DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 11, 2010

Quality Day...

...

Every year memang dah menjadi acara wajib IIUM untuk menghargai staff-staff yang benar-benar berkualiti & dedikasi.

Untuk semua staff pun sebenarnya, mereka juga dihargai. So every year bersempena dengan IIUM QUALITY DAY all staffs akan dapat souvenir from the management.

Antara souvenir yg diberikan adalah :

2007 - Beg Laptop
2008 - Leather purse / wallet
2009 - Thumbdrive 4GB
2010 - Tafsir Al-Quran


Thank you to the management :)

...

Tuesday, March 9, 2010

Again...

...

Hari ni aku terbuat publisiti murahan lagi...

Malu seh! Aku pengsan kat ofis lagi. Semalam aku Emergency Leave sebab tengah-tengah tunggu bas, aku rasa lain macam sangat badan aku ni. So aku decide utk balik rumah je. Sampai rumah makan ubat & tido. Ingatkan hari ni aku ok, walaupun sebenarnya memang aku dah tahu dah yang aku tak berapa ok lagi.

Seperti biasa, kalau aku kurang sihat, Aisya cuma akan bawa bekal nasi & telur goreng sahaja. Itu je yang aku larat buat. Biarla orang nak kata aku pemalas atau apa pun, aku tak kisah. Aisya je yang faham keadaan mummy nya ini.

Ols memang dah lumrah manusia, bila pandai cakap asyik nak mengutuk orang je keje & kebaikan memang x lekat di minda tapi kalau keburukan, ingat sampai bila-bila. Whatever!

Last weken memang penat sikit. Aku g teman my fren utk admitted di Institut Jantung Negara. Dia pun ibu tinggal macam aku gak, so aku tahu mcmana perasaannya kalau tak sihat. Naluri keibuan akan memberontak untuk jadi seorang yang sihat, bebas dari segala penyakit demi anak.

Ols last weken aku hilang sabar. Aku lepaskan kemarahanku pada Aisya lagi.

This is my 2nd time aku 'kerjakan' dia. 1st time dulu sebab ada orang tabur fitnah padanya, aku kerjakan dia cukup-cukup untuk mengetahui betul ke dia macamtu / buat benda tu. At last aku find out memang betul dia tak buat. Dia tak salah. Aku tunggu je bila si penabur fitnah tu nak bersumpah dengan menjunjung Al-Quran untuk membuktikan kebenaran. Berani kerana benar!

Kali ni aku kerjakan Aisya sebab salahnya adalah dia tengok tv hingga pukul 12 tghmlm. Aku marah & cubit dia sekuat hati! Then, esoknya aku tengok banyak kesan lebam kat muka, peha, kaki & badan dia. Jahatnya aku kan? Gila!!!

Orang dok kata aku giler, ye, aku dah jadi giler sebab ada orang sentiasa mengata & mendoakan aku jadi giler! Kata-kata tu kan doa. Sepatutnya sesama manusia, kita mendoakan yang baik-baik sahaja sebab kita semua sama sahaja iaitu hamba Allah s.w.t. di muka bumi ini. Akhirnya Aisya jadi mangsa lagi. Apa nak buat sebab apa-apa pun semuanya kami berdua. Susah senang berdua.

Aku tahu disebabkan kegilaanku terhadap anakku, Tuhan dah balas cash sebab aku pulak tak sihat - sakit belakang again (semalam) & hari ni kiok kat lantai antara toilet & lif. Padan muka aku!


Aisya, maafkan mummy sebab cipta derita dalam hidup Aisya. Disebabkan mummy yang serba-serbi tak betul, Aisya pun terlibat sama. Maafkan mummy...

...

Friday, March 5, 2010

TIBETAN PERSONALITY TEST

...

My BFF fwd this email to me. Feel like it is really nice!

Here it goes...

Take your time with this test and you will be amazed.

Very Interesting. The Dalai Lama suggests you read it to see if it works for you.

Just 4 questions and the answers will surprise you.

Warning!! Be honest and do not cheat by looking up the answers.

The mind is like a parachute, it works best when it is opened.

This is fun to do, but you have to follow the instructions very closely.

Do not cheat.

MAKE A WISH

BEFORE BEGINNING THE TEST!


Answer the questions as you go along.

You will need it at the end. This is an honest questionnaire which will tell you a lot about your true self.

Give an answer for each item.

The first thing that comes to mind is usually your best answer.

(1) Put the following 5 animals in the order of your preference:

    Cow, Tiger, Sheep, Horse, Pig

(2) Write one word that describes each one of the following:

    Dog, Cat, Rat, Coffee, Sea.

(3) Think of someone, who also knows you and is important to you, which you can relate them to the following colors.

    Do not repeat your answer twice.

    Name just one person for each color:

    Yellow, Orange, Red, White, Green.

(4) Finally, write down your favorite number, and your favorite day of the week.

My answers –

  1. Sheep, Cow, Horse, Tiger, Pig
  2. Dog     -    static ~ don't disturb it & it won't disturb u

    Cat    -    cute

    Rat    -    dirty

    Coffee    -    'kaw'

    Sea    -    damai

  3. A * * *     
    -     she looks so beautiful with this color on her wedding reception costume

    E * * *    
    -    she loves this color & I love the way she pronounce it

    A * * * *
    -    he loves red n it suits him

    R * * * * *

    -    this color compatible with him ~ suka tgk ~ nampak casual & ok gitu

    Z * * *    
    -    his new motorbike is in this color :D

  4. 6 & Saturday

Meaning –

  1. This will define your priorities in your life.

    LOVE, CAREER, FAMILY, PRIDE


     

  2. Your description of dog implies your own personality = static ~ don't disturb it & it won't disturb u -HAHAHA

    Your description of cat implies the personality of your partner = cute – IYE KE?

    Your description of rat implies the personality of your enemies = dirty – MEMANG PUN

    Your description of coffee is how you interpret sex = 'kaw' – CRAZY

    Your description of the sea implies your own life = damai – HOPEFULLY


     

  3. Yellow: Someone you will never forget A***

    Orange: Someone you consider your true friend E***

    Red: Someone that you really love A****

    White: Your twin soul R*****

    Green: Someone that you will remember for the rest of your life Z***

    MOST OF IT IS TRUE!!! HOPEFULLY IT IS RIGHT & IT IS THE CORRECT ONE! *wink*


     

  4. You have to send this message to as many persons as your favorite number and your wish will come true on the day that you recorded.

    This is what the Dalai Lama has said about the Millennium - just take a few seconds ! to look it up, read it and think.

DONE!

JUST FOR FUN BUT IF IT IS REALLY HAPPEN IN MY LIFE,

SO SWEET…

…


Rembat Saja Asal Bergaya...

...



REMBAT BUAT RETE SENDIRI?

Spec BONIA - 900++
Colar Shirt BONIA - 200++
Watch SEIKO - 900++
Sandal SEMBONIA - 200++

$ sendiri?
LEVIS GOLOK ajo
tupun bini beli
kahkahkah

TAK MALU!!!

kalau x mampu, buat cara x mampu!
xyahla nak BERLAGAK utk bgaya
lunyai kan hakmilik org lain
selidik duit sapa beli
x reti malu btul
mngata org no.1
:p

...

Thursday, March 4, 2010

Hospital / Hotel?

...


By looking at the picture, tak nampak macam kat hospital kan? Actually this is Premier Suite at Damansara Specialist Hospital. We went there before to visit my uncle. He is not feeling well. Sian Acu, 2 kali dimasukkan ke hospital dlm masa terdekat. Mula2 stay kat suite ni for couple of days then 2nd admission ke Intensive Care Unit pulak..

We went there by bus, STAR, PUTRA & cab. X kisahlah kan.. keinginan utk mengetahui / melihat keadaan acu & keikhlasan untuk menziarahi itu lebih penting / utama.

So, this is his suite for the 1st admission. Aisya kata bestnya hospital Tok Chu, macam hotel. Memanglah sayang, Premier Suite tu...

Aisya pun pernah admitted kat hospital adik beradik Damansara Specialist Hospital ni iaitu Kuantan Specialist Hospital. Bilik biasa je. Apa2pun OKlah jgk tu kan? Aisya juga pernah admitted di Kuantan Medical Center & Hospital Tunku Ampuan Afzan di Kuantan. So, 3-3 hospital kat Kuantan Aisya dah rasa menginap di sana. Memanglah totally different d environmentnya, but at least merasa jgk kan. Keselesaan & service of the hospital itself is more important.

Apa2pun semoga acu selesa & cepat sembuh. We always pray for you...


...

Wednesday, March 3, 2010

Suratan atau Kebetulan?

...

Setiap apa yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan Allah s.w.t. Dia yang berkehendakkan begitu. Segala-galanya telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai Qada' & Qadar.

Apa jua yang berlaku mungkin juga sebagai peringatan kepada kita. Mungkin kita ada terlupa sesuatu, atau mungkin juga ia sebagai satu bentuk penyucian terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa kita sedari. Atau mungkin juga Dia mahu menguji tahap keimanan hambaNya.

Jadi dalam apa juga keadaan sekalipun, kita sebagai hambaNya - jangan lupa diri atau sesekalipun lupa bahawa ALLAH MAHA KUASA.

Bersabar & berdoalah tanpa jemu. Dia Maha Agung...


Hatiku meronta-ronta ingin berada & berdoa di hadapan Kaabah Mu...

...

Tuesday, March 2, 2010

Doa

...


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.


Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.


Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-Fatihah dan sebagainya).

...

Monday, March 1, 2010

Type of People

...


"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," - Hasan al-Banna

...

Wednesday, February 24, 2010

Time flies...

...

People may change
Change for better is a wish
May come true
With hope & action
Life must go on!

...

Friday, February 19, 2010

Terasa...

...

kalau x salah knp nak melenting plak???? ckp kt org lain, org yg lain lak terasa...adessssssssss. ha, ada buat salah la tu.. kalau x xkan terasa!
mmg betul la kata peribahasa - sapa makan cili dia la yang rasa pedas

...

Old Friend...

...


I met my old frens...

Ni kira our 1st date after 12 years tidak berjumpa. Lama kan? Kitorg sama course, kelas, bilik, & mcm2 lg lah bersama selama di ITM Jengka 1995-1998. Seronoknya dpt cite2, gosip2, recall memories being together.

Aisya pun tumpang seronok dengar kitorg bercerita. Ketawa berdekah2 dia. Hahaha...

Molie, ko telah mengingatkan aku mcm2 benda - tolong aku sapu ubat, usung aku, busterin cream, dan lain-lain lagi. Paling xleh lupa our experiences masa 'lari dr aktiviti kolej' - kita bertujuh g picnic, seksi giler, sumbat naik kete saga je, duduk hotel sebilik ber7, sama bau perfume, berebut nak duduk depan, g serang org, dll. All d memories still fresh in mind!

Anak aku dah ketawa mengekek dgr cite kita... Anak ko & anak org lain x dgr lagi tu.. Ha, kalau diorg tahu keseronokan mak-mak diorg dulu, mesti diorg kata 'unbelievable' hahaha..

So, - ika, eija, molie, miza, meknik, glebetnyet - anak-anak korang akan tahu jgk sejarah mak2nya ye.. :D


Aisya & Auntie Molie


Friendship Forever


Tetap posing mcm dulu2 jgk

...

Wednesday, February 17, 2010

Life is Short...

...

...

Monday, February 15, 2010

Orang Luar...

...

It shows...
It's proven...
We're outsider...
Who cares???

So, bare in mind =
'orang luar'

Thank you!

...

Thursday, February 11, 2010

Medical Leave...

...

Azam tahun baru untuk tahun ni konon-kononnya tak nak MC. Hahaha, macam poyo je bunyinya kan? X sedar diri aku ni.. Hello, wahai SUE, sedar diri weh!

Sepanjang bulan Januari 2010 walaupun ada hari yang betul-betul rasa tak larat, aku gagahkan diri jugak untuk bekerja. Aku mencuba untuk tidak on Medical Leave tapi apa kan daya. Kalau dah macam-macam penyakit ada dalam diri ini, AKU REDHA. Akhirnya aku buka bulan Februari dengan 4 hari on Medical Leave. Hah, ambik ko!

Jiwa kacau! Kalau dah jiwa kacau, macam-macam penyakit memang senang la bermaharajalela…

Sepanjang tak berapa sihat kebelakangan ni, macam-macam benda aku telan. Antara beberapa jenis ubat aku taram =

1. Stok yang sedia ada dalam Tupperware ubatku
(most ubat adalah stok Klinik UIAM & panel clinic)
2. Memandai beli kat farmasi
(kunun-kunun tak tahu sakit menda)
3. ECPI
(berbotol-botol minum air + ubat-ubat hospital nya skali)
4. Transfer Factor
5. Stok ubat baru dari HKL - sebakul.

Kali ni aku telan macam-macam sebab geram. Stress beb! Ols still dalam hati ni rasa nak mencuba pulun ubat-ubatan brand DCL tapi rancangan tergendala.

SEMOGA aku akan SEMBUH dari segala penyakit yang ada dibadanku ini secepat mungkin. Aku rasa dah TAK LARAT nak BERGELUMANG dengan ubat-ubatan lagi. BOSAN!!!

...

Wednesday, February 10, 2010

My enthusiasm...

...


*
Come on Sue....
You are a strong and brave lady. Life have to go on Sue... don't listen to all the "Melayu bodoh" comments....
Life have to go on...
Be more positive Sue, you are what you are....
*
No, it is NOT your FAULT, Sue.
You got the right in protecting yourself....
Don't listen to thoese idiot commentator who was/is not in your shoes.
Come on guys...
Be a gentleman.....let this lady be in peace... she doesn't deserve your negative comments, indeed she needs your support.
Why can't you guys leave her with a moral and psychological support or otherwise leave her alone.....
*
It's ok sue....
You are absolutely right. write whatever you wanted and do whatever you wished as long as you are happy. It's your life....
Life have to go on...
Once failed does not mean you will fail again....
Never being disturbed with "Melayu Bodoh" mentality. You are what you are.....
Be yourself...
The world is yours....
*


Thank you Dr.,
I'll always keep your words...
My inspiration...
:-)

...

Monday, February 8, 2010

Semangat...

...

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung blog & pembaca yang sudi meninggalkan komen yang membina, berfaedah & amat bermanfaat untuk aku.

Bagi komen-komen positif & membina, thank you so much! Meaning sebagai sesama manusia, u all dah berjasa buat manusia jugak. U all dah menjalankan tanggungjawab u all untuk menegur insan yang naïf ini. Semoga Allah s.w.t. akan merahmati u all.

Juga tidak lupa juga bagi sahabat yang memahami keadaan diriku. Thank you so much dear…

Aku tak pinta apa-apa dari kalian semua. Cukuplah jika kalian memahami & mendoakan kesejahteraanku, it is more than enuff. I really appreciate it.

Aku bersyukur sekarang ni dunia aku dikelilingi oleh beberapa 'lelaki' seperti Ust. Nasib, Ust. Badlishah, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Ust. Zunaidin (Yang Mulia) & Dr.Zaid. Diorang ni banyak menasihati & memotivasikan diri aku. Banyak input yang aku dapat bila berhubung dengan diorang ni. Outputnya? Wait n see... Hehehe

Masalah sedia ada yang dikendung & dipikul olehku pun rasanya dah tak terkendung / terpikul olehku sorang-sorang. Jadi aku takkan cari sebab lain pulak untuk menambahkan bebanan diri ini lagi. Listing ku panjang lagi. Aku sentiasa berusaha menanganinya walaupun terkial-kial & semput. Semoga satu demi satu bebanan / masalah akan dapat dipermudahkan & diselesaikan secepat mungkin. InsyaAllah, dengan izinNya juga segalanya akan dipermudahkan.


Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu betapa peritnya untukku menghadapi semua dugaan yang mendatang dengan serba kekurangan hambaNya ini. Aku perlu tabah & kuat demi diriku sendiri & insan tersayang. Walaupun ianya mengambil masa dalam menanganinya, berkat doa, usaha & kesabaranku yang tiada berpenghujung, segala-galanya akan kutempuhi jua.

