...
Sebenarnya dah lebih kurang 2 minggu facing with headache. Dah banyak kali gi clinic, doctor bagi pain killer. Kalau dah teruk sangat, they gave me an injection. Injection tu sekejap je, lalok n terus lelap. Lepas terjaga rasa release sikit.
Rabu, 9th February 2008 - Today morning mmg dah rasa not feeling well. Pagi ni lambat pulak breakfast. Bukan apa, kalau bos ada meeting – selagi bos x g meeting, selagi tu saya akan setia di bilik saya. Yelah, need to settle the preparation first. Furthermore, paper e-meeting selalu available hari yang sama. Sebab tu selalu kelam kabut.
Selepas my bos masuk meeting, saya pun breakfast. Pagi ni makan makanan berat. Saya bawa bekal nasi putih + ayam kurma lebih malam tadi. Hehehe, ni kira penjimatan jugak la. Iyelah, kalau masuk freezer, after reheat, belum tentu ada yang makan. Baik bawak g ofis. Jimat & kenyang...
Tengah-tengah makan dah rasa dah perut macam lain macam. Sudah. Gastrik. Ni gara-gara lambat sangat breakfast lah ni. Since bangun pagi perut kosong lama sangat.
Cepat-cepat basuh tangan. Pastu panggil Intan. “Intan, tolong kaksue – minta temankan k.sue balik ofis k.sue sebab ubat k.sue dalam handbag” Intan pun menemankanku. Lepas je Intan selamat menemankanku sampai di ofis, dah menggigil-gigil dah tu. Cepat-cepat telan ubat. Pastu rasa kepala pulak menangkap. Alamak! Lepas satu, satu lagi penyakit datang.
Dalam menahan sakit tu, call Nadea, informing her tengahari nanti nak minta tolong to send me to Kuantan Specialist Hospital (KSH). Sebab dah rasa lain macam sangat. Tengah-tengah bercakap telefon tiba-tiba tulang belakang ni rasa macam ditusuk macam jarum. Sakit belakang pulak. Then sedar-sedar saya dah ada kat lantai. Nad dah ada tengah dok menepuk-nepuk muka saya. Dia kata k.sue pengsan, tengah cakap kat phone tiba-tiba senyap. That’s why dia berlari datang ke bilik saya. Tengok saya ada bawah meja. Thank you Nad. U'r the rescuerer.
Kepala sebelah kiri rasa sakit. Terhantuk kat meja agaknya. X lama tu Intan & Noi pun datang. Diorang bawa saya ke hospital dalam town. Kuantan Medical Center (KMC) Thank you to Br.Zainul & Sya too. TIndakan pantas diorg meminjamkan wheel chair memudahkan proses pem’transfer’an ku ke dalam kereta.
Sampai depan KMC sedar lagi, pastu kiok semula. Sedar-sedar dah dalam emergency room. Ramai jantan-jantan kat dalam tu. Ni mesti diorg yang usung ni. Confirmed!
Malunya… Untuk kesekian kalinya it happens again & again. Nak buat macamana? Malu ooo…
Tangan kiri ku dah di pasang drip.
Doktor kata saya memang kena admitted.
Nad & Noi mengorek apa ntah dlm handbag ku itu. Intan pulak jadi photographer of the day. Otw to x-ray room, bos pun ada jugak rupanya. Thank you Dr.Su!
Bilik kat wad pulak penuh. So, saya still ditempatkan di A&E. Then saya minta diorg balik je ke ofis. Xpe, I don’t mind. Lagipun nombor bilik dah dapat. # 333. So anything they know where am I been placed.
There are two specialist yang rawat saya - Mr.Mohd Nor and Mr. Kannan. I knew both of them since 1999 at HTAA. They’re Orthopaedic & Surgical Consultant.
2nd day saya kena masuk OT (Operation Theater) for my gastritis. This is the third time kena buat OGDS. Had it before, kat HTAA & ingatkan dah x perlu buat lagi. Ikut je lah apa je cakap doctor. As long it can reduce the pain.
For my backache & headache, still x kurang lagi. Dah banyak kali sangat ni kena cucuk dengan Petidine. What everlah. As long boleh release the pain. Then ok, boleh balik.
Hmm, xde maknanya bila sedar from lalok, sakit still ada. Cuma sesekali berkurangan. Sebenarnya dah lama x sakit seteruk mcmni. Tu yang kali ni rasa mmg teruk sikit lah.
Tangan kiri dah membengkak. Gumukssss….
Kini drip dah bertukar ke tangan kanan pulak.
On Saturday Mr. Md. Nor nak buat procedure for my back bone. Ramai org takut nak mencuba. For me, saya merelakannya….
