DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 6, 2010

Dugaan Hidup...

...


Hidup memang penuh dengan dugaan. Segala-galanya di tangan Allah s.w.t. Dia Yang Maha Mengetahui. Juga segala-galanya telah tertulis sebagai Qada’ & Qadar. Sebagai manusia, kita juga hendaklah berusaha untuk memperbaiki & mempelajari pelbagai aspek.

Ketika kita diujiNya, Dia mempunyai agendaNya yang tersendiri. Juga Dia ingin menguji keiman kita terhadapNya. Cuma kadang-kadang sebagai manusia kita mudah alpa. Sedikit sahaja kita diujiNya, tahap keimanan kita hilang begitu sahaja. Contohnya dalam tak sedar, kadangkala kita terlalu menghina orang lain. Lupa budi bahasa, menghina, menggelarkan manusia yang sebaik-baik kejadian sama seperti syaitan, binatang, bodoh & sebagainya. Mungkin selama ini kita berpegang teguh kepada agama, tetapi sedikit sahaja Allah s.w.t menguji kita, kita lupa dengan pegangan agama yang selama ini menjadi tunjang hidup kita. Astaqfirullahhal’azim…

Kita jangan terlalu menghina orang kerana kadangkala orang yang kita hina sangat itulah yang akan membantu kita. Juga jangan ingat kita ada sedikit kepandaian telah menjadikan kita orang yang riak, takbur & lupa asal usul. Ingatlah, kita akan sentiasa & terus diuji oleh Nya selagi kita bernafas di bumiNya ini. Jadi sebagai manusia – hamba Nya, kita hendaklah saling ingat-mengingatkan di antara satu sama lain. Rambut memang sama hitam, tapi hati tu yang tak tahu macamana. Jadi harap-harap hati kita semua tidak hitam dek nikmat duniawi & kita masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Tidak semestinya orang yang sentiasa berkopiah & bertudung itu betul serba-serbi & tidak semestinya orang yang tidak menutup aurat itu tidak tahu serba-serbi pula. Kita semua sama sahaja. Bezanya cuma amalan kita.

Aku selalu teringatkan kata-kata motivasi & nasihat daripada Datuk Dr. Fadzilah Kamsah – setiap malam sebelum tidur, maafkan semua orang agar hidayah Allah turun mencurah-curah & hati jadi tenang. Juga, orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa minta maaf & memaafkan. Jika kita sukar memohon kemaafan & memaafkan orang lain, lama-kelamaan, sifat negative itu akan jadi bernanah dalam diri kita & akan merosakkan diri kita. Ilmu itu cahaya, ia tidak akan turun kepada orang yang hatinya kotor. Setiap manusia melakukan kesilapan. Beri kemaafan & peluang. Jangan jadi pendendam. Sebagai manusia juga, kita hendaklah saling bantu-membantu & ingat-mengingatkan di antara satu sama lain.

Semoga kita semua tabah & berada dalam lindunganNya walaupun kita sentiasa diuji & terus diuji olehNya.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.


...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...