut kalau dah terlebih makan budi, tergadai body lagi..


Semenjak kejadian itu terpulanglah apa jua persepsi orang terhadap aku. Allah s.w.t. Maha Mengetahui. Dia Maha Melihat. Dia Maha segala-galanya...

Memanglah kalau ikutkan hati, nak pekakkan je telinga yg mmg dah pekak ni.. tapi kadang-kadang telus jugak pendengaran ni sampai masuk dalam otak tambahan ada hati kan..

Tu yg airmata, semangat, kekuatan, kesabaran luruh jgk tu...

TOLONGLAH!!!

DOAKAN YG BAIK-BAIK SAHAJA BUAT KITA SESAMA MANUSIA


InsyaAllah...


...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...