...
♥Cinta suatu yang indah.. Cinta boleh buat kita gundah.. Cinta buat hati kita berdarah dan Cinta jua boleh membawa kita kesalan yang tak sudah...
♥Cinta adalah santapan jiwa.. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang yang putus tali...
♥Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan...
♥Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga.. Manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya...
♥Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya...
♥Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan.. Terlalu payah untuk dilupakan..Namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan...
♥Cintailah orang yang kau cintai sekadarnya saja.. siapa tahu pada suatu hari kelak ia akan berbalik menjadi orang yang kau benci...
♥Jangan menulis diatas kaca... Menulislah ia diatas meja.. Jangan menangis kerana cinta.. Menangislah ia kerana dosa..
♥Cinta bukan dari kata-kata..Cinta bukan dari kelakuan..Cinta tak harus memiliki..Kerana cinta dilakukan dengan ketulusan hati...
♥Jangan pernah merasa sepi kerana hati akan selalu menemani.. Pejamkanlah mata dan bermimpilah dalam tidur.. Bangunlah esok pagi dengan senyuman yang indah seindah mentari pagi yang bersinar...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment