DEAR VIEWERS

Thank you for visiting my blog.
You may leave your comments & notes. It is much awaited & appreciated. Open your eyes & keep your mouth shut! Please read all entries, then you'll know me & understand my situation. If you feel uncomfortable with the content of my blog, please leave...
I'll write whatever I want!

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 15, 2009

Surat Terbuka Untuk Semua...

...

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf andai coretan ini mengganggu ketenangan pembacanya. Aku cuma ingin menyuarakan apa yang terbuku di sanubari ku ini. Mungkin juga ia tak sepenuhnya apa yang terbuku di hatiku ini tapi ia sedikit sebanyak mungkin ia akan membantu meringankan bebanan tekanan perasaanku.

Mungkin ada yang berpendapat, kenapa nak luahkan di blog. Kenapa tak luahkan pada seseorang? Ini yang aku pilih. Aku akan terus meluahkan apa saja di blog ku ini. Maafkan aku. Aku bukan mengharapkan belas simpati. Aku bukan gila publisiti murahan. Sekadar ingin meluahkan.

Ramai telah mengetahui, aku telah diberikan kekuatan & petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk bertindak. Tindakanku itu telah menggegarkan satu Malaysia, mungkin juga ada ceruk-ceruk lain di dunia ini yang mengetahuinya juga.

Kisahku banyak dibincangkan di media massa, media cetak, media elektronik, forum-forum dan lain-lain lagi. Laporan itu ada yang betul, ada juga yang tidak betul. Biasalah, media akan berbuat apa sahaja untuk menaikkan rating mereka. Jadi terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Berbagai pendapat yang aku baca & dengar. Ramai memuji tindakanku itu. Tidak kurang juga ada yang mengutuk. Biarlah. Aku tak kisah. Allah s.w.t. Maha Mengetahui.

Aku telah lama memendam rasa. Memendam, menelan kepahitan demi untuk membahagiakan orang lain. Aku telah membuat banyak kesilapan. Aku malu pada orang sekelilingku. Sebab itulah, aku tanggung lagi segala kepayahan disebabkan malu. Juga aku kasihankan anakku. Aku tidak mahu dia menjadi mangsa kesan daripada permasalahanku.

Aku selalu merujuk permasalahanku kepada keluarga mertua. Especially my mother-in-law. I’d share everything with her. Bertahun lamanya aku merujuk kepada mereka, jawapan yang aku terima tetap serupa – tak tahu nak buat macamana. Mereka tidak pernah ambik inisiatif untuk menasihatkannya. Alasannya adalah ini masalah rumahtangga. Orang luar tak boleh masuk campur. Susah-susah, mereka suruh aku lari. Sampai bila aku harus melarikan diri sebegitu?

Aku cuma minta mereka menasihatkannya. Susah sangat ke? Masuk campur & menasihatkan adalah dua perkara yang berbeza. Aku tak tahulah macamana mentality & cara diorang berfikir. Aku malu hendak merujuk permasalahanku kepada keluarga aku sendiri. Dia pilihanku.

Keluarga mertuaku yang dekat, rapat & selalu tengok keadaanku. Mereka yang tahu situasi kami. Sebab tu aku mempunyai perasaan hormat terhadap mereka. Aku tak nak mereka berkecil hati seandainya aku ceritakan permasalahanku kepada orang lain. Aku mengharapkan bantuan mereka.

Mungkin jika perkara ini terjadi kepada saudara perempuan mereka, baru mereka akan merasai & bertindak untuk membantu saudara perempuan mereka. Aku orang luar. Orang luar yang tidak disambut kehadirannya. Mungkin juga terpaksa menerima kehadiranku dalam keluarga mereka.

Bertahun begitu. Hinggalah pada hari kejadian dimana anakku telah membuka jalan untukku terus bertindak. Kata-kata anakku merupakan semangat & keizinan yang tidak dipersiakan. Aku tiba-tiba jadi sebegitu berani. Sedangkan selama ini aku amat lemah. Takut. Tak berani.

Dia telah mengakui segala kesilapannya. Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t. telah menyedarkannya & semoga dia menginsafi perbuatannya. Dia juga telah memaklumkan kepada keluarganya bahawa aku tak salah. Jika dia tidak berbuat begitu kepadaku, aku tidak akan mengambil tindakan terhadapnya. Dia juga berterima kasih kepadaku kerana telah menghentikan keterlanjurannya, membuka hati & mindanya tentang banyak perkara. Disebabkan perkara ini juga, keluarganya barulah 'buka mata' tentang kewujudan dirinya. Sebelum ini kehadirannya tidak dihargai.

Keluarga mertuaku tidak boleh menerima hakikat keadaan sekarang. Aku dihina, dikutuk & berbagai tohmahan dilemparkan kepadaku. Bagiku, dulu aku perlukan bantuan, merintih, merayu, tidak dihiraukan – kini aku pula yang dipersalahkan setelah aku bertindak. Aku adalah mangsa yang dipersalahkan setelah bertindak untuk menghentikan penindasan terhadapku & anakku.

