...
Syawal kali ni disambut dengan serba kekurangan. Tiada persiapan langsung utk kami sekeluarga. Xde hati nak beraya sbnrnya. Kehidupan ku skrg ibarat 'tanah kubur masih merah lagi'... Kita kenalah respect / hormat perasaan org - sesama manusia jgk. Tapi x tahulah kalau ada pihak yg berlakon kata sedih & marah tapi sbnrnya bergumbira tahap gaban. So as human, ada akal & fikiran yg rasional anugerah kurniaan Ilahi, faham2lah ye. Jangan pandai cakap je, tapi action show nothing! Bak kata Nabil "lu fikirlah sendiri". ok2, continue cite raya...
Baju kurung Aisya kebetulan ada buat dulu tapi x pakai lagi. So, Aisya kata dia nak pakai baju tu je. Nasib baik ada insan yg baik hati belikan Aisya baju baru a.k.a baju raya. TQVM to kakchik for d shirt by PUMPKIN PATCH, along & ateh ols shirt by KIKO. Nak beli kasut raya pun Aisya kata "xpelah mummy, sandal CLARKS Aisya elok lagi. Aisya pakai yg tu je." Ajak dia beli baju raya, dia kata "xpelah mummy, baju yg beli masa kat Kuantan haritu kan ada. Itu kira daddy dah belikan Aisya baju raya. kan guna duit daddy bagi". Sian kat Aisya kan?
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi, Allah mengurniakan aku seorang anak yang amat memahami keadaan keluarganya. Keadaan dia, mummy & daddy nya yg tidak seperti keluarga org lain. Yes, Aisya mmg amat memahami & bijak membawa diri. Syukur alhamdulillah...
(p/s - kang ada pulak org marah lg kata "ingat anak awak sorg je bijak? anak org lain bodoh?" aloo... maksud aku - anak aku bijak = she knows & do understand d situation right now, she's matured than her age. bkn pasal menda lain. susah betul nak berinteraksi dgn org yg btindak melulu, cakap ikut sedap mulut dia, mcm dia sorg ada mulut, otak kat kepala tp akal letak kat kaki, kan? kwang3x)
Tapi apa2pun, Aisya tetap seorg anak kecil yg memerlukan belaian. Belaian daripada darah dagingnya.
Semasa malam raya, semua org sibuk main bunga api, Aisya tarik aku masuk bilik. Dia menangis. Dia kata, "Mummy, kalau daddy ada selalunya mesti daddy yg akan tolong Aisya main mercun kan?" Kami menangis bersama & kami terpaksa menyembunyikan kesedihan kami dari pengetahuan org lain. Hanya Allah s.w.t. sahaja yg mengetahui & memahami perasaan kami.
Tahun ni balik beraya pun dah tghr Sabtu (sehari sbl raya). Sampai kampung lemang & rendang dah masak. Lepas raya pun x cuti. Bekerja seperti biasa. Suasana kali ni amat berbeza. Ekonomi juga tidak mengizinkan.
Di pagi hari raya, aku cuma perlu menyiapkan anakku seorg saja. Xde lagi perlu membantu insan bergelar 'suami' memakai butang baju melayu. Semua memori itu terpahat dlm ingatanku.
Di hari yg mulia ini juga aku memohon maaf kepada semua atas kesalahanku tetapi ada juga insan yg membalas salam kemaafanku dgn kata hinaan & tidak memaafkan ku dunia akhirat. Biarlah.. sebagai hamba Allah, aku dah buat apa yg sepatutnya dibuat sebagai sesama insan. Ada jgk yg bila aku call, buat2 tepon rosak la, x dgr la, suruh guna public phone lain la.. Hello, jgn tipu la... hentikanlah lakonan bodoh tu! Tipu dosa, mati seksa. Apa-apapun kita kena saling mengingatkan di antara satu sama lain, Allah Maha Esa. Apapun yg kita buat jangan keterlaluan sgt. Zaman sekarang ni kat dunia Allah balas 'cash' setiap kesalahan kita. Jadi, sentiasalah berdoa mohon keampuanan daripadaNya.
Jadi kepada semua, disini saya ingin memohon salam kemaafan atas segala kesalahan saya. Maafkan saya. Halalkan segala makan minum. Semoga hidup kita akan terus diberkatiNya...
Pagi Syawal 1430 Hijrah @ Tampin, N9
...
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin yerk..
comei lah gambo ko berdua.. :-)
sham - sama2lah kita ye... maaf zahir batin
Post a Comment