DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 20, 2011

Utusan Malaysia Online - Hiburan



...


PENGHIJRAHAN yang berlaku ke atas artis tanah air bukan sahaja melibatkan artis wanita yang tampil dengan imej bertudung.

Malah di kalangan artis lelaki juga, mula sedar dan membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak.

Justeru, bagi dua artis lelaki popular, Abdullah Ahmad dan Adam VIP, mereka turut membuat penghijrahan dalam kehidupan masing-masing.

Ini kerana, kedua-duanya merasakan, dunia hiburan yang menjadi sandaran rezeki buat mereka bagaikan tidak bermakna apabila hati dan jiwa terasa kosong.

Kata Abdullah atau lebih dikenali sebagai Lah, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya walaupun namanya kekal popular di persada seni tanah air.

Perasaan yang agak serupa turut menghantui Adam yang tercari-cari sesuatu untuk mengisi ruang dalam jiwanya.

Dalam pencarian untuk menjadi insan yang lebih sempurna, baik Lah mahu pun Adam, segala perubahan dalaman yang berlaku ke atas diri mereka tidak mematikan langkah untuk bergelar artis.

Pengertian hidup Lah Ahmad

Di awal pembabitannya bersama kumpulan Voices of Euphonious atau VE yang ditubuhkan pada tahun 2003, Lah di ulit dengan populariti dan dikelilingi peminat.

Pun begitu, bagi diri anak jati Kuala Lumpur ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya.

Lah sendiri keliru apakah kekosongan yang dirasai itu satu sindrom yang melanda mereka yang mencapai kehidupan dalam usia yang semakin meningkat.

“Di awal penglibtan saya dalam dunia seni bersama VE, saya lihat industri hiburan menjadi punca rezeki dan itulah yang saya lakukan sebelum ini.

“Kini saya hanya memikirkan bagaimana mencari duit untuk membayar segala bil bagi kelangsungan hidup.

“Ketaksuban saya dalam mencari wang berubah kerana cinta saya dalam bidang muzik dan nyanyian hari ini, lebih bermakna.

“Jiwa saya juga terisi dan tenang lebih-lebih lagi selepas saya bertemu dan mendalami agama dengan Ustaz Habib Ali Zainal Abidin,” kata Lah membuka bicara.

Kemerduan qasidah

Selepas empat tahun bersama VE dan muncul dengan tiga album iaitu Extreme Pleasure, Extreme Pleasure Extra dan For You, tahun 2007 menyaksikan VE berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Dalam tempoh ‘bertenang’ kata Lah, dia cuba mencari punca untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni.

“Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya.

“Dari situ, saya mendengar satu melodi yang terlalu indah kerana liriknya memuji kebesaran Allah SWTdan Rasullullah.

“Muzik ‘baru’ yang singgah di telinga saya telah ‘melanggar’ semua terma-terma muzik yang menjadi pegangan saya selama bergelar artis.

“Dalam qasidah ada jazz, R & B dan ia membuatkan saya menitiskan air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang.

“Perlahan-lahan, saya menulis lirik yang ada kena mengena dengan Ketuhanan dan dari situ, saya mencari keredaan Allah SWT,” ujarnya sambil menghela nafas panjang.

Menurut Lah, apabila hatinya lebih dekat dengan Allah SWT hidupnya menjadi lebih tenang.

Bahkan, kata Lah, solat lima waktu tidak lagi diabaikan sebaliknya, jika lewat mengerjakannya, hatinya akan rasa tidak tentu arah.

“Kalau dulu, dalam keadaan kelam- kabut, saya perlu menampilkan wajah tenang kerana perlu berhadapan dengan peminat atau pun diwawancara wartawan.

“Tetapi kini semuanya telah berubah...menjadi lebih tenang,” katanya yang akan mencari keredaan Allah untuk meneruskan kerjaya dalam bidang muzik.

Perubahan Adam

PEMILIK nama Mohd. Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam VIP mengakui dirinya banyak mengalami perubahan sejak bergelar artis.

Biarpun Adam pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi antaranya didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Yusry Abd. Halim (Yusry KRU), namun anak kelahiran Negeri Bawah Bayu ini agak bijak menangani situasi panas pada ketika itu.

Adam ketawa apabila dikatakan, dia seorang yang agak nakal kerana sering bertukar teman wanita.

Sedangkan pada hakikatnya, Adam menjelaskan, apabila tiada keserasian dalam sesuatu perhubungan, lebih baik meletakkan noktah kepada hubungan berkenaan.

Kata Adam, segala apa yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu, dijadikan iktibar untuk memperbaiki diri.

Sebab itulah, dalam diam-diam pada April lalu Adam mengerjakan umrah melalui pakej perubatan bersama rakan pelakon, Ashraf Muslim.

Selepas menunaikan umrah, ramai yang melihat perbezaan perwatakan Adam hari ini. Apa komen Adam?

“Memang hari ini saya lebih fokus kepada kerjaya kerana saya menyimpan cita-cita untuk menjadi pengarah filem.

“Jika Allah berikan rezeki, tahun depan, insya-Allah, saya akan mengarah filem,” katanya.

Walaupun pada mulanya Adam enggan bercerita tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah, tetapi setelah dipujuk akhirnya ia mengalah dan berkata;

“Saya berasa begitu tenang selepas Tuhan memberi rezeki untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.

“Maaf, saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan saya itu kerana tidak mahu peminat salah anggap tentang perubahan saya.

“Lagi pun, kalau orang pandang kita sudah warak, orang akan mempersoalkan apabila melihat kita masih terlompat-lompat di atas pentas.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, segala apa yang saya lakukan, saya tidak akan lupa tanggung jawab dan landasan agama.

“Ini kerana segala rezeki yang saya dapat adalah pemberian Allah dan soal saya mengalami perubahan dalaman atau tidak, wallahuala.”

Menurut Adam, sebagai manusia biasa, dia percaya bahawa setiap manushttp://www.blogger.com/img/blank.gifia akan melalui perubahan dalam kehidupan.

“Sebenarnya perubahan dalam jiwa saya sudah lama berlaku iaitu sebelum saya mengerjakan umrah.

“Perubahan tidak boleh terjadi dalam tempoh sehari kerana saya harus tahu kemampuan diri.

“Sebab itulah saya tidak menghebohkan tentang pemergian saya ke Mekah untuk menunaikan umrah kerana bagi saya biarlah perubahan itu datangnya dari hati dan jiwa saya,” kata Adam.

Sumber: Utusan Malaysia Online - Hiburan

...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...