Anakku juga dicemuh dengan sesuatu yang tidak dilakukannya. Pity her terjebak sama. Wahai malaun, sedarkah kau yang anak kecil itu tak berdosa? Kenapa kau kejam mereka cerita tentangnya?

Keluarga ku amat terkejut bila mengetahui keadaan sebenar. Aku tahu begitu sukar untuk mereka menerima & memaafkannya. Ialah, siapa yang boleh terima keluarganya diperlakukan sebegitu. Dihadapan mereka aku menyembunyikan segala keperitanku. Semuanya hanya lakonan yang menyimpan 1001 kepedihan tersirat. Dia juga begitu, tahu akan kelemahanku bahawa aku tidak akan menceritakannya kepada keluargaku. Aku menjaga maruahnya tetapi ku pendam sebuah duka. Aku redha. Mungkin ini dugaan untukku. Hati kecilku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t. mendengar rintihan hambaNya ini.

Aku juga mungkin telah melakukan kesilapan. Mungkin dahulu aku terlalu mengejar wang ringgit sehingga mengabaikan tanggungjawab & perhatian terhadapnya. Aku lakukan semua itu untuk menambah & mengukuhkan keadaan ekonomi keluargaku. Kami sama-sama muda. Mungkin ilmu & iman juga tidak setinggi mana. Goyah dengan peredaran semasa.

Selepas segala-galanya berlaku, barulah pintu hati & mata kami terbuka untuk menilai perjalanan lalu. Perjalanan kehidupan yang perlu diperbetulkan demi masa depan setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t.

Aku sentiasa berdoa agar Allah s.w.t melembutkan hati kedua-dua keluarga. Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan segala urusan kami. Semoga Dia juga melindungi & menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Kini, perjalanan hidupku telah berubah. Aku masih lagi dalam proses untuk menerima & menyesuaikan diri dengan suasana baru. Serba serbi berubah. Begitu juga dengan anakku. Dia juga tidak terkecuali.

Bila difikirkan tentang kesilapan, rasanya aku tidak mahu sebut lagi. Kalau boleh juga, aku tidak mahu dengar lagi jika ada orang menyebut “ tulah, dulu macamtu, dulu berani sangat, dulu tak fikir,” dan berbagai lagi statement yang menyalahkanku. Aku tahu semua tu. Aku tak nak dengar lagi. Tolonglah. Jangan menyesakkanku dengan statement-statement begitu. Kini, kalau boleh bantulah aku.

Aku perlukan bantuan. Terutamanya dari segi wang ringgit untuk meneruskan kehidupan seharian anakku. Aku x perlukan sponsor utk apa2.. kan lebih baik sponsor utk menghiburkan hati tu ditukarkan mjd sumbangan ikhlas. Jika disebut nakkan balasan atau syarat bagi apa jua, itu bukan ikhlas namanya. Xpelah, aku x perlu itu semua sebab aku tak nak terlalu termakan budi. Bukan sombong. Biarlah...

Dulu ramai yang kata akan membantu tapi dimana semua janji-janji itu pergi?

Ada orang memberitahuku, moral support orang boleh bagi tapi dari segi wang ringgit, setiap orang ada komitmen masing-masing. Aku tahu. Tapi bagi aku, tak berkudis pun kalau menghulurkan sedikit bantuan kepada kami. Aku tahu kemampuan mereka yang boleh menolongku, sebab tu aku mohon bantuannya. Aku tak boleh paksa. Aku benar-benar akan buka mulut jika dah terdesak sangat-sangat. Aku juga ada maruah untuk tidak meminta-minta.

Tapi kalau dah tak boleh tolong, tidak mengapalah. Janganlah kata aku degil & menyalahkanku dengan statement-statement provoke. Jangan sindir & hukum aku. Berterus-teranglah.

Jika mereka yang berada disekelilingku memahami keadaanku & ingin membantu, syukur Alhamdulillah. Terima kasih tak terhingga. Itu sahaja yang mampu ku katakan. Budi baik kalian, sentiasa di hati. Hanya Allah s.w.t. yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan memperlipat-gandakan rezeki kalian.

Aku selalu buntu bagaimana hendak menyara kehidupan aku & anakku. Aku sedih. Begini akhirnya nasib diriku & anakku.

Aku ingin kerja part-time untuk menambah pendapatan bulananku tapi keadaan fizikalku tidak mengizinkan. Aku tak sama macam orang lain. Aku berpenyakit. Walau apapun, aku tidak menjadikan keadaan ini sebagai halangan untuk aku mencuba & meneruskan pelbagai aktiviti untuk meneruskan kehidupan seharian di bumi Allah s.w.t. yang penuh pancaroba ini.

Banyak cadangan yang aku terima, cuba makan ubat ni, ubat tu, cara ni, cara tu, tapi macamana aku nak proceed jika aku kekurangan wang? Bukan aku tak nak. Aku tak mampu.

Nak bagi anak aku makan pun terpaksa berjimat cermat sangat-sangat, inikan pula nak melabur ke benda lain. Nak belanja seharian juga begitu.