Juga dengan doa, nasihat, kata-kata semangat & panduan daripada orang sekeliling yang memahami keadaanku akan membantu meringankan penderitaanku…

Aku memang memerlukan pembimbing, peneman & pelindung buat diri ini.

Semua kata-kata semangat akan kuingat selalu – InsyaAllah…

Terima kasih semua…

...

Saturday, February 6, 2010

Dugaan Hidup...

...


Hidup memang penuh dengan dugaan. Segala-galanya di tangan Allah s.w.t. Dia Yang Maha Mengetahui. Juga segala-galanya telah tertulis sebagai Qada’ & Qadar. Sebagai manusia, kita juga hendaklah berusaha untuk memperbaiki & mempelajari pelbagai aspek.

Ketika kita diujiNya, Dia mempunyai agendaNya yang tersendiri. Juga Dia ingin menguji keiman kita terhadapNya. Cuma kadang-kadang sebagai manusia kita mudah alpa. Sedikit sahaja kita diujiNya, tahap keimanan kita hilang begitu sahaja. Contohnya dalam tak sedar, kadangkala kita terlalu menghina orang lain. Lupa budi bahasa, menghina, menggelarkan manusia yang sebaik-baik kejadian sama seperti syaitan, binatang, bodoh & sebagainya. Mungkin selama ini kita berpegang teguh kepada agama, tetapi sedikit sahaja Allah s.w.t menguji kita, kita lupa dengan pegangan agama yang selama ini menjadi tunjang hidup kita. Astaqfirullahhal’azim…

Kita jangan terlalu menghina orang kerana kadangkala orang yang kita hina sangat itulah yang akan membantu kita. Juga jangan ingat kita ada sedikit kepandaian telah menjadikan kita orang yang riak, takbur & lupa asal usul. Ingatlah, kita akan sentiasa & terus diuji oleh Nya selagi kita bernafas di bumiNya ini. Jadi sebagai manusia – hamba Nya, kita hendaklah saling ingat-mengingatkan di antara satu sama lain. Rambut memang sama hitam, tapi hati tu yang tak tahu macamana. Jadi harap-harap hati kita semua tidak hitam dek nikmat duniawi & kita masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Tidak semestinya orang yang sentiasa berkopiah & bertudung itu betul serba-serbi & tidak semestinya orang yang tidak menutup aurat itu tidak tahu serba-serbi pula. Kita semua sama sahaja. Bezanya cuma amalan kita.

Aku selalu teringatkan kata-kata motivasi & nasihat daripada Datuk Dr. Fadzilah Kamsah – setiap malam sebelum tidur, maafkan semua orang agar hidayah Allah turun mencurah-curah & hati jadi tenang. Juga, orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa minta maaf & memaafkan. Jika kita sukar memohon kemaafan & memaafkan orang lain, lama-kelamaan, sifat negative itu akan jadi bernanah dalam diri kita & akan merosakkan diri kita. Ilmu itu cahaya, ia tidak akan turun kepada orang yang hatinya kotor. Setiap manusia melakukan kesilapan. Beri kemaafan & peluang. Jangan jadi pendendam. Sebagai manusia juga, kita hendaklah saling bantu-membantu & ingat-mengingatkan di antara satu sama lain.

Semoga kita semua tabah & berada dalam lindunganNya walaupun kita sentiasa diuji & terus diuji olehNya.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.


...

Wednesday, February 3, 2010

Anonymous

...


Semenjak dua menjak ni ramai jugak anonymous yang prihatin menjengah & meninggalkan komen kat blog aku ni.

Bagi komen-komen yang sengaja nak menambahkan tekanan, menjatuhkan, mengutuk, menghina & mengkondem – terima kasih banyak-banyaklah ye…

Hentikanlah semua itu. Allah s.w.t. Maha Mengetahui identity & siapa ko tu…

FYI, kat akhirat nanti mulut ko akan dikunci dari berkata-kata & anggota lain ko yang akan menjawab segala-galanya.

Hidup mengganggu ketenteraman orang je… Asyik kata orang je salah, ko je semua betul. Sudah-sudah la tu…

Siapa ko yang nak menentukan aku manusia paling malang di dunia ini? Ko jangan nak berlagak macam ko pulak Tuhan.

Aku rasa aku tak perlu nak dengar komen tak berasas ko tu. Aku susah ke, aku sakit ke, aku sesak ke, bukan ko yang tolong aku. Ko tahu nak buat aku jadi down lagi je. Ols nak hentam orang je keje ko ye?

Nyah ko dari hidup aku! Aku tak perlukan ko! Aku pun tak nak tahu sapa ko. Peduliklah! Ada aku kesah? Sedarlah! Rumah kata pergi, kubur kata mari.

Takkan semata-mata sebab ko, aku nak private kan blog aku ni? NO lah… Aku selesa ber’blog’ing. Aku rasa release sikit berkongsi di blog aku ini. Ini hak aku!

Aku tahu ko pun suka baca blog aku ni. Ko mengikutinya… prihatin jugak ko kat aku sebenarnya ye… Hihihik :D

Ko nak tahu jugak perkembangan aku ni walaupun ko menyampah dengan aku ni & kata aku macam-macam sebab tu ko bukak jugak page ini… :P

'W E M L'


...

Tuesday, February 2, 2010

Happy Birthday to Aisya

...


Hari ini anakku Ain Nur Aisya binti Khairulhisham genap berusia 9 tahun.

Semoga Aisya akan jadi anak yang solehah, berjaya di dunia & di akhirat. Jangan hampakan harapan Mummy & Daddy…

She would like to invite her friends to celebrate her birthday or celebrating her birthday at school but mummy told her - NO! Maybe next time ya sayang...

This is her 1st birthday without daddy but she was happy receiving 'prawn' & sandle from Aunty Eija earlier as a present for her birthday.

Mummy saaayang Aisya…


...

Friday, January 29, 2010

Dia Maha Mendengar...

...

Janji Allah s.w.t. itu benar. Setiap kesabaran akan dibalas olehNya. Syukur alhamdulillah.

Setelah dari malam tadi hinggalah ke tengahari tadi aku rasa benar-benar lemah, kini aku boleh menarik sedikit nafas lega, tersenyum sambil menitiskan airmata kegembiraan. Terima kasih Ya Allah... Syukur Alhamdulillah. Kau Maha Mendengar.


4.15pm Aisya menelefonku sambil menangis kegembiraan kerana baru lepas bercakap dengan daddynya. Her voice sounds veeeeery happy! I'm happy for you too, Aisya...

Aku juga merasa sedikit tenang selepas menangis sepuas-puasnya tengahari tadi. Release... Walaupun banyak benda tak release lagi ni - Kesihatan? Rumah? Bank? $$$? Huhu

Semoga hujung minggu ini & hari-hari mendatang, tidak akan ada lagi gangguan yang akan mengganggu kami. Cukup-cukuplah tu. Enuff for those time flies.

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah kami Ya Allah...

Berikanlah kami kekuatan...

...

Apa Dosa Kami? Apa Salah Kami?

...


"sebelah fua belah kiri tu unknown laa...HIPOKRIT..opps.kalau mak die bukak tgk com ni sape kesah dorang kan kan onknown..org luar!"


"eeii..sape dorand?alimnye..sorang HIPOKRIT lg satu tu tgh jiwang..eeii

ngade sgt due2 nak muntah tgk blog die eeiii..BENCI..baguslaa kalau org yg belah kiri ni bace comment ni!"

...

Jiwa Kacau...

...


Hari ini merupakan Jumaat Yang Penuh Dengan Dugaan... Hari ini merupakan hari yang amat kelam-kabut bagiku. Jiwa kacau! Malam tadi dengan kisah Aisyanya. Dengan setiap malam aku tak boleh tidurnya... Arghh!

Pagi ni tak masak bekalan untuk Aisya. Aku membelikannya nasi lemak & roti sebagai bekalan. Harap-harap ianya akan mencukupi & mengenyangkannya hingga petang nanti.

