DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 28, 2011

Berita Harian Online | Dunia artis realiti

...


Adam mahu fokus kembali bidang nyanyian supaya tidak dilupakan peminat

SEJAK kehadiran Shahir, Akim, Hafiz dan ramai lagi penyanyi lelaki lebih muda daripada program realiti Akademi Fantasia (AF), nama Adam AF2 yang satu ketika dulu menjadi sebutan ramai peminat, terutama gadis remaja, seperti semakin dilupakan.
Kelibatnya dalam dunia muzik seakan-akan kian tenggelam, hinggakan namanya tercicir daripada senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), walhal satu ketika dulu, penyanyi yang popular dengan lagu Benar-Benar dan Joget Lambak ini antara yang terkuat di kalangan calon Penyanyi Lelaki Popular.

Ketika berkunjung ke Balai Berita dengan ditemani dua artis naungannya, kumpulan Bad Boys dan penyanyi solo wanita Shima, baru-baru ini, jejaka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu tidak langsung menunjukkan riak terkejut dengan keciciran namanya daripada senarai calon akhir ABPBH 2010. Lagi pun katanya, ia bukanlah kali pertama dirinya berdepan situasi sedemikian.


“Sepanjang enam tahun bergelar artis rakaman, tiga kali juga nama saya tercicir daripada senarai pencalonan. Jadi saya tidaklah begitu terkejut apabila gagal menempatkan diri dalam senarai anugerah itu sekali lagi pada tahun ini."

“Bagi saya anugerah seperti ini ‘bermusim’. Maksud saya, apabila munculnya nama-nama baru, biasanya mereka inilah yang akan menjadi perhatian. Saya perhatikan, lazimnya wajah baru yang dilahirkan daripada AF pasti tidak akan ketinggalan daripada dicalonkan, contohnya seperti Shahir."

“Mungkin salah saya juga kerana terlalu memberikan fokus kepada bidang lakonan pada tahun lalu, sehingga kurang mengambil berat pasal nyanyian. Sedangkan, semua orang tahu minat utama saya masih lagi bidang muzik. Memandangkan tiada lagu baru, stesen radio hanya memutarkan lagu lama saya. Apabila tiadanya produk baru, secara automatik nama saya tiada dalam senarai pencalonan. Jadi tahun ini, rancangan saya mahu kembali aktif dalam dunia nyanyian,”
katanya yang akan melancarkan album baru pada Februari ini.

Hakikatnya, jejaka yang pernah membintangi filem Main Main Cinta dan Cinta Fotokopi ini turut kencang mengusahakan syarikatnya sendiri, di samping ligat meneruskan langkah sebagai penyanyi. Lebih membanggakan, menerusi syarikatnya Aico Empire Group, Adam membuktikan kebolehannya dalam penciptaan dan penulisan lagu. Tidak hanya menulis lagu untuk album sendiri, jejaka berusia 28 tahun itu turut menyumbangkan ilham untuk dua artis naungannya.

Biarpun namanya mungkin sedikit sepi sejak kebelakangan ini, namun anak sulung daripada empat adik-beradik ini mempunyai visi yang jelas dalam kerjaya seninya. Kejayaan idolanya, trio adik beradik KRU - Norman, Yusry dan Edry - dalam bidang hiburan dan perniagaan memberi inspirasi buat Adam untuk memiliki syarikatnya sendiri, seterusnya mencipta kejayaan seperti artis pujaannya.

“Selepas empat tahun menjadi penyanyi, saya mula terfikir perlu memiliki jenama sendiri. Maka tertubuh syarikat ini, Aico Empire Group. Bagi saya, seseorang itu tidak perlu menunggu sehingga sudah lanjut usia untuk mereka miliki syarikat. Ketika kudrat kita masih kuat, saat itulah yang terbaik untuk kita mengejar impian."

“Saya sememangnya menjadikan adik-beradik KRU sebagai inspirasi. Walaupun mereka masih muda, KRU berjaya memiliki syarikat sendiri, malah berjaya mengetengahkan ramai artis baru yang dikenali ramai di bawah jenama mereka,”
katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah dia cuba membela nasib artis senegeri, apabila mengambil Bad Boys yang juga berasal dari Sabah, sebagai artis naungannya, jejaka yang lebih terarah kepada muzik pop dan tarian ini menafikan tanggapan sedemikian.

Kata Adam, dia menawarkan kumpulan itu untuk bernaung di bawah labelnya mengenangkan industri muzik tanah air ketika ini yang ketandusan ‘boy band’. Apatah lagi dia sudah pun mengenali kumpulan yang ditubuhkan sejak 2008 itu ketika di Sabah lagi.

"Saya tertarik untuk mengambil mereka kerana kebolehan Bad Boys menari dan menyanyi dengan baik," jelas Adam mengenai kumpulan yang kini hanya mempunyai tiga anggota, Rayndra Jubidi, 22; Eryande Sahat, 26 dan Mailin Antikoh, 22.

Anjur konsert di Sabah

SELAIN memiliki syarikat sendiri, Adam nampaknya mengorak setapak lagi langkah ke depan apabila berani menanggung risiko menganjurkan konsert dengan menggunakan bajet sendiri.

Konsert solo pertamanya yang dinamakan Adam Borneo Tour itu akan diadakan sekitar Mac ini dengan lokasi pertamanya di Semporna, Sabah.

Di samping konsert sulung itu, Adam turut merencanakan persembahan di 13 lokasi lain di negeri berkenaan. Penyanyi itu memilih negeri kelahirannya sebagai destinasi persinggahan konsertnya kerana ramai penyokongnya datang dari negeri terbabit.

Namun katanya, sebagai permulaan, konsert berkenaan tidaklah diadakan pada skala besar-besaran. Sebaliknya ia akan dianjurkan dalam dewan yang mampu memuatkan antara dua hingga tiga ribu penonton saja.

“Saya mengambil inisiatif menganjurkan konsert sendiri bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi, ia lebih kepada tanda penghargaan buat peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni saya. Konsert ini memang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat saya tetapi jika ada yang berminat untuk menaja, tentu sekali amat saya alu-alukan," ujarnya.

Kata Adam, pada konsert terbabit, dia akan menyanyikan kira-kira 20 lagu daripada empat albumnya, termasuk album terbaru yang dihasilkan sendiri olehnya.

“Konsert itu nanti juga akan menampilkan dua artis naungan saya, Bad Boys dan Shima. Inilah masanya untuk saya memperkenalkan dua artis baru ini kepada peminat. Tiket untuk menyaksikan konsert saya juga dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM 10 hingga RM 100."

"Insya-Allah jika konsert ini turut mendapat permintaan daripada penganjur atau peminat di Semenanjung, saya pasti mempertimbangkannya,”
kata Adam.

Nama: Mohd Aizam Mat Saman
Tarikh lahir: 19 September 1983
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Genre: Pop, Tarian
Profesion: Penyanyi, Pelakon, Komposer, Pengarah
Kebolehan dalam muzik: Vokal, Tarian, Gitar, Dram
Tahun aktif: 2004 hingga sekarang
Label: KRU Studios
Album studio: Adam (2005), Adam II (2007), Adam III (2008), Adam IV (2011)
Drama: Akademi (2004), Ejen 016 (2006), Pria (2007), Wira Malam (2009), Hotel Mania (2010)
Filem: Cinta Fotokopi (2005), Main-Main Cinta (2006), Diva (2007)


Sumber : Berita Harian

...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...