Kasihan anakku, selalu bawa bekal nasi & telur sahaja. Hati ibu mana yang tak terharu bila dia katakan yang takpe, dia tak kisah kerana telur & kicap adalah kesukaannya. Aku tahu jauh disudut hatinya dia juga seperti kanak-kanak lain. Nak ini, nak itu.

Sekarang, tanyalah apa sahaja padanya, dia akan kata takpelah. Dia tak nak. Aku merasakan yang betapa kejamnya aku sebagai ibu.

Pernah juga ada orang mengatakan padaku, tu cincin tu ada, apa lagi – jual atau gadai la.. boleh juga dapat duit. Astaqfirullahal’azim. Hingga begitu sekali. Pernahkah dia terfikir kata-katanya itu amat menghiris hatiku.

Aku tahu aku tak cukup duit tapi aku tak sampai ke tahap itu lagi. Itu je harta yang aku ada. Takkan semua nak let go? Sudahnya tak ada apa yang tinggal untuk aku lagi. Mungkin semua akan gembira bila aku betul-betul dah tak de apa-apa.

Aku juga pernah berkecil hati apabila orang yang lebih muda usianya daripada aku meninggikan suaranya kepadaku. Aku tahu mereka bertindak begitu kerana mereka sayangkan aku. They are very protective that’s why they’re behaving like that. Cuma aku ingin mengingatkan, budi bahasa jangan lupa sampai bila-bila. Biar kita tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi sekalipun, tetapi jika kita berbudi bahasa, insyaAllah, kita akan lebih dikenang kerana keperibadiaan kita itu.

Pada yang mempunyai kepandaian ilmu pengetahuan sikit tu, janganlah terlalu riak dengan kelulusan & pendapat diri anda sahaja. Kadang-kadang silap juga. Ye, bila-bila masa sahaja Allah s.w.t. akan menguji & terus menguji hambaNya.

Ingatlah, aku juga manusia, hamba Allah s.w.t. yang punya hati, perasaan & maruah untuk dihormati.

Cubalah letak diri anda ditempat aku. Jangan pandai cakap je tapi action show nothing.

Kini, undang-undang telah menghukumnya. Bagiku, bukanlah kita pula sebagai manusia untuk menghukumnya lagi.

Setiap orang melakukan kesilapan. Kesilapan itu mungkin dilakukan berulangkali seandainya tidak dibimbing kejalan yang betul. Ia akan terus hanyut dalam kesilapan yang tiada berpenghujung.

Yang baik dijadikan tauladan & yang buruk di jadikan sempadan.

Mungkin ada yang marah dengan statement ku ini. Maafkanku…

Kini aku tak tahu apakah keputusan & tindakan yang patut aku ambil untuk masa depanku. Aku takut seandainya aku tersilap lagi. Aku juga agak lemah dalam membuat keputusan. I’m not good in decision making. Pendirianku agak goyah.

Statusku? Terus terang aku katakan, aku serahkan kepada Allah s.w.t untuk menentukan jodohku. Dia yang menentukannya. Jodoh, pertemuan, ajal & maut semuanya di tangan Tuhan. Aku cuma mampu berdoa agar Allah s.w.t menunjukkan apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

Bagiku, banyak lagi benda yang aku kena cover untuk menjadikan hidupku & anakku back to normal. Terutamanya segala hutang-piutang yang ditinggalkannya. Akulah yang perlu meng’cover’kannya. Oh my God, macamana aku nak cover?

I’m tersangatlah problematic!!! What else? Segala-galanya! 

Aku juga mengimpikan kebahagiaan di dunia.

Aku ingin menumpang kasih pada yang sudi. Aku sedar, bukan mudah untuk sesiapa saja menerima diriku ini. Aku taknak jadi tamak. Jika dapat menumpang kasih & perhatian pun jadilah. Aku perlukan teman. Aku perlukan pembimbing. Aku sedar diri. Aku kotor! Aku tak nak hidup dalam noda! Imanku tipis. Aku takut! Hidup penuh dengan cabaran & dugaan.

Sekarang, apa sahaja yang aku lakukan lebih kepada untuk anakku. Aku akan buat apa sahaja untuk menggembirakan & membahagiakannya biarpun hatiku menjerit membantah yang aku tak sepatutnya bertindak atau berbuat sedemikian. Aku buat semuanya untuk anakku. Mungkin ramai yang mempertikaikan tindakanku, tapi itulah aku - kini. My daughter is my priority. Aku tak mahu dia menderita.

Aku yang selalu bersama dengannya. Aku faham hati, perasaan & nalurinya. Bukan aku terlalu mengikutkan kehendak hatinya, tapi she deserve it. Dia tidak sepatunya melalui penderitaan perpisahan disebabkan kesilapan kami.

Mungkin sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk kami bermuhasabah. Dulu mungkin kami terlalu mengikutkan jiwa muda & bertindak melulu mengikut hawa nafsu semata.

Apabila Allah s.w.t. mendatangkan musibah, barulah terkial-kial mendekatkan diri padaNya.

Tolonglah jangan desak aku! Beri aku ruang jugak untuk aku bernafas dengan selesa!

Jalanku masih berliku & aku masih mencari Nur, cahaya dariNya.

Kepada semua, maafkanku…

Wassalam.

...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...