Pagi ni juga aku berdiri tunggu bas lebih satu jam. Entah macamana hari ni takde bas lagi. Kami keluar rumah macam biasa & aku menunggu bas di hadapan sekolah Aisya seperti biasa pada pkl 7.00am. Lepas sebuah sebuah bas yang lain lalu, akhirnya jam 8.10am aku decide naik cab je. Dah nak pitam berdiri depan sekolah Aisya yang takde tempat duduk untuk tunggu bas tetapi bas memang berhenti kat situ.

Sampai ofis orang bank call tanya payment rumah Kuantan. Today is the due date. Arghhh... Aku tak tahu nak cover macamana lagi dah ni. Nak minta tolong siapa? Siapa yang sudi membantuku??? Huhu...

Then pagi & tengahari ni aku bukak email terkejut dengan komen-komen mulut puaka tu lagi. Astaqfirullahal'azim... Sabar je lah... Kurang ajar betul sampai tak kenal aku ni siapa? Aku dikatanya orang luar? Jaga sikit tatabahasa tu! Berbudi bahasa & hormat orang sikit!

Sedih tu memang sedih tapi aku kena kuat supaya tak nampak yang aku ni lemah sangat. Lantakla.. Malas aku nak layan.

Aku hanya mampu memujuk hati agar bersabar dengan setiap dugaan dariNya. Ye, aku akan sabar selagi boleh bersabar. InsyaAllah. Sabar sue, sabar...

Cuma sesekali jauh di sudut hati ada sedikit rasa terkilan dengan macam-macam. Xpelah, biarlah...

Aku perlu kuat!!! walaupun semput...

...

Rindu Datang Lagi...

...

Lepas solat Isyak malam tadi, kami berdua baring utk tidur. Tiba-tiba Aisya bersuara..

"Mummy, tadi masa kat sekolah cikgu sebut & cerita kisah pasal ayah. Aisya sedih sangat. Aisya terus cakap kat cikgu Aisya nak pergi tandas. Aisya nangis dalam toilet sorang-sorang. Lepas Aisya dah ok, baru Aisya masuk kelas semula. Aisya takut cikgu check kat toilet kenapa Aisya lama sangat dalam toilet."

Aku diam seribu bahasa. Shocked, terkedu & sedih untuknya sebenarnya.

"Aisya selalu tengok orang lain ayah diorang hantar diorg pegi sekolah naik motor. Dulu-dulu daddy yang hantar Aisya pegi sekolah naik motor. Aisya peluk daddy kuat-kuat. Aisya happy sangat dapat peluk daddy. Daddy selalu akan bawa Aisya pegi mana-mana yang Aisya nak naik motor. Aisya rindu kat daddy. Tapi kenapa bila Aisya sebut je pasal daddy semua org akan kata tak payah. Diorang tak kesian kat Aisya ke mummy?"

Aku pun kata, "Dah la Aisya, tido ye.." Again, she continued. She continuing her heart felt with so sad intonations...

"Kalau setiap kali malam raya Aisya akan ikut daddy pergi kenduri rumah orang tu, Aisya mesti duduk kat bersila daddy. Aisya duduk je dekat daddy. Daddy peluk Aisya. Lepas tu daddy mesti akan letakkan dagu daddy kat kepala Aisya. Sekarang semua tu dah takde lagi mummy. Bila Aisya boleh duduk macam dulu lagi mummy? Nanti Aisya dah besar mesti Aisya dah tak muat nak duduk kat bersila daddy. Aisya rindu daddy peluk Aisya. Daddy selalu bagi duit raya yang daddy dapat kat Aisya. Mummy rasa daddy ingat kat Aisya tak sekarang ni mummy? Mummy, mummy dengar tak Aisya cakap ni?"

Sambil menahan getar suara, aku menjawab "Mummy dengar sayang. Aisya jangan nangis lagi. Nanti esok pergi sekolah mata bengkak lagi malu. Mesti orang akan tanya kenapa mata Aisya bengkak. Dah-dah. Tido. "

"Mummy, Aisya kesian bila tengok mummy kena buat semua benda sorang-sorang. Dahla mummy selalu tak sihat. Aisya tak marah mummy pun kalau mummy tak masak untuk Aisya tau. Kalau duit mummy dah tak cukup, mummy guna duit Aisya je. Aisya tak pernah marah mummy kalau mummy nak guna duit Aisya. Aisya pun tak marah mummy buat r****t p***s. Aisya tak nak tengok daddy pukul mummy lagi. Daddy dah janji dengan Aisya yang daddy akan jadi orang yang baik. Aisya tak sabar nak jumpa daddy. Aisya rindu sangat dekat daddy".

Aku mengalirkan airmata sebenarnya. Sayu dengar luahan perasaannya. Dah lama dia tidak mencurahkan perasaannya sebegini.

Berdosakah aku menyiksa jiwanya? Dia rindukan belaian seorang bapa. Mereka berdua terlalu akrab sebenarnya. Kini Aisya & aku pula semakin akrab. Semua yang berlaku mempunyai hikmah yang tersembunyi kurniaan Ilahi.

Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkanlah hati kami dalam menempuhi setiap dugaanMu dalam menjalani kehidupan di bumi Mu ini Ya Allah...


Dah tengah malam aku bangun bukak lampu bilik tengok Aisya sudah tidur lena. Sweet dreams sayang...

...

Tuesday, January 26, 2010

Attitude

...

Manusia ni punya macam-macam jenis perangai kan? Ada yang dikategorikan normal & ada yang memang luarbiasa. Kadang-kadang it is unexpected. Muka nampak baik, tapi dalaman entahla.. Harap-harap dalaman pun baik jugak la ye.

Think positive! Kita kena sentiasa bersangka baik pada orang supaya orang pun akan bersangka baik pada kita.

I just want to share. Erm, sebenarnya more kepada meluahkan apa yang aku rasa. Jangan marah la ye... Ni apa yang aku rasa sekarang ni.

Aku tak faham betul kenapa orang masih nak mengatur aku seolah-olah aku berumur 3 tahun? Diorang ni macam dah xde perasaan hormat / respect kat aku lagi disebabkan status aku kot. Xpelah, Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Selama ni aku diam je sebab malas nak ambik port dengan komen-komen ko tu. Aku akui cara ko memberi komen tu tak gaya budak berusia 10 tahun yang menegur orang berumur 33 tahun. Tak logik la!

Siapa engkau yang hanya berusia 10 tahun ingin menasihati aku? Tolong la jaga tutur bahasa tu! Aku tahu la ko tu cantik, comel, pandai, kaya tapi tolonglah hormat aku yang lebih berusia dari ko ni.

FYI, ikut naluri & suka hati aku la apa yang aku nak buat asalkan aku gembira & bahagia. Tu pun salah ke? Makin lama ko makin over pulak ye!

IBU akan lebih BANGGA lagi mempunyai ANAK yang berSOPAN-SANTUN & berBUDI BAHASA BUKANnya KURANG AJAR / BIADAP terhadap orang yang lebih tua tapi aku tak tahulah kalau dia juga suka, merelakan & menyokong tindakan ko tu. Ini cuma anggapan aku je, x tahulah betul ke x kan. Maaflah seandainya aku tersilap. Tapi sapa makan cili memang dia rasa pedas.

Allah s.w.t. dah menganugerahkan ko sedikit kelebihan untuk digunakan, gunakanlah sebaik mungkin.

Aku sekadar mengingatkan. Aku juga punya anak & HARAPAN aku semoga dia TIDAK akan bersikap KURANG AJAR & HORMAT pada orang tua.

Kenapa aku je yang menjadi sasaran ko? Pakaian aku biasa-biasa je. X branded & majoriti nya not up-to-date. Apa yang ko marah sangat dengan aku? Ada jugak orang lain yang tidak menutup aurat & berpakaian lebih seksi dari aku, tapi aku tengok ko OK je dengan dia. Kenapa ko begitu hipokrit? Pilih bulu kaya je kot? Yelah, mentang-mentanglah aku ni bermasalah, kesempitan & kurang berilmu sikit, pendidikan setakat DIPLOMA je, apa kelas kan?

