DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 19, 2010

Setahun sudah berlalu...

...

Masih jelas di minda ku apa yang terjadi. Tarikh hari ini & semalam adalah harinya. Setahun sudah berlalu - selepas menonton rancangan NONA, IT HAPPENED :-(

Mana mungkin aku melupakannya begitu sahaja. It's easy to say FORGET IT & open a new chapter; but in mind, it's DIFFICULT to delete it.

Aku bersyukur, Allah s.w.t telah menggerakkan hatiku & menunjukkan jalan untukku bertindak. Dibantu oleh kekuatan & dorongan oleh zuriatku.. Aku jadi kuat. Ya, memang betul, aku kuat pada hari kejadian. Sebelum itu aku hanya tunduk, akur, lembik & memendam rasa cuma.

A year ago, ramai yang memuji tindakan nekadku. Setelah puas bermimpi dan mencari mimpi aku mula fokus kepada realiti kehidupan. Aku terpaksa mengorbankan aib dan maruah, keluarga, keluarga mertua demi mempertahankan hak. Ada yang mengatakan sikap aku harus dipuji kerana walaupun bak kata pepatah seperti membuka pekung di dada, ianya akan menjadi sumber inspirasi mungkin kepada isteri-isteri & wanita yang juga mengalami masalah & nasib yang sama denganku.

Hakikatnya kini, aku adalah mangsa yang terus dipersalahkan kerana keberanian setahun yang lalu. Aku terus-terusan dimarah, dihina, dikutuk, dicaci & pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepadaku. Mereka mengatakan apa yang aku alami sekarang ini adalah kerana kebodohanku. Salahkah tindakanku?

Setahun juga Aisya telah diabaikan oleh darah daging yang sepatutnya mengambil berat @ mengambil tahu akan kebajikan & menjalankan tanggungjawab terhadapnya. Statement yang amat mudah dilontarkan adalah - 20 tahun lagi Aisya akan cari jugak untuk menjadi wali ~ KONON! Kenapa tidak mahu bertanggungjawab sekarang? Hukum Allah s.w.t. tiada siapa yang mampu mengelak perhitungan di akhirat kelak.

Lumrah manusia, amat pandai & bijak untuk berkata-kata sahaja. Apabila memohon pertolongan atau bantuan, tidak diendahkan; apabila kita sudah bertindak sendiri, kita pula yang dipersalahkan. Ada juga yang hanya pandai memberi arahan tapi kalau mereka berada di tempatku, baru mereka merasai betap sukarnya untuk aku mengharungi semua. Aku terkapai-kapai dua beranak bersama penderitaan terpaksa dilalui kerana membongkar rahsia ini.

Syukur Alhamdulillah kepada yang memahami & membantu.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku telah kenal erti kejujuran & keikhlasan yang sebenar.

Zahirnya aku nampak kuat & tabah untuk menjalani sisa hidup pada hari-hari mendatang. Batinnya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui gelora perasaan hambaNya ini yang tidak sempurna serta serba kekurangan. Kini aku akan cuba mengumpulkan kekuatan yang ada & menambah kekuatan yang mungkin telah goyah disebabkan keadaan & persekitaran yang penuh onak & duri. Hidup ini bagaikan roda. Dunia ini penuh dengan boneka.

Allah s.w.t. Maha Mengetahui

Dia Yang Maha Kuasa

Semoga Allah s.w.t menetapkan iman, menganugerahkan rezeki yang melimpah ruah, ketabahan, kesabaran, ketenangan, mempermudahkan & menunjukkan apa yang terbaik buat kami.

Eyes shows everything...


Needs brighter future


Blamed victim



...

8 comments:

Idi said...

Sue dear,

As I said before, to live with decisions we made is so much harder than making the decision itself. But then, u've got to put all yr strength together and make the decision right. But then, that's life. Never perfect.

Tabah, sabar, redha. U'll be amazed with yr own strengh and how life will lead u.

My prayers for u n yr sweet little girl. MAy Allah Bless You.

iidyll iceness said...

setiap yg blaku de hikmah tsembunyi akk..

br pe org kt..
teguran mbina itu jadikn panduan..
teguran mjatuhkn itu jdkan pengajaran..

slama mn kt nk hidup ats teguran yg mjatuhkn kt..
bykkn bsabar..
Allah SWT sentiasa mredhai org yg t'aniaya..

sue said...

Idi - TQVM 4 your advice dear.. Maybe I'm not as tough as u. U r men - much stronger. Whatever it is, I'll try my best. InsyaAllah...

[[iidyLL_iceneSS]] - Terima kasih ya! :-)

Pacifist said...

salam sue
dan setahun ini telah menunjukkan dikau berjaya mengharungi walaupun perit.kerna memang lumrah dunia yg penuh dugaan dan cabaran.tiada seorang pun yg mahu hidupnya sensara.ttp itulah hakikat yg harus kita terima.ia bkn menunjukkan kegagalan/kelemahan sesiapa.
Allah ada berfirman yg bermaksud

"tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji"

moga hari2 mendatang membawa sinar kpd kita semua.ketahuilah kesedihan berpanjangan tidak akan menemukan semula sesuatu yg telah luput/hilang drp kita.

sue said...

Pacifist - *terharu*

soulsearcher said...

kaksue, what u did was totally the rite thing.i know life hasn't treated you well yet.But, InsyaAllah..there'll be the days just for u.sabar byk2..kita sememangnya nampak sgt lemah.tapi kita takkan tahu kemampuan kita selagi tidak diuji.kalau kita boleh melalui saat2 bersalin yg amat dasat.sudah semestinya..hal2 kita pasti dpt mengatasinya.InsyaAllah..(huhu..komen dlm mode demam...;()

hikayathati said...

hi Sue, t.kasih visit blog akak (saya tua pada sue kan?).nice blog!akak dah went thru some of your notes.Sabarlah dan berdoa banyak2. Kuatkan semangat.Pasti suatu hari nanti sue pasti beroleh kegembiraan.

sue said...

sya - tqvm for your support that never ends.. *muahs*

nura - hi kak, tq.. & InsyaAllah, berkat doa semua kegembiraan pasti milik kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...