DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 21, 2012

-_-

...

It happened again.

1st during Raya Gathering at Mak Chu's House @ Kota Damansara.

Only one of my nieces & nephews 'SALAM' me.  Baik masa datang / sampai; mahupun nak balik.  Aku sama-sama bersalaman dengan yang lain-lain.  Tangan dihulur, tapi tidak disambut.  Cuma dibalas dengan muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang  berlaku.

Now, for the 2nd time, it happened again.  At Kompleks Haji Kelana Jaya.

Masa sampai, aku hulurkan tangan to my SIL, as usual, dia hanya membenarkan separuh daripada jarinya sahaja untuk menyentuh / menyambut huluran salam tanganku & cepat-cepat tarik sebelum salaman itu sempurna.  It has been ages macamtu.  Aku masih ingat..  (Alhamdulillah, rupa-rupanya selama ini ada juga orang lain + aunties & uncles yg memerhatikan these situations = evidences)

Ops... Aku lupa la.. Tangan aku ni kotor, berlumpur, tak layak bersalaman dengannya kot.  Hahaha... Whateverlah.. janji aku hulur OK.  Bagi dia yang always behave macamtu, biarkan.. Xpe, Allah swt Maha Melihat & Maha Mengetahui.  Anak-anaknya? Aku tengok je wajah mereka berdua.  Dua-dua terus alihkan perhatian tengok wajah ibu mereka.  Mungkin menunggu isyarat kebenaran whether boleh hulur tangan ke tidak kot.  Tak pe lah.. Tangan I ni kotor, berlumpur, tak layak bersentuhan dengan mereka yang suci murni tu.

Then kakak-kakakku pula sampai bersama dengan anak-anak mereka.  Aku salam mereka, tanda hormat seorang adik & sesama Islam.  Aku tengok wajah anak-anak mereka pula. Hulurkan tangan.  Semua buat tak tahu seolah-olah aku tak wujud dihadapan mereka.

Waktu nak balik pun sama.  Tak pe, Allah swt Maha Melihat & Maha Mengetahui segalanya.  Walaupun hatiku terguris, aku pendamkan sahaja.  Dia Maha Mendengar rintihan hambaNya yang hina ini.

Walau apapun yang terjadi, aku akan sentiasa mengingatkan ANA agar menghormati mereka. Biarlah orang tak sudi atau apa alasan sekalipun, tunaikan kewajipan kita as Muslim & human.  Respect people.  Jangan lupa salam setiap kali berjumpa.  Never fail to do that sebab if we fail once, they will make it as big issue for the whole life.  True :-)

Congratulations buat kakak-kakak & abang kerana telah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.  Aku sedar dengan label BODOH yang telah dilabelkan oleh mereka yang amat bijak pandai itu.  Aku bodoh, anak aku pun bodoh sebab bapak dia lagi bodoh.  Hinanya kami pada mereka.

Questions...

Why they behave like that ya?
Apa salah aku pada mereka?
Influences?
Instructions?

I'm older than them & I'm their aunt!  Parents tak didik / ajar mereka untuk menghormati orang yang lebih tua ke?  Mereka bersekolah, takkan cikgu tak ajar kot.  Erm.. itu semua self-attitude.  Nothing related to others sebenarnya.

Mereka lupa atau tak tahu atau sengaja tak nak ambik tahu atau tak ingat yang tangan inilah yang pernah mencuci najis mereka semasa kecil.  Tangan inilah yang pernah menyuapkan makanan serta menyusukan mereka.  Tangan inilah yang pernah mengendong dan membimbing mereka ketika kecil.

Where is my pride ???


Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kesabaran dalam menempuh dugaan Mu ini lagi Ya Allah.  Engkau Maha Segala-galanya

 

p/s :  still remember & will always remember - "Tak payah kau nak ajar anak-anak A! A yang ajar anak A buat macamtu.  Orang macam kau memang tak layak untuk dihormati"


Thank you :-)


...

1 comment:

manisz said...

semoga mereka sedar suatu hari nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...