Lagipun status / keadaan aku yang macamni, lagilah ko pandang rendah / hina aku ni kan? Ko jangan over sangat ye! Mulut tu jaga sikit. Jangan LASER sangat. Ko tu budak kecik lagi. Sekali Allah s.w.t tarik nikmat kesenangan dunia, baru ko tahu. Aku bukan mintak Tuhan turunkan bala kat ko, tapi aku nak ko fikir sikit. Jangan ingat ko je pandai, berkemampuan, besar segala-galanya & boleh tindas orang lain. Tapi tak tahulah kalau ko ni memang jenis yang riak sebab orang berada la katakan. Kaya di dunia belum tentu kaya di akhirat.

Lagi satu, tolong jangan pandang rendah anak aku. Tolong kasihaninya. Memang dia tak sepandai ko. Dia juga ingin berkawan dengan semua orang. Jangan disebabkan ko dari keluarga yang banyak duit (aku tahu itu rezeki masing-masing) ko nak show-off, riak & bangga dengan segala kemewahan yang ko nikmati. Anak aku pun ada perasaan jugak. Tolong hormat perasaan dia. Dia pun manusia, hamba Allah s.w.t. yang ada hati & perasaan. Jangan sisihkan dia. Juga jangan cuba influence orang lain untuk bersekongkol dengan ko. Berterus-teranglah!

Semalam dlm fb aku tengok ibu ko dah delete aku from her friend's list. Aku tertanya-tanya & tak tahu apa salah / dosa aku pada dia. Kenapa dia bersikap begitu? Aku pelik & benar-benar tak faham. Hari ni aku tengok ko pulak. Dengan anak aku pun terlibat sama. Apa DOSA kami?

Hak untuk berkawan adalah hak setiap individu. It is abstract. Unlimited.

Selama ni kami tak pernah kacau ko sekeluarga. Aku hormat / respect ko sekeluarga. Aku akan terus menghormati keluarga ko yang bahagia & lengkap serba serbi. Aku tak kan menagih simpati dari keluarga ko. Aku terima seadanya apa je yang Allah s.w.t. dah suratkan untuk aku dua beranak. Tolonglah jangan pandang rendah & dera jiwa kami lagi.

Mungkinkah aku jugak yang salah lagi?

Ya Allah Ya Tuhanku, peliharailah iman kami sekeluarga. Lindungilah kami sekeluarga. Semoga Allah s.w.t. jadikan kita orang yang kaya di dunia & mewah di akhirat... Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...

...

Monday, January 25, 2010

Rumahku...

...

Isu rumah kat Kuantan almost selesai. Potential serious new tenant dah ada. My priority memang nak jual rumah ni tapi daripada dibiarkan kosong je, baik aku sewakan. Walaupun kena top-up banyak untuk cover loan bank, xpelah. Aku akan cuba bertahan selagi boleh bertahan dari aku hilang aset ini begitu sahaja.

Ini semua dugaan buatku lagi. All unexpected.

Aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada kawan-kawan yang sudi membantu aku dalam menangani isu rumah aku ni.

Thank you so much my dear friends!

...

Friday, January 22, 2010

House

...

Salam...

Kawan-kawan ku sekalian..

Sudilah kiranya membantu...

Would like to -

SEWA / JUAL rmh di Kuantan, Pahang Darul Makmur

Details r as below:

House at
No. 39, Jalan 4, Taman Kampung Padang Jaya, Kuantan
Single-storey
End lot with land
24 x 71
3 bedrooms + 2 bathrooms
Beside playground
New house & less than 2 year being occupied
House has been painted with modern style color
Plaster ceiling with complete set of lighting
Fully tiles
High quality grill (wrought iron effect)
Few renovation has been made

Price are negotiable (PM please)

Kalau u all ada masa, boleh lah survey d area. Senang je rmh ni. 10-15 mins from Kuantan Town n 5 mins to LPT - Kuantan exit. Environment nya mmg x crowded. Most neighbours r teachers. They're young, educated, very kind & not busy body type of people. Dekat dgn masjid & sekolah..

FYI





...

3T

Tuesday, January 19, 2010

Friends

...

Hidup kena berkawan. Kita juga kena pandai memilih kawan. Tak gitu?

Dulu aku amat pemilih untuk berkawan dgn seseorang tu. Berhati-hati. Bukan apa, aku tak berapa sukalah kalau ada kawan yang jenis too busy body atau cite bab dia je yangg bagus serba-serbi, itu ini... Mungkin ada yang kata aku sombong / pendiam. Erm, kalau dah kenal aku.. ha, korang tahulah aku ni mcmana kan? Tak kenal maka tak cinta...

Sekarang, aku rasa aku tak kisah nak berkawan dgn sapa-sapa pun.. Mungkin dia adalah -

Lawyer? Majistret? Architect? Artist? Ustaz? Waiter? Cleaner? Gardener? Driver? Security guard? Rubbish Collector?

Aku tak pandang kedudukan @ status kawan-kawan aku sebab bagi aku, kami sekadar berkawan. So apa yang jadi masaalahnya kan? Janji hati mesti baik. Niat tu penting. So, jgn pertikaikan dengan sapa aku berkawan & siapa kawan aku.

Ada yang pandang serong seorang perempuan macam aku ni kalau berkawan dengan lelaki je mulalah fikir lain. Come-on lah.. Be open-minded. Dunia sudah berubah! Kami sekadar berkawan. Friends are unlimited.

Apa-apapun, B - u'r still NO.1

Disamping punya kawan-kawan lelaki, aku amat bersyukur mempunyai sahabat perempuan yang berjiwa mulia.

Antara sahabat sejati aku adalah Eija, Dr.Su & Sham. Aku amat menghargai u all. U all sangat open dengan aku, aku tak kisah pun korang kutuk / komen aku sebab aku tahu korang faham & kenal hati budi & siapa aku kan.. Thanx friends!

Jangan pulak bila aku takde sebut nama korang yang lain, korang kecik hati dengan aku. NO, bukan begitu. Korang mungkin belum betul-betul mengenali aku & aku pun kena mendalami korang untuk mengenali korang dengan lebih rapat lagi. Tak gitu?

Aku terharu ada ramai kawan yang berada disekeliling & mengambil berat tentang diriku. Kadangkala keakraban bersama kawan tak sama seperti keakraban bersama keluarga. Memang benar ikatan kekeluargaan itu lebih kuat tapi at certain time & stages, TRUE FRIEND lebih memahami.


Aku percaya, kawan sejati takkan merahsiakan apa-apa dari kawannya.

Kepantanganku, jangan tipu aku. Berterus-terang. It's better rather than u hide something from me or perli-perli me! NO cakap belakang please..

Kalau korang ada dengar apa-apa cite yg +ve & -ve tentang aku, don't jump to the conclusion or dengar sebelah pihak je. It is better korang tanya / bagitau aku supaya korang boleh tahu from my side / version pulak. Then u all can think or make your own conclusion. Aku tak kisah...

Kalau tidak, mungkin aku juga lupa diri - tak tahu di mana kesilapan & kekurangan diri aku ni. Tegurlah aku. Kita kena saling ingat-mengingatkan di antara satu sama lain.

Kejujuran adalah bukti kesetiaan pada sesebuah perhubungan.

Jangan jadi kawan yg makan kawannya sudahlah. Itu bukan KAWAN tapi LAWAN!

My friends dearie, I LOVE U ALL SOO MUCH!!!

*Friendship Forever*

...

Monday, January 18, 2010

2010

...

Year 2010 begins..

This year apa azam aku ye? Entahla.. BIARLAH RAHSIA.. Hahaha, mcm celebrity la pulak bg jwpn mcmtu. Ngeh3x

Tahun ni x sabar nak tunggu 20102010. Cantik kan nombor tu!

Tahun ni - sekarang aku dah x berapa kisah tentang perasaan org. Aku nak concentrate tentang perasaan aku. (yeke ni?? ye kot)

Asyik jaga hati org je, hati aku sendiri mcmana? Kalau org kata aku kejam, x berhati perut, degil, or x fikir perasaan org lain ke, lantakla..

Aku nak buat apa yg aku nak, ikut naluri & keinginan aku sebab aku pun nak hidup bahagia jugak; walaupun sedikit limited disebabkan faktor-faktor lain.