Eh, x jadi pulak – maybe on Monday. Akhirnya buat jugak. Terasa liquid dlm tulang belakang moving. Rasa mcm ditarik / disedut then dimasukkan something. Patutla ramai org xnak buat procedure ni. Memang sakit. Dulu arwah ayah pun pernah diambil air tulang belakangnya - Ayah, nanit pun rasa apa yg ayah pernah alami dulu.
A day after, my backache feel better. Gastric still mcm tu jgk. Dah jemu rasa makan bubur je. I need rice! Headache dah beransur pulih.
My drip bertukar ke tangan kiri semula sebab dah bengkak & bleeding. Mana xnya…. Every 6 hours, kena cucuk lagi. Tu belum masuk cucukan petidine untuk melalokkanku if the attack comes.
Tuesday kena buat MRI. The last time had MRI was at HKL on year 1997 kot. The doctor said it will take almost 2 hours to complete. 9.30am saya dah berada dlm terowong MRI. Agaknya macam ni lah keadaan dalam liang lahad. Machine MRI ni boleh pilih nak dengar lagu apa. Sebelum masuk diorg dah tanya nak dengar lagu biasa @ radio. Saya pilih Hitz FM. Lama x dengar radio. Sebenarnya diorg xnak patient rasa takut baring dalam terowong ditambah pulak dengan bunyi tembakan & getaran MRI Machine yang kuat tu. Rasa mcm lama sangat duduk kat dalam tu. Then diorg keluarkan saya sekejap, betulkan kedudukan & continue. Bila doctor kata ok siap, lega rasanya. Tapi the doctor did mentioned, probably esok kena buat MRI contrast pulak, sebab nampak macam ada something. They want to look into my backbone deeply. Hopefully there's nothing. Procedurenya kena masuk ubat dlm badan dulu, then baru masuk dlm terowong lahad tu. Then I asked the nurse, pukul berapa ni. Ha? Dah 1.15pm. Lamanya. Patutlah perut dah lapar.
For me, dah x kisah sangat apa je procedure yang doctor nak buat. I have been suffering for 16 years. Traditional & modern = semuanya dah cuba. Apa-apapun akhirnya ke hospital jugak. So better remain to go for modern treatment.
Staying kat hospital boring. Asyik makan ubat je. Memang lah ubat tu dah jadi makanan harianku, tapi ni over sangat ni. Sekali makan sampai 14 biji. Tu x masuk yang kena kunyah 2 biji lagi. <16 bijik> Kenyang ubat. Kenyang cucuk. Saya dah allergic pada morphine. Dadah apa lagi yg masuk dlm badan ku ini? Huhuhu...
If ada road-blocked & buat urine test on the spot mmg confirm sangkut. Sbb tu kena sentiasa bawa buku appointment hospital ke mana2. Kalau x dok dalam lokap la...
Hari ke lapan being at hospital ubat dah kurang sikit. Tinggal 11 biji je. + kunyah 2 biji, so = 13 biji je. Alhamdulillah…
Hari ke sembilan, dah petang happy sikit bila doctor kata xyah buat MRI Contrast. Yeah! Tapi belum boleh discharge lagi. Tensionnya…
Pkl 9.30 malam during ward review by Mr. Md.Nor, saya merayu lagi nak balik. Dah boring sangat tido spital nih. Macam-macam ayat yang saya goreng. Mula-mula dia x bagi. Tapi bila dia kata ok, u boleh balik rehat kat rumah as long completed the medication from both doctor and rest betul-betul. Saya x boleh active dalam masa dua minggu since tulang belakang baru je di sentuh oleh jarum-jemarum Mr. Md. Nor. Mr.Kannan also reminded me to take 'Soft Diet Only' until follow-up on 5th March. Say no to chicken also - only porridge & fish. Roti & kuih or benda-benda yang lembik je boleh. :-(
I am really happy… boleh balik rumah sendiri. Terus lupa diri mengemas barang-barang bekalan. Yezza…. Macam bertahun x balik rumah rasanya.
Bye-bye KMC! Thank you, doctors. Thank you to nurses too. Not to forget, thank you to all the visitors – Nad, Adah, Intan, Amy, Aja, Epi, Kaklong, Kakngah, Mak, Dr. Su, Abetah, Kak Norma, Pn. Azizah, Safdi, Intan Zurina, Shaz, Adda, Eija, Jumri, Mizi dan lain-lain lagi. Also thank you for Along, Ateh, Sham, Zul & semua yang mendoakan saya.
Thank you so much!
...
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga cepat sembuh yer kak sue!!
thank you sham...
Post a Comment