Yelah, ada org kata aku ni tak beriman, sbb tu jd mcmni. Kalau rasa diri tu bagus sgt, bimbinglah aku ni. Jgn dok kondem je.

Org yg baik xkan jemu membimbing & menolong org lain tanpa mengungkit kemudian hari. Ikhlas ke namanya tu kalau dok menyebut & mengungkit setiap kebaikan yg pernah ditaburkan?

Aku pun faham & reti jgk - org berbudi kita berbahasa... So, tahu lah aku... Aku pun bkn bdk kecik yg berumur 3 tahun lg.


2010 NEWLOOK - HOPEFULLY KECERIAAN TILL D END

...

Thursday, December 31, 2009

End Of 2009

...

Hari ni hari terakhir utk tahun 2009. 2009 meninggalkan berbagai kenangan buat aku. Tahun yg dot dot dot dgn berbagai peristiwa yang diabadikan sebagai sejarah.

Semua org kata tutup buku lama, bukak buku baru. Cakap mmg senang. Cuma nak merealisasikannya susah sikit kot. Be on my shoes then u know.

Kalau Allah s.w.t. dah kata 'kun fa ya kun' nak buat mcmana? Gitulah jdnya. Terima je lah. Takdir Tuhan tiada sapa yang mampu menghalangnya.

Kang ada pulak org perli aku kata aku x cuba macamana nak jadi.

Hello, hati aku ko boleh baca ke?

Kang juga kata aku mengharap benda yg impossible lah, tu lah, ini lah... macam-macam lagi lah...

Yelah2, aku malas nak cakap banyak. Ko aje yang betul. Cakaplah apa saje. Aku ni semuanya salah. Semuanya x betul.

That's it.

Enuff.

Fullstop please!


...

Wednesday, December 30, 2009

Makan & Makan...

...

Hari ni byk sungguh aku makan. Apa nak jadi da...

Pagi td teringat lama dah x mkn nasi kerabu awe AIKOL. Sampai sana awe tak sampai lg. Bedal roti telur dgn air milo. Then tgh makan awe sampai. Awe ghoyak lama tok nampak dio... hehe perasan jgk awe ni ke aku ye.. Dia kata mek kelate celup ni mestilah ingat, mana boleh lupa :P

Aku pun bgks spt biasa - nasi kerabu with ayam goreng, telur masin n solok lada. Makanan for lunch. Tapau kuih x ingat dunia. Sebeban. Sambil buat keje, sambil mkn kuih. Tghr bedal nasi kerabu tadi. Ols sprt biasa, sambil buat keje sambil mengunyah lagi. Stok2 biskut & kerepek dlm drawer - habis & licin. Petang g pulak ECONS mentedarah bubur pulut hitam dgn air kickapoo.

Apa kena dgn aku skrg ni ye? Asyik makan je keje. Perut lapar je..

Kalau kat rmh nguyah je keje. Roti berkeping2. Kejap2 mengetuk air milo. Macam org sepuluh tahun x jumpa makanan. *blush*

Aku start jd pemakan semula ni selepas my sister bawa aku berubat tradisional kat Sentul. Kalau x, perut ni kenyang je... Xde selera nak makan.

...

Monday, December 28, 2009

Thinking of Her

...

Aisya xde kat rumah. Aku rindu pada Aisya. Asyik teringat kat dia je.

She keep on calling me. Kadang2 tu ada gak rasa nak merajuk dgn anak sendiri bila dia lambat sikit call ataupun dia x inform apa2 ke, to me. Hehe, ntah apa2 kan aku ni? Biasala, she's my heartbeat... Definitely terasa 0 when she's not by my side.

Teringat gak masa last week, balik je keje, I was so surprised! Dia lipat kain kitorg yg 2 bakul x berlipat lg. Aku kan x brp sihat lately ni. So kain-kain yg dah basuh & kering, masuk bakul je la. Bilik tumpangan kami pun macam tongkang pecah sikit. Apa je benda sumbat dlm bilik. Semuanya aku harapkan Aisya je kemas. Ok jgkla dia. Boleh diharap. Dia dah besar.


Ni masa balik je rumah, aku tkejut tgk dia tgh buat operasi


Bersungguh2 dia menjalankan operasi

Saiz hasil lipatan tak ikut my standard. Kira Quality Control tak lepas la. Demi menjaga hati, biarkan aje la.. Nevermind. She'll learn n improve herself!

Lepas tu aku pun tolong dia menghabiskan operasi yg belum selesai.

Thank you darling.

Mummy miss u so much!!!

...

Saturday, December 26, 2009

Lidah Ibu...

...

LIDAH seorang ibu memang sangat mulia dan berkat. Kadang-kadang lidah itu mudah menghukum dan memberi tekanan dengan kata-kata nista tanpa disedari... bimbang si anak mungkin bahagia di dunia, tetapi menderita di akhirat....

...

Thursday, December 24, 2009

Suka Hati Aku Lah

...

ADA LA ANONYMOUS PENGECUT NI LEFT COMMENT KEKECUTANNYA..

Anonymous said...

kau tak ada kerja lain ke nit??????? buat apa nak buka pekong sendiri...itulah sendiri yang cari pasal......buat r**** kat p**** itulah jadinya...
Thursday, December 24, 2009 1:40:00 PM


ARGHH!!!

KALO KO ADA KAT TMPT AKU, KO TAHU LA MCMANA YG AKU RASA! BUKAN AKU YG SENGAJA CARI PASAL. AKU DIANIAYA LA BODOH! XKAN AKU NAK JADI BODOH MCM KO, X BUAT APA2 UTK PROTECT DIRI KO! X TAHULAH KALO KO MMG SUKA DITINDAS! SUKA HATI AKU LAH NAK BUAT REPORT KE X! BUKAN SENDIRI YG CARI PASAL, TAHU TAK!

NEGARA KITA ADA UNDANG2. KALAU KO XNAK GUNA UNDANG2 MALAYSIA, KO JGN DUDUK SINI, JGN MENGAKU RAKYAT MALAYSIA.

AKU BUAT SEMUANYA UNTUK DIRI AKU & ANAK AKU - MASA DEPAN ORG TERSAYANG! BUKANNYA MEMBABITKAN KAU PUN! XYAH NAK SMASH AKU GUNA IDENTITI ANONYMOUS. KALAU BERANI REVEAL KAN LA IDENTITI KO! AKU RASA KO NI MESTI ORG YG KURENG BERAGAMA & MENTALITY TERSANGAT LAH KUNO, SBB TU KOLOT! TAK BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL!!!

KO PULAK YG OVER-ACTING. PIIIRAHHHHH!!!!!

BUKAN AKU SORG JE YG KENA MCMNI. AKU PUN PERNAH BACA KAT BLOG RIZALMAN & ABG AZWAN - DIORG PUN KENA SMASH DENGAN ANONYMOUS PENGECUT MCMNI. STANDARD LA... MANUSIA MACAM2 JENIS. ADA MULUT TEMPAYAN, MULUT PUAKA, HATI BERULAT DAN MACAM-MACAM LAGI LAH...

AKU X RASA TERGUGAT PUN UNTUK TERUS MENULIS KAT BLOG AKU NI!!!

AKU TAK KACAU KAU, KAU JANGAN KACAU AKU!

AKU X GENTAR LA...

INI BLOG AKU, SUKA HATI AKU LAH NAK CITE APA PUN!

AKU AKAN JADI SAKIT JIWA KALAU MEMENDAM RASA!

...

Wednesday, December 23, 2009

Pokok-pokok Ku...

...

Tetiba teringat kat pokok-pokokku... Apa khabar pokok-pokokku semua ya? FYI, i love gardening. Mungkin menurun daripada arwah nenek aku kot - Arwah Wan Baruh. Iye kot...

Aku suka tanam apa saja - bunga, sayur, dll = yg berfaedah & menyedapkan mata memandang.

Dulu aku ada jugak pesan kat Intan, kalau dia ada balik KL, bawalah sepasu dua setiap kali balik KL. Ols dulu2 ada jgk pesan kat Nad mcmtu, if dia ada ke KL bawa kete, tumpang la sepasu dua. Nanti aku bagi la upah. Mungkin diorg xde ke KL dgn kete kot sbb tu lah senyap je..

Semua tu $ woo.. huhuhu... Beli pasu, beli tanah, baja, etc. Xpelah, kalau pokok-pokokku terus bermastautin di Kuantan, semoga adik-adikku akan menjaganya elok-elok. Itulah kenangan yang k.sue tinggalkan untuk korang.

Semua Orkid ni kalau naik subur & berbunga mesti cantik.


Agak-agaknya macamana keadaannya sekarang ni ya?


...

Monday, December 14, 2009

Pisang Goreng

...

Aisya :
Mummy, Aisya nak makan pisang goreng

Me :
Erm, nak beli kat mana goreng pisang?

Aisya :
Bukan goreng pisang la mummy. Pisang goreng. Goreng pisang tu adalah org yang sedang menggoreng pisang.

Me :
(sambil muka merah kemaluan di smash oleh anak sendiri)
Oklah. Pisang goreng, bukan goreng pisang. Jom, kita g beli pisang goreng.


Sampai kat gerai aku minta makcik tu bungkuskan Pisang Nangka RM1 & Pisang Abu RM1. Balik rumah tengok dalam plastik ada 8 keping pisang. Hah? Sekeping RM0.25??? Aku yang ketinggalan tentang harga terkini pasaran atau makcik penjual goreng pisang tu yang melampau? Konpius aku!



...

Tuesday, December 8, 2009

Enuff is enuff

...

Enough negative comments and thoughts....
If we think good of people, people will think good of us...
Enough "buruk sangka" and spreading rumours.....
You may have seen the situation from the wrong angle
or heard it from the wrong person......
Maybe it was your fault in the first place.....

...

Keji!!!

...

Macamana aku nak memulakannya?

Erm...

Aku x kira, aku nak meluahkan jugak apa yg terbuku di hatiku ini.
Korg ingat korg hebat sgt ke?
Korg je boleh me'laser'kan mulut?
Meh sini tgk sapa lebih laser.
Aku bukan nak jadi kurang ajar, tapi aku juga ada hati, perasaan & maruah untuk dihormati.

Diam bukan bererti aku kalah dan jgn ingat korg ramai, korg boleh menang. Boleh tindas aku!

Kenapa aku jgk yg dikatakan salah?

Kenapa perlu nak perli aku?

Kenapa nak hina aku lagi?

Kenapa x sudah2 nak kutuk, caci, maki aku?

Hina sangat ke aku ni?

Fikiran aku ni serabut. Jangan nak tambahkan kekusutan hati & jiwa aku lagi.

Tolonglah...

Semua org pandai bercakap. Jangan setakat bercakap je! Buatlah sesuatu. Show your action!

Aku adalah manusia - wanita yg ada perasaan. Semua makhluk ciptaan Allah s.w.t. ada perasaan.

Arghhhh aku buntu!

Aisyaaaaaa...

Tolong mummy!!!!!!

...

Wednesday, December 2, 2009

Aisya tersalah tekan :-(

...

Tiba-tiba Aisya called. Dia menangis, menjerit seperti org yg hilang akal. Kenapa sayang?

"Aisya tersalah tekan. Aisya tertekan merah. Aisya baru dapat cakap sekejap dgn daddy. Aisya nak cakap dengan daddy lagi! Aisya salah! Mummy tolong Aisya."

Oh NO! Pity her... Dahla demam.

Sabar sayang, peluang tu pasti akan datang lagi.

Sebenarnya aku pun sedih kasihankan dia tapi apa yang mampu aku lakukan?

...

Tuesday, December 1, 2009

Fevermania

...

Aisya demam.

Malam tadi lepas solat Isyak dia complaint sakit-sakit kaki, lengan & pinggang. Erm, sakit-sakit badan nak demam la tu...

Lepas dinner, sbl tido dia kata, Mummy, nanti Aisya bg Mummy duit. Then aku tanya kenapa? Pelik. Dia jawab, Aisya nak minta Mummy tolong picitkan kaki Aisya. Sakit sangat. Aku pun picit kaki dia sambil blebey - Mummy tak suka apa je pekerjaan yang nak minta tolong, diupah dengan duit. Tak baik. Lain kali jangan buat lagi macamtu. Mummy tak suka. Mummy pun x pernah ajar Aisya macamtu kan? Jangan buat apa je keje nak upah duit. Jangan jadi mata duitan. Buat apa-apa kena ikhlas. Dia pun kata - sori, Mummy...

Aku tahu ni bahana org yg mengaku 'pak sedara' dia dululah ni. Suruh dia picit, pastu nak upah $. Tapi last-last x bg pun $. Menghampakan & merosakkan budak kecik! Stupid!

Malam tadi dia asyik mengigau je. Panas sungguh badannya. Sian Aisya. Demam rindu agaknya.



Aku tak boleh cuti until end of this month. Hari ni start Orientation Programme kat office. 1st till 23rd December 2009 where I have to attend it! Pity her. Me - keep on calling her. Curi-curi g toilet la nak call. Hehe. Ols anytime is free time. She said she just baring je, pening. Hope she will get well soon!

Aku pun bukannya sihat sangat sebenarnya. Semalam otw balik rumah - dlm bas, tetiba sakit kepala. Dah gelap mata. Cepat-cepat capai handphone, pegang kat tangan je. In case anything happen, sempat la nak mendail sapa-sapa yang patut. Alhamdulillah, selamat sampai rumah walaupun aku bertafakur lama di bus stop sbb takut rebah masa nak melintas jalan & jalan kaki ke rumah. Sampai rumah je, Aisya dah perasan, dia kata kenapa Mummy nampak lain macam je, Mummy tak sihat ye? Aku rest jap and then prepare dinner yg ala kadar for her. Dia nak sup. Buatla sup tulang. So senang!

...

Monday, November 30, 2009

Candid...

...

Kalau aku boring, x reti nak buat apa, aku selalu ambik gambar curi - gelagat Aisya. Especially masa dia tidur. Saje, suka-suka & sebagai kenangan untuk direnungkan. Aku rasa tak puas merenung & menatap Aisya. Sorry sayang, jgn marah Mummy! :D


Aisya always sleep with her two lovely things

...

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

...



Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Di kala itulah bermulanya
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN


***

Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.

As usual nowaday apa-apa mood utk celebrate any perayaan disappeared. X rasa apa-apa pun. Org lain mgkn dah sibuk menyediakan kelengkapan nak raya esok. Mgkn ada yg tengah menyiang daging / ayam nak buat rendang, buat lemang, nak buat kuah kacang, rebus nasi impit dan lain-lain lagi. Aku masih di ofis. Bekerja. Keje bertimbun yg x pernah habis & sentiasa akan bertambah. Begitulah jd kuli. ngeh3x

Nak balik kg pun x tahu lg. Petang ni atau malam ni kot. Tunggu jelah... Baju & apa-apa yg patut pun x packing lg.

Actually I'm not feeling well. Again n again. Nak buat mcmana. Bukan nya kita tahu bila kita nak sakit / pengsan kan. Last week gastric menyerang. This week pulak sakit belakang semula. Nasib baik x pengsan kat tepi jalan. Huhuhu...

Aisya sentiasa menemaniku... Thank you dear. Sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan. Syukur alhamdulillah...

Semoga segala pengorbanan akan mendapat balasan yang melimpah-ruah.

...

A called again...

...

3.00pm - Aisya called. Dia menangis teresak-esak. Aku amat terkejut, gaya & intonasi nya seolah-olah ada something happened to her. Risau & terkejut sungguh! Berderau darah mummy.

Dia kata - mummy, daddy baru call. Daddy kirim salam I love u kat mummy. Aisya nak jumpa daddy. Aisya rindu daddy.

Aisya kata dia dpt berbual dalam 20 minit dgn daddy nya. Mereka bertukar cerita. Aisya kata dia x puas bercakap. Pity her.

Aku memang sengaja meninggalkan telefon ku kat rumah supaya if he call, Aisya ada peluang utk bercakap dgn him. Syukur alhamdulillah, at least lepas jgk perasaan rindu Aisya.

Aisya, bukan mummy tak nak bawa Aisya jumpa daddy, tapi Aisya kena faham keadaan ekonomi kita macamana. Sori sayang, maafkan mummy. Mummy faham perasaan Aisya. Juga, Aisya kena faham keadaan 2-2 keluarga macamana. Semua org marahkan mummy. Akhirnya kita berdua yang tersepit & terhimpit. Maafkan mummy sayang. Mummy tahu Aisya pressure & Mummy buntu!

Ibarat diluah mati mak, ditelan mati ayah. What should I do? Hanya doa ke hadrat Ilahi yang mampu dipanjatkan...

...

Thursday, November 19, 2009

Unexpected Call

...

I just received a phone call. 4.29pm. It's from him. Tetiba hatiku jadi syahdu. He is not feeling well. He said he miss me so much. He miss our daughter too... He really hope that he can meet us. Especially his daughter.

School holiday is coming. Where should Aisya be for the whole school holiday nanti? Leave her or with me? Oh God, please help me to decide. Or, let Aisya make her own decision. She knows what she want & what she doesn't want. That's better!

Luv u...

...

Tuesday, November 17, 2009

Puaka betul!!!

...

Erm...

Perasaanku tercabar lagi! Walaupun sedih, tapi bergetar jgk la diri aku ni menahan perasaan marah.

Apa lagi yg perlu dikatakan? Memang auta! Pandai berpura2. Pelakon yg hebat! Over acting. Dah kena kat batang hidung sendiri baru rasa apa yg kami rasa!

Kurang ajar!

Aku berani kerana benar!

Aku tak takut sbb aku x buat. Aku tak pernah nak kurang ajar / caci / maki diorg. Mak aku x ajar aku untuk jadi kurang ajar pada ibu mertua. Dia tetap ibu pada aku sampai bila2 biarpun cuma mertua. Mak aku didik aku dengan ilmu agama utk menghormati org lain. Kalau x caya, meh dengar rakaman perbualan kami. Jangan memandai je cakap ikut suka! Hentikanlah semua ini. Enuff!

Apa yang dah baca kat media tu, nak percaya, percayalah. Jangan percaya satu media je. Tengok semua media dan percaya semuanya. Media akan buat apa sahaja utk menaikkan rating diorg. Lu pikir la sendiri!

Mengaku pak sedara konon! Bertanggungjawablah kalau ko ngaku ko pak sedara Aisya! Hukum Allah s.w.t tiada siapa yang mampu mempertikaikannya. Aku sekadar mengingatkan. Jawablah di akhirat!

Allah s.w.t. Maha Mengetahui!

...

Wednesday, November 11, 2009

Woman

...

'Whatever you give a woman, she will make greater.
If you give her sperm, she'll give you a baby.
If you give her a house, she'll give you a home.
If you give her groceries, she'll give you a meal.
If you give her a smile, she'll give you her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her.
So, if you give her ...any crap, be ready to receive a ton of shit.'

Aku cilok wording ni kat FB Nana. Diella pun sama - copy from Nana punyer status. Nana jgn marah ea..

Ayat-ayatnya mmg meaningful! Perghh... Bagi sperm, dpt anak. Bagi rmh dpt kehidupan. Bg keperluan dpt kekenyangan. Bagi senyuman, dpt seikhlas hati. Dan bagi lah apa2pun, akan dpt berlipat kali ganda. Tapi bab amaran tu yg best, bagi masalah, ha.. tunggulah! Siaplah! Jgn sangka wanita itu lemah!

So, utk diri aku skrg ni, macamana ye?

Hahaha, it's a big question mark & it's complicated!

...

Monday, November 9, 2009

Doaku...

...

Aku juga ingin mengecapi nikmat hidup bahagia di dunia...
Ya Allah Ya Tuhanku
Kau lindungilah hambaMu ini
Hanya Engkau Yang Maha Memahami & Mengetahui
Kasihanilah hambaMu ini...
Kasihanilah anakku...
Kau tunjukkanlah apa yg terbaik buat kami sekeluarga


Sebagai hamba Allah s.w.t. kita hendaklah sentiasa berdoa & berusaha untuk yang terbaik buat diri kita. Apa lagi yang mampu diucapkan selain sabar dalam menempuhi segala yang mendatang.

Alhamdulillah, setiap hari aku cuba melakukan amalan membaca Al-Quran & Surah Yaasin supaya mendapat ketenangan. Aku tunaikan juga Solat Sunah Hajat agar Allah s.w.t. memakbulkan doaku. Aku jugu mendirikan Solat Sunat Istikharah agar diberikan petunjuk & hidayah dariNya.

Mulutku, hatiku & mindaku tidak henti berdoa memohon bantuan daripada Yang Maha Esa.

Ya Allah Ya Tuhanku, pahala Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas & Surah Yaasin yang telah aku bacakan - aku hadiahkan kepada arwah ayahku, datukku, nenekku, moyangku, bapa saudaraku, abang iparku, arwah mak & abah Eija, arwah ngah Khairul & arwah Tuty Mazura. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan bersama golongan orang beriman.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa suamiku, dosa kedua ibubapaku, keluargaku & dosa para muslimin & muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan terhadap suamiku & ibuku. Aku telah banyak melakukan dosa terhadap mereka. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh dugaanMu. Berikanlah aku hidayahMu. Tunjukkanlah aku jalan yang benar iaitu jalan yang Engkau Redhai. Bimbinglah hambaMu ini & tetapkanlah imanku ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadikanlah anakku Ain Nur Aisya itu anak yang solehah, cerdik, pandai, sihat & comel. Jadikanlah dia seorang anak yang mendengar kata. Makbulkan doa hambaMu ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan kami sekeluarga. Lindungilah kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Kau peliharalah kami sekeluarga. Kau tunjukkanlah apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah segala penyakit yang ada di badanku ini terutamanya penyakit Psoriasis & Thorasic Scoliosis ku ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ambillah nyawaku ini seandainya mati itu lebih baik untukku tetapi kau panjangkanlah usiaku seandainya hidup itu lebih baik untukku.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang memahami & sudi membantu serta mendoakan kesejahteraanku. Kau rahmatilah semua sahabatku ini. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana engkau telah menemukan aku bersama ***. Semoga perhubungan kami kekal abadi.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia & di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Ameen.

Ikhlas,

Hamba Allah s.w.t.

Be rational rather than emotional !

...

Thursday, November 5, 2009

Syukur Alhamdulillah...

...

Aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

It's all about Aisya.

Keputusan peperiksaannya boleh dikatakan ok jugaklah. Walaupun dia belajar dalam serba kekurangan, she's hardworking.

Kasihan Aisya. Disebabkan banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh mummy & daddy nya, dia menjadi mangsa keadaan. Kini, kehidupan kami serba kekurangan. Kesempitan & tersepit. Hopefully ada hikmah tersembunyi atas apa yang berlaku. InsyaAllah...

Aku tak mampu untuk menghantarnya tuition / nurseri yang boleh membimbingnya dalam pelajaran. Aku tahu kesukaran yang dihadapinya semasa membuat homework & mengulangkaji pelajaran di dalam bahasa Mandarin. Yang lain-lain boleh jugak la mummy nya ni tolong ajarkan.

Aku tahu disebabkan minatnya dengan bahasa Mandarin & amanah daddy nya agar meneruskan pelajaran di sekolah cina, dia cuba buat yang terbaik di dalam semua matapelajaran.

Aku berharap dia akan meneruskan kecemerlangan prestasinya di dalam pelajaran hingga akhir hayatnya.

Keputusan peperiksaannya = A!

Bahasa Melayu I - 98%
Bahasa Melayu II - 95%
Bahasa Inggeris - 96%
Sains Bahasa Inggeris - 85%
Sains Bahasa Cina - 91%
Mathematic - 83%
Mathematic Bahasa Cina - 83%
Pendidikan Islam - 86%
Bahasa Cina - blm dpt lg

Syukur alhamdulillah...


Picture taken while she was at SRJK(C) PEI CHAI, Kuantan, Pahang - penampilan x berapa kemas = Daddy yg uruskan dia sbb Mummy g course :D

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...